Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda
Ya Allah ya Tuhan kami
Kami lemah ya Allah, hanya kepada Mu kami mohon pertolongan ya Allah
Tolonglah kami mencari adik Sharlinie binti Mohd Nashar
Agar kami dapat menjumpainya dalam keadaan yang selama
Saya telah keluar meronda di sekitar bandar Kluang bermula pukul 8.10 malam
tadi sambil berganding bahu dengan rakyat mengisi penuh tangki minyak kereta.
Stesyen minyak BHP yang dikira sebagai stesyen minyak yang terkecil dan
jarang-jarang penuh pun tak cukup tangan untuk melayan pengunjung yang
berbondong-bondong mengisi minyak.
Kerana Pak Lah dengan keputusan untuk mewujudkan 'situasi Menang-Menang' maka
kos untuk mengisi tangki penuh kereta saya adalah seperti berikut :-
RM 1.92 x 48 liter = RM 92.16 (hari ini)
RM 2.50 x 48 liter = RM 129.60 (esok)
Perbezaan hari ini dan esok =RM 37.44
Ketika saya mula membeli kereta ini pada tahun 2003, tidak silap saya ketika
itu saya hanya RM 65.00 sahaja.
Bermakna, dalam tempoh 5 tahun sahaja, kereta saya terpaksa membayar sekali
ganda daripada harga asal ketika saya membelinya.
Mungkin itu yang dinamakansituasi Menang-Menang.
Saya sempat meronda ke beberapa premis perniagaan tadi di sekitar bandar
Kluang, kawasan yang saya bertanding dalam Dun Mahkota yang lalu. Ramai
dikalangan peniaga yang menggeleng-gelengkan kepala di atas keputusan kerajaan.
Di antara dialog yang saya telah dengar tadi :-
"Apa pasal tak naik RM 5 saja, baru cepat boleh kaya. Kalau mau cakap kerajaan
sial baru kena"
"Saya ingat Malaysia akan jadi macam Indonesia. Kita orang niaga tentu takut
punya kawan"
"Itu cilaka punya Pak Lah, saya ingat lebih baik dia berhenti saja la. Kasi
orang lain jadi PM, manyak bodoh"
"Ha! Betul ka sudah naik. Habis, macamana mau niaga?"
Keadaan premis perniagaan pun agak lengang dan terdapat kedai-kedai yang telah
ditutup awal kerana masing-masing sedang berpusu-pusu ke stesyen petrol pam,
agaknya.
Saya juga telah menerima pelbagai jenis SMS berkaitan dengan isu kenaikan harga
minyak ini. Diantara SMS tersebut:-
"Anwar Ibrahim PENIPU. Husam pun PENIPU. Mereka kata kalau BN menang minyak
naik 30 sen. Padahal naik 80 sen. Hidup Pak Lah! Tahniah UMNO dan BN"
"Bengang dengan PM. Dia punya minyak tak payah bayar. Nama aje ulamak, tak ada
hati perut"
"Aku sedih betul lah, Tak habis-habis dengan idea yang menyusahkan masyarakat
yang sering ditindas, Tak ada relevannya buat macam ini. Banyak opsyen lain"
Ada seorang kawan menghubungi saya memberitahu bahawa terdapat petrol pam yang
sudah kehabisan minyak untuk dijual kerana kenderaan tidak berhenti-henti
mengisi penuh tangki minyak sejak lewat petang tadi.
Saya menghubungi pimpinan Pemuda PAS Pusat untuk mengambil tindakan sesegera
yang mungkin. YB Salahudin Ayub telah memaklumkan bahawa jawatankuasa PROTES
akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tindakan selanjutnya. Saya
cadangkan agar himpunan aman seperti himpunan BERSIH sebelum ini dapat diadakan.
Pemuda-pemuda PAS diseluruh kawasan di negeri Johor telahpun diarahkan
mengambil tindakan terhadap isu ini.
Ada yang bertanya kepada saya, kenapa Pak Lah membuat keputusan seperti ini?
Jawapan saya mudah sahaja, Pak Lah adalah pemimpin yang tidak mahu
bersusah-susah untuk rakyat tetapi mahu bersenang-senang untuk diri sendiri.
Sebab itu di zaman Pak Lah sebagai PM, telah berkali-kali petrol/diesel
dinaikkan.
Saya teringin untuk mendengar komentar daripada Dr Mahathir terhadap keputusan
'bijak' Pak Lah ini. Tun, apa komen Tun?
HIDUP RAKYAT!!!