Bagaimana Hendak Mengenali Agent Unit Trust Yang Sebenar?

 

Kadang kadang kita di datangani atau menerima penggilan atau pelbagai lagi
cara approach yang dilakukan oleh agent-agent dari pelbagai syarikat yang
ingin menjual sesuatu kepada kita. Kadang- kadang sampai naik rimas
dibuatnya. 

 

Saya cuma hendak menyentuh mengenai agent unit trust. Pelbagai teknik
approach akan digunakan untuk mendapatkan pelanggan. Ada kalanya client saya
ada mengadu kerana tak dapat membezakan antara agent unit trust yang sebenar
atau agent-agent dari syarikat jualan langsung. Jadi saya nak berikan
beberapa tips untuk mengenalpasti agent unit trust yang sebenar. 

 

1)      Mintalah name cardnya (biasanya agent yang terlebih dahulu yang
memberikan kepada pelanggan). Agent unit trust juga ada mempunyai FMUTM card
yang tertera gambarnya disitu. Kalau masih tidak berpuas hati, mintalah
mycard agent tersebut dan bandingkan dengan kad FMUTM tadi. (FMUTM =
Federation Of Malaysian Unit trust Managers)

 

2)      Langkah ke dua dan yang paling penting, Agent Unit Trust tidak akan
sesekali mengambil sebarang deposit atau wang pelaburan daripada pelabur
dalam bentuk tunai. Jika pembayaran pelaburan di lakukan menggunakan cek /
bank draf, ia dibayar diatas nama bank bukan diatas nama individu. Jika
diminta untuk membayar pelaburan secara tunai melalui agent, saya nasihatkan
eloklah pelabur beredar dari disitu. Pembayaran pelaburan secara tunai hanya
dilakukan di kaunter bank oleh pelabur itu sendiri. 

 

3)      INFO: Setiap pelaburan di unit trust mempunyai cooling period /
tempoh bertenang. Jadi, jika pelabur ingin menjual kembali dana yang telah
diambil dalam tempoh bertenang tadi, maka wang pelaburan tadi akan di
pulangkan semula 100% tanpa sebarang charge dikenakan. Jadi, sila rujuk
kepada agent, waktu tempoh bertenang tersebut. 

 

Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai simpanan di unit trust,
boleh la hubungi saya.  Juga boleh dapatkan info mengenai artikel terdahulu
di  <http://www.jimatcermat.blog.com/> www.jimatcermat.blog.com

 

Ikhlas;

 

Nizam

Perunding Unit Amanah

HP:      016-2191 808

Email:   [EMAIL PROTECTED]

YM      : nizamkem2003

Skype   : nizam808

Dapatkan lebih info  artikel terdahulu di:
<http://www.jimatcermat.blog.com/> www.jimatcermat.blog.com

 

 

Pelaburan di unit amanah (unit trust) secara tunai dengan permulaan serendah
RM1000, Top-up serendah RM100 setiap kali pada bila bila masa.

Anda juga Layak melabur dengan menggunakan wang KWSP apabila akaun 1 anda
telah melebihi had asas (RM) simpanan yang ditetapkan oleh KWSP. Sila
hubungi saya untuk mendapatkan lebih info mengenainya

 

 

 

 

 

Kirim email ke