Daripada Abu Ummamah Al-Bahili r.a. katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda : Bacalah Al-Quran! Kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari
kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang yang membacanya. Bacalah dua surat
yang bercahaya, iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran. Kerana sesungguhnya
keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua mega yang menaungi atau
seperti dua awan yang melindungi di atas kepalanya atau seperti dua gerombolan
burung yang bersaf-saf. Kedua-dua surah itu akan membela pembacanya."
(Riwayat Muslim)
Subscribe to [EMAIL PROTECTED]