Tips cinta suami isteri

 1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum
 berpisah ke tempat kerja masing-masing.

 2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan
 luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan
 ciuman dibibir.

 3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk
 menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar
 untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

 4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
 sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan
 perbualan di telefon dan sebelum tidur .

 5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari
 bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada
 hari berkerja.

 6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari
 selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan
 memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

 7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari
 isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

 8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,
 jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah
 lagi berhari-hari.

 9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran
 mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang
 penting anda berada disisi.

 10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah
 berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu
 amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

 11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa
 bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

 12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan
 serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman bekas
 suami

 13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau
 kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa
 sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

 14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah
 sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang
 membolehkan anda ketawa bersama.

 15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti
 susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja
 keras menyara keluarga.

 16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta
 untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

 17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan
 berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

 18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri
 yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif
 akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

 * Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan
 sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan
 untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

 Selamat mencuba bagi yg x pernah praktik kan tu..kalau yg dah mmg sedang
 praktik kan tu teruskan dan semoga ikatan suami isteri akan lebih manis
 lagi...insyallah....kekal bahagia ke usia tua...

 Wallahua'lam

 .









      

Kirim email ke