Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda

Ya Allah ya Tuhan kami
Kami lemah ya Allah, hanya kepada Mu kami mohon pertolongan ya Allah
Tolonglah kami mencari adik Sharlinie binti Mohd Nashar
Agar kami dapat menjumpainya dalam keadaan yang selamat




http://wacanapascapru12.blogspot.com/2008/09/propaganda-ajaran-hindu-didalam-pkr.html
 
Hari ini masuk hari ke-6 kita telah berpuasa. Saya ingin menarik perhatian 
pembaca kali ini terhadap sesuatu isu yang saya fikir penting, dan perlu 
dihebah kepada semua yang menyokong dan juga ahli PKR yang beragama Islam 
khususnya.

Jika kita perasan, Anwar selaku ketua/penasihat PKR selalu menyebut perkataan 
"Makkal Shakti" didalam ceramah-ceramahnya sebelum dan juga selepas kemenangan 
besar PRU lepas. Tapi adakah beliau faham maksud disebalik perkataan itu?
Secara umum ramai yang berpendapat Makkal Shakti membawa maksud kuasa rakyat, 
tetapi tahukah kita maksud sebenar perkataan tersebut? Atau mempunyai 
propaganda daripada mereka yang beragama Hindu? Mengikut Wiki, Shakti membawa 
maksud 
 
'The Divine Mother'. Shakti represents the active, dynamic principles of 
feminine power. In Shaktism, Shakti is worshiped as the Supreme Being.

However, in other Hindu traditions of Shaivism and Vaishnavism, Shakti embodies 
the active energy and power of male deities (Purushas), such as Vishnu in 
Vaishnavism or Shiva in Shaivism. Vishnu's shakti counterpart is called 
Lakshmi, with Parvati being the female shakti of Shiva.

Rujukan: Wikipedia
Ianya adalah nama seorang dewa didalam ajaran Hindu! Malah ianya juga merupakan 
satu lagi cabang didalam ajaran hindu yang dipanggil Shaktism. Saya tidak mahu 
membuat andaian melulu tentang pegangan agama Anwar, tetapi samada dia sengaja 
ataupun tidak perasaan, Anwar telahpun menyekutukan Allah dengan 
melaung-laungkan mereka ini adalah 'Rakyat Shakti'. Rakyat kepada dewa hindu 
bernama shakti 
Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah, dan apabila engkau memohon 
pertolongan maka pohonlah pertolongan itu kepada Allah.

- HR. At-Tirmidzi
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada 
perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang 
lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.(Rujukan: Wikipedia)

Apabila kita bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah, ini 
merupakan mempersekutukan Allah dan ianya adalah syirik. Bahkan ianya boleh 
membatalkan Islam( Rujukan: Harakah). Mungkin apa yang dilakukan oleh Anwar 
adalah dengan tidak sengaja, atau kerana dia adalah naif atau tidak sedar 
kerana asyik melihat sokongan yang diberikan kepadanya sehingga terlupa tentang 
halal dan haram dan syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan 
nyata). 
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu 
sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala 
amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.

– az-Zumar:65
Tetapi jika apa yang dilaung-laungkan oleh Anwar dan pengikutnya(yang beragama 
Islam) tidak mempunyai niat untuk menyekutukan Allah, ianya tetap salah,makhruh 
dan mungkin juga berdosa. Ramai yang terjerumus dalam suatu perbuatan tanpa 
menyedari buruknya perbuatan tersebut. Janganlah kita terikut-ikut dengan cara 
sesuatu puak/kaum, kerana kita mempunyai cara kita sendiri sebagai Muslim. 
Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut.

- HR. At-Tirmidzi
Janganlah kita melaung-laungkan sesuatu perkataan yang kita tidak fasih atau 
faham, kerana takut apa yang dilaungkan kita itu mungkin terjatuh kedalam 
syirik khafi kerana kejahilan kita. Kes yang sama juga kita boleh berikan 
didalam lirik-lirik lagu didalam bahasa selain bahasa ibunda kita kerana takut 
terdapat propaganda jahat daripada agama lain cuba merosakkan akidah umat Islam 
kita ini.

Cuba kita selidiki secara mendalam perkataan yang terkandung dalam sesuatu ayat 
itu sebelum kita menelannya, takut-takut ada propaganda yang tersirat dan juga 
tersurat. Akhir kata, saya harap penyokong PR janganlah kita dengan sembrono 
menyebut-nyebut apa yang dilaungkan oleh Anwar. 
Ada udang sebalik batu


      

Kirim email ke