Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat
melebur semua kesalahan dan dengan-nya dapat pula menaikkan beberapa darjat?"
Para sahabat menjawab: "Sudah tentu, ya Rasulullah."
Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui
beberapa hal yang tidak disenangi, banyaknya melangkahkan kaki untuk ke masjid
dan menantikan shalat sesudah melakukan shalat. Itulah yang disebut ribath
(perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Tuhan.)"
(Riwayat Muslim)
Subscribe to [email protected]