Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang
membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "
Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar,
dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah
Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya
dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat,
berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan,
tiangnya dan kemuncaknya? "
Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah
Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua
pekara ini ?"
Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya
berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata
dengannya ? "
Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka
mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara
mereka. "
(Riwayat Tirmizi)
Subscribe to [email protected]