Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca
Al-Quran ialah seperti perumpamaan buah utrujah iaitu buah yang berbau harum
dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran
ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya akan tetapi rasanya manis. Adapun
perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran ialah seperti buah Raihanah
iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang
munafik yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah hanzhalah (peria) iaitu
buah yang tidak ada bau sama sekali dan ditambah pula oleh rasanya yang pahit.
(Riwayat Muslim)
Subscribe to [email protected]