Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang
berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu
sabda baginda : Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu
beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara
kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia
berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata.
Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah
bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu
menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan
dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka
berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan
mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas
kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.
(Riwayat Tirmizi)
Subscribe to [email protected]