Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
Rasulullah s.a.w. membaca (yang bermaksud) 'Pada hari itu bumi akan
memberitahukan khabar-khabarnya' (Surah Az-Zalzalah, Ayat 4)'
Kemudian beliau s.a.w. bersabda, "Adakah kamu semua tahu apakah
khabar-khabarnya itu?" Para sahabat berkata,"Allah dan RasulNya adalah lebih
mengetahui."
Beliau s.a.w. lalu bersabda, "Sesungguhnya khabar-khabar yang akan
diberitahukan itu ialah bahawa bumi itu akan menyaksikan pada setiap hamba,
lelaki atau perempuan, perihal apa yang dilakukan di atas bumi itu. Bumi akan
mengucapkan, 'Orang ini akan melakukan begini dan begitu pada hari ini dan itu.
Inilah khabar-khabarnya.'"
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Subscribe to [email protected]