Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. dahulunya selalu
berta'awwudz (mohon perlindungan kepada Allah) dari gangguan jin dan "mata
manusia", sehingga turunlah dua surat mu'awwidzah (iaitu surat-surat Qul a'udzu
birabbil falaq dan Qul a'udzu birabbin nas.) Setelah kedua surat itu turun,
lalu beliau s.a.w. mengambil keduanya itu saja (mengamalkannya) dan
meninggalkan yang lain-lainnya."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis
hasan.
Subscribe to [email protected]