Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang 
saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu (kerana amat 
menakutkan). Beliau s.a.w. bersabda:

"Andaikata kamu semua tahu apa yang aku ketahui, nescayalah kamu semua akan 
tertawa sedikit dan akan menangis banyak-banyak."

Para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu menutupi masing-masing wajahnya sambil 
terdengar suara isaknya. (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan:

Rasulullah s.a.w. menerima berita bahawa ada sesuatu tentang 
sahabat-sahabatnya, lalu beliau berkhutbah, kemudian bersabda:

"Ditunjukkanlah syurga dan neraka padaku maka belum pernah aku melihat sesuatu 
yang melebihi penglihatanku pada hari itu tentang bagusnya syurga dan buruknya 
neraka. Dan andaikata kamu semua dapat melihat apa yang dapat aku lihat, maka 
nescayalah aku semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak-banyak."

Maka tidak pernah datang pada para sahabat Rasulullah s.a.w. laitu hari yang 
lebih dahsyat lagi dari hari itu(tentang ngerinya khutbah yang diberikan oleh 
beliau s.a.w.) Para sahabat semua menutupi kepala masing-masing sambil 
terdengar suara esaknya.




Subscribe to [email protected]

Kirim email ke