Assalamu'alaikum,
Portal carian jodoh untuk muslimin dan muslimat, myJodoh Dot Net (myJodoh) akan memberi tempoh akses atau keahlian percuma selama 3 (tiga) bulan kepada para ibu tunggal dan janda yang menyertai myJodoh bermula *15hb Oktober hingga 15hb November 2009.* Tempoh akses atau keahlian tersebut bernilai RM50 untuk setiap satu penyertaan. Ia merupakan tanda terima kasih kepada muslimin dan muslimat Malaysia yang banyak memberi sokongan kepada laman sesawang myJodoh semenjak ia mula beroperasi. Tempoh akses percuma ini akan membolehkan mereka berkomunikasi dengan pengguna lain yang juga sedang mencari jodoh di laman berkenaan. Laman sesawang myJodoh boleh diakses melalui alamat http://www.myjodoh.net. myJodoh telah diasaskan oleh saudara Azrul Hj Alwi, telah mula beroperasi pada *Februari 2002 *dan sekarang beroperasi di bawah Dynamic Digital Design (PG0062574K). myJodoh juga mempunyai kaedah tersendiri di dalam mengelakkan penipuan. Semenjak 7 (tujuh) tahun yang lalu, myJodoh telah banyak membantu ramai individu di dalam pencarian pasangan hidup dengan sistem myJodoh yang telah terbukti berkesan. Pemberian akses percuma ini adalah salah satu usaha kerdil bagi *membantu[1] <#_ftn1>* ibu-ibu tunggal dan para janda di dalam pencarian pasangan hidup “baru” mereka dengan memanfaatkan sistem yang sedia ada. Seperti sebelum ini, myJodoh akan menjamin kerahsiaan para pengguna yang telah bertemu jodoh. Sebarang maklumat tentang pasangan yang bertemu jodoh tidak akan disiarkan kepada umum. myJodoh akan terus mengekalkan polisi tersebut agar semua pengguna dapat menggunakan myJodoh dengan selesa dan tanpa segan silu. Untuk ketarangan lanjut, sila lawati laman sesawang myJodoh, http://www.myjodoh.net ------------------------------ [1] <#_ftnref1> Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (Riwayat Muslim:5295) -- http://www.facebook.com/azrul.alwi ~~ www.myjodoh.net ~~ Segalanya bermula di sini
