Masih kelu lidah bila tgk saat2 ombak membenam kapal laut di Phuket dan  
menyapu org yang ada di tepi pntai, hanya dalam beberapa saat,  ingat lagi  2 
wanita  yang dibawa arus tsunami yg deras di sri Lanka..terlepas dari tangan 
sekumpulan orang yang selamat.

Dulu penah belajar pasal Tsunami dlm subjek Geografi tapi belum cukup paham dan 
belum pun terbayang betapa dasyat kesannya pada manusia dan alam. Tau yang 
Tsunami tu ombak besar, duk bayangkan Tsunami tu cuma jadi di Jepun je 
kot...masa belajar di sekolah dulu la.. sebelum berlaku Tsunami thn 2004 tu.
Sekarang dah paham. 


Yang paling tak boleh lupa jugak ialah kisah mangsa Tsunami, Encik Zulkifli 
yang kehilangan 5 orang anak sekaligus di tepi pantai  di Balik Pulau..semasa 
mereka sedang bekelah sekeluarga. Tak dapat bayangkan betapa pilu perasaan dia 
kan..bila anak hilang lesap di depan mata.Anak-anaknya yang terkorban:
 Siti Nurain, 17, Siti Nur Atikah, 9, Siti Nur Shuhada, 10, Mohd. Shukri, 12, 
dan Siti Suraya, 5.
Al Fatihah untuk mereka.



Sorang lagi mangsa baby yang selamat masih di atas tilam, sekarang budak tu dah 
besar dah kan..6tahun dah

Banda Acheh yang hilang lenyap dan ranap selepas beberapa minit diserang oleh 
Tsunami.. terbayang2 semua tu. Macam kiamat kecil. Banda Acheh yang mula sekali 
diserang, lepas tu persisir pantai Phuket dan Malaysia serta Sri Lanka.


Segala kejadian dan musibah itu...tentunya ada sesuatu hikmah yang tersembunyi.


http://nurizspace.blogspot.com

Kirim email ke