----- Original Message ----- 
From: Fadzila Azni Ahmad 
To: [EMAIL PROTECTED] 
Sent: Wednesday, July 06, 2005 12:55 AM
Subject: Fwd: PERSIDANGAN SISWAZAH ISDEV I


Kepada Moderator,

Mohon dihebahkan. Terima kasih.




  PERSIDANGAN SISWAZAH ISDEV I

  29-30 OGOS 2005

  Tempat:

  DEWAN KULIAH 'A' DAN

  KOMPLEKS SAINS KEMASYARAKATAN

  UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

  PULAU PINANG

  http://www.geocities.com/ipgconference/



  OBJEKTIF

  Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia sekarang terdapat ramai calon 
siswazah, sama ada di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, di dalam aliran 
Sains atau Sastera, yang melakukan penyelidikan yang berkaitan dengan Islam.

  Persidangan Siswazah ISDEV I berhasrat mengumpul seramai mungkin siswazah ini 
untuk membentang dan berwacana tentang kajian masing-masing serta membina 
jaringan dan kerjasama berterusan, baik di dalam bidang pengajian Islam sendiri 
atau di dalam bidang-bidang ilmu semasa seumpama pembangunan, pengurusan, 
ekonomi, perundangan, politik, alam sekitar dan lain-lain daripada pelbagai 
aliran, sama ada Sains atau Sastera.


  Persidangan ini diharap akan menjadi acara tahunan ISDEV agar hubungan antara 
siswazah ini berterusan dan perkembangan penyelidikan mereka dapat diikuti 
dengan sebaiknya.

  PESERTA

  1. Calon-calon siswazah di semua IPT yang sedang menjalani pengajian di 
peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah dan melakukan penyelidikan berkaitan 
Islam di dalam apa jua bidang, sama ada di dalam aliran Sastera atau Sains.

  2. Para siswazah yang baru sahaja menyelesaikan pengajian mereka yang 
berkaitan dengan Islam di dalam apa jua bidang, sama ada di dalam aliran 
Sastera atau Sains, paling lama dalam sekitar setahun yang lepas.

  3.   Para penyelia, pensyarah dan mereka yang berminat.

  Kumpulan peserta 1 dan 2 boleh menulis dan membentangkan kertaskerja 
masing-masing, tetapi mestilah secara bersendirian dan tidak bersama penyelia 
atau orang lain. Kumpulan peserta 3 tidak dibenarkan menulis dan membentangkan 
kertaskerja.

  ABSTRAK DAN KERTASKERJA

  Gunakan MS Word huruf Times New Roman bersaiz 11, single spacing. Abstrak 
jangan melebihi 300 perkataan dan kertaskerja jangan melebihi 15 halaman.

  Di bawah abstrak nyatakan bidang kajian, tahap pengajian (Sarjana atau Doktor 
Falsafah), alamat penuh institusi pengajian, alamat e-mel, nombor talipon dan 
nombor faks.

  Abstrak yang sampai kepada penganjur selepas tarikh akhir tidak akan 
dimasukkan ke dalam buku abstrak. Peserta yang tidak menyerahkan kertaskerja 
sebelum tarikh akhir tidak akan dibenarkan membuat pembentangan.

  Peserta dikehendaki mengakses dan mencetak sendiri kertaskerja-kertaskerja 
dari laman web Persidangan sebelum datang ke Persidangan. Kata laluannya akan 
diberitahu melalui e-mel sebaik sahaja yuran pendaftaran diterima Urusetia 
Persidangan.

  Kertaskerja yang tinggi mutunya akan diterbitkan di dalam bentuk buku.

  Kirimkan abstrak dan kertaskerja melalui e-mel kepada [EMAIL PROTECTED] (Tel: 
04-6532534 atau 019 2455273) atau [EMAIL PROTECTED] (Tel: 04-6532655 atau 013 
4281960). 

  BAHASA

  Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

  TARIKH AKHIR

  Penghantaran abstrak: 10 Julai 2005

  Penghantaran kertas kerja: 10 Ogos 2005

  Pendaftaran: 15 Ogos 2005 




        



       

   

  YURAN PENDAFTARAN

  Calon Siwazah: RM90.00

  Bukan Calon Siswazah: RM120.00     



  PENGINAPAN

  Peserta diminta mengurus sendiri penginapan dengan menghubungi tempat-tempat 
penginapan berdekatan Universiti Sains Malaysia:

   

        TEMPAT PENGINAPAN
       TELEFON
       KADAR
       
        Rumah Tetamu USM
       04-6532030
       RM67.50, RM81 & RM130
       
        Rumah Tetamu RECSAM
       04-6597928
       RM63 & RM70
       
        Hotel Equatorial
       04-6438111
       RM180, RM215 & RM290
       
        Hotel Vistana
       04-6468000
       RM150 & RM184
       
        Hotel Sri Malaysia
       04-6429452
       RM100 & RM120
       
        Anggerik Villa
       04-6583760
       RM40, RM45, RM55 & RM 65
       


   PERHUBUNGAN

  Sebarang pertanyaan atau urusan berkenaan penyertaan seminar ini, sila 
hubungi:

  Urusetia

  Persidangan Siswazah ISDEV I

  Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

  Universiti Sains Malaysia

  11800 Pulau Pinang

  (Dr. Zakaria Bahari atau Dr. Roselee Shah

  atau Fadzila Azni Ahmad)

  Tel: 04-653 2655, 04-653 2534, 04-653 2656

  Faks: 04-657 0918

  E-mel: [EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED]





------------------------------------------------------------------------------
  Yahoo! Sports
  Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football 


--------------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Sports
Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football 


[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/sastera/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke