> Open Dialogue Centre (678864-T)
> 14, Lorong Dungun,
> Damansara Heights,
> 50490 Kuala Lumpur
> Tel: +603-2094 4260, Faks: +603-2094 1260
> E-mel: [EMAIL PROTECTED]
>
> Kepada: Sesiapa Yang Berkenaan
>
> Tuan,
>
> Open Dialogue Centre (678864-T) berbesar hati
> menjemput Tuan ke Diskusi Seni Budaya ODC bersama
> artis Denmark Jane Jin Kaisen, yang akan berlangsung
> seperti berikut:
>
> Tajuk: "Program Pertukaran Artis: Memfilemkan Sosok
> Artis Asia dan Eropah"
> Tarikh: 10 September 2005
> Masa: 8 - 10 malam
> Tempat: Open Dialogue Centre, 14, Lorong Dungun,
> Damansara Heights, Kuala Lumpur
>
> Pada program ini, diskusi akan memfokuskan soal
> keperibadian pengkarya pelbagai budaya dengan
> melihat
> proses timbal-balik kebudayaan dan kesenian
> Eropah-Asia; juga lingkungan pengkaryaan dalam tiap
> aspek kehidupan.
>
> Untuk makluman Tuan, Jane Jin Kaisen, 25, ialah
> artis
> multimedia lulusan Royal Danish Academy of Art,
> Conpenhagen. Beliau banyak terlibat dengan video,
> dokumentari dan seni silang media. Karya-karyanya
> pernah dipertontonkan di Malmo International Film
> Festival dan Umea International Film Festival,
> Sweden,
> "Minority Report"-Festival of Contenporary Art dan
> Roskilde Museum of Centenporary Art, Denmark.
> Pengasas
> UFOlab ini sekarang sedang dalam pembikinan
> dokumentari tentang senario seni semasa Asia,
> memfokuskan beberapa tempat di Jepun, Korea, China,
> Hong Kong dan Taiwan bawah tajaan Asia Art Achive,
Hong Kong.
>
> Diharapkan Tuan dapat hadir ke program tersebut dan
> sama-sama berkongsi pandangan berkaitan idea yang
> akan
> didiskusikan. Pakaian santai/kasual. Masuk adalah
> percuma dan jamuan ringan disediakan.
>
> Sekian. Terima kasih.
>
> Yang benar,
> JIMADIE SHAH OTHMAN
> Pegawai Program
> H/p: 017-32 8 32 60
> E-mel: [EMAIL PROTECTED]
______________________________________________________
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
http://store.yahoo.com/redcross-donate3/
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/sastera/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/