Perkhidmatan Penyediaan Wasiat Islam & Hibah.
   
  Apa akan berlaku kepada suami/isteri dan anak-anak apabila pasangannya 
meninggal dunia? Pernahkah anda memikirkan persoalan ini?
   
  Konsep pemilikan harta dalam Islam ialah sebagai pemegang amanah 
bertanggungjawab mengurus dan mentadbir harta sebaik mungkin menurut syariat. 
Tanggungjawab ini termasuklah pentadbiran harta semasa hidup di dunia dan 
perancangan pentadbirannya selepas kematian iaitu dengan merancang pusaka. 
Untuk itu, umat islam perlu faham apakah mekanisme untuk merancang pusaka dan 
konsep Surat Wasiat harus difahami dengan skop yang lebih luas. Ia merupakan 
dokumen bertulis yang menyatakan segala hasrat pewasiat berkenaan pentadbiran 
harta pusaka, pernyataan harta sepencarian, juga hasrat lain tidak terkata atau 
tidak sempat diucapkan semasa hidup. Manakala seorang WASI (pemegang amanah) 
dipilih untuk melaksanakan semua arahan si mati termasuk menunaikan hak-hak 
yang tergantung ke atas harta sebelum dibahagikan kepada ahli waris.
   
  “Dan bagimu (suami-suami) seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh 
isteri-isteri, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu 
mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat daripada harta yang 
ditinggalkannya sesudah di penuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah 
dibayar hutangnya. Para isteri memperolehi seperlapan daripada harta yang kamu 
tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu atau (dan) sesudah dibayar 
hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki atau perempuan, yang tidak 
meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai saudara 
laki-laki (seibu sahaja), atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja) maka 
bagi masing-masing kedua-dua saudara itu memperolehi seperenam daripada harta. 
Tetapi jika ssaudara-saudara itu lebih daripada mereka bersekutu dalam yang 
sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat seorang, maka sesudah 
dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah 
menetapkan
 yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha 
Mengetahui lagi Maha Mengasihani.”
  (An-nisa : 12)
   
  “Tidak sepatutnya seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh 
diwasiatkan tidur lebih dari dua malam berturut-turut melainkan dia telah 
menulis wasiat disisinya.”
  (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
   
   
  Apa itu dokumen wasiat?
  Wasiat adalah satu dokumen bertulis mengenai arahan-arahan si pewasiat 
tentang apa yang perlu dilakukan oleh wasi dan waris-warisnya selepas 
kematiannya. Arahan tentang bagaimana harta-harta pewasiat juga boleh 
dimasukkan ke dalam dokumen wasiat.
   
  Kenapa dokumen wasiat penting?
  Harta yang tidak mempunyai penama seperti hartanah, akaun simpanan dan semasa 
dan yang lainnya akan dibekukan apabila tuan punya meninggal dunia. Proses 
pewarisan harta-harta di atas tanpa dokumen wasiat akan mengambil masa lebih 
lama berbanding jika simati mempunyai dokumen wasiat.
   
  Siapa yang perlu membuat wasiat?
  1. Pemilik-pemilik harta
  2. Ibu atau Bapa tunggal
  3. Pasangan yang tiada anak
  4. Pasangan yang mempunyai anak angkat
  5. Pasangan yang tiada anak lelaki
  6. Pasangan yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
   
  Masalah tanpa dokumen wasiat.  Tempoh pengagihan harta pusaka yang lama :
  Terdapat kes harta pusaka tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 5, 10, 20 
tahun atau 1 generasi malahan 3 generasi.
   
  Harta sepencarian :
  Tuntutan harta sepencarian perlu dikemukakan ke Mahkamah Syar’iah dan memakan 
masa yang lama.
   
  Keluarga yang mempunyai anak perempuan sahaja :
  Sebahagian harta simati akan menjadi milik adik-beradik simati (jika ibu/ 
bapa simati tiada). Timbul konflik kepada pasangan yang perlu membesarkan anak.
   
  Konflik pemegang amanah :
  Tanpa perlantikan wasi, hak anak di bawah umur boleh dimanipulasi.
   
  Perbalahan keluarga :
  Perbalahan di antara waris-waris mudah berlaku dan menjejaskan hubungan 
silaturrahim.
   
  Apakah harta yang memerlukan dokumen wasiat untuk diuruskan?
  1. Akaun-akaun bank (semasa dan simpanan)
  2. KWSP, Takaful, Insurans, Tabung Haji dan Akaun Saham Amanah
  3. Rumah, Tanah dan apa-apa sahaja harta tidak alih yang lain
  4. Saham-saham di syarikat persendirian dan tersenarai
   
  Soalan-soalan yang sering ditanya (FAQ).
  Sila klik di sini @ Muat turun FAQ di sini
   
   
  Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi saya di 017 2955 952 atau 
[EMAIL PROTECTED] atau 
  KLIK SINI
     

  MAKLUMAN  Group wasiat ditubuhkan bertujuan untuk membincangkan langkah 
penyelesaian berkaitan dengan harta pusaka orang Islam di Malaysia. Umum sedia 
maklum bahawa, kebanyakkan tanah orang Islam di Malaysia tidak dapat 
dibangunkan walaupun nilainya mencecah berbillion ringgit. Contoh terdekat 
ialah seperti kes di KAMPUNG BARU dan KERAMAT. Masalahnya untuk kedua-dua 
kawasan ini cuma satu iaitu tiadanya PERLANTIKAN WASI untuk menguruskan harta 
tersebut. Orang Islam terikat pada HUKUM FARAID. Tujuan WASI ialah untuk 
menentukan pembahagian harta pusaka itu mestilah menurut HUKUM FARAID tersebut.
   
  Group ini juga mengharapkan pertanyaan dari ahli yang mempunyai sebarang 
masalah tentang pembahagian harta pusaka samada bagi waris yang telah meninggal 
dunia atau pun yang masih hidup.
   
  INGATLAH BAHAWA HARTA ORANG ISLAM DI MALAYSIA INI TERLAMPAU BANYAK TETAPI 
KITA MASIH MEREMPAT DI TANAH AIR KITA SENDIRI.
   
  Dengan hormatnya, anda dijemput untuk menyertai group ini. Anda juga 
diharapkan dapat memperkenalkan group ini kepada kawan-kawan anda yang lain.
   
  Sekian, terima kasih.
   
  Wassalam.....
   
  Sila klik :
   
  http://groups.yahoo.com/group/wasiat/join
   

 __________________________________________________
Anda Ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam?  Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang paling baik 
http://my.mail.yahoo.com 
                
---------------------------------

 The World Cup Is Now On Your Favorite Front Page - check out malaysia.yahoo.com

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/sastera/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke