Pencarian, Perjalanan, Pendekatan dan Penghijrahan
Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pengasih maha penyayang
Kehidupan kita ini panjang tapi sebenarnya singkat. Dalam istilah yang saya
ungkapkan ini adalah satu pendekatan mengingati kita, tentang umur kita dan
kehidupan kita. Walaupun perjalanan kita ini kelihatannya panjang sebenarnya
masa singkat. Justru itulah kita mencari sesuatu dalam kehidupan kita di dunia
ini untuk dibawa bekalan di akhirat nanti. Insyaallah.
Ungkapan empat P di atas ini Pencarian, Perjalanan, Pendekatan dan
Penghijrahan banyak maksudnya yang tersirat dalam jiwa kita.
Pencarian : pencarian dalam hidup seperti mencari rezeki, mencari ilmu,
mencari teman dan sebagainya. Dalam pencarian itu samada sedar atau tidak, kita
tidak akan rasa jemu mencari walaupun adakala terasa malas yang timbul.
Perjalanan :Perjalanan kita. Setiap langkah kita setiap hari sungguh berbeza
beza walaupun kita punya tujuan yang sama. itu adalah atas niat dan nawaitu
kita yang ikhlas.
Pendekatan : Pendekatan seperti amalan yang kita lakukan untuk pendekatan
diri kita pada Allah, pendekatan kita bersama manusia dan manusia, pendekatan
kita dengan rumah Allah dan pendekatan kita di mana mana jua.
Penghijrahan : Penghijrahan adalah satu hal yang harus kita lakukan adalah
perubahan dalam kehidupan ini. Penghijrahan kita merupakan transform kita untuk
sentiasa muhasabah dan membaiki diri.
Janganlah kita jadi 4 P dalam kehidupan kita dengan sifat dan sikap Pemalas,
Pengecut, Pendusta dan Pelupa. Sikap dan sifat negatif di atas itu membuat kita
lalai dan adakala jadi seorang yang begitu bodoh dan sombong tidak mahu
mendengar nasihat dan mengambil iktibar dari setiap kejadian. Membuat kita
sepertinya bodoh sombong dan tidak menyedari kesilapan apa yang kita lakukan.
Malah kita lakukan hal itu berulang ulang kali. Kita hanya berdoa tapi tidak
pernah berusaha. seperti dalam surah Ar Rad ayat ke 11 firman Allah:
Sesungguhnya Allah tiada merubah keadaan suatu kaum, kecuali diri mereka
sendiri...
dan juga zikir Nabi Nuh a.s sewaktu dia didalam perut ikan nun :
Tidak ada tuhan yang benar disembah hanya Engkau Ya Allah, maha suci Engkau,
aku adalah orang yang membuat zalim keatas diriku.
Dan Allah juga pernah berfirman dalam surah Al asr :
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang orang yang
beriman dan beramal salih dan berwasiat ( nasihat menasihati )dengan kebenaran
dan mewasiatkan dengan kesabaran.
Makanya amalkan sikap dan sifat positif 4 P di atas ini iatu Pencarian,
Perjalanan, Pendekatan dan Penghijrahan. Buangkan sikap dan sifat negatif 4 P
iatu Pemalas, Pengecut, Pendusta dan Pelupa. Akhir kata saya selitkan firman
Allah lagi dalam surah Al A'raf 22:
Ya Allah, kami telah menzalim diri kami sendiri, jika tidak Engkau mengampuni
dosa dosa kami dan tidak Engkau kasihani kami, Niscaya adalah kami termasuk
golongan orang orang yang mendapat kerugian.
wallahulam bissawab
amin amin amin ya rabbal alamin
Wabillahi taufiq wal hidayah..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu
Catatan
jazakillah khair
salbiah sirat
"Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah,
Rasulullaah menyatakan jika cinta disandarkan kepada
harta boleh menyebabkan sombong diri,
jika disebabkan kedudukan ataupun kemuliaan yang sementara,
Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan dan jika cantik yang menjadi
sandaran boleh mendatangkan kecelakaan".
(salbiah sirat)
http://sarqina.multiply.com
http://groups.msn.com/JurnalKesusasteraanSemasa
---------------------------------
Cheap Talk? Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.
[Non-text portions of this message have been removed]