Maal Hijrah 1428H
Kami panjatkan puji syukur padaMu
Atas
Kenikmatan yang Engkau berikan pada Kami
Dipanjangkan umur bertemu Maal Hijrah 1428H
Ya Allah!
******
Dalam perjalanan hidup kami yang panjang sebenarnya singkat ini
Engkau banyak menyedari kami
Betapa besarnya
Kekuasaan
pada
Setiap amanah yang diberikan
Setiap keikhlasan yang diberikan
Untuk kami tunaikan
Tanggungjawap itu,
Adakah kami melakukannya dengan sebaiknya?
Astarghfiruallah!!
Kami pasrah pada
Setiap kejadian yang berada di keliling kita
Bencana yang melanda
Itu yang Engkau selalu memberi peringatan kepada kami
Bahawa setiap manusia yang lahir di muka bumi ini adalah kalifah
Sebagai pertunjuk, pendidik dan amanah
Menjalankan tanggungjawap
Tapi
Kami lalai dan lupa atas perintahMu Ya Allah
Ampunkanlah dosa dosa kami!!
Dan lindungilah kami dari keburukan
Dan
Kemunafikan
Bawalah kami kejalan yang benar dan jalan yang Engkau redhai
Jangan biarkan kami dalam kehidupan yang melalaikan
Sehingga kami lupa diri
Sempena Maal Hijrah ini
Berikanlah kami yang terbaik untuk mendekatkan diri
Dan
Lebih bertanggungjawap sebagai manusia
Di muka bumiMu Ya Allah!
aku panjat puji syukur kepadaMu
Agar kami diberikan Nur HidayahMu
Dan terus memberi pertunjuk ke jalan yang benar dan diredhai.
Selagi pintu taubatMu
Masih terbuka
Terimalah taubat kami
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas Dan
Lebih muhasabah diri
Juga
Lebih bersyukur
Atas segala kenikmatan yang diberikan olehMu
Dalam apa jua keadaannya
Ya Allah!!
Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untukMu
Bukakan hati kami
Dengan penuh kasih sayang
Pada setiap makhluk di muka bumiMu
Allahu Akbar!!
Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1428H
Salbiah Sirat
"Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah,
Rasulullaah menyatakan jika cinta disandarkan kepada
harta boleh menyebabkan sombong diri,
jika disebabkan kedudukan ataupun kemuliaan yang sementara,
Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan dan jika cantik yang menjadi
sandaran boleh mendatangkan kecelakaan".
(salbiah sirat)
http://sarqina.multiply.com
http://groups.msn.com/JurnalKesusasteraanSemasa
---------------------------------
Get your own web address.
Have a HUGE year through Yahoo! Small Business.
[Non-text portions of this message have been removed]