KAJANG : Susulan penyiaran video tangkap basah yang didakwa milik
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), laman blog ini didapati telah
memperalatkan siswi Melayu.
Mykakis.net, laman yang tidak diketahui pemiliknya ini
menyiarkan foto gadis Melayu seksi serta berbaur lucah yang turut
melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi.
Bertemakan `Gadis Melayu Seksi dan Menghiburkan',
laman itu menyiarkan foto gadis Melayu bercumbu, berpakaian seksi,
bertelanjang (tetapi ditapis oleh pemilik bolg berkenaan), termasuklah
lain-lain foto yang menggambarkan citarasa seksual pemilik blog itu
terhadap gadis Melayu.
Tidak terkecuali, laman itu turut menyiarkan klip video
berbaur lucah, selain aksi yang dirakam curi dan spontan. Bagaimanapun,
sebahagian klip video itu telah ditarik semula berikutan kecaman
daripada pihak Jais sebelum ini.
Dikhuatiri, tindakan pemilik menyiarkan kiriman yang
bertajuk Skandal Student U*M, Malay Girl Student U*M serta lain-lain
yang tertera nama institusi pengajian tinggi beserta foto berbaur lucah,
boleh mengakibatkan nama baik institusi berkaitan tercemar.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada foto berkenaan
benar-benar berasal dari institusi yang tertera. Apa yang membimbangkan,
tindakan itu dipercayai menjatuhkan maruah siswi, khususnya yang
beragama Islam.
Penyiaran foto-foto siswi bertudung, walaupun tidak berbaur
lucah tetapi menyebabkan pengunjung laman itu menjadikannya sebagai
bahan lucah. Pengunjung mengirim komen yang bersifat keterlaluan pada
foto itu seperti menceritakan fantasi seksualnya terhadap siswi
berkenaan.
Dipercayai foto itu bukan disiar sendiri oleh pemilik foto
berkenaan , tetapi dicuri dari portal Friendster.com, Myspace.com dan
beberapa sumber lain.
Apa yang memalukan, foto yang memaparkan bahagian dada dan
punggung gadis bertudung turut disiarkan, seperti gambar mereka sedang
berjalan, memandu kereta, menyandang beg dan ketika makan.
Turut ditemui, foto gadis yang mempunyai `kesan
lebam' di leher akibat alahan pada kerongsang tudung, dikatakan
kesam lebam akibat berasmara (love bite).
Ikuti cerita selanjutnya........dalam Akhbar Mahasiswa (Bil. 34/2007)
Dapatkan buku-buku gerakan mahasiswa daripada AKS ENTERPRISE 1)
Mahasiswa Abad 21 Penulis : Abdul Razaq Ahmad 2) Politik Kampus Di
Sebalik Tabir Penulis : Mohd Suhaimi Al-Maniri 3) Kebangkitan
Islam Di Kalangan Pelajar Penulis : Zainah Anwar 4) Mahasiswa
Politik & Undang-undang Penulis : Junaidi Abu Bakar 5) Mahasiswa
Menggugat Penulis : Muhammad Abu Bakar 6) Hak & Tanggungjawab Akta
Universiti & Kolej Universiti Penulis : Rohani Abd. Rahim 7)
Bersama Anwar Ke Penjara Penulis : Kamarulzaman Yaacob
Urusan Pembelian atau maklumat lanjut hubungi
AKS ENTERPRISE 17-1A, Blok M, Jalan Seksyen 3/11, Kajang Utama, 43000
Kajang, Selangor..
Tel : 03-8734 7497 FAX : 03-8739 4243
[Non-text portions of this message have been removed]