KOTA BHARU 20 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menjelaskan 
kepada rakyat mengenai hubungannya dengan Presiden Bank Dunia, Paul 
Wolfowitz yang menjadi dalang besar pencerobohan Amerika Syarikat 
(AS) ke atas Afghanistan dan Iraq.


Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Anwar 
juga perlu menghuraikan kaitannya dengan Yayasan bagi Masa Depan 
(Foundation for the Future) yang ditubuhkan oleh bank itu.


Yayasan itu yang dikatakan menjadi penggerak kepada usaha menyemai 
demokrasi dan kebebasan atas nama AS di beberapa negara tertentu 
dipengerusikan sendiri oleh Anwar.


Kaitan Anwar dengan Yayasan bagi Masa Depan timbul apabila Wolfowitz 
didesak meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia ekoran 
kontroversi yang melibatkan kenaikan gaji teman wanitanya.


Khairy berkata, Anwar mesti menjawab semua tanda tanya itu kepada 
rakyat Malaysia.


``Sumber-sumber kita termasuk yang dipapar dalam sebuah artikel 
Mingguan Malaysia mendakwa Anwar melalui yayasan berkenaan meminta 
supaya teman wanita Wolfowitz, Shaha Riza dipindahkan ke Yayasan bagi 
Masa Depan iaitu selepas wanita itu ditukarkan ke Jabatan Negara AS 
dari Bank Dunia. 


``Jika betul ada penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam skandal 
Wolfowitz dan teman wanitanya, Anwar perlu jawab kepada rakyat 
Malaysia kerana ia turut melibatkan kedudukannya selaku pengerusi 
yayasan berkenaan," kata Khairy.


Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis makan tengah hari di 
rumah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che 
Salleh di sini hari ini.


Sebuah rencana dalam Mingguan Malaysia hari ini mengulas mengenai 
kontroversi kenaikan gaji Shaha Riza yang membawa kepada pengunduran 
Wolfowitz daripada Bank Dunia serta terbongkarnya penglibatan Anwar 
selaku pengerusi yayasan yang Shaha Riza sendiri menjadi antara 
penggerak awalnya.


Selain itu, rencana berkenaan turut memetik kenyataan seorang penulis 
blog, David Corn, yang mendakwa Wolfowitz ialah orang kuat yang 
membela Anwar sepanjang bekas Timbalan Perdana Menteri itu berada 
dalam penjara.


Malah, sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara, Wolfowitz terbang 
ke Jerman untuk bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) 
itu dan setahun selepas itu Anwar pula menyatakan sokongannya ke atas 
pelantikan Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia.


Kata Khairy: ``Di peringkat antarabangsa sendiri beliau boleh 
terlibat dalam skandal besar melibatkan institusi berwibawa seperti 
Bank Dunia. Skandal ini cukup besar

Sila layari www.kpmu.net untuk cerita selanjutnya

Kirim email ke