HidayahMu
   
  Wajahnya sunggul sejak tadi. Bunda risau mengusap rambutnya lembut. Kalau 
kerana cinta, dia tidak akan tinggalkan Bunda, dia tidak akan tinggal Abah dan 
juga agama. Ya Allah berikan aku hidayah. Sesungguhnya Bunda dan Abah lahirkan 
aku bukan untuk mengaibkan mereka. Malah aku tidak sanggup dikutuk Allah atas 
dosa dosaku mendekati kerana cinta dan sanggup meninggalkan agama kerana cinta. 
Cinta tidak pernah selamanya kecuali Cintaku pada Allah dan juga orang tuaku. 
Sebagai calon mujahidah, aku mahu dekat pada kebaikan bukan pada kejahatan. Dia 
menangis di riba Bunda. " Sabarlah anakku, sabarlah. Sesungguh ada kebaikannya 
bagimu. Ini semua ada hikmah" pujuk Bunda. " Tidak sangka Bunda, aku hampir 
lalai dan ingkar atas kepercayaanku kerana Cinta. Tidak Jay menolak aku  atas 
kepercayaanku terhadap Allah. Aku redha dan tidak mau ikut dia Bunda. Biarlah 
aku dengan pendirianku untuk murtad sama sekali tidak Bunda" Seri memeluk Bunda 
sekuat hatinya. " Maafkan aku Bunda. Maafkan
 aku" mohonnya. " Iya anakku bunda maafkan kamu sayang" 
   
  Abah sekian lama termenung memikir nasib anaknya yang sedang melanda masalah. 
Tapi dia bersyukur. Jangan sekali kali membuat anaknya terlupa pada Agama yang 
benar dan petunjuk. Jay terang terangan bilang sama Abah. Aku tidak mau masuk 
Islam kerana paksaan. Dan kalau benar Seri cinta sama aku, Biar dia sendiri 
ikut agamaku, bukan aku menurut Agamanya. Masih terdengar dengar suara lantang 
Jay itu. Abah jawap " Aku sebagai bapa bertanggungjawap atas anakku dan masa 
depannya. Aku letak Agama adalah nombor pertama. Jangan sekali kali anak anakku 
berfikiran singkat. Kalau itu katamu Jay. Silakan. Pintu telah terbuka untukmu 
samada kamu mahu berfikir dengan berbaik baik sama kami ataupun mahu keluar 
dari rumah kami dengan niat baik. Sebagai orang Islam aku cuma ingin 
menyampaikan ini pada kamu. Lakun di nukum waliyadien.. bagimu agamamu dan 
bagiku agamaku. Fikirlah anakku mana yang terbaik. Jangan paksa seri menukar 
agama kepada agamamu dan kami sekeluarga tidak memaksa kamu
 menukar agama kami dengan paksa" Jay minta diri dengan baik. Sejurus Jay 
pulang. Abah berbicara sama Seri. " kamu dengar apa kata Jay? abah tau kamu 
waras berfikir mana yang baikkan?" tanya abah. " iya abah. Aku tidak mau 
terpengaruh abah. Aku tidak mau murtad kerana cinta" jawap seri. " kamu kuat 
anakku?" tanya Abah. " Aku cuba abah. Tolong bantuku juga abah" kata Seri 
memeluk abahnya.
   
  Seri tidak henti bersolat dan berzikir untuk menguatkan jiwa dan raganya. 
Hampir setiap malam. Dia minta pertolongan Allah memberinya hidayah dan 
kekuatan imannya. Abah dan bunda juga mengajaknya ke Umrah menunaikan ibadah 
disana. Minta pertolongan Pamannya yang sememangnya Ustaz di sana. 
Alhamdulilaah semangat Seri kembali kuat. Bukan senang melupakan cinta pertama 
dan bertahun sejak bangku sekolah. Mereka dibesarkan dalam sekolah yang sama. 
Makanya mereka saling jatuh cinta. Dan tidak sangka hal ini berlaku perpisahan 
atas dasar agama. Itulah sebaiknya asal tidak terlanjur begitu jauh. 
Alhamdulilah tidak sampai terpengaruh. Seri benar benar kuat. Alhamdulillaah.
   
  Sepulangannya sekeluarga tiba tiba di sambut sebuah bunga bertulis " maafkan 
aku Seri. Buat pengetahuanmu. Aku akan datang sekali lagi. Jay"  Seri serahkan 
bunga itu pada Abahnya. " Abah simpanlah. atau buangkan sahaja. Tiada gunanya 
aku simpan" katanya terus masuk kedalam kamarnya. Abah dan bunda baca kad kecil 
itu lalu memandang antara satu sama lain. " Ada apa lagi ni abah?" tanya bunda. 
" biarkan dia datang nanti. Diakan tetamu kita." kata abah. 
   
  Petang itu, Jay datang. Wajahnya bersih amat. Entah apa yang menarik 
perhatian abah melihat Jay bila memberi salam "Assalamualaikumwrwb abah" Abah 
terdiam. " Abah jangan ragu menjawap salam aku. Aku masuk agamamu abah. Aku 
jadi Muslim atas bimbingan Ustaz Sawifi imam mesjid di tempat kita ini. Namaku 
sekarang Abdul Rahim bin Abdullah" jelasnya. Ustaz Sawifi datang dari 
belakanng. " Benar Pak. Jay yang kita kenal,sudah jadi Muslim atas dasar 
keikhlasan hatinya" kata Ustaz Sawifi. Seri dan Bunda kaget mendengar 
perbicaraan itu. " Kenapa kamu bertukar fikiran anakku?" tanya abah pada Jay 
alias Abdul Rahim itu. " Kerana kata kata Abah buat aku terfikir dan kerana 
kebaikan Abah buat aku rasa malu. Maluku bukan pada Abah, bunda atau seri. tapi 
pada Allah" jawapnya menitis airmatanya. Abah terus memeluk Abdul Rahim. " 
Alhamdulillah Alhamdullillah ya Allah" Abah menangis. Begitu bunda dan Seri. " 
Abah ..terimalah aku sebagai suami pada Seri. Aku ingin peristerikan Seri" kata
 Abdul Rahim. " iya abah izinkan"...
   
  Akhirnya Seri diijabkabulkan bersama Abdul Rahim. Betapa besarnya kebesaranMu 
memberikan hidayah pada sesiapa sahaja. Alhamdulillah.... amin.
   
   
   
  karya 
  salbiah sirat
   
  http://sarqina.multiply.com/journal/item/1160
   
  <object width="300" height="80"><param name="movie" value="

http://media.imeem.com/m/mNxxVcQHsH";></param><param name="wmmode" 
value="transparent"></param><embed src="http://media.imeem.com/m/mNxxVcQHsH"; 
type="application/x-shockwave-flash" width="300" height="80" 
wmode="transparent"></embed></object>


    Dlm Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah,   Rasulullaah menyatakan jika 
cinta dsandarkan kpd
  harta boleh menyebabkan sombong diri, 
  jika disebabkan kedudukan ataupun kemuliaan yg sementara,
  Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan & jika cantik yang menjadi
  sandaran boleh mendatangkan
kecelakaan"
  http://sarqina.multiply.com
   
  




 
---------------------------------
Don't get soaked.  Take a quick peak at the forecast 
 with theYahoo! Search weather shortcut.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke