Ternampak ada sedikit perbezaan antara penulis mantap dengan karya mantap. Penulis mantap kelihatan seperti penulis yang banyak menghasilkan karya dan menghasilkan karya secara berterusan disamping menghasilkan karya bermutu.
Sedangkan karya yang mantap pula kelihatan karya yang bermutu dan dihasilkan oleh penulis tertentu. Antara karya sedap dibaca dengan karya bermutu pula adakalanya berbeza, karya bermutu kurang dibaca masyarakat umum berbanding karya yang mungkinnya kurang sedikit bermutu tapi dapat memikat pembaca ramai. Untuk sementara ini , tugas penulis teruskan menulis dan menghasilkan karya disamping memperbaiki dari masa ke semasa. Ediramle Ismail
