Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam perkenalan buat semua.
Nama saya Nazrul Samsudin. Saya bertugas sebagai pengurus penerbitan di PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. (PTS Pro). Syarikat di mana saya bertugas ini khusus menerbitkan buku kategori bisnes, pengurusan dan pendidikan dalam bahasa Melayu untuk pasaran di kedai buku seluruh Malaysia. Sepanjang 6 tahun saya bertugas, sudah lebih daripada 250 judul buku yang diterbitkan. Sebagai rujukan, sila kunjungi laman web syarikat saya bertugas iaitu www.pts.com.my. Sukacitanya saya ingin memperkenalkan kepada anda buku yang saya tulis dan baru sahaja terbit. Judul : Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku Penulis : Nazrul Samsudin ISBN : 978-983-43927-0-3 Saiz : 6" x 9" Halaman : 176 Harga : RM40 (termasuk kos penghantaran) Buku ini saya tulis berdasarkan pengalaman harian menerbit buku beratus-ratus penulis di tempat saya bekerja sekarang. Saya menerbit sendiri buku ini menggunakan wang sendiri dan melalui syarikat yang saya tubuhkan sendiri. Saya tidak menerbit buku ini melalui syarikat di mana saya bekerja. Oleh kerana saya hendak dedahkan kepada individu di luar sana bagaimana terbit sendiri buku, jadi saya juga perlu terbitkan sendiri buku ini dan jual sendiri. Buku ini sesuai untuk anda jadikan panduan jika bercita-cita hendak menerbit sendiri buku. Ini kerana ianya memberi panduan praktikal langkah demi langkah bagaimana menerbitkan sebuah buku. Anda akan tahu bagaimana: * Menyunting sendiri manuskrip * Membuat rekabentuk halaman supaya nampak profesional * Membuat kulit buku yang menarik * Mengupah editor dan artis grafik sambilan * Memohon ISBN dan PDP daripada Pusat Bibliografi Negara * Membuat anggaran untung rugi dan menetapkan harga buku * Mencetak buku dan berurusan dengan pencetak * Memasar dan mempromosi buku * Mengedar dan menjual sendiri buku * Menukar buku anda kepada e-book Pelajari bagaimana menerbit sendiri buku secara profesional setanding dengan buku yang diterbitkan oleh penerbit universiti dan penerbit-penerbit buku yang ada di Malaysia. Selama ini, bisnes buku hanya menjadi rahsia di kalangan penerbit buku sahaja. Kini, individu pun boleh menerbit buku dan buat bisnes buku secara kecil-kecilan. Anda boleh menjana pendapatan sampingan dari rumah mencecah ribuan ringgit setiap bulan hanya dengan menjual buku yang anda terbit sendiri. Bagi mendapatkan maklumat lanjut buku ini dan mengenai kelebihan menerbit sendiri buku secara PERCUMA, sila lawati www.terbitsendiri.com. Nazrul Samsudin www.terbitsendiri.com
