Dan sekali lagi Islam menjadi punching bag kepada pengarang Barat. Kali ini, pengarang terkenal berbangsa Inggeris, Ian McEwan, yang tersohor dengan novel Atonement (yang diangkat ke filem dengan judul Atonement dan dicalon kan untuk Filem Terbaik Oscar 2007).
McEwan memandang hina kepada Islam, berdasarkan laporan akhbar The Independent di London, sebagai mempertahankan rakan karibnya, Martin Amis, yang sebelum itu mengirimkan surat terbuka kepada Koresponden The Independent yang beragama Islam, yang mengandungi kata-kata bermaksud, "Islam bukan saja mahu membunuhku, bahkan juga kamu." Catatan lanjut di blog saya, Kawat <http://kawat.blogspot.com/2008/06/dan-mereka-itu-tidak-pernah-berhenti.\ html> .
