dalam lipatan sejarah semalam menyusun pelbagai prasangka aneh semakin sukar menyingkir kepahitan semakin bertandang perasaan benci membiarkan diri terus hanyut dalam sangkar angan-angan syaitan dalam arus kehidupan tergulung pelbagai kesalahan terlerai segala kebaikan dirancang tidak tercantum yang diinginkan tidak tercipta selakar kemahuan saat kuntuman bungamekar mengharumkan setipis hayat wangian dihembus racun-racun pangkal rasa yang bertandang tiba suatu situasi mentaliti terarah pada paksi mula teraba-raba mencariakar yang kukuh sayang...hanya suatu ketika dahulu cuba kita bangkitkan semangat juang yang membara cuba kita hancurkan titik khayalan rugi...tiada keteguhan iman musnah segala cubaan
