macam mana sabah mahu maju kalau pemimpinnya asyik mencari kekayaan demi kepentingan diri sendiri? yang kuala lumpurpun barangkali hantar peruntukan berbilion, tetapi berbilionnya masuk ke kantung sendiri kerana korupsi, Macam mana mahu maju?
yang dipersoalkan bukan 16 september itu, tetapi soal pembahagian peruntukan dan kalau ada secara seksama/siapa yang untung akibat pembahagiaan itu? rakyat atau pemimpin? ISMAILY BUNGSU UMS-SABAH [email protected] [email protected] [email protected] Saudara dialu2kan menjadi ahli/menyumbang karya di [email protected] ________________________________ Daripada: yeols <[email protected]> Kepada: [email protected] Dihantar: Rabu, 16 September, 2009 4:29:14 Subjek: [PerisikRakyat] [PRO REFORM] Sambutan Hari Malaysia Meriah Tarikh keramat 16 September 1963 menyaksikan pembentukan sebuah Negara persekutuan Malaysia yang berdaulat dan bebas merdeka. Ia membabitkan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura satu ketika dahulu. Justeru Tan Sri Abd Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor menganjurkan sambutan Hari Malaysia sempena mengingati sejarah penubuhan Malaysia. "Tapi apa yang penting kita adalah rakyat Malaysia.Oleh sebab itu kita mesti mengetahui bagaimana penubuhan dan sejarahnya oleh itu kita harus mengetahui bagaimana kita harus meneruskan pembangunan ini,kita mengetahui bahawa Selangor negeri maju atas usaha pembangunan yang dibuat oleh rakyat negeri Selangor dan Negara Malaysia," beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Malaysia, di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, pagi tadi. Sambutan Hari Malaysia ini adalah pertama kalinya dibuat dan dianjurkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor. Menurut Khalid lagi,beliau sudah membuktikan bahawa bukan saja negeri Selangor maju dalam pelbagai faktor malah rakyatnya hidup mewah dan makmur dibawah pentadbiranya kini. Khalid turut menjadikan negeri Selangor sebagai contoh kepada negeri-negeri lain dalam mencapai keseimbangan dan kejayaan pembangunanya. "Bagaimana di Selangor menterjemahkan “Malaysia Berjaya , Rakyat Mewah” adalah melalui konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor.MES memberi jalan kepada kita bahawa apabila negeri Selangor maju dan secara automatik rakyatnya mewah .Dan rakan-rakan kita daripada Sabah dan Sarawak ingin bersama-sama dengan kita supaya kejayaan itu dapat diteruskan ke seluruh Malaysia," ujarnya lagi. Turut hadir dalam majlis pagi ini adalah Tuan Speaker Negeri Selangor, Teng Chang Kim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud, Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Jefry Kitingan, Pemimpin Masyarakat Sarawak, Tuan Baru Bian dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor. Justeru sempena meraikan Hari Malaysia ini, diharap seluruh rakyat Malaysia bergerak kearah sebuah Negara Malaysia yang di pimpin oleh barisan pemimpin yang telus, jujur dan adil demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia keseluruhanya. (TVS) -- Posted By yeols to PRO REFORM at 9/16/2009 04:25:00 PM _______________________________________________________________________________ Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist.Download it now! http://malaysia.toolbar.yahoo.com/
