Pihak DPP memberi dalih bodoh, kononnya Anwar adalah seorang yang berprofil 
tinggi, atas tujuan menjaga keselamatan awam (sedangkan kedua-dua Mahkamah 
terletak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta) serta kes ini melibatkan isu-isu 
teknikal seperti DNA.

Meskipun, yang hendak dijaga hanyalah keselamatan kerajaan Barisan Nasional dan 
undang-undang tidak pernah memberikan layanan yang berbeza atas dasar profil 
individu. Tambahan pula, Mahkamah Sesyen lebih berpengalaman dalam 
mengendalikan hal-hal teknikal. Misalnya sebahagian besar kes-kes melibatkan 
jenayah seksual didengar di Mahkamah Sesyen dan bukan di Mahkamah Tinggi.

Keputusan DPP untuk memindahkan kes ini datang dari Peguam Negara, Tan Sri Gani 
Patail, orang yang terlibat dalam konspirasi kes pendakwaan terdahulu. Malah 
Gani Patail juga berdepan dengan tuduhan jenayah memalsukan keterangan.

Hal ini diperakui oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Kuala 
Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim merangkap pegawai penyiasat dalam kes mata lebam 
Anwar 1998. Gani Patail telah memalsukan keterangan untuk menutup insiden mata 
lebam Anwar. Cukup jelas tujuan perpindahan mahkamah ini berniat jahat.

Sudah tentu Anwar akan mengarahkan peguam-peguam beliau untuk mendapat satu 
perbicaraan yang lebih adil dan membuat permohonan membatalkan sijil S.418A.

Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Komathy telah bersetuju dengan hujahan pembelaan 
ini. Beliau telah membuat perintah mahkamah menolak keabsahan Sijil S.418A . 
Ini kerana ia ditandatangani oleh Tan Sri Gani Patail, orang yang tidak harus 
terlibat dalam pendakwaan ini.

Tindakan pihak pendakwaan merayu kepada Mahkamah tinggi menunjukkan pihak 
mereka cuba melengah-lengahkan kes ini.

Kemudiannya, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan 
hanya Peguam Negara yang berkuasa menandatangani sijil S.418A . Anwar dan 
pasukan peguam beliau terpaksa menerima keputusan dan hadir ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh bicara dan sekali lagi kedua-dua pihak 
telah bersetuju dengan tarikh-tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun pihak DPP telah dengan sengaja melengah-lengahkan penyerahan 
dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan.

Penyerahan dokumen menjadi wajib dibawah prosedur Kanun Keseksaan. Tetapi pihak 
DPP hanya menghantar sebahagian dokumen saja. Malah pihak pembelaan telah 
menulis beberapa kali kepada pihak Pendakwaan untuk menyerahkan kesemua dokumen 
yang perlu. Namun mereka enggan berbuat demikian.

Motif tindakan tidak profesional pihak pendakwaan ini cukup diragui. Anwar 
tidak harus duduk diam tanpa jaminan hak beliau untuk mendapatkan satu 
perbicaraan yang adil dicabar.

Justeru menjadi amat wajar, bilamana para peguam Anwar terpaksa memohon kepada 
Mahkamah untuk tidak menyerahkan kesemua dokumen yang perlu bagi penyediaan 
pembelaan. Ini adalah tindakan yang waras dilakukan oleh mana-mana tertuduh 
untuk menjamin keadilannya.

Apabila permohonan penyerahan dokumen ditetapkan untuk pendengaran, Peguam 
Kanan Tuan Haji Sulaiman yang mengetuai pasukan peguam Anwar menarik diri 
kerana beliau telah jatuh sakit. Beliau dimasukkan ke hospital. Tetapi Hakim 
tidak membenarkan Anwar menangguhkan kes untuk mendapatkan Peguam Kanan yang 
baru. Ketua Pendakwaan, Datuk Yusof Zainal Abiden sendiri telah mengesahkan 
dengan Hospital Kuala Lumpur bahawa Tuan Hj Sulaiman memang sakit.

Menuduh Tuan Hj Sulaiman dengan sengaja menarik diri merupakan suatu fitnah 
yang kejam dan zalim kerana beliau telah dirawat diwad hospital selama 2 minggu!
Para peguam dalam pasuan pembelaan tanpa melengahkan masa terpaksa meneruskan 
permohonan tersebut.

Menjadi kebiasaan, selalunya Mahkamah akan membenarkan penangguhan kepada 
pembelaan atas sebab yang munasabah seperti Peguam sakit. Anehnya, Anwar 
mendapat layanan yang berbeza.

Hakim Mahkamah Tinggi pula bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan dan 
memerintahkan pihak pendakwa untuk menyerahkan dokumen yang dipohon. Tetapi 
pihak Pendakwa enggan berbuat demikian. Malah pihak DPP membuat rayuan memohon 
untuk menggantung keputusan Mahkamah sehingga selesai keputusan di Mahkamah 
Rayuan. Kini Rayuan bakal didengar pada 23 Oktober 2009. Bahawasanya, pihak 
pendakwaanlah yang menangguhkan perbicaraan.

Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen-dokumen kepada pembelaan 
menunjukkan ada sesuatu perkara yang ditakuti dan ingin disembunyikan.


 
Pihak pendakwaan tidak menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembelaan. 
Walhal, menjadi suatu amalan biasa di dalam mana-mana kes perbicaraan jenayah 
yang lain. Anwar Ibrahim tidak harus duduk diam dan menunggu sehingga satu lagi 
sabitan dibuat terhadap beliau. Pertuduhan ini hanyalah ulang tayang peristiwa 
dan konspirasi paling jahat ke atas beliau.

Di sini mari kita perhatikan individu-individu yang jelas mempunyai motif 
politik dalam membuat fitnah yang kononnya Anwar melengah-lengah kes ini :-

- Peguam Hasnal Rezua Marican sebenarnya telah memberi pandangan tidak 
profesional kepada Utusan dengan hasad prasangka keji terhadap Anwar. Hasnal, 
bekas ketua pemuda Umno Selayang, merupakan seorang ahli UMNO yang setia aktif. 
Hasnal sendiri pernah meminta penangguhan bagi pihak anakguam-anakguam beliau 
bagi kes-kes yang diwakili beliau. Beliau juga merupakan peguam bagi Ezam yang 
telah beberapa kali memohon penangguhan bagi kes-kes perhimpunan haram Ezam 
dari Mahkamah. Kes-kes tersebut ditangguh selama 10 tahun!

- Tan Sri Abu Zahar Ujang, Presiden Persatuan Peguam Muslim, merangkap Presiden 
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) – kedua-dua Persatuan yang 
pro-UMNO dan anti-Anwar ini tidak memberi pandangan secara waras tapi penuh 
dengan syak wasangka dan tidak adil. Peliknya Presiden persatuan-persatuan ini 
tidak pula mempersoalkan kelewatan pertuduhan Qazaf terhadap Saiful di Mahkamah 
Syariah. Sehingga ke hari ini, ia langsung tidak dipedulikan. Mereka tidak 
mempercayai proses perundangan Syariah di Malaysia yang membenarkan Anwar 
membuat aduan fitnah di Mahkamah Syarie. Tan Sri Abu Zahar Ujang juga adalah 
ahli Lembaga Disiplin UMNO dan merupakan bekas calon UMNO.

- Lokman Noor Adam dan Roslan Kassim, bekas ahli PKR yang membelot daripada 
perjuangan reformasi. Kedua mereka menghadapi pertuduhan menyertai perhimpunan 
haram di Mahkamah Majistret. Mereka paling kerap tidak hadir ke Mahkamah tanpa 
alasan yang munasabah. Malah mereka selalu meminta penangguhan. Mereka 
tergolong dalam kelompok orang yang pernah keluar UMNO lantas merangkak balik 
kepada UMNO dan menyalak kerana duit!

- Chandra Muzaffar, seorang yang menyamar menjadi kononnya intelektual, 
bermuka-muka dan bersifat lalang. Komen-komen beliau hanya menjurus kepada satu 
tujuan khusus untuk menyerang Anwar, dengan mendapat imbuhan lumayan, seperti 
kurniaan jawatan pengerusi penaung Yayasan 1 Malaysia.

Akhirnya ulasan Profesor Salleh Buang, seorang pakar perundangan dibuat 
sembarangan tanpa hati-hati meneliti fakta. Beliau ikut menuduh Anwar membuat 
helah melengah-lengahkan kes dengan membuat permohonan ala peguam-peguam di 
Amerika. Undang-undang di Malaysia sendiri membenarkan mana-mana tertuduh 
membuat pelbagai permohonan untuk menjamin hak beliau. Tidak perlulah merujuk 
kepada Amerika bagi tujuan ini. Misalan, permohonan mendapatkan dokumen sangat 
jelas dan termaktub di dalam Kanun Prosedur Jenayah, iaitu Seksyen 5, 51, 51A. 
Perlembagaan Persekutuan menjamin seseorang tertuduh itu berhak mendapat 
perbicaraan yang adil.

Biarpun tidak ada bukti jolokan (penetrasi) langsung ke dalam dubur Saiful, 
(dan ini berdasarkan sekurang-kurangnya laporan 4 doktor termasuk 3 dari HKL!) 
– suatu elemen wajib yang harus wujud untuk mendakwa kesalahan, pihak DPP tetap 
meneruskan kes ini. Sepatutnya kes ini wajib dibuang saja. Pihak yang dituduh 
wajib menikmati hak untuk mendapatkan kesemua dokumen bagi penyediaan pembelaan.

Akhbar Utusan sebagai lidah UMNO tambah mengapi-apikan fitnah kononnya Anwar 
sengaja melengahkan kes pertuduhan. Hakikatnya pertuduhan ini adalah suatu 
konspirasi jahat untuk memastikan Anwar merengkok semula ke dalam penjara 
Sungai Buloh. Malah Utusan dalam laporan bertarikh 8 September 2009 
memanipulasikan kenyataan Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti 
Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dan bekas Hakim Mahkamah 
Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail.

Kedua-dua mereka hanya memberi pandangan umum berkenaan proses Mahkamah yang 
adil sebagaimana termakutub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Mahkamah tidak 
akan menangguh tanpa alasan. Mereka langsung tidak menyentuh kes Anwar dan 
tidak memberi apa-apa komen terhadap kes beliau.

Kita sedang menyaksikan, sekali lagi peristiwa konspirasi jahat untuk 
menjatuhkan Anwar yang menjadi ancaman terhadap kerakusan kuasa kerajaan 
Barisan Nasional!

 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175 


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah




Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS


..........Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara 
berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UKM),cuma Teater Puisi 
Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang 
dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah 
persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman 
Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas 
Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater........... 


      
_________________________________________________________________________________________
Design your own exclusive Pingbox today! It's easy to create your personal chat 
space on your blogs. http://my.messenger.yahoo.com/pingbox

Kirim email ke