JUMPA JABAT CIUM TANGAN
Ismaily Bungsu
KAPAN saya melihat yang usianya muda menjabat tangan saya di hari raya/saya terharu dan tiba-tiba ada pilu yang mendalam di benak hati saya. Saya sendiri tidak tahu dan saya sendiri tidak mengerti. Itu tandanya mereka terlalu hormat yang amat sangat. Lalu saya teringat bagaimana tika raya saya mencium tangan papa dan mama yang sekarang sudah tidak ada. Terlalu sedih dan pilu maha sangat. Budaya ini cukup baik sekali.
Bila selesai saya mengajar di Universiti/selepas sembang-sembang dan mahu pulang para pelajar yang cukup saya sayangi/baik dia bajau, kadazan, brunei, iban termasuk dari perak, kelantan, johor dan segala macam terus menjabat tangan saya dan saya lagi terharu. selalu saya sembunyikan rasa pilu terharu saya. Mereka bukan lagi pelajar saya, tetapi sudah semacam darah daging saya. Saya cukup sayang dengan mereka. Mereka cukup bagus, makanya tidak hairan ada yang memanggil dengan perkatan "Cikgu" dan ada juga yang memanggil saya dengan perkataan "Abah"
Entahlah, kenapa saya harus bersedih dan kenapa saya harus terharu dan kekadang diam melulu. Saya merasakan dunia cukup indah kalau hidup kita ini selalu saja di sekitar kita dipenuhi dengan mereka yang punya hati penuh kasih sayang seperti para pelajar yang saya maksudkan.
Bila bercakap soal kasih sayang dan yang menjabat tangan/saya teringat ucapan dato seri Anwar yang mengatakan ramai orang UMNO atau BN berbondong-bondong mencium tangan pemimpin yang korup, pemimpin yang jahat dengan harapan akibat mencium tangan itu akan menerima habuan yang yang termasuk dalam sekitar orang yang melakukan kerja "Korupsi"
Nah, itulah beda dia orang mencium tangan kerana kasih sayang tanpa mengharap apa-apa dan yang mencium tangan bukan kerana hormat, tetapi kerana mahukan habuan. Inilah sikap hikpokrit mereka yang suka mengampu dan membodek yang kelihatan seperti orang yang tak tahu malu dan paling teruk ada sikap orang UMNO yang kerjanya ketika YB datang ke kampung, maka dialah orang yang asyik bukan saja mencium tangan, malah memeluk seperti orang arab ketemu orang arab. Memalukan!
ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175
sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah
Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS
......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater...........