KOTAKU YANG SEPI
HARI ini Kota Kinabalu sepi. Masih sunyi sepi. barangkali ramai yang belum pulang. suasana beraya di kampung masih terasakan dan memang terasa berat sangat mahu pulang kerana kalaupun pulang ke kota beban tetap ada. terasa penat memikirkannya.
pelajar tentunya telah ada kerangka kerja yang mahu dilakukan. yang kekadang untuk rehat dan santai langsung tidak ada.
yang di pejabat pula pasti berhadapan dengan kerja rutin yang kekadang memuakkan, apa lagi bila berhadapan dengan ketua jabatan yang tidak bertimbang rasa. begitulah keadaannya.
yang pulang ke rumahnya tentu macam-macam terfikirkan. ada juga rumah terasa macam neraka kerana bermacam hal yang difikir dan hal semacam ini selalu saja timbul pertanyaan "bagaimana sih, masa depan ini dan kapan ketemu selesainya?" begitulah keadaannya.
Wah, yang punya pacar pula rasa tidak sabar mahu pulang segera dan tentu saja dunia bagi mereka semacam syurga. indah belaka dan rasanya mahu minta sama Tuhan biar usianya sampai 1000 tahun seperti mahunya khairil anwar.
Saya? saya tidak punya apa-apa selain mengharapkan para pelajar saya mendapat ilmu dari saya. Saya mahu pelajar saya lebih hebat dan lebih berilmu dari saya(kalaupun saya berilmu/cuma sedikit saja)
Saya mahu mereka itu cemerlang dan menjadi terhebat dan dikagumi. Itu mahunya saya. Kagum macam apa? Nah, sekurang-kurangnya seperi Bung Karno atau paling tidak seperti Anwar Ibrahim atau seperti Mahathir Mohammad( masa Mahathir dulu bukan sekarang)
Ya, begitulah saya harapkan selain yang berseni dan berkaya bukan untuk nama atau dibayar. Tidak, itu bukan mahunya saya. Yang penting kita berkarya/berseni kerana Allah semata-mata.
Kapan karya kita bisa menyentuh dan menyedarkan orang lain termasuk saya, maka itu merupakan satu amal sama juga dengan orang berpolitik kerana Allah, tetapi kalau berpolitik kerana mahu kaya, rampok harta rakyat, menipu, maka jawabannya mereka akan menerima bala, baik di dunia ataupun di akhirat nantinya.
ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected][email protected][email protected]019-8400005/016-8222262
014-5555175
sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah
Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS
......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater...........