Part II
Reformasi memberikan saya semangat dan keinginan yang kuat untuk menulis setiap
hari.Terutama sekali daalam genre sajak.Media massa sama ada cetak mahupun
elektronik menjadi sumber bahan.artikel,kenyataan akhbar,berita mahupun
wawancara sering saya ulas dalam bentuk sajak.Sesetengah keratan akhbar saya
gunting untuk di klipkan bersama sajak yang siap.Sesetengahnya pula sekadar
mencatat tarik,nama akhbar atau rancangan tersebut.Bagi saya pena adalah
senjata terbaik untuk menangkis serangan tidak bermoral dan adil media utama.
Sejak dari merdeka dan sehingga hari ini pasti tidak akan ada ruang untuk
mewujudkan perbahasaan atau hujah dalam media utama di negara ini.Mereka yang
berkuasa berjaya menghabuskan,menafikan dan memenjarakan persoalan
dosa-pahala,etika kewartawanan dan moral dan nilai wartawan.sekaligus
menjadikannya penyakit dalam masyarakat hari ini.
Dalam sesetengah hal banyak hujah pemimpin utama negara kebudak-budakan dan
tidak matang sekalipun menduduki tompok pemerintahan.Tetapi tetap merasa
pendapat mereka baik dengan bersandarkan pendidikan yang dirangkul,kedudukan
dan ketidak-adaannya ruang untuk masyarakat memberikan pandangan terbuka.Soal
keamanan sering jadi senjata walhal kalimah itu sendiri telah mengekang
perkembangan pemikiran masyarakat dan nilai menghormati perbezaan pendapat.
Media menjadi satu badan yes bos kepada pihak yang mempunyai kuasa untuk
mencorakkan pemikiran negatif kepada perbezaan pendapat .Sekaligus adalah virus
mengongkong intelektual masyarakat.Intelektual yang lahir akhirnya tidak dapat
berdiri di atas keintelektualannya sepertimana haiwan dengan intelek pemberian
tuhan .
Setuasi inilah yang menjadi bahan penghujahan saya dalam sajak-sajak saya dari
antologi Dari Kata Kepada Kata.Kepincangan ilmu yang dicipta oleh pihak
berkuasa di awal kemerdekaan telah menjadikan intelektual pusat pengajian
tinggi dari system pendidikan nasional mandul,streotaip dan jumud menilai
persoalan kemanusian mahupun sains.Mereka melihat sains sebagai satu-satunya
ilmu terhebat hingga terlupa ilmu agama adalah tunjang kepada ilmu apapun wang
wujud dan bakal wujud di dunia ini.
Mereka buta melihat bagaimana sains sekadar menyelesaikan persoalan semasa dan
berkehendak kepada perkembangan dan perubahan sepanjang masa selagi kiamat
belum terjadi.Mereka tidak sedar bagaimana sains sekadar memahami kejadian alam
yang kemudainnya mengadaptasikan kejadian itu sebagai pengetahuan dan teknologi
untuk sekadar memudahkan keperluan manusia di dunia.Mereka langsung tidak mahu
mengakui bagaimana sains berakhir pembentangan di pintu kubur.Namun ilmu agama
masih di guna pakai.
Dengan kepincangan pemikira intelektual ini saya mendifinasikannya dengan
kalimah intluksi(Inteletual berilusi).Dan menulis 3 sajak mengunakan judul
inteluksi.Tika mula menyedari akan budaya Iasme atau pak turut dalam masyarakat
sehingga yang punya degree pun jadi pengikutnya saya menulis sajak ini
IASME
Bagaikan arus deras
Tidak aka nada yang bebas
Dari sikap bersikeras politikus
Bila menyongsong arah
Deras keegohan diri
Potretnya pada sebatang sungai perdana politik
Massa hanyut dalam syair seorang politikus
Yang menentang atau sekadar mencelah haluan
Lentur mertabat diri di hujung cemuhan
Arus perdana arus iasme
Yang menderas di intelek
Dan hati buta massa
Memenjarakan suara dan minda jelata
Mengunci kesepekatan masuarawah
Memupuk benih-benik bobrok
Materialsme dan kuasasme
Yang menyangkal suara orang banyak
Arus isme
Menutupi jejak massa
Membina kemandirian dan kemandulan bangsa
Itulah arus perdana politik
Pemimpi mentuhankan diri
Mengangkat keegohan peribadi
Tanpa mahu berpaling
Kekebalan massa dari paksaan iasme
Di label penghianat bangsa
Lumat di hujung lidah
Seorang pemimpin politik
Jelata ditak ada kebebasan bersuara
Dalam selogan kebebasan bersuara politikus
Utuh Karya jaya
29/1/1997
Tmn Kepayan,Sabah
(Antologi Imigrasi)
Di sini saya turunkan tiga sajak berjudul Inteluksi
INTELUKSI
Matanya buta
Hatinya merana
Matanya buta
Langgarlah batu-bata
Jiwa buta kata ikut rasa
Hatinya buta
Fikir ikut nafsunya
Cakap ikut babalnya
Dapat ijazahnya
Ingat tuhan dungu katanya
Bila kaya
Tuhan miskin jadinya
Cakap ikut cetek akhlaknya
Ego dengan sekularsmenya
Sampai bila-bila tidak kemana-mana
Utuh Karya Jaya
2/11/2000
Cyber Café ,K.k
INTELUKSI II
Seorang wanita mendukung bayinya
Dihadapan buah tangan sebuah gempa bumi
Wajahnya sdih terukir
Air mata terlalu sukar mentis
Dalam mereka masih tidak mengerti
Makna sebuah bencana alam
Mereka tetap mengagung-agungkan teknologi barat
Menanggalkan kesyumulan syariat Allah SWT
Menampakkan kehidupan penuh berkat
Kemajuan mana dapat menepis
Peringatan Allah SWT ?
Masih tidak mengerti ?????
Sedetik bumi bergetar
Dapat melupakan kecanggahin
Manusia yang mana pun
Air mata yang payah menitis
Kemurungan
Menjadi tanpa makna
Bila amarah Allah SWT
Menjadi sekadar analisa sains
Dari janji teknologi yang sempit dan alfa
Utuh Karya Jaya
4/8/2000
INTELUKSI III
Kita sebanarnya dari mana bermulanya
Atau baru mula
Pun sikar diaknakan
Kalau dari titik pegun pergerakan
Kesemua arah
Pastinya satu keberangkalian
Dari 0 atau 9
Apa bezanya ?
Mungkin warna saja berubah
Jasad dan matlamat
Tetap pada titik pegunnya
Bergerak belum tentu berganjak
Applo yang pertama sampai ke bulan
Sekadar membuktikan sedikit Isra Miraj Rasulullah saw
Tetapi belum mampu mengambarkan
Kehebatan Borak kenderaan Rasulullah saw
Kalau kita bermula dari 0
Tidak semestinya menuju ke 9
Mungkin menuju ke
-9
Atau
9
Atau
/9
Atau di gandakan urutannya
Kerana 0 itu mungkin bukan 0
Kerana 0 kita
Mungkin bukan 0 yang lainya pula
Pengukur untuk0 saja
Tidak akan di tafsirkan dengan akal semata
Kerana kita ada dengan Kalimatullah
Bersandar juga semestinya pada Kalam_Nya
Dan hadis pesuruh_Nya
Siapa yang lebih mengerti Kalam_Nya
Kalau bukan pesuruh_Nya
Utuh Karya Jaya
13/6/2001
Komkar,Stor
K.K
Tanpa saya sedari ternyata saya telah menulis beberapa sajak yang saya
kumpulkan dalam antologi ke 5 saya dengan judul Dari Kata Kepada
Kata.Kesemuanya tindak-balas sepontan saya terhadap berita di media
massa.Sebagai contoh saya ada menyimpan keratan akhbar kertana akhbar puisi
yang di bacakan di sudut penulisan puisi DBP bacaan Zainal Rashid
Ahmad.Bagaiman dia menulis sajak tetapi tidak memahami sejarah negara
sendiri.Sajak beliau seperti berikut
..aku mengharung
Sejarah negara…dengan(sejarah kemerdekaan.Dinamakan seniman pengampu)
Segala cinta dan cita…
Cuma aku tidak mungkin berarak di jalan raya…
Membakar potret
Pemimpin atau bendera negara(kalimah ini fitnah kerana beliau tidak ada bukti)
Atas alas an membebaskan sesiapa
Aku merpati seperti ibumu
Biar kecil tapi
Lambang cinta dunia
Penulis seperti ini asalkan tulis saja tidak memperdulikan fakta kerana tidak
ada persoalan dosa pahala dalam pemikirannya
Begitu juga tulisan Imlan Abadi berjudul Biasan Politik Dalam Karya-29/4/2001
Berita Minggu –Perspektif-sastera dan budaya.RTM 29/3/2001 dalam rancanga Ehwal
Isalam dengan sajak Perpaduan:Nas,Hadis Para Munafikin.Dan banyak lagi
Bagi saya sajak tidak sekadar kalimah yang mempunyai intonasi makna,nada dan
ayah yang baik tetapi ianya juga bukti sejarah pada lingkunganya.Kita tidak
boleh berharap penulis sejarah pendidikan colonial kerana mereka sering
mengaburi bukti untuk kepentingan pemerintah.Tetapi seniman berakhlak akan
melihat penulisan itu sebagai satu ibadat.Kerana menulis juga hakikatnya
perbuatan manusia yang tidak akan terlepas dari perhitungan di akhirat.Suka
atau tidak ada sesiapapun atau emajuanpun yang boleh menafikannya.Menafikannya
bererti memperbodohkan diri sendiri.Merugikan diri sendiri.
Bila saya menulis sajak saya sememangnya saya tidak mengharapkan sangat karya
saya mendatangkan materi.Lebih cenderung menjadi pencatat sejarah sezaman
.Kerana Allah SWT tentunya.Itu pasti. Berapa banyak antologi saya hasilkan
tetapi tetap dalam simpanan dan saya binding sendiri dan tidak pernah saya
terbitkan.Biarlah karya saya itu dapat melukis sesuatu untuk generasi.Jangan
mereka tertipu dengan sejarawan yang selama ini tidak pernag berakidah bila
menulis buku sejarah negara.
Kalau tidak ada halangan saya akan PDFkan Antologi Dari Kata Kepada Kata dan
akan saya sebarkan dalam sastera egroups sebagai bahan pertimbangan ahli
egroups yang lain.Begitu juga dengan antologi KEPERIBADIAN(skrip radio),MENCARI
SINAR HARI(cerpen),RAUT
KEHIDUPAN(sajak),IMIGRASI(sajak),DETAK-DETAK(sajak),BICARA SEPI SEORANG
SENI(sajak),BICARA TAPAK KAKI(sajak),INTELUKSI(sajak)dan antologi seperti DERU
HARI(SAJAK),SUARA ANGIN LALU(sajak) dan DARI SEBUAH POTRET KELAM
KETAMADUNAN(sajak) telah saya siapka PDFnya.Dan judul lain yang belum sempat
saya selongkar dalam kota kayu di rumah.
Saya harap saya dapat menulis selepas ini lagi dalam tulisan yang menyentuh
lain hal dalam kehidupan kecil saya sebagai manusia kecil untuk di jadikan
iktibar dan renungan.
.
utuh karya jaya
2/11/2009
From: [email protected]
To: [email protected]
Date: Sun, 1 Nov 2009 16:07:00 +0000
Subject: [ SASTERA ] File - aktif
Semoga group Sastera ini dapat diaktifkan dengan perbincangan tentang Sastera
dan karya-karya sastera.
Terima kasih.
Moderator
_________________________________________________________________
New Windows 7: Find the right PC for you. Learn more.
http://windows.microsoft.com/shop