Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kehadapan Akh Azmi hafidzhohullah, Pertama sekali saya tergerak untuk menanya kenapakah perlu anda keluarkan 'statement' tersebut? Pertama: ini adalah kerana yang menyuruh untuk menjauhkan daripada bid'ah adalah junjungan besar kita Muhammad s.a.w. Sila rujuk kepada buku-buku hadits/ dan syarah ulama berkenaan dengan berpegang teguh kepada sunnah dan menjauhkan kepada bid'ah. Itulah sebenarnya jalan yang akan menyatukan ummat Islam, apabila kehendak Allah dan RasulNya dikehadapankan daripada kehendak/pandangan/citarasa sendiri.Sekiranya sesiapa yang datang menyuruh / mengulang apa yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. perlulah diikuti dan diambil. Itulah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Nabi .s.a.w. mengikrarkan pengambilan faedah daripada Syaitan berkenaan dengan kelebihan ayat kursiy. Itulah pegangan seorang muslim bahawa hikmah/ kebaikan itu adalah barang kehilangannya
sekiranya ditemui pasti akan mengambilnya. Kedua: Manakala sifat tidak bersetuju terhadap sesuatu pandangan itu tidak ada masalah sekiranya ianya diasaskan sumber ilmiyah, manakala sekiranya hanya disebabkan emosi, kedengkian, hasad dan sebagainya perlu dielakkan ianya akan menonjolkan kelemahan sendiri. Sedang dakwaan/tuduhan kepada negara Saudi bersengkongkol dengna Amerika membunuh orang Islam perlu didatangkan bukti tidak hanya kerana hubungan ahli politik mereka dengan Amerika sehingga nasihat-nasihat ulama-ulama Saudi yang tidak lari daripada ajaran Rasulullah s.a.w. pula ditolak. Sekiranya apa yang kita katakan kepada Saudi tidakkah boleh dikatakan kepada negara Malaysia dan Nusantara ini hanya disebabkan hubungan baik dengan Amerika ? Saya menasihati netters agar elakkan mengemukakan saranan, pendapat dan sebagainya diatas dasar emosi, usahakan agar sentiasa bertaqwa kepada Allah S.W.T. sehingga didalam kita
mengeluarkan pandangan perlu kepada beriltizam dengan manhaj ilmiyyah agar tidak lari daripada objektif dan dapat menjadi hujah dihadapan Allah S.W.T. kelak apabila menemuiNya. Allahu 'alam. Sekian Terimakasih. Saudara kamu dalam Islam. [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:Salam syawwal to all, Kerajaan SAUDI menyarankan masyarakat
ISLAM mengikuti dan mengamalkan ajaran ISLAM yang sebenarnya tanpa adanya bida'ah ( perkara yg tiada diperkatakan mau pun dilakukan oleh MOHAMED RASUL ALLAH pbuh ). Dalam erti kata yang lainnya umat ISLAM se harusnya mengikuti segala SUNNAH RASUL yg sahih dan tepat. AWANG - Kerajaan SAUDI bersekongkol dgn AMERIKA untuk sembelih umat ISLAM di serata dunia ini, apakah itu SUNNAH atau bida'ah ??? Tidak kah YUSOF QARDHAWI menyarankan agar umat ISLAM mengamalkan FIQH AL'ALAWIYYAT ??? INSYA ALLAH, THANK YOU, WASSALAM & BEST REGARDS FROM AZMI ABDUL LATIFF
What will the world find in 2020?
Leave a part of your 2006 in the Yahoo! Time Capsule. Contribute now!
__._,_.___
--
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group
|
Yahoo! Groups Terms of Use
|
Unsubscribe
__,_._,___