[Islah-Net] Wabak denggi dan kes malaria di Seremban
Info dari Jabatan Kesihatan N.Sembilan Laporan 15 JUN 2013 MINGGU 23 Jumlah kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun 2013 adalah sebanyak 253 kes iaitu 251 kes Demam Denggi dan 2 kes Demam Denggi Berdarah. Terdapat peningkatan kes denggi sebanyak 29.7% berbanding tempoh yang sama tahun 2012. Tiada kematian akibat denggi dilaporkan sehingga minggu ke 23 tahun 2013. LOKALITI WABAK DENGGI Pada minggu ke 23, ada 1 lokaliti wabak baru dilaporkan di Negeri Sembilan iaitu di Taman Ampangan Seremban yang melibatkan 3 kes. Wabak yang masih aktif ialah di Bandar Seremban Selatan Fasa 3 yang melibatkan 4 kes. MALARIA Terdapat 1 kes Malaria dilaporkan pada minggu ke 23 di daerah Seremban. Kes tersebut diklasifikasi sebagai zoonosis iaitu jangkitan dari spesis Plasmodium knowlesi. PENYAKIT CEGAHAN VAKSIN Pada 4 Jun 2013, PKD Seremban telah mendapat laporan kejadian demam dan ruam di PLKN Sri Perkasa Mantin. Hasil siasatan menunjukan bahawa terdapat 7 orang pelatih (2.3%) yang semuanya lelaki telah hadir dengan gejala demam dan ruam daripada 308 pelatih. Oleh kerana kluster demam dan ruam ini melibatkan remaja, pelatih lelaki dan berlaku di institusi, kluster ini akan diklasifikasikan sebagai kluster disyaki rubella. Tindakan kawalan dan pencegahan akan dilakukan berdasarkan kluster disyaki rubella. Golongan berisiko seperti wanita mengandung akan dipastikan pendedahan yang minima kepada kes-kes dan kontak terdekat. Sumber http://pasns.blogspot.com/2013/06/wabak-denggi-di-seremban-dan-kes.html
[Islah-Net] Tikus makin banyak atau rakyat Malaysia makin pengotor?
BASUH DAHULU TIN SEBELUM MINUM Tikus Timbulkan Masalah Serius Dalam Masyarakat Mstar , 1 Jun 2013 - Jumlah tikus di negara ini telah bertambah dan menjadi masalah serius terhadap bandar-bandar dan kawasan kediaman dengan peningkatan membimbangkan dalam kes 'leptospirosis' yang biasanya dikenali sebagai penyakit kencing tikus. Penyakit berjangkit yang merebak melalui air kencing tikus yang dijangkiti virus ini boleh menyebabkan kematian dalam kes-kes yang teruk. Bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan mencatatkan sebanyak 3,665 kes leptospirosis tahun lepas, peningkatan 85.5 peratus daripada 1,976 kes yang direkodkan pada 2010, dengan 69 kematian. Pada tahun 2011, terdapat 2,268 kes dengan 55 kematian. Pengarah bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Chong Chee Kheong berkata , Pengesanan awal adalah penting dalam merawat penyakit yang boleh diubati ini, katanya kepada The Star, Jumaat. Beliau berkata kenaikan mendadak dalam kes ini membawa kepada keputusan Kerajaan untuk mewajibkan hospital swasta melaporkan kes-kes penyakit ini. Leptospirosis telah diklasifikasikan sebagai penyakit yang harus dilaporkan pada 9 Disember 2010, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Dr Chong berkata persekitaran yang tidak bersih mungkin menyumbang kepada peningkatan kes. Beliau menggesa pihak berkuasa dan orang ramai berkerjasama mewujudkan persekitaran awam yang bersih untuk mengelakkan semakin ramai yang dijangkiti wabak ini. Kawasan awam mesti sentiasa bersih pada setiap masa. Parit tidak boleh tersumbat dan sampah hendaklah dilupuskan dengan betul. Pemikiran sivik juga diperlukan daripada masyarakat. Orang ramai tidak boleh terus mengharapkan pihak berkuasa untuk menjalankan kerja pembersihan, katanya. Beliau berkata, cara jangkitan paling biasa ialah melalui makanan dan air dan ia juga boleh merebak melalui luka. Dr Chong berkata, pasar dan pusat penjaja akan menarik perhatian tikus jika sampah tidak dilupuskan dengan betul. Bagi tapak perkhemahan dan kawasan rekreasi, beliau berkata air kencing dan najis tikus akan merebak ke dalam kolam, tasik, dan air terjun ketika hujan. Beliau juga memberi amaran bahawa minum terus dari minuman tin juga boleh menyebabkan jangkitan kerana air kencing tikus yang kering mungkin terdapat di atas tin minuman. Beliau menasihatkan orang ramai supaya membasuh dahulu tin sebelum minum. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata beliau terkejut dengan kenaikan mendadak bilangan tikus di kawasan bandar dan pekan. Abdul Rahman berkata penjaja haram dan pemilik gerai makanan yang tidak bertanggungjawab meninggalkan sisa di tepi jalan menjadi masalah terbesar dan menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan tegas terhadap mereka. Beliau berkata walaupun kementerian akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam mewujudkan bandar lebih selesa untuk didiami, tugas menjaga kebersihan bandar perlu juga melibatkan orang ramai. Kesedaran sivik masih kurang, dengan kebersihan di kawasan awam masih banyak yang perlu diperbaiki walaupun Malaysia mempunyai beberapa infrastruktur terbaik. http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_beritafile=/2013/6/1/mstar_berita/20130601102738
[Islah-Net] Program Angkasawan Negara, adakah sekadar Hiburan?
10 Oktober 2013 nanti adalah ulangtahun ke 6 angkasawan Malaysia berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11. Sejak dari itu tidak ada perkembangan yang memberangsangkan dalam program angkasa lepas negara terutama di peringkat sekolah dan universiti. Kelab Roket yang dicadangkan untuk diwujudkan di setiap sekolah pun senyap begitu sahaja. Yang ada hanya sekali-sekala diadakan pertandingan roket air, dan jarang kedengaran pertandingan merekacipta satelit nano yang dilancarkan menggunakan belon udara. Bandingkan dengan negara jiran kita Indonesia, pertandingan roket air ini kacang bagi mereka di peringkat sekolah. Telah lama mereka menganjurkan pertandingan roket menggunakan bahan api pepejal, yang saban tahun dipertingkatkan bebanan roket, jarak roket, ketinggian roket serta keupayaan transmisi data ke stesen bumi. Apakan daya , kita umpama Pak Kaduk, Menang Sorak, Kampung Tergadai. Lomba Roket Digelar di Yogya 23 Juni 2011 VIVAnews - Sebanyak 40 tim dari 36 perguruan tinggi negeri dan swasta di Indonesia akan mengkuti kompetisi muatan roket Indonesia (komurindo) 2011 di Yogyakarta. Kompetisi ini berlangsung mulai tanggal 25-27 di Pantai Pandansimo, Kabupaten Bantul, Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY). Menurutnya Komurindo 2011 merupakan kompetisi yang digelar untuk keempat kalinya yang dimulai pada tahun 2008. Kompetisi kali ini ditujukan untuk mendapatkan juara hasil rancang bangun muatan roket (payload) yang mampu kembali atau menuju sasaran yang telah ditentukan, setelah terlepas dan terpisah dari roket peluncur seri RUM70-100-LPN. Roket ini berbahan bakar propelan padat dan dapat mencapai tinggi terbang 2 kilometer, katanya. http://us.teknologi.news.viva.co.id/news/read/228712-roket-se-indonesia-bertanding-di-yogya ITB Juara Lomba Roket Nasional Desember 1, 2008 YOGYAKARTA–MI: Institut Teknologi Bandung (ITB) berhasil meraih juara I lomba muatan roket antarperguruan tinggi swasta dan negeri se-Indonesia yang resmi ditutup oleh Sekretaris Daerah (Sekda) Kabupaten Bantul, Gendut Sudarto, Senin. Dalam lomba roket antarperguruan tinggi yang berlangsung di pantai Pandasimo, Bantul, Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY), Minggu (30/11) itu Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta berhasil meraih juara II dan juara III Universitas Tarumanegara (Untar) Jakarta. Lomba roket tersebut merupakan kerja sama dari Lapan, UGM, Pemrintah Kabupaten Bantul dan Akedemi Angkatan Udara. Diikuti 18 universitas swasta dan negeri di Indonesa yang terbagi dalam 27 tim. (Ant/OL-01) http://tarig18.wordpress.com/2008/12/01/itb-juara-lomba-roket-nasional/ Yuk! Nonton Lomba Roket di Pantai Congot, Yogyakarta 04/06/2012 Jakarta - Minat masyarakat pada teknologi dan antariksa dinilai masih rendah. Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) mengadakan lomba muatan roket yang diikuti mahasiswa di Pantai Congot, Yogyakarta. Lomba itu digelar pada 8-10 Juni 2012 di Pantai Congot, Kulon Progo, Yogyakarta. 40 Tim dari perguruan tinggi negeri dan swasta seluruh Indonesia mengikuti acara itu. Masing-masing tim terdiri dari 3 mahasiswa dan 1 dosen pembimbing. Menurut Budi, tiap tim nantinya harus merancang bangun muatan roket, berupa telemetri atau kamera video. Muatan akan diluncurkan dengan menggunakan roket berdiameter 70 meter dan panjang 1.000 mm yang disiapkan LAPAN. Untuk hadiahnya, LAPAN menyiapkan Rp 10 juta untuk juara 1, Rp 8 juta untuk juara 2, Rp 6 juta untuk juara 3, Rp 4 juta untuk juara harapan dan Rp 2 juta untuk juara favorit. http://news.detik.com/read/2012/06/04/130759/1932054/10/yuk-nonton-lomba-roket-di-pantai-congot-yogyakarta
[Islah-Net] Rakyat bangkit tuntut hak, cegah penipuan PRU
Rakyat bangkit tuntut hak, cegah penipuan PRU http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20132-rakyat-bangkit-\ tuntut-hak-cegah-penipuan-pru Harakahdaily, 18 Jun 2013 KUALA LUMPUR: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang. Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan. Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya, katanya dipetik Keadilan Daily. Justeru, beliau menyokong penuh himpunan Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia hadir beramai-ramai di Padang Merbok pada 22 Jun ini. Katanya, keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah, katanya. Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat. Beliau menambah, usaha dilakukan penganjur Black 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan. PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.