SASTERA-BERITA HARIAN




    Godam: 'Alahai orang sastera, realiti sekolah satu aliran'
    Bersama Salbiah Ani




    
                       
    SEPANJANG
14 hari lalu, dua perkara menarik perhatian penulis iaitu ketiadaan
peruntukkan khusus untuk pembangunan bahasa dan sastera negara dalam
pembentangan Belanjawan 2010 dan isu sekolah satu aliran yang hangat
semula di Parlimen.


Nampaknya seperti biasa sulit untuk melihat peruntukan khusus
disediakan kepada penggiat sastera berbanding mereka dalam industri
kreatif lain, khususnya yang berbau hiburan seperti seni persembahan
dan muzik.


Penyediaan Dana Industri Kreatif bernilai RM200 juta, tentunya
tidak dapat dimanfaatkan penggiat sastera kerana ia terkeluar daripada
apa yang ditentukan iaitu bagi membiayai kegiatan pengeluaran filem dan
drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan. 
        




    Begitu juga dengan Tabung Kebajikan Penggiat Seni
bernilai RM3 juta bagi memastikan warga seni sentiasa terbela, tentunya
juga bukan khabar gembira kepada penggiat sastera tanah air dan jelas
di sini bahawa mereka juga terkeluar daripada senarai penerimanya!


Nampaknya pembabitan dalam hal kesusasteraan tanah air
meskipun demi memberi nilai kepada tamadun bangsa, menuntut pengorbanan
yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit dan kerana itu juga dunia
sastera tanah air terus bergelut dengan pelbagai masalah tanpa
akhirnya!


Memang sudah suratan takdir agaknya penggiat sastera tanah air
hanya mendengar kalangan mereka dinobatkan sebagai penerima Anugerah
Sastera Negara (ASN) selepas enam tahun lompang apabila Datuk Dr Anwar
Ridhwan diumumkan sebagai penerimanya untuk 2009.

  

    
                        

    Berbeza
dengan rakan seniman lain, menerima Anugerah Seni Negara setiap dua
tahun pasti ada saja penerimanya, sedangkan ia membabitkan kos lebih
tinggi kerana selain hadiah utama bernilai RM60,000, ada beberapa lagi
kategori sampingan.


Penggiat sastera tanah air perlu mengambil iktibar agar
perkara seperti ini tidak berulang dalam belanjawan akan datang dengan
memastikan setiap persatuan mengemukakan cadangan kepada Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) atau Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan.


Jika tiada juga peruntukan khusus diambil selepas diusahakan
tidak akan timbul ralat kerana setidak-tidaknya mereka sudah berusaha
dan DBP melalui Kementerian Pendidikan dan Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan sepatutnya membantu mereka.


Cadangan tokoh akademik dan sejarawan, Prof Emeritus Tan Sri
Dr Khoo Khay Kim dan sebelum ini pernah dibangkitkan Ketua Umno
Bahagian Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, agar negara melaksanakan
sekolah satu aliran, seperti dijangka ditolak kelompok tertentu.


    
                        

    Seperti
sedia maklum, bantahan dikemukakan kelompok yang mahu mempertahankan
sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang beranggapan sekolah satu
aliran akan membunuh bahasa ibunda mereka kerana bersama-sama bahasa
itu terperi budaya bangsa.


Mereka tetap mempertahankan kehadiran kedua-dua jenis sekolah
terbabit meskipun sedar bahawa peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi, kebangsaan dan ilmu di negara ini sudah terang termaktub dalam
Perlembagaan Negara.


Rasa cinta dan kasih mereka kepada bahasa dan budaya mereka
mengatasi segala, meskipun dalam masa sama memperakukan 1Malaysia yang
dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sejak beliau menjadi
orang nombor satu negara!


Semangat perpaduan kaum yang mampu dijana daripada pelaksanaan
sekolah satu aliran di negara ini, tanpa menafikan kepentingan
menguasai lebih daripada satu bahasa untuk meningkatkan daya saing
dalam pasaran guna tenaga negara, sudah menjadi perkara kedua kepada
mereka.


Realiti ini memperlihatkan betapa dalam banyak segi, bangsa
Melayu paling banyak berkorban dan dikorbankan demi kesejahteraan
Malaysia tercinta, sehingga pengorbanan itu tidak lagi dihargai serta
diremehkan kerana kelompok berkenaan sudah terbiasa dengan keadaan
terbabit!


Alangkah moleknya jika seluruh bangsa Melayu sedar akan
hakikat dalam bahasa terangkum artifak, institusi dan organisasi sosial
sesuatu bangsa, sikap, pemikiran dan emosi, falsafah, budaya, sejarah,
sistem kepercayaan dan nilai bangsa yang terhimpun sejak turun-temurun.



      __________________________________________________________
Coba Yahoo! Messenger 10 Beta yang baru. Kini dengan update real-time, 
panggilan video, dan banyak lagi! Kunjungi http://id.messenger.yahoo.com/

Kirim email ke