UTUSAN MALAYSIA    -SASTERA

ARKIB : 15/06/2008
Keputusan pemenang PENGHARGAAN HSKU 2007
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil 2007 (HSKU 2007) kini telah 
memasuki usia 23 tahun. Sejak diwujudkan 23 tahun lalu, HSKU telah melahirkan 
banyak penulis baru yang berbakat hingga akhirnya menjadi sasterawan yang 
mewarnai lanskap kesusasteraan tanah air.
HSKU menjadi platform paling berkesan untuk penulis baru mencipta nama dan 
penulis tersohor melontarkan cabaran kepada yang baru. Kini acara HSKU tercatat 
dalam kalendar kesusasteraan kerana diadakan saban tahun, tidak terlangkau 
walaupun sekali.
Acara penyampaian hadiah HSKU 2007 tahun ini akan diadakan pada Jumaat ini di 
Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur pukul 8 malam. Tetamu kenamaan HSKU 2007 
ialah Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop yang akan melancarkan 
antologi karya-karya pemenang kali ini.
Secara sepintas lalu, HSKU 2007 dikuasai oleh penulis generasi baru yang pernah 
memenangi HSKU sebelum ini. Penulis-penulis ini kelihatan konsisten dan 
produktif serta memperlihatkan pendekatan dan pemikiran yang baru dalam karya-
karya mereka.
Berikut ialah senarai penuh pemenang HSKU 2007.
KATEGORI 
NOVEL REMAJA
Hadiah pertama (RM7,000)Khazanah Warisnya Kalbu-Sri Rahayu Mohd Yusop
Hadiah kedua (RM4,500)Sayap-sayap Cendekia-Nisah Haron
Hadiah ketiga (RM3,000)Baromkeh: Matamu di Mataku-Ummi Hani Abu Hassan
KATEGORI 
CERPEN REMAJA 
3 Hadiah Utama (RM2,500)
Banglo Kolonial di Lot 152-Khairunnasriah Abdul Salam-Mingguan Malaysia 2 
Disember 2007
Cerita Sagita dan Sagupa-Saifullizan Yahaya-Mingguan Malaysia 28 Oktober 2007
Rumah Nurul Iman- Ghafirah Idris-Utusan Melayu Mingguan 28 Mei 2007
6 Hadiah Penghargaan – (RM800 setiap satu)
Dunia di Pergelangan Tanganku-Dr. Ilias @ Illias Zaidi- Mingguan Malaysia 28 
Ogos 2007
Kalendar Baru Abang-Siti Aminah Mat (Tie Camar)-Mingguan Malaysia 15 April 2007 
Mamaku Menteri-Salina Ibrahim -Utusan Melayu Mingguan 22 Januari 2007 
Selamat Kembali Nurul Merdeka-Khairunnasriah Abdul Salam-Mingguan Malaysia 19 
Ogos 2007 
Tiga Catatan di Tiga Perhentian-Lim Swee Tin-Mingguan Malaysia 2 September 2007 
Wira Mandala Hijau-Khairul Hafiz Abdul Rahman(Serunai Faqir)-Mingguan Malaysia 
2 Julai 2007
KATEGORI CERPEN
3 Hadiah Utama (RM3,000)
Dari Suatu Tikungan Lorong-Zainal Palit (Zaen Kasturi)-Mingguan Malaysia 4 
Februari 2007
Moluska-Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M. Zakir)-Mingguan Malaysia 29 Julai 2007
Warna-Faizati Mohd Ali-Mingguan Malaysia 4 November 2007
6 Hadiah Penghargaan – (RM800 setiap satu)
Cerita Sebuah Lembah-Muhammad Lutfi Ishak- Mingguan Malaysia 16 Disember 2007 
Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir-Mohamed Ghozali Hj. Abdul Rashid (Malim 
Ghozali PK)-Mingguan Malaysia 23 Disember 2007
Jihad Sang Hamba-Khairul Hafiz Abdul Rahman(Serunai Faqir)-Utusan Melayu 
Mingguan 26 Mac 2007 
Laut Tetap Bergelora-Zaharah Nawawi -Mingguan Malaysia 11 November 2007 
Nilai Cinta Kita-Azizi Haji Abdullah-Mingguan Malaysia 9 September 2007 
Putik Qunaitara-Ummi Hani Abu Hassan-Mingguan Malaysia 10 Jun 2007
KATEGORI PUISI
3 Hadiah Utama (RM 1,000 setiap satu)
Denyut Murba-Zainal Palit (Zaen Kasturi)-Mingguan Malaysia 28 Oktober 2007 
Menggeledah Nurani-Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Fahd Razy) -Mingguan 
Malaysia 14 Oktober 2007 
Suriku, di Sejadah Ini Kita Sujud-Muhamad Ikram Abdullah-Mingguan Malaysia 27 
Mei 2007 
6 Hadiah Penghargaan (RM500-setiap satu)
Bumi Tersohor Kerana Kau Tanah Selatan-Wahyu Budiwa Rendra A.Wahid (WB 
Rendra)-Mingguan Malaysia 20 Mei 2007 
Doa Maal Hijrah di Kaki Maghrib-Shamsudin Othman-Mingguan Malaysia 25 Februari 
2007 
Ingatan Kepada Kawan xx-Zainal Palit (Zaen Kasturi)-Mingguan Malaysia 11 
November 2007 
Lidah Anakku Berbelang-Belang-Zainal Abidin Suhaili (Abizai) -Mingguan Malaysia 
19 Ogos 2007 
Luka Pujangga Bangsa-Roslizan Yaacob (Marjan S)-Mingguan Malaysia 18 November 
2007 
Sajak Anum Kepada Jebat-Siti Raihani Mohamed Saaid-Mingguan Malaysia 13 Mei 2007
KATEGORI KAJIAN & RENCANA SASTERA
Kajian Sastera (RM2,000)
Tiada Pemenang 
Rencana Sastera (RM1,000)
Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu?-Dr. Mohd Zariat Abdul Rani-Pemikir-Oktober – 
Disember 2007 
NOVEL REMAJA -BAHASA INGGERIS
Hadiah pertama (RM7,000)
Peace Child-Seliong ak Wau
Hadiah kedua (RM4,500)
Magic Eyes-Teoh Choon Ean
Hadiah ketiga (RM3,000)
Dahlia-Sherifah Binti Baharudin
 =================================================================
 
Gempuran penulis wanita di HSKU 2007
Oleh AZMAN ISMAIL







KHAIRUNNASRIAH ABDUL SALAM




 
Sastera Malaysia. Ia tumbuh dalam persekitaran masyarakat yang mencintai damai, 
keharmonian dan rasa integrasi yang menebal. Sastera dibangunkan menjadi sebuah 
tujuan yang tidak lain merupakan ruang katarsis diri manusianya.
Oleh itu, sastera menyediakan ruang yang sangat besar untuk mewujudkan wacana 
tentang apa jua aspek. Boleh sahaja tentang kemanusiaan, gender, ekonomi, 
politik dan sebagainya.
Begitu dengan para penulisnya. Sesiapa sahaja boleh berkarya, sama ada lelaki 
dan wanita. Dalam konteks Malaysia peranan kedua-dua golongan ini sangat ketara.
Ghairah penulis wanita dalam berkarya di negara ini adalah fakta yang tidak 
boleh diketepikan. Di satu sisi, hal ini dapat diertikan sebagai upaya 
perjuangan sastera wanita yang selama ini didominasi oleh penulis-penulis 
lelaki.
Pada awal kemunculan kesusasteraan di negara ini, pengarang-pengarang wanita 
terlalu sedikit. Ia antara lain disebabkan oleh faktor budaya dan adat resam 
yang tidak terlalu memberi peluang kepada golongan wanita untuk menikmati 
pendidikan tinggi.
Hari ini, keadaan tersebut sama sekali berbeza. Penulis wanita menjadi 
sebahagian daripada khazanah kesusasteraan tanah air. Malah, dalam beberapa 
aspek ia lebih dominan berbanding penulis lelaki.
Dalam erti kata lain, penulis-penulis wanita berjaya membuka tirai baru dalam 
kepengarangan. Ada tema-tema yang lebih rencam, segar dan sering mewakili isu 
yang berkaitan dengan golongan mereka secara tuntas. 
Pada 20 Jun ini akan berlangsung majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan 
Utusan 2007 (HSKU 2007)- sebuah program pembangunan kesusasteraan yang mendapat 
kerjasama ExxonMobbil. 
Di sebalik sebalik prestij HSKU 2007, sebenarnya ada sisi lain yang cukup 
menarik iaitu kelahiran penulis-penulis wanita yang hingga kini terus mewarnai 
pesada sastera tanah air.
HSKU 2007 sekali lagi membuktikan kemampuan penulis-penulis wanita, sejajar 
dengan hasrat Kumpulan Utusan untuk meningkatkan kelahiran pengarang daripada 
golongan itu.
Beberapa pengarang wanita menguasai kategori-kategori utama. Misalnya kategori 
Novel Remaja, ketiga-tiga pemenangnya adalah penulis wanita iaitu Sri Rahayu 
Mohd. Yusop (Warisnya Kalbu) yang berjaya meraih tempat pertama dan akan 
membawa pulang RM7,000.
Tempat kedua dimenangi oleh Nisah Haron (Tawarikh Cinta) dengan hadiah wang 
tunai RM4,500 manakala Ummu Hani Abu Hassan (Baromkeh: Matamu di Mataku) akan 
menerima RM3,000.
Begitu juga kategori Cerpen Remaja yang yang masing-masing menawarkan RM2,500. 
Dua daripada tiga pemenang utama adalah penulis wanita.
Kategori tersebut menampilkan Khairunnasriah Abdul Salam (Banglo Kolonial di 
Lot 152) yang pernah meraih kategori yang sama pada HSKU 2006 dan Ghafirah 
Idris (Rumah Nurul Imam).
Seorang lagi pemenang bagi kategori tersebut ialah Saifulizan Yahya (Cerita 
Sagita dan Sagupa) manakala enam pemenang hadiah penghargaan yang masing-masing 
berjumlah RM800 ialah Dr. Ilias @ Illias Zaidi (Dunia di Pergelangan Tanganku), 
Siti Aminah Mat (Kalendar Baru Abang) dan Salina Ibrahim (Mamaku Menteri).
Tiga lagi penerima hadiah penghargaan ialah Khairunnasriah Abdul Salam (Selamat 
Kembali Nurul Merdeka), Dr. Lim Swee Tin (Tiga Catatan di Tiga Perhentian) dan 
Khairun Hafiz Abdul Rahman (Wira Mandala Hijau).
Faizati Mohd. Ali yang melahirkan cerpen Warna turut menduduki salah satu 
daripada tiga hadiah utama kategori Cerpen yang masing-masing menawarkan 
RM3,000.
Dua lagi pemenang kategori ini ialah Zainal Palit (Dari Suatu Tikungan Lorong) 
dan Syed Mohd. Zakir Syed Othman (Moluska) manakala lapan hadiah penghargaan 
yang menawarkan RM800 masing-masing dimenangi oleh Muhammad Lutfi Ishak (Cerita 
Sebuah Lembah) dan Mohamed Ghozali Abdul Rashid (Ini Chow Kit Road, Sudilah 
Mampir).
Empat lagi penerima hadiah penghargaan ialah Khairul Hafiz Abdul Rahman (Jihad 
Sang Hamba), Zaharah Nawawi (Laut Tetap Bergelora), Azizi Abdullah (Nilai Cinta 
Kita) dan Ummu Hani Abu Hassan (Putik Qunaitara).
Sementara itu, tiga hadiah utama kategori puisi yang masing-masing menawarkan 
RM1,000 memperlihatkan penguasaan penulis lelaki iaitu Zainal Palit (Denyut 
Murba), Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Menggeledah Nurani) dan Muhamad 
Ikram Abdullah (Suriku, di Sejadah Ini Kita Sujud).
Enam hadiah penghargaan masing-masing bernilai RM500 pula di menangi oleh Wahyu 
Budiwa Rendra A. Wahid (Bumi Tersohor Kerana Kau Tanah Selatan), Shamsudin 
Othman (Doa Maal Hijrah di Kaki Maghrib), Zainal Palit (Ingatan Kepada Kawan 
xx) Zainal Abidin Suhaili (Lidah Anakku Berbelang-belang), Roslizan Yaakob 
(Luka Pujangga Bangsa) dan Siti Raihani Mohamed Said (Sajak Anum Kepada Jebat).
Dalam pada itu, Dr. Mohd. Zariat Abdul Rani bakal menerima RM1,000 bagi 
Kategori Rencana Sastera menerusi tulisannya, Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu 
yang disiarkan dalam majalah Pemikir, Oktober - Disember 2007.
Novel Remaja Bahasa Inggeris juga memperlihatkan penulis wanita menduduki 
tempat kedua dan ketiga iaitu Teoh Choon Ean (Magic Eyes) serta Sharifah 
Baharuddin (Dahlia) yang masing-masing bakal menerima RM4,500 dan RM3,000.
Tempat pertama kategori ini dimenangi oleh Seliong ak Wau (Peace Child). Beliau 
meraih RM7,000.
 


      

Kirim email ke