Jawa dominasi dialog bahasa
Oleh Amad Bahri 
MardiPertemuan di Tanjung Piai antara PPJ, Kemudi angkat martabat 
keturunan Jawa terbabit



DIALOG Bahasa dan Sastera Penulis Johor-Selangor di Tanjung Piai 
Resort, Pontian, baru-baru ini, mempamerkan kekuatan ukhuwah di antara 
kedua-dua persatuan penulis terbabit dengan pelbagai aspek Jawa yang 
menjadi sebahagian daripada bangsa Melayu diberi tumpuan.


function 
ebBannerFlash_0_7716986227283311_DoFSCommand(command,args){ebScriptWin0_7716986227283311.gEbBanners[0].displayUnit.handleFSCommand(command,args,"ebBannerFlash_0_7716986227283311");}function
 ebIsFlashExtInterfaceExist(){return true;}







    
Seramai 70 penulis Johor (Persatuan Penulis Johor) dan Selangor (Kemudi)
 yang dipertemukan pada program terbabit saling memuji dan mengakui 
keturunan Jawa menjadi faktor penting untuk mereka meneruskan perjuangan
 dalam bidang penulisan di negara ini.



function ebStdBanner0_DoFSCommand(command,args){try{command = 
command.replace(/FSCommand:/ig,"");if((command.toLowerCase()=="ebinteraction") 
|| 
(command.toLowerCase()=="ebclickthrough"))gEbStdBanners[0].handleInteraction();}catch(e){}}function
 ebIsFlashExtInterfaceExist(){return true;}









Dipengerusikan oleh Ketua 1, Persatuan Penulis Johor (PPJ), Amiruddin 
Mohd Ali Hanafiah. Dua orang ahli panel daripada PPJ yang ditampilkan 
ialah, Ketua II, Mohd Khairy Halimy dan Setiausaha I, Rosli Bakir. 
Manakala di pihak Kemudi, mereka menampilkan Ketua II, Kemudi, Abu 
Hassan Ashari Abas dan penulis drama, Asmira Suhadis. 



Ketua II, Persatuan Penulis Johor (PPJ), Mohd Khairy Halimy, 
menggamatkan dialog ketika memulakan bicara mengenai budaya orang Jawa, 
Giring Putu: Salah Satu Adat Tradisional Masyarakat Jawa Yang Mengalami 
Kepupusan; Satu Pengamatan. 



“Giring Putu  ialah Perhimpunan Keluarga Besar yang secara tidak 
langsung menyerlahkan adat budaya, amalan turun temurun dan istilah yang
 berjaya memugar nostalgia dan semangat anak Jawa,” katanya yang pernah 
hadir dan menguruskan majlis terbabit.



Khalayak diberitahu bahawa putu bermaksud cucu dan ia merangkumi 
cicit dan seluruh keluarga terdekat dan pasti ada saudara mara yang 
bercerita mengenai jenis makanan dan hidangan, terdengarlah nama seperti
 getuk, nasi ambeng, rengginang, rempeyek, tempe dan tiwol. 






“Bagi kelompok anak muda yang jarang berjumpa, sesekali mereka 
bercerita mengenai aktiviti budaya orang Jawa dan persembahan seperti 
barongan, kemplingan, ketoprak dan kuda kepang, pasti tidak terlepas 
daripada dibincangkan,” katanya.



Selain itu, lazimnya pemilihan hari yang sesuai bagi mengadakan 
majlis terbabit akan pasti ‘terkeluar’ kiraan orang Jawa seperti Legi, 
Paeng, Poon, Wage dan Keliwon yang merujuk kepada lima hari yang 
mempunyai neton (nilai) tersendiri. 



Selesai Mohd Khairy mengolah adat budaya masyarakat Jawa yang 
semakin ditinggalkan dalam arus globalisasi, penulis drama, Asmira 
Suhadis yang juga ahli Persatuan Penulis dan Kebajikan Selangor 
(Kemudi), berkongsi kegembiraannya apabila skrip drama radionya dalam 
bahasa Jawa diterima untuk disiarkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia 
(RTM).



“Saya bersetuju bahawa bahasa Jawa boleh jadi pengikat antara sesama
 penulis, termasuk kalangan ahli PPJ dan Kemudi,” katanya yang terharu 
dan gembira apabila melihat sebahagian besar rakan penulis pada 
pertemuan itu boleh bertutur dalam bahasa Jawa, walaupun ada yang kurang
 lancar. 



Dialog yang berlangsung dalam suasana santai pagi itu dan 
dipengerusikan oleh Ketua 1 PPJ, Amiruddin Mohd Ali Hanafiah, tidak 
hanya bertumpu kepada dua lagi panel; Setiausaha I PPJ, Rosli Bakir dan 
Ketua II Kemudi, Abu Hassan Ashari Abas, apabila seorang demi seorang 
Penulis Selangor Johor saling mengemukakan pandangan, mengimbas 
peristiwa, ingat mengingatkan dan tidak kurang ada yang membuat lawak 
sehingga ramai ketawa berdekah-dekah. 



Ahli Kemudi, Ismail Supandi, terus menyokong bahawa bahasa Jawa ada 
aura dan sejarah tersendiri sehingga hari ini, lalu orang Jawa mahupun 
bahasanya perlu menggegar dan digegarkan sehingga sudah ada beberapa 
perkataan suku itu dikomersialkan media seperti ‘banget’.



Beliau juga mengajak peserta Dialog Bahasa dan Sastera Penulis 
Johor-Selangor berbangga dan menyedari bahawa hidangan sarapan pagi yang
 popular orang Jawa, iaitu lempeng kini sudah ditiru Barat sehingga 
mereka mencipta ‘piza’. 



Ketika semua terhibur dengan jenaka dan usikan mesra Amiruddin, ahli
 Kemudi, Dr Ibrahim Ghafar; tiba-tiba tampil mengimbas peristiwa 1988 
yang membabitkan Dugong Si Tenang, sambil berharap masyarakat, pihak 
berkuasa dan pemimpin mengambil pengajaran.



“Pihak berkuasa mengarahkan Pak Atan melepaskan Si Tenang dan 
akhirnya ikan itu ditemui mati. Perlu diingat, selepas itu satu demi 
satu malapetaka menimpa negara membabitkan hubungan Malaysia-Singapura 
termasuk isu Tambak Laut,” ujarnya.



Dr Ibrahim turut berharap rakyat negara ini khususnya orang Johor 
agar merenung ‘Wasiat Tuanku’, Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar 
Ibni Sultan Ismail, 19 bulan dalam ucapannya ketika membuka sidang Dewan
 Undangan Negeri (DUN), “Pulau Batu Puteh akan kita dapatkan semula satu
 hari nanti, beta tidak akan lupa bahawa pulau itu adalah milik kita.” 



Anak Johor kelahiran Muar yang menetap di Selangor itu menyeru 
penulis dalam negara ini agar berjuang secara serius dan menjadi 
tanggungjawab penulis Johor menguar-uarkan dan mengingatkan kerajaan 
Malaysia, kerajaan Johor dan Istana. 

“perjuangan menuntut kembali Pulau Batu Puteh dari Singapura perlu 
dilaksanakan. ‘Wasiat Tuanku’ mesti disahut.”



Pada dialog itu, Abu Hassan menyenaraikan kemunculan penulis 
Selangor seawal 1937 lewat A Samad Ahmad yang menulis Pesaka Selangor, 
disusuli A Rahim Kajai, Ahmad Bakhtiar, Punggok, Mohamad Dahlan Haji 
Mas’uod, Maaruf Mahmud, Kala Dewata, Asraf Abdul Wahab, Bidin Subari dan
 Atondra. 



“Selangor turut berbangga kerana penulis kelahiran Sungai Besar, 
Datuk Anwar Ridwan diiktiraf sebagai Sasterawan Negara (SN) 2009. 
Selangor juga boleh berbangga dengan Dr Firdaus Abdullah, A Wahab Ali, A
 Ghafar Ibrahim, Dr Siti Zainon Ismail, Hamzah Hamdani dan Ahmad Sarju,”
 katanya.



Rosli Bakir ketika melapah Semarak Bahasa dan Sastera di Johor yang 
ditunjangi PPJ, mengajak warga Johor dan seluruh negara menilai aktifnya
 persatuan yang diterajui golongan muda dari Johor itu. 



“Di bawah kepimpinan Amiruddin, PPJ mempunyai hubungan yang rapat 
dengan jabatan kerajaan, wakil-rakyat, NGO dan badan penulis beberapa 
negeri. Juga cergas mendampingi generasi muda, memperkasa penulis sedia 
ada dan giat mengadakan siri wacana dan seminar<’ katanya.



Malah, lima antologi puisi iaitu Suara Teberau, Suara Bukit 
Timbalan, Suara Ledang dan Bicara Hujung Benua, menjadi bukti PPJ di 
bawah kepimpinan sedia ada mampu melahirkan ramai penulis pelapis 
berbakat.

   
 var NetworkID = 1; var AdSpotID = "419891"; 
  

 


   




   
   
   
   
   



      Akses email lebih cepat. Yahoo! menyarankan Anda meng-upgrade browser ke 
Internet Explorer 8 baru yang dioptimalkan untuk Yahoo! Dapatkan di sini! 
http://downloads.yahoo.com/id/internetexplorer

Kirim email ke