NASIONAL-BERITA HARIAN




    Terjemahan karya agung kita untuk bacaan dunia
    Oleh Anwar Hussin dan Nazmi Yaakub
bhn...@bharian.com.my



    
                       
    
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta karya Sasterawan Negara
dan karya besar lain diterjemahkan dan dikembangkan ke peringkat
antarabangsa bagi dijadikan jambatan persuratan sejagat serta
menyerlahkan peradaban kesusasteraan bangsa sebagai warisan sastera
dunia yang penting. 

 Timbalan Perdana Menteri berkata, melalui karya mereka,
pemikiran dan estetika karya penulis akan mendapat perhatian serta
pengiktirafan antarabangsa dan mengangkat martabat sastera negara
seperti dikecapi tradisi kesusasteraan Eropah, Amerika Latin, Asia
Barat dan Asia Timur.


 "Sejajar hasrat itu, usaha penterjemahan karya Sasterawan
Negara dan karya besar lain hendaklah diusahakan dengan lebih
terancang. 
        





    

innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";

innity_country = "MY";innity_path = "/200908_1835/7973/";innity_proxy = 
"proxy_8054";innity_ord = "ord=[timestamp]";function 
ebBannerFlash_0_5839142162578824_DoFSCommand(command,args){ebScriptWin0_5839142162578824.gEbBanners[0].displayUnit.handleFSCommand(command,args,"ebBannerFlash_0_5839142162578824");}function
 ebIsFlashExtInterfaceExist(){return true;}







    

    
"Usaha penterjemahan hendaklah disertai program pembinaan dan
pengembangan karya ke peringkat antarabangsa secara berkala, termasuk
melalui usaha sama kedutaan asing dan kedutaan Malaysia di luar negara.


 "Selain itu, memperkasakan Pusat Pengajian Melayu di
universiti luar negara juga perlu dimanfaatkan sebagai langkah promosi
dan galakan penyelidikan yang lebih tuntas," katanya pada Majlis
Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-10, di sini malam tadi.


 Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan
Anugerah Sastera Negara (ASN) 2009 kepada Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan
atau lebih dikenali sebagai Anwar Ridhwan.

  

    
                        

    
Anwar menerima hadiah wang RM60,000, Warkah Penghormatan Negara,
kemudahan mencipta dan menerbitkan karya di samping perubatan percuma
di hospital kerajaan.


 Anugerah Sastera Negara yang diperkenalkan pada 1979 adalah
pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada sasterawan yang memberi
sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui
karya bermutu tinggi.


 Muhyiddin yang juga Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara
berkata, sektor swasta patut mengambil bahagian secara aktif dalam
menaja penghasilan, penghasilan, penerbitan dan penyebaran karya
Sasterawan Negara dan karya besar lain.


 "Jika usaha ini dapat dilaksanakan secara berterusan, kita
akan melahirkan lebih ramai penulis berwibawa yang menghasilkan karya
agung, sekali gus memartabatkan kesusasteraan negara," katanya.


    
                        

    


 "Kerjasama dengan media elektronik dan jaringan komunikasi
maya juga wajar diterokai dan digembleng. Usaha ini boleh dilakukan
melalui pelbagai kaedah seperti adaptasi karya, filem dan pemindahan
karya dalam genre yang pelbagai seperti drama dan animasi.


 "Media cetak, terutama akhbar berbahasa Malaysia juga perlu
memberikan ruang lebih luas kepada penyiaran tulisan ilmiah berkaitan
sastera," katanya.


 Selain itu, Muhyiddin berkata, sastera kebangsaan juga
berperanan memupuk dan memperkukuhkan perpaduan kaum selaras hasrat
gagasan 1Malaysia.


 Beliau menyarankan semua pihak menggerakkan program
meningkatkan perpaduan kaum melalui apresiasi sastera kebangsaan di
samping menterjemahkan karya sastera pelbagai kaum untuk dihayati oleh
semua.



      Akses email lebih cepat. Yahoo! menyarankan Anda meng-upgrade browser ke 
Internet Explorer 8 baru yang dioptimalkan untuk Yahoo! Dapatkan di sini! 
http://downloads.yahoo.com/id/internetexplorer

Kirim email ke