Sastera-BERITA HARIAN

 Cetak .  Emel Rakan .   
DBP pilih kasih?
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azr...@bharian.com.my 
2010/04/19Dituduh menganaktirikan penulis Sabah

BICARA
Eksekutif Sastera Sabah sempena 40 Tahun Badan Bahasa dan Sastera Sabah
(Bahasa) tegang dengan dua isu mengenai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
iaitu kesamaran fungsi badan berkanun terbabit dan penulis Sabah
menganggap diri mereka dianaktirikan organisasi terbabit. 

Program tiga jam dengan empat ahli panel itu `panas' dengan
pertikaian berhubung fungsi DBP yang cacamerba kerana menjadi pencetak
buku, tetapi tiada syarikat percetakan dan memasarkan buku selain
pemasaran diswastakan menimbulkan persoalan serta pelbagai tohmahan.

   
Ketua Bahagian Teori dan Kritikan DBP, Mohamad Daud Mohamad
membandingkan fungsi badan itu dengan agensi kerajaan Persekutuan lain
seperti Felcra Berhad dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang
jelas fungsinya berbanding DBP.

   “Felcra Berhad hanya memajukan tanah dan tidak terbabit dengan
penanaman mahupun pemasaran kelapa sawit, manakala LKIM hanya
memasarkan ikan, tetapi DBP melakukan semua kerja dalam satu masa iaitu
sebagai penerbit, pencetak dan pengedar,” katanya menjawab soalan
Setiausaha Bahasa, Aliuddin Mohd Salleh selaku pengerusi sesi Bicara
Eksekutif Sastera Sabah di Kompleks Belia dan Sukan Sabah, Putatan,
Kota Kinabalu, baru-baru ini. 

Baginya DBP sepatutnya hanya berfungsi sebagai pembimbing mahupun
pemantau penulis dan bukannya mencetak buku kerana tiada syarikat
percetakan, apatah lagi memasarkannya kerana kedua-dua tugas terbabit
sudah diambil alih Dawama Sdn Bhd. 

“Saya juga berharap penulis sepatutnya bertindak sebagai penerbit
dan penjual buku mereka seperti yang dilakukan Sasterawan Negara (SN),
Datuk (Dr) A Samad Said apabila menerbit dan memasarkan novelnya, Wira
Bukit,” katanya. 

Aliuddin yang juga pengerusi sesi itu, meminta ahli panel merungkai
dilema penulis Sabah yang diibaratkan seperti anak tiri kerana terpaksa
menerbit dan memasarkan karya sendiri sedangkan penulis di Semenanjung
diberi layanan kelas `satu' oleh DBP. 
Selain Mohamad Daud, tiga lagi ahli panel ialah Ketua Satu
Persatuan Penulis Johor (PPJ), Mohd Amiruddin Ali Hanafiah; Ketua Dua
Persatuan Penulis Utara Sarawak (Putera), Poul Nanggang dan Pengerusi
Bahasa Cawangan Matunggong, Raymond Majumah. 

Hadir sama bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman; Pengarah
DBP cawangan Sabah, Zubaidi Abas; Yang Dipertua Bahasa, Jasni Matlani
dan Setiausaha II Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia
(Gapena), Prof Madya Dr Hashim Ismail. 

Mohamad Daud turut mempelawa penulis Sabah memohon dana penerbitan
daripada DBP kerana organisasi itu menerima peruntukan RM10 juta
setahun daripada Kementerian Pelajaran sejak tujuh tahun lalu dan
ketika ini hanya RM2 juta dibelanjakan, manakala RM68 juta lagi tidak
dibelanjakan. 

“Penulis Sabah boleh menulis surat kepada DBP untuk memohon dana
menerbitkan novel, antologi cerpen, antologi puisi, biografi dan
autobiogi,” katanya. 

Terdahulu, Raymond turut menyifatkan penulis Sabah sebagai `balak
yang sudah pupus' kerana bakat mereka tidak dapat dikembangkan akibat
kerenah birokrasi DBP dalam aspek penerbitan karya kelompok terbabit. 

“Jika kegemilangan dan kekayaan Sabah sebagai pengeluar balak utama
negara sudah berakhir selepas semua kayu kayan habis akibat kegiatan
pembalakan berpermit dan secara haram, kini penulis Sabah turut meniti
nasib sama akibat dianaktirikan. 

“Saya sendiri terpaksa mengeluarkan perbelanjaan dan menjual buku
sendiri sehingga ke tamu (pasar tradisi di Sabah) sedangkan sepatutnya
DBP membantu. Saya ada menulis surat kepada organisasi itu, tetapi
tidak dilayan dengan alasan tiada peruntukan,” katanya.      

__________________________________________________
Apakah Anda Yahoo!?
Lelah menerima spam?  Surat Yahoo! memiliki perlindungan terbaik terhadap spam  
http://id.mail.yahoo.com 

Kirim email ke