DALAM NEGERI-UTUSAN MALAYSIA

 
 
 

                
                







.khad1,
.khad1:link,
.khad1:visited,
.khad1:active {
    color:#3366CC;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#3366CC 1px solid;
}

.khad1:hover {
    color:#c03;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#c03 1px solid;
}

.khad2,
.khad2:link,
.khad2:visited,
.khad2:hover,
.khad2:active,
    text-decoration:none;
    border-bottom:none;
}










Anwar Ridhwan Sasterawan Negara Ke-10




Anwar  Ridhwan bersama anugerah selepas menerima Anugerah Sastera Negara Ke-10 
di  Kuala Lumpur, semalam. 



KUALA LUMPUR 20 Okt. - Dekan Fakulti Penulisan,
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Dr. Mohd.
Anuar Rethwan, 60, atau nama penanya Anwar Ridhwan diumum sebagai
penerima Anugerah Sastera Negara Ke-10.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan
anugerah tersebut kepada tokoh sastera dan bahasa itu yang membawa
gelaran Sasterawan Negara.

Turut berangkat pada majlis yang diadakan di Palace of the Golden
Horses, Seri Kembangan dekat sini malam ini ialah Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Panel
Anugerah Sastera Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri
Noorainee Abdul Rahman.

Pemilihan tersebut membolehkan anak kelahiran Sungai Besar, Selangor
itu menerima warkah penghormatan negara, wang tunai RM60,000 serta
pelbagai kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera.
Kerajaan turut membeli 50,000 naskah karya beliau untuk diedarkan ke 
sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Dalam ucapannya pada majlis penyampaian anugerah tersebut di sini
malam ini, Muhyiddin berkata, pemilihan Anuar berdasarkan sumbangan
kreatif dan kesan pemikiran sehingga membentuk tradisi persuratan
tersendiri bagi masyarakat negara ini.
Beliau berkata, ketegaran dalam mendalami dan mempertahankan nilai
pembinaan negara bangsa yang diperjuangkan menjadi penilaian utama ahli
panel untuk memilih penerima anugerah.

''Di samping itu, komitmen sasterawan dalam kegiatan sastera secara
berterusan sehingga membentuk tradisi persuratan yang tersendiri serta
didukung dan diteruskan oleh generasi penulis juga dijadikan asas
penilaian," katanya.

Beliau berkata, pengurniaan Anugerah Sastera Negara merupakan
iltizam berterusan kerajaan untuk memberikan pengiktirafan terhadap
sumbangan sasterawan dalam usaha memperkukuh dan memartabatkan karya
sastera kebangsaan.
Berikutan itu kata beliau, sebagai tanda penghargaan, kerajaan
bersetuju untuk menaikkan jumlah ganjaran daripada RM30,000 kepada
RM60,000.

Muhyiddin juga menyarankan agar penterjemahan karya Sasterawan
Negara dan karya-karya besar yang lain diusahakan dengan lebih
terancang.
Menurutnya, akhbar-akhbar berbahasa Melayu juga perlu memberikan
ruang lebih luas kepada penyiaran tulisan-tulisan ilmiah berkaitan
sastera.

''Karya-karya ini boleh disiarkan di akhbar-akhbar vernakular dan
diuar-uarkan di media baru sebagai salah satu kaedah pengembangan dan
pemasyarakatan sastera kebangsaan sekali gus mengukuhkan lagi semangat
perpaduan 1Malaysia," katanya.

Anuar yang dilahirkan pada 5 Ogos 1949, merupakan pemegang Ijazah
Doktor Falsafah dari Universiti Malaya sebelum memulakan tugas sebagai
Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bersara selaku
Pengarah Penerbitan pada tahun 2005.
Antara cerpen beliau yang popular ialah Parasit, Sesudah Perang, Sangkar dan 
Dunia Adalah Sebuah Apartmen manakala drama pula seperti Orang-orang Kecil 
serta Yang Menjelma dan Menghilang.
Novel terkenal beliau ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Ogonshoto.


      
___________________________________________________________________________
Yahoo! sekarang memiliki alamat Email baru.
Dapatkan nama yang selalu Anda inginkan di domain baru @ymail dan @rocketmail. 
Cepat sebelum diambil orang lain!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/id/

Kirim email ke