Rakan2,

Di sini saya nak berkongsi petua2 bagi menghilangkan bau badan.


1. Ambil secawan air suam kemudian campurkan dengan beberapa 
kuntum bunga cengkih.  Kacau sebati dan minum tiga kali sehari. 
Ulang selalu petua ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. 
Petua ini juga dapat mengatasi masalah bau nafas, ketiak dan 
masalah keputihan bagi wanita.

2. Ambil sebiji limau purut, kemudian belah dua.  Sapukan limau 
tersebut ke bahagian bawah ketiak, biarkan seketika sebelum 
dicuci. Lakukan tiga kali seminggu atau terpulang kepada anda 
jika ingin melakukan lebih kerap.  InsyaAllah bau badan yang 
tidak menyenangkan akan hilang dan badan akan terasa segar dengan
haruman semula jadi dari perahan air limau purut.  Limau nipis 
juga boleh digunakan.

3. Jika ketiak anda hitam dan berbau, anda boleh menyapukannya 
dengan kapur sireh dan limau nipis, apabila anda selesai mandi. 
Amalkan cara ini selama seminggu, anda akan dapati ketiak anda 
cerah dan tidak berbau.

4. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan segenggam beras dan 
digoreng. Bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk halus. Kemudian 
sapulah di bahagian yang bermasalah (ketiak). Anda hendaklah 
lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan anda hilang. Jika bau 
tersebut hilang, anda boleh gosokkan di tempat tertentu seminggu 
sekali.

5. Ambil beberapa biji limau kasturi. Kemudian potong empat, 
selepas itu sapukan limau tersebut di seluruh badan. Lakukan 
seminggu sekali, pasti bau badan anda harum dan segar selalu.

Jika anda mahukan kesan yang lebih efektif, saya syorkan anda
guna pakaian dalam ini seperti yang dinyatakan di website ini:

    http://nanodesquera.blogspot.com

Terima kasih.

Nor Azizah Husain
http://nanodesquera.blogspot.com

Kirim email ke