Ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena
pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan
berlarutan.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Profesor Ibrahim Abu
Shah berkata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki jumlah
pelajar perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki.
Disebabkan masalah itu, katanya, UiTM sudah lama memikirkan cara untuk menambah
jumlah pelajar lelaki bagi memperbaiki komposisi pelajar mengikut jantina.
Tidak dapat tidak satu hari nanti wanita profesional ini akan berkahwin juga
dengan mana-mana lelaki termasuk mereka yang tidak bekerja.
Akhirnya, akan berlaku fenomena lelaki duduk di rumah jaga anak dan rumah
tangga manakala wanita
keluar bekerja.
Fenomena ini telah pun berlaku sekarang meskipun ia bertentangan dengan adat
kita,?? katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ibrahim menyatakan demikian ketika mengulas usaha Kementerian Pengajian Tinggi
mencari formula untuk memujuk lebih ramai pelajar lelaki menyambung pelajaran
di IPT.
Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, di semua IPT di seluruh negara,
nisbah antara pelajar lelaki dan perempuan ialah 40:60.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tan Sri
Profesor Dr. Mohd. Zulkifli Mohd. Ghazali meminta kerajaan melakukan sesuatu
bagi mengurangkan jurang bilangan pelajar lelaki dan wanita.
Di UTM sendiri, katanya, universiti itu tidak boleh menyekat kemasukan pelajar
wanita dalam sesuatu bidang kerana mereka memiliki kelayakan akademik yang
cemerlang berbanding lelaki.
Di UTM, pelajar lelaki lebih mendominasi bidang mekanikal yang memudahkan mereka
mendapat kerja setelah menamatkan pengajian sedangkan pelajar perempuan
menguasai bidang lain," katanya.
Pensyarah Jabatan Antropologi Universiti Malaya, Profesor Dr. Fatimah Daud pula
berkata, cadangan untuk merapatkan jurang antara pelajar lelaki dan wanita di
IPT memang tepat pada masanya.
Di Barat, sebagai contoh, lelaki kini telah menjadi suri rumah menjaga
anak-anak, membasuh baju dan juga melakukan kerja-kerja rumah.
Di Malaysia sendiri fenomena ini telah pun berlaku dan kini semakin merebak
apabila kebanyakan wanita bekerja sebagai eksekutif manakala suami menjaga
rumah.
regards,
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! Play Monopoly Here and Now (it's updated for
today's economy) at Yahoo! Games.
http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=monopolyherenow
[Non-text portions of this message have been removed]