http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] Re: Help Palestine [hidayahnet] doa hilangkan rasa gelisah dan dukacita

2007-02-06 Terurut Topik Aztech Management And Services
Assalamualaikum w.b.t.
   
  Saya sering mengamalkan doa ini setiap kali saya ditimpa kesedihan, Hanya 
Allah bagi saya tempat mengadu, yang memahami...
   
  "Allahumma inni a'uudzu bika minal hammi wal hazan
  wa a'uudzu bika minal 'ajzi wal kasal,
  wa a'uudzu bika minal jubni wal bukhul
  wa a'uudzu bika min ghalabatid daini wa qahril rijaal.
   
  ma'sudnya:-
   
  Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari kegundahan hati dan 
kesedihan, 
  Dan aku berlindung kepadaMU dari sifat lemah dan malas,
  Dan aku berlindung kepadaMU dari sifat penakut dan bakhil,
  Dan aku berlindung kepadaMU dari lilitan hutang dan tekanan orang.
   
  Amin Ya rabbil Al amin...

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
semoga mendapat sakinah ..dengan perbanyakan istighfar & selawat 
ketas rasulullah s.a.w.
   
  http://www.2muslims.com/books/presentations/allahsnames001.swf
   
  email : [EMAIL PROTECTED]
   
  
**

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  Assalamualaikum w.b.t
kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat...
saya amat memerlukan pertolongan dan kaunseling dari saudara-saudara sekalian..
saya sudah hampir 2 minggu dalam keadaan resah, gelisah dan dukacita... 
bermacam-macam doa, solat dan sebagainya saya telah lakukan tapi, hati saya 
sama juga iaitu tidak merasa tenang..
oleh itu saya amat mengharapkan pertolongan dari saudara sekalian

[EMAIL PROTECTED]



  __
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

 


-
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] RE: Help Palestine [hidayahnet] Apa nak jadi dengan TUDM ?

2007-02-06 Terurut Topik razak razak
Mmg kita perlu hairan kerana dlm kerajaan galakkan rakyat berjimat, pemimpin 
kita pulak berbelanja mewah.. demi utk apa.. tunjuk hebat?? hebat sgtkah negara 
kita ini .. kalau hebat/kaya sgt negara ini kenapa perlu harga petrol dan tol 
naik.. harga petrol dunia skrg sudah turun kenapa harga petrol negara ini tidak 
juga turun dan tak akan mungkin turun.. berbalik semula dikatakan keperluan itu 
apakah tidak cukup 3 jet peribadi yang sedia ada tu.. 200 juta mmg besar.. dgn 
bencana yg menimpa johor contohnya wang sebesar itu boleh dimanfaatkan 
sebenar2nya jika digunakan utk mendpt keredhaan Allah..

Mmglah kata disewa.. kita lihat pula disebaliknya.. kerajaan buat wetlease dgn 
Penerbangan Malaysia Berhad (PMB). PMB lah yang beli. tetapi persoalannya, PMB 
tu 100% dibawah Khazanahdan secara langsung di bawah Kementerian 
Kewangandan secara langsung dibawah kerajaan.. jadi wang tu tetap duit 
rakyat.. cuma dipusing2 begitu rupa..

Akhir sekali cuba kita lihat kenyataan Tun Dr Mahathir yang sinis tentang hal 
ini bila ditanya oleh wartawan.. 

"It's very NECESSARY, they should have gone for Boeing 747 or Airbus A380. This 
plane is only worth RM200 millions. But the government must carefull spending 
money because they don't have money. The plane was not bought by the 
government. it was bought by somebody else. That somebody else is 100% owned by 
the governement "



"Ahmad Baei Jaafar"@yahoo.com wrote: 
Kalau kasian jangan buat cerita bukan-bukan, doakan mereka  agar selamat dalam 
bertugas. itu tugas mereka, dan mereka rasa gembira dengan  bebanan itu. apa 
yang kita nak hairan sangat dengan pembelian jet itu, kalau itu  semua 
keperluan pemimpin dalam tugasnya. samalah macam pengarah urusan syarikat  dan 
pegawainya, diberi kereta yang sesuai dengan tugasnya. Lagipun sudah  
dijelaskan semua itu disewa, jangan pula kita kata beli. kita kena belajar  
menjadi orang tahu menilai dengan baik dan positif.
  
 Ahmad Baei  Jaafar
 Editor Agama  
 Sinar Harian
 [EMAIL PROTECTED]
 [EMAIL PROTECTED]
  
 Kumpulan Karangkraf  Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off  Persiaran 
Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel:  03-51013840, 
Faks: 03-51013609, H/P: 017-8844013. Laman sesawang: www.karangkraf.com
  

  
-
 From: hidayahnet@yahoogroups.com  [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of BPPNS
Sent:  Friday, January 26, 2007 11:10 AM
To: Ikhwanul  Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Apa nak jadi dengan TUDM  ?


 
  Kesian tengok anggota TUDM kita, dibebankan
mengendalikan helikopter yang  lanjut usia untuk
operasi menyelamat mangsa banjir di Johor.  Dibebankan
lagi untuk menjaga jet-jet eksekutif pembesar  negara.
Dibebankan lagi untuk mengendalikan jet-jet dari
pelbagai negara  Rusia, Amerika, Itali, Britain.
Terbaru benar atau tidak lagi satu pembelian  jet
eksekutif untuk pembesar negara ??

Pesawat VIP Baru Berharga RM  200 juta
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5716&mode=thread&order=0&thold=0

……..  telah membeli sebuah pesawat VIP ACJ 319 keluaran
Airbus, bernilai antara USD  55-60 juta. Pesawat yang
dibina dikilang pemasangan Airbus diToulouse,  Perancis
kini difahamkan berada diSwitzerland, kerana ubahsuai
dalaman dan  proses perlengkapan perkakas bersesuaian
dengan pesawat yang menjamin  keselesaan dan kemewahan
penerbangan VIP. 

Pesawat ini adalah model  asas dari A320, tetapi
mendapat modifikasi dan mampu terbang sejauh  melebihi
6000 batu nautika atau 11000 km (jarak antara Kuala
Lumpur dan  London tanpa berhenti mengisi minyak).
Keluasan 800 kaki persegi ruang dan  jika sebagai
pesawat kommersial, mampu membawa 140 penumpang. Ianya
satu  kelas dengan pesawat VIP Jet Boeing BBJ, yang
sedia ujud dalam perkhidmatan  TUDM. Pesawat ini mampu
membawa antara 10-50 penumpang (bergantung  kepada
susunan tempat duduk) terbang sehingga 41000 kaki
dengan segala  keselesaan dan kemewahan perjalanan
udara moden.

Antara pemasangan  yang dibuat pada waktu ini ialah
ruang duduk, ruang santai, meja makan, kamar  peribadi,
bilik air dan kemudahan mandi dan mungkin pejabat. Ini
termasuk  alatan kommunikasi seperti SATNAV, telefon,
fax, pemain DVD, TV satelit dan  kemampuan mengunakan
internet. Alatan lain seperti dapur lengkap  termasuk
ketuhar mikrowave, pembasuh pinggan dan peti sejuk
juga biasanya  dipasang sebagai memenuhi keperluan
penumpang VIP.

Difahamkan VIP Jet  ini akan diletak dibawah kelolaan
Squadron No.2 "Bayan" TUDM (yang  berpengkalan diTUDM
Subang) dan pemilik sebenar pesawat ini  ialah
Penerbangan Malaysia Berhad (PMB). Buat masa ini TUDM
mengendalikan  pesawat Boeing BBJ, Bombardier Global
Express, Falconjet 900B dan F28 untuk  kegunaan VIP. 

Samada pembelian ini menepati keperluan Negara,  itu
menjadi tandatanya kerana TUDM sedang mengendalikan
beberapa pesawat  VIP yang canggih canggih dan sudah
cukup menepati keperluan Pemimpin Negara.  Sebagai
contoh, BBJ itu 

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] RE: Help Palestine [hidayahnet] hina isteri nabi-boikot rosnah mat aris

2007-02-06 Terurut Topik zikri_fadzil
Ini lah dia kalau pakai ambil tom dick and harry untuk rancangan live tv. 

Nampak sangat, si Rosnah ni tidak berpelajaran, entah2 tak pernah bersekolah 
pun.

Cara dia bertutur, tidak ada langsung etika, main sondol saja. Amat memalukan 
kaum saja. 

Glamor tak tentu arah so cakap tak tau nak tapis, nak atur, main hentak ikut 
suka hati dia saja,

tak kira sensitibiti orang lain. Orang macam ni memang membahaya untuk dikutip 
mengisi rancangan

live seperti  SENSASI(juga program ni taklah sensasi mana sangat- penuh dengan 
soalan dan jawapan yang

bodoh2 dan terlalu banyak lawak bodoh- memang hodoh!).

 

Zikri Fadzil

AMC-WBU Materials Dept.

Agilent Technologies (M) Sdn. Bhd.

Tel No:  04-680 5565

Fax No: 04-680-7285

Email : [EMAIL PROTECTED]

 

NOTE: This email is confidential and is meant for intended recipient(s) only.  
If you are not an intended recipient or someone authorized to receive email on 
behalf of an intended recipient, please reply to the sender that the email was 
misdirected, and delete the email.

 



From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of ayeh sd
Sent: Sunday, February 04, 2007 1:22 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] hina isteri nabi-boikot rosnah mat aris

 

Assalamu'alakum,

Saya menerima artikel di bawah ini mengenai kebiadaban seorang artis Malaysia. 
Malangnya, saya tidak menonton rancangan tersebut - jarang sekali menonton TV - 
dan tidak dapat mensahihkan nya. Di harap sesiapa yang mengetahui dapat komen 
dan adukan pada yang berpatutan. Di bawah saya petik paparan dari 
http://www.tranungkite.net/



 - FIKIR JANGAN TAK FIKIR -
   Dalam rancangan SENSASI 
terbitan TV3 pada hari Rabu 30/01/2007. Dalam perbualan mengenai 'tidak sedar 
diri' yang di bicarakan bersama AWAL dan WATIE Elite, AWAL telah bertanya 
mengenai 'anak-anak ikan' yang di bela oleh si Rosnah. Dengan selamba si Rosnah 
bertanya pada penonton studio tentang pernikahan Nabi dengan Siti Khadijah. 
Dailog nya begini: 

Rosnah: Berapa umor Nabi masa tu? 
Penonton Studio: 25 
Rosnah: Berapa umor Siti Khadijah? 
Penonton: 40 
Rosnah: Bukanke dah tua nak mampus tu!!?? 
Penonton: Clap..clap..clap... 

Dengan bersorak penonton bertepuk tangan mengiyakan. 

INI ADALAH TINDAKAN BIADAP DAN KURANG AJAR, ARTIS BERKENAAN PERLU MINTA MAAF 
SECARA TERBUKA DAN TV3 JUGA MESTI MEMINTA MAAF & MEMBUAT KENYATAAN TERBUKA 
- Din.Cryptos



hajimayu kirikana <[EMAIL PROTECTED]> wrote:



 



Siapakah Rosnah Mat Aris
Tarikh : Saturday, February 03 @ 06:18:24 MYT
Topik : Analisis Isu

Sebagaimana yang dikenali umum, beliau adalah seorang artis dan (yang mungkin 
ramai tidak mengetahui) seorang peniag 

 a 

 .

 

 Yang paling menyedihkan dengan keghairahan di dalam sebuah rancangan terbitan 
TV3, beliau juga seorang yang berani menghina Nabi saw.

Marhaen : NeoKiman - Artis Rosnah Mat Aris menghina Rasul 
 
Marhaen : Lagi Bantah Kenyataan Biadab Rosnah Mat Arif 
 
TKO : Sensasi TV 3 - Rosnah Mat Aris mengeji isteri Rasullullah!??? 
 

Tidak menghairankan, perkara sebegini boleh berlaku di negara kita, negara 
berfahaman sekular yang tidak berpaksikan agama 

 . Hina Nabi saw bukan satu kesalahan dan isu besar, hina Pak Lah membawa parah.

UtusanOnline (2 Februari) menyiarkan forum yang memuatkan bantahan pembaca 
terhadap keceluparan ini. Anda boleh klik di sini 

  untuk melayarinya. Kami juga paparkan forum tersebut di bawah sebagai rujukan 
jikalau link tersebut dipadamkan. Tidak diketahui samaada Rosnah sudah menarik 
balik keceluparan tersebut atau tidak.

Forum : Lagi reaksi terhadap Rosnah

NOTA : RUANGAN Forum Utusan Malaysia menerima banyak reaksi menerusi e-mel dan 
surat berhubung kenyataan aktres Rosnah Mat Aris yang menyentuh secara sensitif 
status usia isteri Nabi Muhammad s.a.w, Siti Khadijah.

Kenyataan Rosnah itu dibuat ketika beliau menjawab soalan dalam segmen bual 
bicara, program Sensasi terbitan TV3, Selasa lalu.

Berikut adalah empat daripada sebahagian reaksi, yang dapat disiarkan - 
Pengarang.

REAKSI 1 : Program Sensasi TV3 perlu kawalan

SEGALA puji serta selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w 
serta keluarga dan para sahabat.

Saya terpanggil mengulas kenyataan

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] Petani desak batalkan FTA dengan AS

2007-02-06 Terurut Topik syed dahij
Berita video di http://www.tvpas.com/

  
 PERJANJIAN FTA  AS - MALAYSIA PERLU DIHENTIKAN 
Malaysia harus menghalang perjanjian FTA demi 
menjamin pertumbuhan ekonomi negara.
  Petani desak batalkan FTA dengan AS
 

   Mohd Sabri Said  
 Sun | Feb 04, 07 | 06:17:10 AM SUNGAI PETANI, 
4 Februari (Hrkh) - Kerajaan wajar membatalkan  sahaja Perjanjian Perdagangan 
US FTA daripada terus berdolak  dalih kononnya tidak berkompromi sama sekali 
dalam apa juga  yang melibakan kepentingan rakyat.

  
 Jurucakap Jawatankuasa Bertindak Petani, Masyarakat Desa dan  Badan Bukan 
Kerajaan (NGO) Wilayah Utara, Che Ani Mat  Zain dalam sidang media yang 
diadakan di Swiss Inn, Sungai  Petani semalam menegaskan, terdapat dua 
pandangan yang berbeza  antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, 
Dato'  Seri Rafidah Aziz dan Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyidin Yasin  dengan 
laporan hasrat Amerika yang menentang pengeluaran beras  daripada perjanjian 
tersebut.

 
 Masyarakat petani katanya, mahukan pendedahan terperinci  mengenai maklum 
balas US FTA terhadap permintaan Malaysia untuk  mengeluarkan beras daripada 
perundingan itu.

 
 "Selaku wakil petani saya mahukan kerajaan Malaysia  mempertahankan janji 
Rafidah Aziz dan Muhyidin Yasin bahawa  padi tidak akan dimasukkan dalam 
perjanjian itu. Atau kata lain  batalkan terus perjanjian berkenaan kerana ia 
mendatangkan risiko  pada penduduk tempatan, " ujarnya.

 
 Walaupun Malaysia mampu mendapat pengecualian dalam isu beras  petani bimbang 
terhadap petani-petani lain yang sebelum ini  dilindungi daripada kesan subsidi 
produk pertanian Amerika yang  boleh menjangkau nilai subsidi sehingga 154 
peratus.

 
 Beliau khuatir jika perjanjian itu meminta cukai dikurangkan  kepada 0 peratus 
sebangaimana semua FTA dengan Amerika sebelum  ini adakah kerajaan turut setuju.

 
 "US FTA dengan negara lain telah membuktikan kesan teruk pada  petani tempatan 
maka adakah Malaysia boleh mempersetujuinya  sedangkan rakyat Malaysia yang 
tinggal di desa rata-rata 70.6  peratus berada dalam golongan miskin," 
tambahnya.

  
 Bila berlaku begitu pastinya petani atau peladang tempatan  merasai bahang 
saingan dengan kebanjiran produk subsidi Amerika  lagipun ianya bertentangan 
dengan hasrat kerajaan untuk  meningkatkan keluaran pekebun kecil, petani dan 
nelayan serta  mengurangkan kemiskinan rakyat dalam Rancangan Malaysia Ke-9  
(RMK-9).

 
 Pengerusi Pertubuhan Maufakat Warga Desa Negeri Kedah, Aziz Man  dalam sidang 
media yang sama berkata, ucapan Timbalan Perdana  Menteri, Dato' Seri Najib 
Razak dan Perdana Menteri, Dato' Seri  Abdullah Ahmad Badawi untuk 
mempertahankan kepentingan ekonomi  dan tidak tunduk dengan gesaan Amerika 
hanyalah laungan kosong  sahaja.

 
 Sebelum perjanjian di menterai sepenuhnya jelas sekali Amerika  sudah 
mengertak Malaysia agar membatalkan FTA dengan Iran yang  dianggap musuhnya.

 
 "Tengok sebelum US FTA dimeterai sepenuhnya bulan Mac ini  Amerika telah 
menunjuk belang menyuruh Malaysia membatalkan FTA  dengan Iran yang telah 
terjalin sekian lama," jelasnya.

 
 Sementara itu, Koordinator Sahabat Alam Malaysia (SAM), Anuar  Mahmud dalam 
kenyataan media turut mempertikaikan hasrat  Malaysia mengadakan rundingan US 
FTA kali ke lima di Sabah  sebelum rundingan seterusnya di Amerika.

 
 Beliau khuatir ada perkara yang tersirat dalam perundingan itu  sehingga 
mencetuskan hasrat US FTA tercapai.

 
 "Rakyat perlu tahu hasil rundingan itu bukannya cuba  menyembunyikannya.  Jika 
begini sikap kerajaan Malaysia jelas  sekali mereka mahukan US FTA dilaksanakan 
juga walaupun  terdapat suara untuk mempertahankan dan tidak akan tunduk  
dengan sebarang gesaan Amerika kelak," katanya. - mns



-
 New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] TALK ON FEMINISM

2007-02-06 Terurut Topik Mohd Yaakub
Evening Talk On Feminism
Date & Time : Wednesday, 7th February 2007, 8.15 pm

Venue : Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa’ Malaysia 17A,
Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr. Ismail, 6
KL

Entrance Fee: Adults: RM 10 Students: RM 5 (Inclusive
of supper)

Please contact 03-77106900 or 012-2820244 to confirm
seat as seats are limited.

=

Feminism is a collection of social theories, political
movements and moral philosophies largely motivated by
or concerned with the liberation of women. A large
portion of feminists are especially concerned with
what they perceive to be the social, political and
economic inequality between the sexes which favors the
male gender. In the Muslim world, feminist movements
have flourished and made their presence felt. They
claim that they’re neither anti-Shari’ah nor
anti-Islam, but they depend on the Quran, Sunnah and
Ijtihad to challenge the ways in which Islam has been
distorted by Shari’ah rulings issued mostly by
ultraconservative men! The speaker will explore this
claim and give a brief account of feminist movements
in the Muslim world and identify the fundamentals of
their thoughts and ideas...

 
Invited Speaker
===
Assoc. Prof. Dr. Muhammad Mumtaz Ali holds an M.Phil
and Ph.D in Islamic Studies from Aligarh Muslim
University, India. He also obtained his M.A in Modern
Political Thought from the same institution. One of
his area of interests is Modern and Contemporary
Islamic Thought. He is currently a lecturer at the
Department of Usuluddin and Comparative Religion,
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge, IIUM. In
March 1997, he presented a paper on Problems of
Women—Need for Islamization of Knowledge at the
International Conference on Women and Children in
Sydney. He has authored several books and presented
papers at various conferences and seminars worldwide.
He is married to Assoc. Prof. Dr. Zeenath Kauthar who
authored Feminist Sexual Politics and Family
Deconstruction: an Islamic Perspective and Women in
Feminism and Politics: New Direction Toward
Islamization.





 

Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396546091


http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] Re: Help Palestine [hidayahnet] hina isteri nabi-boikot rosnah mat aris

2007-02-06 Terurut Topik nor afzan abd kadir
w'salam wth
blh lihat rakamannya di http://www.youtube.com/watch?v=ey64PLmQuiI
moga Allah mengampuni kelampauannya yang teramat..

wassalam
p.s:err.. apa selama ni kita 'sokong' ke utk sekarang diboikot?


- Original Message 
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Sunday, February 4, 2007 1:22:03 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] hina isteri nabi-boikot rosnah mat aris

Assalamu'alakum,

Saya menerima artikel di bawah ini mengenai kebiadaban seorang artis Malaysia. 
Malangnya, saya tidak menonton rancangan tersebut - jarang sekali menonton TV - 
dan tidak dapat mensahihkan nya. Di harap sesiapa yang mengetahui dapat komen 
dan adukan pada yang berpatutan. Di bawah saya petik paparan dari 
http://www.tranungk ite.net/



 - FIKIR JANGAN TAK FIKIR -
Dalam rancangan SENSASI terbitan TV3 pada hari Rabu 30/01/2007. Dalam perbualan 
mengenai 'tidak sedar diri' yang di bicarakan bersama AWAL dan WATIE Elite, 
AWAL telah bertanya mengenai 'anak-anak ikan' yang di bela oleh si Rosnah. 
Dengan selamba si Rosnah bertanya pada penonton studio tentang pernikahan Nabi 
dengan Siti Khadijah. Dailog nya begini:

Rosnah: Berapa umor Nabi masa tu?
Penonton Studio: 25
Rosnah: Berapa umor Siti Khadijah?
Penonton: 40
Rosnah: Bukanke dah tua nak mampus tu!!??
Penonton: Clap..clap.. clap...

Dengan bersorak penonton bertepuk tangan mengiyakan.

INI ADALAH TINDAKAN BIADAP DAN KURANG AJAR, ARTIS BERKENAAN PERLU MINTA MAAF 
SECARA TERBUKA DAN TV3 JUGA MESTI MEMINTA MAAF & MEMBUAT KENYATAAN TERBUKA
- Din.Cryptos


hajimayu kirikana <[EMAIL PROTECTED] com.my> wrote:




Siapakah Rosnah Mat Aris
Tarikh : Saturday, February 03 @ 06:18:24 MYT
Topik : Analisis Isu


Sebagaimana yang dikenali umum, beliau adalah seorang artis dan (yang mungkin 
ramai tidak mengetahui) seorang peniaga.

Yang paling menyedihkan dengan keghairahan di dalam sebuah rancangan terbitan 
TV3, beliau juga seorang yang berani menghina Nabi saw.

Marhaen : NeoKiman - Artis Rosnah Mat Aris menghina Rasul
Marhaen : Lagi Bantah Kenyataan Biadab Rosnah Mat Arif
TKO : Sensasi TV 3 - Rosnah Mat Aris mengeji isteri Rasullullah! ???


Tidak menghairankan, perkara sebegini boleh berlaku di negara kita, negara 
berfahaman sekular yang tidak berpaksikan agama. Hina Nabi saw bukan satu 
kesalahan dan isu besar, hina Pak Lah membawa parah.
UtusanOnline (2 Februari) menyiarkan forum yang memuatkan bantahan pembaca 
terhadap keceluparan ini. Anda boleh klik di sini untuk melayarinya. Kami juga 
paparkan forum tersebut di bawah sebagai rujukan jikalau link tersebut 
dipadamkan. Tidak diketahui samaada Rosnah sudah menarik balik keceluparan 
tersebut atau tidak.

Forum : Lagi reaksi terhadap Rosnah

NOTA : RUANGAN Forum Utusan Malaysia menerima banyak reaksi menerusi e-mel dan 
surat berhubung kenyataan aktres Rosnah Mat Aris yang menyentuh secara sensitif 
status usia isteri Nabi Muhammad s.a.w, Siti Khadijah.

Kenyataan Rosnah itu dibuat ketika beliau menjawab soalan dalam segmen bual 
bicara, program Sensasi terbitan TV3, Selasa lalu.

Berikut adalah empat daripada sebahagian reaksi, yang dapat disiarkan – 
Pengarang.

REAKSI 1 : Program Sensasi TV3 perlu kawalan

SEGALA puji serta selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w 
serta keluarga dan para sahabat.

Saya terpanggil mengulas kenyataan yang menggunakan Nabi junjungan kita sebagai 
contoh persamaan. Pada saya itu perbuatan tidak bermoral dan tidak bermaruah.

Sebaik sahaja mendengar kenyataan Rosnah Mat Aris disusuli dengan tepukan para 
penonton di studio, saya berasa teramat kecewa kerana bukan sahaja artis yang 
membuat kenyataan menghina Nabi junjungan kita, malahan kumpulan manusia yang 
berada dalam studio semasa program tersebut terlibat kerana bertepuk tangan 
dengan gembira menyetujui kenyataan Rosnah.

Kenyataan artis yang dangkal ini amat berbahaya. Kita telah lihat banyak 
kejadian lepas yang menghina Rasulullah s.a.w mendapat tentangan daripada umat 
Islam yang prihatin.

Perkara yang sama perlu dikenakan kepada artis berkenaan agar beliau sedar dan 
tidak terus terlanjur.

Program Sensasi terbitan TV3 perlu ada sedikit kawalan, walaupun berkonsepkan 
terbuka dalam mengeluarkan pendapat. Ternyata kenyataan sedemikian adalah 
memudaratkan dan tidak bermanfaat kepada masyarakat Islam terutamanya – MALEK 
DAUD, Kuala Lumpur.

REAKSI 2 : Jangan cakap ikut sedap mulut

SAYA menyokong komen Azman Zakaria dari Semenyih, Selangor dalam ruangan ini 
(semalam) mengenai kenyataan Rosnah Mat Aris yang pada hemah saya tidak 
sepatutnya disiarkan oleh TV3.

Apatah lagi ia datang daripada seorang Melayu yang begitu jahil tentang sejarah 
Islam dan juga sejarah Rasulullah.

Kenyataan Rosnah bukan setakat menghina Rasulullah tetapi juga mempersendakan 
agama Islam apabila menjawab soalan-soalan lain mengenai Islam.

Semoga Rosnah mendapat hidayat Allah dan supaya Rosnah tidak lagi bercakap ikut 
sedap mulut sahaja – LATIFAH ROSLE, Shah Alam.

REAKSI 3 : Jabatan

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] Berita dan Video: Demonstrasi di IOI Mall Puchong: 13 aktivis ditangkap

2007-02-06 Terurut Topik syed dahij
Berita video di http://www.tvpas.com/

  
 POLIS TAHAN RAKYAT SERATAI BANTAHAN KENAIKAN HARGA TOL DI 
PUCHONG Lebih daripada 20 orang 
peserta demontrasi di tahan polis.  



  Demonstrasi di IOI Mall Puchong: 13 aktivis ditangkap 
   
 

   Harakahdaily  
 Sun | Feb 04, 07 | 09:46:11 AM KUALA LUMPUR, 4 
Februari (Hrkh) - 4.30 petang: Demonstrasi aman membantah kenaikan harga tol 
yang diadakah di IOI Mall, Puchong bermula pukul 4.00 petang tadi mendapat 
tentangan kasar daripada pihak polis apabila lebih 13 orang aktivis ditangkap.

 
 Mereka yang ditangkap termasuk Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, Bendahari 
PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian 
Chua, Sivarasa Rasiah, Badrul Hisham dan pemimpin DAP, Ronnie Liu.

 
Kesemua mereka ditangkap sebaik sahaja selesai rundingan di antara Tian Chua 
dengan wakil pihak polis, OCPD Fuad, yang diadakan sebaik sahaja demonstrasi 
bermula. Sebahagian daripada mereka digari dan diheret dengan kasar ke arah 
kenderaan polis.

 
 Demonstrasi di IOI Mall, Puchong ini merupakan siri keempat demonstrasi 
membantah kenaikan harga tol di lima lebuhraya di Lembah Kelang bermula 1 
Januari lalu, anjuran parti pembangkang, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan 
Kesatuan Sekerja Malaysia.

 
 Sebelum ini bantahan diadakan di Tol Cheras, Sunway Piramid, Subang Jaya dan 
Plaza Tol Gombak.

  
5.00 petang: Kira-kira 500 orang masih meneruskan demonstrasi walaupun diganggu 
dan sebahagiannya ditangkap oleh polis. Pasukan polis Unit Simpanan Persekutuan 
(FRU) mengawal ketat laluan Puchong - Kuala Lumpur di kedua-dua arah.

 
 (Berita lengkap menyusul kemudian)



-
 To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! 
Security Centre.

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] Artikel : Menyambut Hari Valentine Bukan Budaya Kita

2007-02-06 Terurut Topik Mohd Yaakub
HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus  

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap
keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih.
Hari yang dikenali sebagai Valentine¡¦s Day atau Hari
Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk
mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan
masing-masing. Maka pada 14hb Februari
pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai
pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah
ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya
adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan
kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat
sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang
bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan
kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat
Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini
namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh
itu  penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas
sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat
menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta
bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan
agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak
ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum
menyambutnya adalah haram.


SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari
Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 3
pendapat berkaitan dengan asal usul hari tersebut. 

„«  Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta
sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama
Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia
merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari
13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka
menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama
Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih
nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu
dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda
tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari
dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera
di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang
akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa
Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini
mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing.
Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang
dianggap paling gagah lalu disapukan darah binatang
tersebut ke badan mereka dan mencucinya pula dengan
susu. Setelah itu akan di adakan perarakan
besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan
mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di
laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita
akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut
kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan
kesuburan mereka.

„«  Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi
St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang
bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan
dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II,
kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi
penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian
telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai
seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif
menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh
Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun
dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan
agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di
samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan
diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh
Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine
diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini
dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu
pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap
agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus
yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana
menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan
juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah
jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara
dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat
menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang
bertandatangan ¡¥From your Valentine¡¦ (Daripada
Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil
sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih
sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka
St. Valentine.

Versi kedua.  Claudius II beranggapan bahawa anggota
tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah
dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding
dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu
Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras
dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap
para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St.
Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II
lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan
dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

„«  Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine
ini bersempena dengan 

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] RE: Help Palestine [hidayahnet] Pemimpin Malaysia Perlu Banyak Jet Mewah

2007-02-06 Terurut Topik zikri_fadzil
Wah, dapatlah ahli-ahli Barisan Nasional semua naik Jet Mewah yang disewa ke, 
beli ke oleh Wak Dol pasal dalam negara yang amat kucintai ini, kerajaan tak 
kutip cukai dari ahli bukan BN, yang dikutip hanya dari ahli BN sahaja. Maka 
sedemikian, ahli2 bukan BN tidak dibenarkan menggunakan kemudahan2 awam, media 
dan lain2.
Banyak cantik punya KERAjaan, kami pun bayar cukai juga tapi mengapa kami 
dihalang dari menggunakan kemudahan awam, media dan lain2??? Sampai nak 
anjur ceramah pun dihalang
dengan begitu ketat sekali, tak bagi permit, tak bagi tempat.
Dah ada 4 buah kapal terbang dan helikopter, masih nak beli Jet Mewah lagi.? 
Sikit punya
pembaziran, nak biayai RMK9 pun KERAjaan tak cukup fulus, sampai kena cari 
Along dari Permatang Pauh. Duit bantuan mangsa2 banjir di Johor pun masih 
terhutang lagi, KERAjaan
terpaksa gunakan wang dari tabung derma orang ramai!
Sampai bilakah kita nak biarkan siWak Dol dan kuncu2nya bermaharajalela 
berbelanja duit
kita sesuka hati saja? Ini lah masa untuk berubah, tukar KERAjaan.

Reformasi!3X

NOTE: This email is confidential and is meant for intended recipient(s) only.  
If you are not an intended recipient or someone authorized to receive email on 
behalf of an intended recipient, please reply to the sender that the email was 
misdirected, and delete the email.

-Original Message-
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of BPPNS
Sent: Friday, February 02, 2007 9:34 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pemimpin Malaysia Perlu Banyak Jet Mewah

Dari laman web Dato A Kadir Jasin Bekas Pengarang NST.
http://kadirjasin.blogspot.com/2007/02/plane-saga-understanding-issue-kadir.html

Thursday, February 01, 2007

Isu Jet Mewah Dipermudah
1. PM kata kerajaan tak beli tapi sewa;
2. Yang beli adalah Penerbangan Malaysia Berhad (PMB);
3. PMB adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad (KNB);
4. KNB dimiliki kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDp -- 
Minister of Finance Incorporated);
5. Pengerusi KNB adalah PM;
6. Menteri Kewangan adalah PM;
7. PM dan kerajaan dipilih oleh rakyat jelata; dan
8. Rakyat jelata bayar cukai untuk membiayai kerajaan.

Kesimpulan

1. Beli atau sewa, pembayar cukai tetap terpaksa tanggung perbelanjaannya;
2. PMB, KNB, MKDp, Menteri Kewangan dan PM adalah entiti yang sama dan 
berkaitan;
3. PMB kini menanggung beban hutang yang besar dan mustahil akan membeli jet 
mewah kalau tidak diarahkan atau direstui entiti-entiti di atas;
4. Malah PMB sedang berusaha menjual beberapa buah kapal terbang miliknya jenis 
Fokker 50; dan
5.PM selaku Ketua BN yang mendapat mandat paling besar dalam sejarah pilihan 
raya umum Malaysia adalah juga Menteri Kewangan dan pengerusi KNB "telah 
membeli" jet mewah berharga antara RM175 juta hingga RM200 juta dan memajaknya 
kepada Kerajaan Malaysia yang dipilih dan dibiayai oleh rakyat jelata.

Perbelanjaan mewah ini berlaku pada saat rakyat jelata disarankan supaya 
mengubah gaya hidup bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan 
harga minyak, gas memasak, elektrik, air, tol dan pelbagai lagi yang kesemuanya 
dengan restu kerajaan sendiri.

Nota kaki: Pembesar negara sudah pun disediakan empat buah pesawat eksekutif 
yang terdiri daripada Boeing Business Jet, Bombardier Global Express, Dassault 
Falcon 900B dan Fokker F-28 serta beberapa buah helikopter. Untuk rombongan 
besar ke luar negara, kerajaan sering menyewa khas pesawat Mas.

posted by A KADIR JASIN | 8:40 AM



KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui 
Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  "Bank in slip" bolehlah dihantar kepada :
Bendahari
  Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban 
K.Pilah, Ampangan,
  70400 Seremban, N.S.








Have a burning question?
Go to www.Answers.yahoo.com and get answers from real people who know.


--
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".

--

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam M

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] Kisah Lions Dan Rotary Rahsia Freemason Yahudi

2007-02-06 Terurut Topik Eddy Izwan Musa
Kisah Lions Dan Rotary Rahsia Freemason Yahudi
   
  Jumaat, 02 February 2007 12:19:28 PM 
   
  Kisah Lions dan Rotary Kelab Lions Sejarah: Ditubuhkan oleh peguam muda 
bernama Mulfin John yang bekerja di sebuah Syarikat Insuran di Chicago. • 
Kongres pertama 1918M dihadiri 22 Yahudi Freemason. • Didokong oleh Yahudi 
antarabangsa. • Pejabat berada dipusat Kelab 
  Kisah Lions dan Rotary
   

  Kelab Lions
   
  Sejarah:
  Ditubuhkan oleh peguam muda bernama Mulfin John yang bekerja di sebuah 
Syarikat Insuran di Chicago. 
  • Kongres pertama 1918M dihadiri 22 Yahudi Freemason. 
  • Didokong oleh Yahudi antarabangsa. 
  • Pejabat berada dipusat Kelab Rotary dan pejabat cawangan Bahaiyah 
US.(kemudian dipindah ke NY kemudian ke Washinton.) 
  • Sebagai back-up kepada kelab Rotary(andai kata kelab tersebut diketahui 
akan pergerakannya yang sebenar) 
  • kedua-dua diwujudkan bagi mengaburi khalayak ramai tentang pergerakan 
freemason dalam sesebuah negara
  Lions membawa banyak maksud.Antaranya "singa" iaitu pengawal atau penjaga 
Haikal Sulaiman yang berada di salah satu bahagian Masjidil Aqsa. 
  Lions juga membawa maksud "Libertgintelligenceoui-vationssafety"yang bererti 
merdeka dan bijak demi keselamatan negara kami.
   
  Kelab ini berselindung disebalik slogan manis untuk menutup projek rahsia 
mereka. 
   
  Matlamat Utama Kelab Lions
  • Bangsa yahudi mencampuri bangsa lain atas nama persahabatan dan kasih 
sayang,kemudian mereka menyalurkan segala maklumat yang diperoleh kepada markaz 
utama supaya ekonomi dan politik sesuatu kawasan dapat dikuasai.
  Yahudi menganggap bahawa bangsa lain di dunia ini adalah bodoh dan setaraf 
dengan haiwan ternak (Goyim-bukan akum sepertimana yang diwar-warkan) dan boleh 
diperlakukan oleh mereka dengan sesuka hati untuk merealisasikan apa yang 
dikehendaki oleh mereka. 
   
  Matlamat sampingan: 
  • Menanam roh kerjasama di kalangan bangsa di dunia 
  • Menjauhkan masyarakat daripada konflik politik dan agama 
  • Memberikan khidmat sosial melalui pertubuhan kebajikan
   
  Kelab Rotary
   
  Sejarah:
  • Ditubuhkan antara tahun 1903M dan 1908M bertempat di wilayah 
Illionis,Chicago ,US 
  • Ditubuhkan sebagai menyahut seruan daripada pemimpin Yahudi ketika itu 
(Theodore Hertzel) yang juga seorang freemasonary untuk mempelbagaikan 
cabang-cabang pergerakan mereka. 
  • Ditubuhkan oleh salah seorang anggota freemasonary yang bernama Paul 
Harris,seorang peguam. 
  • Paul Harris dibantu oleh tiga orang Yahudi US iaitu Silver 
Sheiller(saudagar arang),Gustav Lower(jurutera perlombongan) dan Hiram 
Chorry(pedagang&penjahit) 
  • Diawalnya dianggotai oleh anggota freemason sahaja untuk merahsiakan 
pergerakan tetapi dibongkar rahsianya pada kongres Zionis di basel,Switzerland 
pada 1897M
   
  • kelab rotary kedua dibentuk di San Francisco dan yang ketiga di NY dan 
seterusnya di Washinton. 
  • Pada 1912M telah dibentuk kelab Rotary Internasional bagi membuka 
penyertaan kepada masyarakat luar.
  Bancian pada 1998M menunjukkan keahliannya telah mencapai 22juta orang 
mewakili 430 buah kelab rotary di 160 buah negara dunia. 
   
  Pengertian Rotary adalah berasal dari perkataan inggeris iaitu "in 
rotation".Istilah ini membawa pengertian:
  1. Orang yang bekerja dengan kelab ini sentiasa bersilih ganti 
  2. Tempat operasi bertaburan dan berlegar diseluruh dunia dan berakhir 
disuatu titik pusat iaitu Israel. 
  3. Anggota yang baru dipilih berdasarkan profession tertentu diadakan 
perjumpaan secara bergilir-gilir disetiap rumah anggota 
  4. Mengitari titik pusat dan titik pusat itu ialah haikal Sulaiman
  Kesimpulannya:Berlegar dibawah satu cita-cita yang menjadi matlamat utama 
penubuhan kelab iaitu mewujudkan pemerintahan antarabangsa berpusat di israel 
yang juga matlamat utama freemason. 
   
  Matlamat utama Kelab Rotary
  1. Menjadikan kelab sebagai markaz maklumat dan tempat latihan perkaderan 
serta tempat menyalurkan fikrah freemasonary 
  2. Menjadi markaz pengintip dan pengumpulan maklumat bagi setiap kawasan 
diseluruh dunia
  Segala maklumat yang diperolehi akan disalurkan ke markaz utama di Chicago 
yang akan bertindak sebagai markaz freemasonary bagi hal ehwal luar. 
   
  Matlamat sampingan
  1. Memperluas promosi bagi menarik peluang pekerjaan 
  2. Mengadakan konsert amal atas nama khidmat sosial bertujuan menarik 
perhatian masyarakat untuk membuktikan mereka adalah pertubuhan kebajikan. 
  3. Menanam semangat persahabatan,kerjasama,cintakan keamanan.
   
  http://www.rotarygombak.com/
  http://georgetowncentral.lionwap.org/
   
  Kedua-dua kelab ini telahpun menapak di Malaysia,meneruskan agenda-agenda 
"kebajikan" didalam masyarakat.Kerana itu,kita sedikitpun tidak mampu menafikan 
pengaruh zionis yang sedang membunuh sistem nilai didalam masyarakat. 
   
  Bacalah...Fikirkan.Jika ada kekuatan,bertindaklah!!
   
  Dipetik Dari surauladang.net

 
-
Looking for earth-friendly autos? 
 Brows

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] Muda Sebelum Tua

2007-02-06 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Setiap pagi, sekiranya bekerja shif malam, saya akan menghadiri mesyuarat
bersama penyelia untuk memberikan laporan tentang kerja kami pada sebelah
malam kepadanya di samping berbincang tentang perkara-perkara berbangkit.
Jika dengan penyelia yang baik, mungkin perbualan kami tidak terhad tentang
perkara kerja sahaja. Mungkin akan berlarutan sehingga hal-hal politik,
dunia termasuklah bab agama.

Seperti pagi tadi, perbualan kami meleret sehingga ke ibadah solat. Pada
asalnya penyelia saya memperkatakan mengenai sesetengah orang yang suka
melebarkan kangkangannya ketika solat berjemaah kerana hendak mendapatkan
keselesaan ketika bertahiyat akhir. Kemudian diikuti pula dengan
kesilapan-kesilapan lain termasuklah kaedah turun bersujud yang
mandahulukan tangan, bukan lutut.

“Aku tahu sepatutnya turun lutut dulu baru tangan. Tapi lutut aku tak tahan
sakit…” katanya. Saya mengangguk sambil berkata, “Memang ada hadits Nabi
saw yang melarang kita bersujud seperti menangkap burung (turun dengan
mendahulukan tangan). Tapi itu bukan rukun. Cuma sunnah. Kalau dah sakit,
tak boleh tahan… Rasanya Allah tak menzalimi hambaNya.” Penyelia saya
mengangguk-anggukkan kepalanya.

Teman saya bekerja pada shif malam adalah seorang pelatih yang masih muda
usianya. Dia kelihatan tertarik dengan perbincangan kami. Lalu saya menoleh
kepadanya dan berkata “Masa mudalah masa nak beribadah. Kalau dah tua, kau
tengok macam ni, banyak yang kita tak dapat nak buat.” Kata-kata ini
sebenarnya lebih saya tujukan kepada diri saya sendiri. Dan ianya
membuatkan cerita lama saya kembali terimbas.

Saya bukanlah seorang insan yang mulia. Ketika muda banyak masa yang saya
luangkan kepada perkara-perkara yang lagho. Malah saya tergolong dalam
golongan remaja bermasalah. Bukan tidak ada yang cuba mentarbiah saya. Ada.
Tetapi kerana adanya sedikit ilmu agama dalam diri saya, seringkali hujjah
mereka saya patahkan. Lagipun, saya merasakan diri ini terlalu muda ketika
itu untuk ‘melepak’ di masjid.

Selalu kami (saya dan teman-teman ‘seperjuangan’) berkata masa muda inilah
untuk menikmati hidup. Buat apa yang kita hendak buat. Nanti sesudah tua,
sesudah merasa kesemua keseronokan, bolehlah bertaubat dan menghabiskan
masa dengan beribadah. “Kalau tak sempat taubat dah mati?” tanya seseorang.
“Hey… Only good men die young. And I’m not good enough!” jawab kami sambil
tertawa. Astaghfirullahal ‘azim…..

Jahilnya kami ketika itu. Tetapi, katakanlah betul falsafah songsang kami
tadi. Hanya orang baik yang mati di usia muda. Dan kami semua ‘berjaya’
sampai ke usia senja. Dan betul, di usia itu kamipun bertaubat. Apakah akan
diterima taubat kami kelak? Dan, yang juga perlu difikirkan, apakah di usia
itu kami dapat beribadah dengan kuat? Sedangkan usia tua sering dikaitkan
dengan kesakitan itu dan ini di seluruh badan.

Saya bersyukur yang amat apabila Allah melimpahkan cahaya hidayahNya kepada
saya ketika saya masih lagi muda. Pun begitu, ketika ini saya sudah mula
rasakan kudrat saya tidak seperti sepuluh tahun dahulu. Ketika ini,
Alhamdulillah saya masih boleh mengamalkan sunnah-sunnah di dalam solat
tetapi rasa sakit pada bahagian sendi sudah mula terasa. Tambah lagi dengan
kerja saya yang selalu terdedah kepada bahan kimia dan hidrokarbon.

Tetapi saya cuba membayangkan. Katakanlah saya bertaubat pada usia mencecah
50 tahun. Ketika itu, barulah saya hendak berjinak-jinak dengan tikar
sejadah. Dan pada usia itu, lutut saya sudah mulai longgar dan tidak lagi
mampu bersujud. Agaknya saya akan menangis kerana tidak mampu meletakkan
dahi di atas tempat sujud. Alangkah malangnya jika ketika itu baru saya
hendak menyesali masa yang berlalu.

Di masjid tempat saya sering bersolat, terdapat beberapa jemaah yang sudah
berusia yang bersolat secara duduk di atas kerusi. Mereka ini tidak lagi
mampu bersujud kerana masalah pada lutut dan kaki mereka. Kasihan mereka.
Saya berharap Allah menjauhkan saya dari penyakit yang sebegitu. Kerana
sesungguhnya, pada saya, nikmat di dalam solat itu adalah ketika bersujud
kepadaNya.

Malah ada juga riwayat yang mengatakan saat paling hampir kita kepada Allah
ialah tatkala kita bersujud. Syukurlah, kita masih mampu berada pada
kedudukan itu. Tetapi pernahkah kita terfikir tentang sahabat-sahabat kita
yang enggan merapatkan diri kepada Pencipta mereka sementara masih muda?
Selalu juga timbul rasa risau di hati saya kalau-kalau kita terlambat
mengingatkan mereka, mereka juga akan kehilangan peluang untuk bersujud…

Pandangan bahawa masa tua adalah masa paling sesuai untuk beribadah adalah
pan

hidayahnet@yahoogroups.com

2007-02-06 Terurut Topik Mira W ahmad
Syukur alhamdulillah ...saya pun tak pernah melabur dlm ASB
  kerana memang tak yakin.
  lama dulu bila saya menghadiri kursus di Pusat Islam
  seorang Ustaz di sana telah memberitahu ttg haram pelaburan
  ini.  Ramai teman2 yang dah mengeluarkan wang dan
  berhenti dari melabur. tapi ada juga yg degil...kabur biji mata
  disebabkan WANG.
   
  TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT INI.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  

Note: forwarded message attached.

 "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, 
Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari 
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, 
lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.  
 

  Amin, ya Rabbal A'lamin."

   
   
  JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
  EKSEKUTIF PEMASARAN TAKAFUL MALAYSIA
019-3635331




-
  Bored stiff? Loosen up...
Download and play hundreds of games for free on Yahoo! Games.   

 From: "LINA - WONWAY" <[EMAIL PROTECTED]>
To: 
Subject: Fw: Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra 
-http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=77&PHPSESSID=13ed91caab3d05c588f3ab77e2109004
Date: Mon, 29 Jan 2007 08:47:03 +0800

st1\:* {   BEHAVIOR: url(#default#ieooui)  }   
  

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra  
  Salam,  
  Disertakan koleksi jawapan yang pernah saya berikan di Forum saya , sila buka 
http://www.freeforum101.com/jordanian/ 
  hukum ASB telah saya sebutkan byk kali di pelbagai tempat. 

Majlis Fatwa Selangor kata haram. 

Bekas mufti selangor Dato' Ishak Baharom kata pd saya, hal ini telah dibawa 
dalam meeting majlis fatwa kebangsaan dulu, dan hukumnya adalah haram tetapi 
tidak wartakan secara rasmi. 

Seorang Pengerusi Majlis Penasihat Shariah yang utama di Malaysia juga pernah 
mengatakan kepada saya bahawa beliau tidak setuju dengan cara pelaburan ASB. 

Dan saya juga tidak setuju kerana :- 

1) Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak menurut syarat pelaburan Mudarabah 
yang diakui oleh 4 mazhab. 

2) Jaminan capital / modul oleh ASB menyebabkan aqadnya bermasalah. 

3) Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 percent. ASB juga 
TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti 
DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas 
statusnya. 
  Berikut pula adalah Jawapan Terdahulu Saya 
  salam , 

Disertakan jawapan saya sekali lagi, yang pernah saya berikan di web ahkam.net 
untuk perhatian pembaca. ditambah dengan komentar tambahan saya tentang isu 
ini. 

Gelaran mufti atau tidak, tidaklah boleh dijadikan isu seolah-olah ianya 
jawapan muktamad dan maksum, tetapi hujjah dan kajian adalah penentu. wallahu 
a'lam. 

Ada sesetengah pihak spt Prof. Mahmod Zuhdi berkata ianya dibenarkan di atas 
dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan 
negara kepada bumiputra secara mudah. Tetapi bagi saya ia ternyata hujjah yang 
agak longgar. Bagi yang boleh membaca teks bahasa arab, sila buka di 

http://www.zaharuddin.com/Maqasid%20Shariah.htm 

atau baca ringkasan tulisan saya ini 
   
  Maka secara ringkas, dinyatakan di sini beberapa syarat untuk beramal 
dengan ‘maslahat' ;- 

Menurut Imam al-Ghazali beberapa syarat bagi membolehkan berhujjah dengan 
masalahat adalah :- 
1) Ia mestilah bersifat umum, iaitu faedahnya untuk rakyat umum, bukan 
sekelompok tertentu. 
2) Ia mestilah bersifat pasti, dan bukannya agakan-agakan kosong dan andaian 
jauh dan lemah. 
3) Ia mestilah bersifat dharurat, iaitu keterpaksaan yang sekiranya 
ditinggalkan maka membawa kerosakan terhadap 5 unsur dharuriyat secara pasti. 

Manakala Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam 
meletakkan ‘dhawabid' berikut :- 
1) Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti 
meneliti maslahat ukhrawi juga. 
2) Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam. 
3) Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok. 
4) Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas. 

Prof Dr Said Ramadhan Al-Buti dalam tesis PhD nya yang mendapat tahap mumtaz 
kepujian kelas satu, juga meletakkan beberapa syarat asas maslahat, ianya 
seperti berikut :- 

1) Mestilah ia terkandung tujuannya dalam prinsip asas tujuan Syariat. 
2) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat'ie Dalalah dari al-Quran. 
3) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat'ie Dalalah dan thubut dari 
Hadith. 
4) Mestilah tidak bertentangan dengan Qias yang shohih. 
5) Tidak menafikan Maslahat yang lebih utama darinya. 
  

Jutseru, bagi saya amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak 
dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak 
Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan 
oleh Public Ittikal, Unit Trust

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] Wahabi? Siapakah Wahabi?

2007-02-06 Terurut Topik aznan hamat
Wahabi? Siapakah Wahabi?
  Ramai orang bercakap tentang Wahhabi tetapi mereka tidak kenal siapakah 
mereka. Apabila mereka tidak mengenali mereka tetapi mereka ingin bercakap juga 
mengenainya, maka berlakulah banyak kesilapan. Kesilapan berkenaan adakalanya 
hingga menyebabkan mereka terjebak ke dalam api penyebaran fitnah terhadap 
mereka yang memperjuangkan al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w. 
  Serangan terhadap golongan Wahhabi yang juga antara pembela as-Sunnah akhir 
zaman ini banyak diseliputi oleh dendam kesumat terhadap golongan yang benar 
ini. Kita dapat bayangkan bagaimana marahnya golongan yang anti kepada Wahhabi 
ini sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah dan cacian terhadap mereka. 
Bagaimana golongan berkenaan tidak marah kepada Wahhabi, jika amalan tradisi 
turun menurun dari nenek moyang mereka yang disalut dengan pelbagai kosmetik 
agama cuba dibenteras oleh golongan Wahhabi. 
  Siapa tidak berang apabila pegangan ilmu Martabat Tujuh yang totok dari 
falsafah yang pernah diserang habis-habisan oleh al-Ghazali, kini diserang pula 
oleh Wahhabi. Hairannya, mereka tidak pula menyerang al-Ghazali. Itulah 
kejahilan mereka tentang asal usul ilmu yang mereka pegang.
  Itu tidak termasuk serangan Wahhabi terhadap zikir "Yahoo.. Yahooo.. Yahoo.." 
mereka, kegiatan bertawaf dan meminta-minta dari kuburan dan pelbagai macam 
pegangan mereka yang apabila kita semak kembali, kita tertanya-tanya: "Apakah 
ini dari ajaran Islam?" "Apakah ini yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w."?
  Berikut ini adalah senarai artikel yang mudah-mudahan dapat membantu kita 
semua mengenali siapakah Wahhabi:
  - Wahabi? Siapakah Wahabi?
- Fitnah ke atas Syeikh Muhammad Abdul Wahab: Ini jawapannya
- Mari kita berhijrah bersama mereka ke mazhab salaf: Syeikh Rasyid Redha
- KATAKAN TIDAK PADA WAHABI
- ISU WAHABI: TINGKAP YANG DISANGKA PINTU! 
- Wahhabi bukan satu fahaman atau aliran 
- Fatwa al-Qaradhawi: Tiada Bid'ah Hasanah
- Fatwa Al-Bouty: Tiada Bid'ah Hasanah..
- PENYELEWENGAN BUKU SALAFIYAH WAHABIYAH
- Aliran sederhana: Itulah pilihan kita
- Sejauh mana potensi penyebaran idea pembaharuan di rantau ini
- Tafwidh.. Apa itu tafwidh?
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani Bermanhaj Salaf
- al-Ghazali bermazhab Salaf

-- Update 25/3/2006 --
  - Sahihkah Hadith bersanad tentang Nur Muhammad
- Audio Dr. MAZA: Ikhtilaf Ummati Rahmah
- Audio: Asal-usul Sifat 20 (TG Nik Aziz)
- Tuduhan Dusta terhadap Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab
- Aku bermazhab Syafi'i tetapi aku berakidahkan aqidah Salaf...
- Audio: Imam Abul Hasan al-As'ari beraqidah salaf -1
- Audio: Imam Abul Hasan al-As'ari beraqidah salaf -2
- Audio: Imam Abul Hasan al-As'ari beraqidah salaf -3
- Video: Ustaz Rasul Dahri- Hukum Kenduri Arwah berdasarkan mazhab Syafi'i
- Kewajiban Mengikuti Manhaj Salafush Shalih
- Di Tengah Iftiraqul Ummah (Perpecahan Umat)
- Petikan video Dr Mohd Asri: Bid'ah Hasanah vol 0/2
- Petikan video Dr Mohd Asri: Bid'ah Hasanah vol 1/2
- Petikan video Dr Mohd Asri: Bid'ah Hasanah vol 2/2
- Petikan video Dr Mohd Asri: Bid'ah Hasanah Akhir
- Video: Bahaya Hadits Dha'if
- Aminah Wadud Dan Bid'ah Hasanah
- Kisah kembara Ibnu Battutah dipersoalkan

  http://www.al-ahkam.net/home/index.php?module=htmlp&func=display&pid=8

 
-
Expecting? Get great news right away with email Auto-Check.
Try the Yahoo! Mail Beta.

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] ugutan amerika satuhipokrasi

2007-02-06 Terurut Topik RosnahAhmad
Ugutan Amerika suatu hipokrasi

Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

UGUTAN Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan rundingan Perjanjian 
Perdagangan Bebas (FTA) dengan Malaysia sekiranya kerajaan meneruskan 
hubungan perdagangan
dengan Iran merupakan suatu kebiadaban yang tidak boleh dikompromi.

Gesaan yang dibuat oleh ahli Kongres AS, Tom Lantos yang mengetuai 
Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS itu pastilah sesuatu yang 
tidak boleh
diterima oleh Malaysia selaku sebuah negara Islam berdaulat yang juga 
merupakan Pengerusi Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC).

Umum cukup menyedari sikap AS yang tidak pernah berniat baik dalam berurusan 
dengan mana-mana negara Islam. Walaupun pentadbiran Bush cuba sedaya upaya
meyakinkan umat bahawa AS tidak pernah memusuhi Islam, namun segala 
tindak-tanduk AS ke atas umat Islam selama ini jelas membuktikan sebaliknya.

Cukuplah peristiwa di Iraq dan Palestin menjadi pengajaran penting dan bukti 
sikap hipokrasi AS. Bahkan AS yang sering menobatkan diri sebagai juara 
demokrasi
dan hak-hak asasi itulah paling banyak melakukan kekejaman dan tindakan di 
luar batasan kemanusiaan terutamanya ke atas negara-negara Islam.

Dalam konteks ini umat perlu kembali menelusuri wahyu Ilahi sebagai pedoman. 
Al-Quran jelas memberikan amaran kepada umat agar tidak berkompromi dan 
bersahabat
dengan mereka yang sering melakukan penindasan dan kekejaman: Wahai 
orang-orang yang beriman, janganlah kamu meletakkan kepercayaan kepada 
orang-orang
di luar kalanganmu kerana mereka tidak akan berhenti menimbulkan kemudaratan 
bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian 
dari
mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar 
lagi. Sungguh kami telah terangkan kepadamu ayat-ayat Kami jika kamu 
memahaminya
(al-Maidah:118).

Allah turut memperincikan ciri-ciri musuh yang harus diwaspadai: Tidak lain 
melainkan orang-orang yang menyerang kamu dalam urusan agama, dan mengusir 
kamu
keluar dari kampungmu, dan membantu pengusir-pengusir untuk mengeluarkan 
kamu. Allah melarang kamu menjadikan mereka sahabat dan barangsiapa 
menjadikan
mereka sahabat maka mereka ialah orang-orang yang zalim (al-Mumtahanah:9).

Demikianlah peringatan Allah s.w.t. kepada umat Islam mengenai watak musuh 
yang harus diwaspadai dan tidak cocok dijadikan sahabat. Jika diteliti, 
bukankah
ciri-ciri yang digariskan Allah itu ada pada AS?

Merekalah yang bertanggungjawab melakukan pencerobohan, penindasan dan 
kekejaman terhadap umat Islam di Iraq dan Afghanistan hingga ribuan umat 
Islam terbunuh
atas nama menentang keganasan. Merekalah juga yang bersekongkol dengan rejim 
Zionis Israel dalam menghalalkan tindakan pengusiran penduduk Palestin dari
tanah air mereka tanpa perikemanusiaan.

Berapa banyak tindakan veto dan campur tangan AS untuk menghalang resolusi 
demi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang cuba menangani isu 
Palestin.
Hatta resolusi untuk mengutuk tindakan zalim Israel ke atas penyembelihan 
umat Islam Palestin pun ditentang dan divetonya.

Memang AS dan konco-konconya sentiasa berusaha mencari jalan agar 
negara-negara Islam sentiasa tunduk dan patuh kepada segala kemahuannya. Di 
sinilah kelicikan
mereka menggunakan pendekatan ekonomi sebagai instrumen yang paling ampuh 
untuk meneruskan agenda penjajahan bentuk baru secara halus.

Atas nama globalisasi, liberalisasi ekonomi dan pasaran bebas, AS cuba 
menguasai, mengongkong sekali gus menindas melalui pelbagai syarat yang 
tidak adil
dikenakan dalam perjanjian mereka dengan negara-negara berkenaan.

Yang nyata, AS tidak pernah ikhlas dalam membantu negara-negara membangun. 
Malah idea pasaran bebas kadangkala lebih banyak membawa keburukan daripada 
kebaikan.
Ini diakui sendiri oleh Pemenang Anugerah Nobel Ekonomi, Profesor Joseph 
Stiglitz dalam bukunya Making Globalization Work. Beliau menekankan aspek 
keadilan
pasaran (fair trade) berbanding kebebasan pasaran (free trade). Menurutnya 
idea pasaran bebas selalunya bersifat berat sebelah dan hanya menguntungkan
negara yang berstatus gergasi ekonomi.

Sebagai contoh kerjasama NAFTA (Kawasan Pasaran Bebas Amerika Utara) antara 
AS dengan Mexico bukan sahaja tidak membangunkan Mexico bahkan menyumbang 
kepada
peningkatan kadar kemiskinan rakyat. Ini kerana para petani miskin tanaman 
jagung Mexico dipaksa bersaing dengan jagung import dari AS yang menikmati 
subsidi
tinggi kerajaan. Bukan itu sahaja perjanjian berat sebelah juga menyaksikan 
Mexico dihalang memasarkan tanamannya seperti avocado dan tomato kerana 
Amerika
khuatir akan menjejaskan ekonomi petani mereka.

Sebab itulah idea pasaran bebas yang dimeterai 150 negara di bawah 
perjanjian WTO (Organisasi Perdagangan Dunia) masih tertangguh lantaran 
sikap AS sendiri
yang masih keras mempertahankan pemberian subsidi pada para petaninya yang 
merupakan antara isu tertunggak hingga kini.

Justeru sudah tiba masanya kerajaan Islam untuk mengambil pendekatan yang 
lebi

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] Ibadat haji sekali seumur hidup

2007-02-06 Terurut Topik RosnahAhmad
Ibadat haji sekali seumur hidup

Oleh: DR. ISMAIL IBRAHIM

SABAN tahun kawasan tanah suci Mekah, Mina dan Arafah menjadi sesak dan 
sempit ketika umat Islam semakin ramai menunaikan fardu haji. Umat Islam 
sama seperti
umat yang lain, semakin bertambah bilangannya dan semakin ramai pula yang 
akan menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Arab Saudi, bilangan jemaah haji 
sejak akhir-akhir ini sering melebihi dua juta. Di Mekah, pada musim haji, 
bilangan
jemaah ini sentiasa melimpah keluar Masjidilharam ketika umat Islam 
menunaikan sembahyang fardu, terutamanya pada hari Jumaat, memenuhi semua 
dataran di
sekeliling Masjidilharam, malah jalan-jalan raya di sekeliling masjid juga 
sepanjang beberapa kilometer akan menjadi masjid.

Bagaimanapun, para jemaah yang bertaburan begitu jauh dari pekarangan masjid 
tidak mengalami kerumitan untuk mengikuti imam ketika sembahyang, kerana 
sistem
suara masjid amat canggih. Suara imam amat jelas bergema ke segenap penjuru 
kota Mekah.

Kerajaan Arab Saudi haruslah diberikan pujian di atas segala kecanggihan 
pengurusan Masjidilharam ini, iaitu daripada teknologi sistem bunyinya 
membawa
kepada penggunaan peralatan terkini ketika kerja-kerja pembersihan masjid 
dan kawasan sekitarnya, serta kecekapan para pekerjanya yang berjumlah 
ribuan
orang itu.

Penghargaan ini harus diberikan berdasarkan pengalaman menguruskan jutaan 
orang setiap tahun, dan pengalaman inilah menjadikan Arab Saudi dapat 
menunjukkan
kecekapan mereka menguruskan jutaan manusia yang datang daripada pelbagai 
latar belakang budaya, adat resam, bahasa dan mazhab. Tidak mudah sebenarnya
untuk menguruskan jutaan umat ini, terutamanya ketika berlaku pemindahan 
mereka ke tempat- tempat di pinggiran Mekah seperti Mina dan Arafah ketika 
menunaikan
ibadat haji itu. Tetapi dengan pengalaman yang lama, kerajaan Arab Saudi 
berjaya menangani perkara ini dengan baik.

Pertabalan Raja Abdullah menjadi Raja Arab Saudi awal tahun 2005 menyaksikan 
banyak perancangan dan perubahan terhadap infrastruktur di sekitar tanah 
suci
yang bakal dilakukan. Raja Abdullah, seorang raja ber wawasan dan 
berpandangan jauh, terutamanya dalam menyelesaikan banyak masalah ketika 
musim haji.

Tahun ini perubahan yang besar dilakukan di lapangan melontar jamrah. 
Perubahan ini sebenarnya tidaklah terlalu rumit, iaitu mewujudkan jalan 
sehala yang
agak lebar bagi para jemaah agar mereka tidak bertembung sesama sendiri 
ketika pergi dan balik daripada melontar. Bagaimanapun idea ini hanya 
dilaksanakan
ketika Raja Abdullah memerintahkan supaya perubahan diadakan.

Banyak hal lain yang sering kita terfikir bagi menyelesaikan kesesakan dan 
pertembungan manusia dan kenderaan di sekitar tanah suci. Maka sekarang, 
timbul
cakap-cakap untuk mewujudkan sistem pengangkutan di sekitar tanah suci 
seperti mengadakan perkhidmatan monorel di sekeliling Mekah, Mina, 
Muzdalifah dan
Arafah sebagai tambahan kepada pengangkutan jalan.

Perkhidmatan kereta api juga dicadangkan untuk berkhidmat di antara 
kota-kota utama seperti Mekah, Jeddah, Madinah, Riyadh dan lain-lain. 
Perhubungan di
antara Mekah dan Madinah juga selama ini hanya menggunakan bas, kereta dan 
pengangkutan lain di jalan raya. Kepenatan para pemandu yang juga bersikap 
agresif
dan tidak bertimbang rasa terhadap pemandu lain dan penumpangnya sendiri, 
sering menyebabkan berlakunya kemalangan yang memakan korban.

Kerajaan Saudi sememangnya telah memulakan perundingan untuk melaksanakan 
sistem pengangkutan baru yang canggih ini. Mungkin menjelang haji tahun 
depan,
kita akan dapat melihat perkembangan yang positif.

Bagaimanapun, negara-negara Islam sendiri seharusnya akan berusaha mendidik 
para jemaah dari negara masing-masing. Malaysia sering dijadikan contoh, 
termasuk
oleh Raja Abdullah tentang pengurusan jemaah haji kita. Sistem penabungan 
wang di dalam Tabung Haji, pengurusan pengangkutan, perumahan, makanan dan 
penganjuran
kursus haji merupakan sistem yang mungkin tidak wujud di negara lain. Semua 
ini merupakan satu sumbangan negara kita yang amat dihargai oleh Arab Saudi
termasuk rajanya sendiri.

Maka untuk membiasakan diri dengan pengangkutan canggih yang bakal digunakan 
di sekitar tanah haram juga, para jemaah mungkin memerlukan panduan yang 
bersungguh-sungguh
daripada kerajaan masing-masing. Cara menggunakan kad pintar ketika menaiki 
tren, penggunaan kemudahan di stesen dan sebagainya tentulah masih merupakan
perkara baru kepada kebanyakan jemaah haji yang datang dari pelbagai negara 
asal mereka, yang mungkin terdapat sesetengah negara asal mereka tidak 
mempunyai
sistem yang canggih ini.

Pendeknya, latar belakang para jemaah amatlah penting dalam melicinkan 
urusan haji ini. Kalau segala infrastruktur penempatan dan pengangkutan 
jemaah haji
ini dapat diselesaikan dengan baik, maka mungkin kerja haji menjadi ringan 
sekurang-kurangnya sebanyak 20 hingga 30 peratus daripada kerja haji 
sekarang
ini.

Kerja haji sekara

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] Re: Help Palestine [hidayahnet] Minta tolong dengan masalah saya

2007-02-06 Terurut Topik mohd nasuha ahusan
wassalam...
  pada pandangan saya sebagai seorang yang tak seberapa ada ilmu ni.
  sebelum seseorang itu kahwin, segala perlakuan, n kesalahan seseorang gadis 
itu ditanggung oleh ibubapanya sendiri. jika lelaki, dosanya ditanggungnya 
selepas dia baliqh.
  dan selepas seorang gadis tu, berkahwin, suaminya yang bertanggungjawab 
keatasnya. si isteri wajib meminta izin kepada si suami, apabila beliau mahu 
keluar dari rumah. atau membawa sedara-mara termasuklah ibubapanya sendiri ke 
rumah. ini adalah tanggungjawab si isteri. rasullullah pernah bercerita kepada 
fatimah tentang seorang wanita. yang mana wanita tersebut merupakan wanita yang 
paling solihah(klu tak salah laa). selepas rasulullah bercerita, fatimah ingin 
berjumpa siapakah gerangan wanita tersebut. lalu fatimah pergi ke rumah wanita 
tersebut bersama anak lelakinya. fatimah beri salam, lalu wanita tersebut 
membuka pintu. apabila fatimah meminta izin untuk masuk ke dalam rumah wanita 
tersebut,wanita tersebut tidak membenarkan anak lelaki fatimah masuk ke dalam 
rumah ini kerana, suaminya tidak membenarkan sebarang lelaki masuk ke rumah 
semasa ketiadaan beliau di rumah. fatimah mempersoalkan.kan ini anakku.beliau 
masih kecil. mesti puan tahukan cerita ni..
 walaupun orang yang datang tu budak kecil yang tak tahu apa2 pun, tidak 
dibenarkan masuk ke rumah. ni kan orang luar. termasuklah ibu bapa kita 
sendiri, klu suami puan sendiri tidak membenarkannya. walaupun ibubapa kita 
meninggal dunia pun, klu suami tidak mengizinkan, hukum haram puan keluar ke 
sana.
  suami disisi islam umpama ibubapa kita.bukan makna kita tak perlu lagi hormat 
ibubapa.
  rasullulah pernah berfirman, klulah allah mengizinkan, akan ku wajibkan 
setiap isteri menyembah si suami.صدق 
رسول الله). ni lah bukti, yang 
bertapa besarnya kekuasaan si suami n bertapa wajibnya dan patuhnya si isteri 
kepada si suami. ini bukan bermakna, si isteri wajib taat setiap perkara yang 
diminta si suami. klu buruk tu, memang tak diharuskan buat.. tu je lah yang 
saya mampu lakukan dan bantu puan
  saya harap, puan bersabar. untuk pengetahuan puan, perempuan memang senang 
untuk masuk syurga berbanding kaum lelaki. puan hanya perlu taat pada allah, 
agama, n suami puan...
  sabar puan akan diberi ganjaran pada hari kelak. wassalamm

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum,
   
  Saya ade masalah rumah tangga sekarang. Saya hanya ingin minta tolong 
sahabat2 beri kan pendapat tentang dosa isteri terhadap suami. Adakah setiap 
ape yg isteri buat tanpa restu dan izin, suami akan tanggung dosa atau isteri 
yg tanggung sendiri. Klu bole sedia kan sekali dgn dalil dan hadis. 
   
  Segala nasihat dan tunjuk ajar, saya ucapkan ribuan terima kasih.
   
  Wassalam.

-
  Don't be flakey. Get Yahoo! Mail for Mobile and 
always stay connected to friends.  

 

 
-
Cheap Talk? Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.

Help Palestine [hidayahnet] Seminar Ibadah Pesakit - role of a muslim doctor

2007-02-06 Terurut Topik Mohd Firdaus Che Ani
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Hope to find you all in the best of iman and pink of health insyaAllah.

IMAM Eire SC is organising a Seminar Ibadah Pesakit, which is a one day event, 
starting from Cork, Galway, Dublin and Belfast. Generally covers as the name 
suggest “ibadah ketika sakit” and guideline in breaking “the news”.

Survey done by Hospital Kuala Lumpur (HKL) in 2005 shows that NOT MORE than 15% 
of MUSLIM PATIENTS perform the obligatory prayer/solat at a given time. 

Some patients claimed that not knowing the proper way of performing the prayer 
during the period of illness led them to abandon one of the pillars of Islam. 
If this is true, then it is our responsibility as “future muslim doctors 
insyaAllah” to EQUIP ourself with the knowledge and educate those around us 
i.e. our patients.

Dari Abdullah ibn ‘Amr r.a.:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah pesananku biarpun satu ayat…”

Fees:

- € 4 for members
- € 6 for non-members
- Additional € 2 if you’re planning to get your hands on “Buku Ibadah Pesakit” 
terbitan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM)

Simply reserve a seat through one of our agents below:

Cork: Saturday, 10 February 2007
Nurul 085 1483297

Galway: Saturday, 24 February 2007
Hazrina 086 8686240

Dublin: Saturday, 3 March 2007
Ahmad 085 7192303

Belfast: Saturday, 10 March 2007
Taufik +447725868680



 


-
  Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy 
and free. Do it now...


Yours truly,
~mohd firdaus che ani~

-
 New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

Help Palestine [hidayahnet] Ust Hussein Yee was admitted at Poliklinik Salam

2007-02-06 Terurut Topik marcelo fidoyoko yokohama
Salam wbt.

Just wanna inform you that Ust Hussein Yee was admitted at Poliklinik Salam 
(beside De Palma Hotel, section 18, Shah Alam) since last Sunday. Not really 
sure  
 what was happening to him but he got vertigo (inbalance in internal ear)  due 
to the high blood pressure. Insya-ALLAH, we ask ALLAH to protect him and give 
him a healty body so that he can proceed the da'wah activities. Details? 
Insya-ALLAH can contact Al-Khadeem Centre at 03-77264146. Wallahu-a'lam. 

 
-
Don't be flakey. Get Yahoo! Mail for Mobile and 
always stay connected to friends.