Help Palestine [hidayahnet] SEBARKAN : http://forum.myhealth.gov.my/

2007-07-25 Terurut Topik Portal MyHealth
http://forum.myhealth.gov.my/

Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan portal 

MyHEALTH untuk memastikan anda dapat meningkatkan 

taraf kesihatan anda. Ini merupakan salah satu 

daripada perkhidmatan yang disediakan oleh MSC 

Malaysia.

Anda boleh melihat soalan-solan lazim disana, 

bertanya pakar mengenai masalah anda, forum 

perbincangan dan juga kuiz.

Terdapat juga ruangan topik kesihatan, bantuan 

kesihatan direktori, pautan dan pemberitahuan 

amaran.

Terma Dan Syarat

   1. Perkhidmatan ini adalah untuk makluman 

sahaja, tidak bermaksud untuk menggantikan 

penilaian Perubatan Professional.

   2. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda 

bersetuju bahawa MyHEALTH, Kementerian Kesihatan 

Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap 

sebarang kemudaratan kepada individu dan kemusnahan 

walaupun harta benda hasil daripada penggunaan 

perkhidmatan ini. Pelbagai usaha dilakukan untuk 

memastikan semua pakar yang layak dapat menjawab 

setiap persoalan anda, anda haruslah mengakui 

bahawa terdapat limitasi terhadap pengetahuan dan 

kepakaran dengan had persoalan bagi setiap jawapan 

dan tanpa penilaian dua hala.

   3. Sila layari laman web kami dahulu untuk 

mendapatkan jawapan kepada persoalan anda sebelum 

bertanya kepada pakar kerana ianya mungkin telah 

ditulis.

   4. Benarkan minimum sekurang-kurangnya 2 hari 

untuk maklum balas. Pastikan semua alamat email 

anda adalah benar dan sah agar anda dapat menerima 

jawapan yang dihantar melalui email anda.

   5. Semasa kami cuba memberikan jawapan terbaik 

untuk soalan anda, jangan terlalu mengharapkan 

pakar memberi anda jawapan / maklumbalas yang 

panjang dan terperinci.

   6. Ini bukan satu perkhidmatan rujukan. Kami 

tidak akan menyarankan sebarang fasiliti kesihatan 

atau kemudahan penjagaan kesihatan yang spesifik.


Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia  : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah   : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info  : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera  : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/   
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED] 
mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Re: Help Palestine [hidayahnet] Berita : Malaysia negara Islam, bukan sekular

2007-07-25 Terurut Topik Kholid Ali
Aswt,
 Janganlah samakan sistem atau agama Allah sama dengan agama lain.Dalam 
Islam sesiapa yang taat kepada seseorang alim ulamak, pemerintah atau siapa 
saja didalam mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah atau pun 
menghalal apa yang diharam oleh Nya sesungguhnya ia telah menjadikan mereka 
(yang membuat Hukum itu) sebagai tuhan untuk diri-nya selain dari Allah. Sebab 
itu Allah mencela orang Keristian (Nasrani) kerana mereka syirik dan kufur 
khususnya didalam tauhid uluhiyah , kerana mereka memberikan hak membuat dan 
menggubal undang-undang dan peraturan kepada paderi dan pendita mereka Seperti 
yang ramai kita tahu apabila Adi bin Hatim datang kepada Nabi SAW hendak 
memeluk Islam dan dilihat Nabi dia memakai salib pada lehernya lalu Nabi 
membcaa firman Allah yang bermaksud:
   "Mereka menjadikan padri-padri (pendita) mereka sebagai tuhan selain 
dari Allah dan juga Nabi Isa anak Maryam pada hal mereka tidak diperintah 
MELAINKAN UNTUK MENYEMBAH TUHAN YANG MAHA ESA, TIADA TUHAN (YANG DISEMBAH) 
MELAINKAN DIA".   (maksud: Attaubah ayat 31).
   
 Setelah Adi mendengar ayat itu ia berkata kapada Nabi SAW " mereka itu 
(orang-orang Nasrani) tidak menyembah padri dan pendita-pendita ", lalu jawab 
Nabi SAW "tidakkah mereka (paderi-paderi dan pendita-pendita) menghalalkan 
kepada mereka perkara yang diharam oleh Allah dan mengharam kepada mereka 
perkara-perkara yang idihalalkan kemudian mereka mengikut dan taat hukum 
tersebut?" Lalu Adi menjawab "ya memang". Nabi pun berkata "itulah dia 
dikatakan yang orang-orang Nasrani itu menyembah paderi-paderi dan 
pendita-pendita mereka".
   
  Alahamdulilah kita dapat ke mesjid menunaikan solat atau keluar di jalan 
Allah 40 hari, 4 bulan tapi tanggungjawab keatas ikrar kita bahawa "Tiada Tuhan 
Melainkan Allah" dan "Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah" belum selesai. 
Sekembalinya kita belum pasti hanyasanya Allah yang disembah selagi sebahagian 
peraturan dan undang-undang yang kita masih terima pakai bukan saja yang 
diadakan oleh pemerintah bahkan ada yang ditinggalkan oleh penjajah kuffar 50 
tahun yang lalu, bukan apa yang diperintah oleh Allah SWT mau pun yang 
ditinggalkan oleh Nabi SAW. Kita lebih hina dari kaum Nasrani kerana 
sekurang-kurangnya orang Nasrani taat peraturan yang dibuat paderi dan pendita 
mereka (walaupun bukan daripada Allah) tapi kita?? Kalau pun tak penting soal 
negara Islam atau bukan negara Islam tapi bagaimana untuk menyelamatkan diri 
dari menjadi syirik?? Apakah kita tidak punyai ruang untuk menegakkan segala 
yang diperintah Allah?? Di Akhirat nanti cukupkah kalau kita sekadar berkata
 dihadapan Allah kami tidak berdaya melaksanakan segala perintah engkau ya 
Allah?? Kita mungkin tidak berdaya tapi cukuplah kalau kita mampu katakan kami 
telah benar-benar berusaha ya Allah!! Allahuakbar!!
   
  ibnuAli
  kota jembal
   
  
"[EMAIL PROTECTED] othman"@yahoo.com wrote:
  Yang di Hisab di Hari Akhirat nanti bukan negara TAPI rakyat2nya. So 
Negara tu Islam ker tak Islam ker, apa kisah.  Kita individu nielah yg kena 
amalkan Islam secara keseluruhan (Ad-Din). 

Jom gi Masjid Sri Petaling, kita mulakan pengamalan Islam Sebagai Cara Hidup.

"Mohan Murali"@yahoo.com wrote:  
  For your information, see below
   
  http://www.dapmalaysia.org/english/2006/july06/lge/lge404.htm

 
  On 7/17/07, umarfaruqi  wrote: Malaysia negara Islam, 
bukan sekular Tuesday, 17 July 2007

MALAYSIA bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam dengan 
takrifnya yang tersendiri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia tidak pernah berpegang kepada 
sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana Perlembagaan jelas menyebut 
bahawa Islam adalah agama rasmi. 

"Islam adalah agama rasmi dan kita adalah negara Islam tetapi sebagai sebuah 
negara Islam tidak bererti kita tidak menghormati mereka yang bukan beragama 
Islam. Umat Islam dan orang bukan Islam masing-masing mempunyai hak," katanya 
kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad 
Badawi merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Negara Islam Dalam Dunia 
Global anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini hari ini. 

Ketika diajukan soalan bahawa kerajaan nampaknya sedang menuju ke arah 
menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, Najib berkata : "Saya perlu betulkan 
anda.

"Kita tidak pernah menjadi sekular kerana sekular seperti yang ditakrif oleh 
Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara kita mentadbir negara. 

"Kita tidak pernah berpendirian sedemikian (kerana) kita sentiasa didorong oleh 
pegangan kita kepada asas Islam. Tanggapan anda adalah salah."

Katanya Malaysia tidak akan dipengaruhi oleh takrif Barat mengenai kedudukan 
negara sekular dan bukan sekular. 

Persidangan dua hari itu bertujuan membincangkan secara spesifik kaedah 
strategik untuk meningkatkan kedudukan umat Islam sedunia menerusi pendidikan 
bagi mewujudkan insan modal be

Help Palestine [hidayahnet] Patience - way of the muslim with shaikh Yusuf Estes

2007-07-25 Terurut Topik Back forALlah



Bismillah-hir- rahmaan-nir- raheem
Assalaamu alaykum wa rahmatuallahi wa barakatuh

My brothers and sisters
  New Episode from
Way of the Muslim
a program designed to define the muslim character
based on the teachings of prophet mohammad (pbuh)

  with Shaikh
Yusuf Estes
  --
  Patience


  high quality avi video

  high quality mp4

  medium quality mp4

  flv file





May Allah accept our good deeds


 



  

-
  Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who 
knows.
Yahoo! Answers - Check it out. 

   
-
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! 
Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games.

Re: Help Palestine [hidayahnet] Berita : Malaysia negara Islam, bukan sekular

2007-07-25 Terurut Topik amali1999

On 7/21/07, othman" <"[EMAIL PROTECTED]> wrote:


  Yang di Hisab di Hari Akhirat nanti bukan negara TAPI rakyat2nya. So
Negara tu Islam ker tak Islam ker, apa kisah.  Kita individu nielah yg kena
amalkan Islam secara keseluruhan (Ad-Din).







Betul kita individulah kena amalkan Islam secara keseluruhanya.
Keseluruhan termasuklah
membuat negara kita bebas dari benda2 yg tak Islam. Itulah negara Islam. Dan
kerja itu individu kena berpakat dan buat, bukan negara yg buat, memang le,
negara bukan orang. Jadi individu tak bolehlah tak kisah negara Islam ke tak
Islam. Mestilah ambil kisah. Di akhirat nanti dihisab juga yg ni.

Jom gi Masjid Sri Petaling, kita mulakan pengamalan Islam Sebagai Cara

Hidup.

*"Mohan Murali"@yahoo.com* wrote:

 For your information, see below

http://www.dapmalaysia.org/english/2006/july06/lge/lge404.htm


On 7/17/07, umarfaruqi  wrote:
>
>   Malaysia negara Islam, bukan sekular Tuesday, 17 July 2007
>
> MALAYSIA bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam
> dengan takrifnya yang tersendiri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
>
> Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia tidak pernah berpegang kepada
> sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana Perlembagaan jelas
> menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi.
>
> "Islam adalah agama rasmi dan kita adalah negara Islam tetapi sebagai
> sebuah negara Islam tidak bererti kita tidak menghormati mereka yang bukan
> beragama Islam. Umat Islam dan orang bukan Islam masing-masing mempunyai
> hak," katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri
> Abdullah Ahmad Badawi merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Negara
> Islam Dalam Dunia Global anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini
> hari ini.
>
> Ketika diajukan soalan bahawa kerajaan nampaknya sedang menuju ke arah
> menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, Najib berkata : "Saya perlu
> betulkan anda.
>
> "Kita tidak pernah menjadi sekular kerana sekular seperti yang ditakrif
> oleh Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara kita mentadbir
> negara.
>
> "Kita tidak pernah berpendirian sedemikian (kerana) kita sentiasa
> didorong oleh pegangan kita kepada asas Islam. Tanggapan anda adalah salah."
>
> Katanya Malaysia tidak akan dipengaruhi oleh takrif Barat mengenai
> kedudukan negara sekular dan bukan sekular.
>
> Persidangan dua hari itu bertujuan membincangkan secara spesifik kaedah
> strategik untuk meningkatkan kedudukan umat Islam sedunia menerusi
> pendidikan bagi mewujudkan insan modal berkualiti.
>
> Sebelum itu, Najib melancarkan buku berjudul "The Ijazah of Abdullah
> Fahim" karya Mesut Idris dan Syed Ali Tawfik Al-Attas. BERNAMA
>
>

--
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your 
pocket:mail,
 news, photos more.

 





--
AHMAD MUSLIM ALI
IDR7374


Help Palestine [hidayahnet] Purpose Of Life

2007-07-25 Terurut Topik Aqsa *
In the name of Allah most gracious most merciful
  Assalamu alaykum wa rahmatuallahi wa barakatuhu
   
  May Allah bless  & be pleased with all muslims here & in 
hereafter.ameen,thum'ameen.
   
  http://www.alkhilafah.net/awareness.html
   
  Purpose Of Life
  
51:56-58“I have created not the jinn and men except that they should worship Me 
(Alone). I seek not any provision from them nor do I ask that they should feed 
Me. Verily, Allâh is the All-Provider, Owner of Power, Most Strong.”  
 
15:98-99 “So glorify the praises of your Rabb and be of those who prostrate 
themselves (to Him).  And worship your Rabb until there comes unto you the Hour 
that is certain (i.e., death).”
  
“Nothing is the life of this world but play and amusement, but best is the Home 
in the Hereafter, for those who are righteous, will you not then understand?”  
(6:32) 

“Truly my prayer and my service of sacrifice, my life and my death, are (all) 
for Allâh, the Rabb (Only God, Cherisher and Sustainer) of the Worlds.” (6:162)
   
  3:64 Say: "O people of the Book! come to common terms as between us and you: 
that we worship none but Allah; that we associate no partners with Him; that we 
erect not from among ourselves Lords and patrons other than Allah." If then 
they turn back say: "Bear witness that we (at least) are Muslims (bowing to 
Allah's will)."
  
 
  Al-Tirmidhi HadithHadith 42 -Narrated byAl-Miqdad-Al-Miqdad heard Allah's 
Messenger (peace be upon him) as saying: There will not remain upon the surface 
of the earth a mud-brick house or a camel's-hair tent but Allah will instill 
into it the word of Islam, bringing both mighty honour and abject humiliation. 
Allah will either honour them by making them worthy of it and those whom He 
humiliates shall have to render submission to it. I said: The religion will 
then be entirely for Allah.Transmitted by Ahmad.
   
http://www.alkhilafah.netThe Caliphate-Time To Learn ,Teach & Inshallah 
PRACTISE
  
   Establish Allah's Handiwork  30:30 Al Quran
  http://muslimslibrary.googlepages.com Allah knows best..



  Surah Isra 17 verse 80 Say: "O my Lord! let my entry be by the Gate of 
Truth and Honor and likewise my exit by the Gate of Truth and Honor; and grant 
me from Thy Presence an authority to aid (me)."  

  Ameen,Thumameen.
  Transliteration :Wa qur rabbi adkhilni mudkhala sidqiw wa akhrijni mukhraja 
sidqiw wa-j'al li mil ladunka sulta_nan nasira_(n).

   




   
-
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out. 

Help Palestine [hidayahnet] MASALAH SUDAH DBONGKAR : JADI APA PERANAN ANDA??

2007-07-25 Terurut Topik 'Penyiasat Persendirian'
Expose bukan saingan 360 atau Edisi Siasat
25-04-2007 02:20:10 PM
Radin Sri Ghazali
Artikel ini disiarkan pada 11-04-2007 11:46:57 AM

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2763ee69-c0a85061-166a5380-e7e649c0

Sekali lagi penonton televisyen di Malaysia akan dihidangkan dengan program 
investigative reporting yang cukup popular dan mendapat tempat di hati  
masyarakat sejak kebelakangan ini.

FM Productions dengan kerjasama Astro Entertainment Sdn Bhd berganding bahu 
mempersembahkan tiga program berbentuk investigative reporting berjudul Expose 
(cara sebutannya X-Po-Sze), Expose Mistik dan Expose Satu Masa.

Namun dalam pertambahan program yang mempunyai format yang hampir sama, para 
penonton mungkin akan membuat perbandingan terutamanya dengan kemunculan 
rancangan seperti Edisi Siasat dan 360.

"Kami tidak mempunyai niat untuk bersaing dengan sesiapa. Semuanya adalah 
kebetulan sahaja.

"Malah, kami sudah memulakan penggambaran Expose sejak bukan Oktober lagi." 
kata penerbit Expose, Syahril A Kadir ketika ditemui di majlis pelancaran 
Expose di Hotel Hilton Petaling Jaya baru-baru ini.

Selain daripada itu, tenaga kerja di sebalik produksi Expose adalah mereka yang 
terlibat dalam pembikinan program Edisi Siasat juga.

Mereka adalah Zainal Rashid Ahmad dan Firdaus Mohammad Zainal yang kebetulan 
merupakan nadi utama Edisi Siasat, rancangan berupa siasatan di ntv7 suatu 
ketika dahulu.

"Kami menyedari bahawa terdapat banyak program yang serupa dengan Expose yang 
sudah lama bersiaran di kaca televisyen.

"Walaupun hidangannya sama tetapi cara kami guna untuk meyampaikan maklumat 
berbeza sama sekali," ujar Syahril.


Barisan tunggak utama dan krew produksi Expose
(Foto The Star oleh Ricky Lai)

"Gaya kami berbeza. Wartawan kami turun padang dan mencari sumber. Mereka 
mendekati masyarakat yang menghadapi masalah sosial di sekeliling mereka.

"Masyarakat inilah merupakan sumber yang terbaik kerana mereka terbabit dalam 
masalah sosial yang wujud," ujarnya lagi mengenai format yang dikatakan berbeza 
dengan program 360, Bongkar dan Edisi Siasat.

Menurutnya lagi, semakin dekat perhubungan pihak produksi dengan golongan 
sasaran, informasi yang bakal diterima akan menjadi semakin terperinci dan ini 
akan memudahkan lagi pemahaman dan penyampaian krew Expose.

Malah, krew produksi Expose turut menggunakan bimbingan pakar serta bantuan 
pihak berkuasa dalam membongkar mana-mana gejala sosial.

"Ketika membuat liputan, kami tidak bersikap mengadili serta menuduh mana-mana 
pihak sebagai pesalah.

"Contohnya, menerusi isu remaja hisap gam, kami tidak akan menuding jari 
terhadap mereka malah kami akan merungkai kisah di sebalik ketagihan mereka.

"Sejurus selepas itu, kami akan mendapat nasihat pakar serta meminta bantuan 
pihak berkuasa untuk memberi informasi berkenaan bantuan yang dapat diambil 
oleh penagih-penagih yang terlibat," jelas Syahril lagi yang tidak mahu 
mengambil pendekatan 'touch and go' di mana ada sesetengah program yang hanya 
membongkar masalah sosial tetapi tidak memberi sebarang alternatif untuk 
mengatasi masalah tersebut.

Rancangan ini yang bakal disiarkan setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula 16 
April ini bakal memaparkan 208 episod yang menarik.

Selain daripada Expose, FM Production turut menerbitkan Expose Mistik yang 
memaparkan isu-isu berkaitan dengan dunia mistik serta kepercayaan tahyul yang 
diamalkan oleh masyarakat setempat.

Setiap kepercayaan akan dibidas dan dikaji daripada sudut agama dan sains.

Rancangan yang mengandungi 52 episod ini akan bersiaran pada setiap Jumaat pada 
jam 8.30 malam.

Manakala Expose Suatu Masa pula bakal menyentuh salasilah tokoh-tokoh, insiden 
dan tempat-tempat yang bersejarah di Malaysia. Rancangan ini akan disiarkan 
pada setiap hari Ahad pada jam 8.30 malam.

Ketiga-ketiga program yang bersiaran selama masa 30 minit ini  akan disiarkan 
menerusi rangkaian televisyen berbayar Astro Prima.   

Ketika ditanya mengenai relevan di sebalik pengambilan tiga rancangan terbitan 
FM Productions (http ://groups.yahoo.com/group/gr4b/links) selain daripada 
alasan Astro yang menjadi pemegang saham sebanyak 50% dalam syarikat produksi 
tersebut, Khairul Anwar Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima berkata, 
"Ini adalah merupakan salah satu langkah untuk menarik penonton kepada saluran  
Prima

"Selain daripada itu, ketiga-tiga rancangan ini merupakan salah satu langkah 
untuk kami melakukan rebranding terhadap saluran ini."

Muka baru peneraju Expose, Expose Mistik dan Expose Suatu Masa

Malah, FM Produstions tururt memaparkan wajah-wajah baru dunia penyiaran 
sebagai tunggak utama rancangan tersebut.

Mereka adalah Hairi Shahrizal, Ziffa Zubir, Harliza Ahmad dan Shahkira Ahmad.

Golongan wartawan muda ini pula akan dibantu oleh bekas pembaca berita 
pengacara, Dang Suria Zainuddin menerusi paparan eksklusif Expose nanti.

"Kami mementingkan isi kandungan rancangan kami berbanding dengan personaliti 
yang menga

Re: Help Palestine [hidayahnet] Hiburan : Ning Baizura bertunang 19 Julai

2007-07-25 Terurut Topik amali1999

umarfaruqi nak bagi kita tahu realiti masyarakat kita hari ni. masih ada yg
anggap jom heboh lebih penting dari masuk Islamnya seseorang. diharap ning
nikahlah cepat2, jgn tunggu sampai setahun.

On 7/21/07, ZahariDeli  wrote:


  langsung tak meningkat IMAN cerita macam ni. ingat mision no 1
kita...cerita bab2 tunang penyanyi tu adakah akan meningkat mutu perjalanan
dakwah kita kita buka presepsi masyarakat untuk risau ummah bukan artis2
yang banyak menyonsang akhlak...sekadar renungan ana dan pada sesiapa yang
pentingkan urusan yang lebih BESAR dari HAL PERTUNANGAN ARTIS...

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:

 Ning Baizura bertunang 19 Julai KUALA LUMPUR 12 Julai – Penyanyi dan
pelakon Ning Baizura, 32, akan bertunang dengan Omar Sharif Christopher
Layton Dalton, 33, pada 19 Julai ini.


Majlis pertunangan tersebut akan diadakan di rumah bapanya, Sheikh Hamzah
Sheikh Mohd. di Shah Alam selepas Isyak.


Selasa lalu, Ning telah dirisik oleh Omar yang diwakili oleh Datin Farida
Hashim (ibu angkat Ning) di rumah bapanya.
Ning ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, beliau tidak akan
mengumumkan jumlah wang hantaran dan tarikh pernikahannya nanti.


"Bagaimanapun, kami merancang bernikah dalam tempoh setahun dari tarikh
pertunangan," kata Ning yang mengakui hubungannya dengan Omar direstui oleh
keluarga kedua-dua belah pihak.


Menurut Ning, pada majlis pertunangan itu nanti, pihak lelaki akan
diwakili oleh Farida kerana ibu bapa Omar yang menetap di England tidak
dapat hadir.


Ning dan Omar mula berkenalan pada satu majlis perkahwinan rakan baiknya
di Bali, Indonesia pada awal September lalu.


Kata Ning, Omar yang bertugas di sebuah syarikat minyak di Kuala Lumpur
sejak dua tahun lalu telah memeluk Islam pada 7 Julai lepas di Islamic
Outreach, Jalan U-Thant di sini.
"Pada hari yang penuh makna itu, Ning tidak dapat turut serta sebab
menyertai acara Jom! Heboh di Pulau Pinang. Tapi bapa dan abang Ning serta
Amir (suami pengacara Sarimah Ibrahim) dan Vernon Kedit-Jelly (pengurus
Ning) hadir menyaksikan acara itu," kata Ning.


Menurut penyanyi itu yang telah memperlihatkan lakonan hebat dalam filem
Diva baru-baru ini, beliau bercadang untuk mengikuti kursus perkahwinan pada
September ini.


"Masa itu bulan puasa, tidak banyak aktiviti seni. Jadi Ning rasa waktu
itu memang sesuai untuk kami ikuti kursus perkahwinan sebelum bernikah tahun
depan," jelasnya.
Sementara itu, Omar dalam kenyataan ringkas yang dihantar melalui Vernon
berkata, beliau jatuh cinta dengan Ning kerana penyanyi itu baik hati dan
sensitif terhadap perasaannya.


''Ning menerima saya seadanya. Selain terpikat dengan sifat lucunya, dia
juga wanita jelita yang cerdik dan sentiasa tersenyum,'' katanya.


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com








--
AHMAD MUSLIM ALI
IDR7374


Help Palestine [hidayahnet] tlg bg tentatif ANAK ANDA HADAPI EXAM PMR & SPM?? SERTAI KAMI DLM BENGKEL "SMART TECHNIQUE EXCELLENT RESULT" -STER II.

2007-07-25 Terurut Topik linda ali
Mohon nisa' bg tentatif program..
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:Salam...
   
  Mohon laluan dan kerjasama kpd semua pihak moderator.Harap dpt menyebarkan 
maklumat ini dengan segera. SERTAI KAMI  utk menyertai BENGKEL "SMART TECHNIQUE 
EXCELLENT RESULT" -STER II.
   
  Dapatkan RAHSIA TEKNIK MENJAWAB SOALAN  PEPERIKSAAN (PMR & SPM, 2007)TERKINI 
daripada GURU-GURU PAKAR.Berikut disertakan maklumat tersebut:-
   
  TARIKH  :  05HB OGOS, 2007
  MASA: 8:30 PAGI - 6 :00 PTG 
  TEMPAT : KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA (KIA, KOLEJ)
  TMN BATU MUDA, BATU CAVES, GOMBAK, K.LUMPUR
  PESERTA   : TERBUKA PD SEMUA CALON2 PEPERIKSAAN PMR & SPM, 2007 
  YURAN   : PMR, RM50 & SPM, RM60 -BAYARAN BOLEH DIBUAT ATAS NAMA 
   
  NISA EDUCARE CENTRE. AKAUN NO : CIMB:1241-065- 10-0
   
  *FAIL, MAKANAN & SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN* 
   
  SILA MAKLUM BALAS KEMASUKAN PENDAFTARAN SEBELUM 05/08/07 bagi memudahkan 
kerja pengurusan pihak kami. 
   
  Sekiranya ada sebarang persoalan sila hubungi pihak kami di talian :-
   
  i) Cik Norhayati (013-2683834)
  ii) Cik Azrina (013-2277348)
  iii) Ukhtie Sue(012-3545228)
   
  Program NISA' dirancang dengan teliti dgn KASIH SAYANG dan disampaikan dengan 
KEIKHLASAN dgn mengutamakan 3K iaitu KEBAJIKAN, KEMANUSIAAN & KEMASYARAKATAN. 
   
  Semoga usaha kami utk membantu anak2 anda dalam meyakinkan beliau utk hadapi 
peperiksaan tidak lama lagi akan mendapat keberkatan dunia akhirat bg 
melahirkan Generasi solleh wa muslih yg  berjaya DUNIA AKHIRAT. 
   
  KEJAYAAN ANAK ANDA ADALAH KEJAYAAN & KEGEMBIRAAN KAMI SEMUA. 
   
   
  Segala kerjasama diberikan diucapkan syukran jazillan.
   
  USAHA, DOA & TAWAKAL.
   
  Yg menjalankan amanat
  NISA' CONNECTING YOUTH 
   
  
   
  Che Sue 
   
  p/s : Diharap semua SHBT SHBH dpt sebarkan maklumat ini pd semua mailing 
group agar misi & visi tercapai. amiin.. 
   
   

-
  Get the free Yahoo! toolbar and rest assured with the added security of 
spyware protection.   

 

   
-
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! 
Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games.

Help Palestine [hidayahnet] Memahirkan diri dalam perbualan menggunakan Bahasa Inggeris - Part 2

2007-07-25 Terurut Topik studioperintis
Kaedah Permulaan Perbualan
Dengan menggunakan kaedah permulaan perbualan ini, anda sebenarnya belajar 
cara-cara untuk memulakan sesuatu perbualan itu berdasarkan tujuan perbualan 
itu. Hal ini amat berkesan dan amat efektif kerana anda cuma belajar teknik 
untuk memulakan perbualan sahaja dan kemudian menamatkan perbualan itu mengikut 
kesesuaian situasi.

Tujuan 2: Mendapatkan maklumat/Bertanya soalan

Dalam kehidupan sehari-hari, kita akan sentiasa memerlukan pertolongan orang 
lain terutamanya dalam mendapatkan maklumat atau bertanyakan soalan tentang 
sesuatu perkara. Kebanyakan orang yang ingin anda dapatkan pertolongan pula 
ialah orang yang tidak anda kenali langsung. Kadang-kadang orang yang ingin 
anda tanya itu juga sedang sibuk dengan kerja atau sedang melakukan 
perkara-perkara peribadi mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin sedang makan, 
membaca akhbar ataupun berbual dengan kawan-kawan mereka. Oleh itu, kedatangan 
anda untuk bertanyakan sesuatu kepada mereka mungkin sebenarnya mengganggu 
mereka. Jika anda tersilap tanya, anda mungkin dianggap biadab dan 
berkemungkinan orang yang ditanya tidak berminat untuk membantu anda. Oleh itu, 
cara anda memulakan soalan adalah amat penting.

Ada pelbagai cara untuk anda mendapatkan maklumat atau membuat pertanyaan. Cara 
anda memulakan pertanyaan amat penting kerana anda sebenarnya ingin mendapatkan 
pertolongan daripada orang lain yang tidak anda kenali. Berikut adalah beberapa 
contoh permulaan perbualan yang sesuai:

Excuse me. Could you tell me...?
Maafkan saya. Boleh tak beritahu saya...?

Could you assist me...?
Boleh tak awak membantu saya.?

I am sorry to bother you. Do you know...?
Maaf kerana saya mengganggu, awak tahu.?

I'm trying to.
Saya sedang cuba.

Excuse me sir/madam. Could you help me...?
Maafkan saya encik/puan. Boleh bantu saya.?

Do you happen to know...?
Adakah awak tahu.?

I'd like to know...
Saya ingin tahu.

Could you find out...?
Boleh tak awak cuba carikan...?

I'm interested in...
Saya berminat.

I'm looking for.
Saya sedang mencari.

Info

Jika anda ingin mendapatkan maklumat atau bertanyakan soalan kepada orang yang 
anda tidak kenali adalah lebih berhemah jika anda menyapa mereka dengan 
memberikan salam (jika anda dan orang yang ingin anda tanyakan itu ialah orang 
Islam) ataupun sekadar menyapa dengan menyebut hi, hello, good morning dan 
sebagainya. Anda juga boleh meminta laluan atau menyampuk dengan mengucapkan 
excuse me atau I am sorry.

Jika anda menggunakan telefon pula, anda boleh mulakan dengan:

I'm calling to find out...
Saya menelefon untuk mengetahui.

I'm calling to inquire.
Saya menelefon untuk.

I'm calling to know about...
Saya menelefon untuk mengetahui tentang.

I'm calling about...
Saya menelefon untuk...

Contoh pembinaan ayat

1. Could you tell me when the next commuter to Seremban will arrive?
Boleh awak beritahu saya bila komuter seterusnya ke Seremban akan tiba?

2. I would like to know if I could get a bus to Puchong from the Central Market.
Saya ingin tahu jika saya boleh dapatkan bas ke Puchong dari Pasar Budaya.

3. Do you happen to know where the nearest hospital is?
Adakah awak tahu di mana terletaknya hospital yang berdekatan?

4. I'd like to know what you think about the work assignment given by our boss 
just now.
Saya ingin tahu apa-apa yang awak fikirkan tentang tugasan kerja yang 
diberi oleh ketua kita sebentar tadi.


Artikel di atas dipetik daripada Bab 3: Memahirkan Diri Dalam Perbualan dengan 
Kaedah Permulaan Perbualan dalam buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa 
Inggeris - Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris. Buku ini ditulis oleh 
Mohd Yusoff Noordin aka Cikgu Tuition. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh 
didapati di www.books.perintis.com.my.

Help Palestine [hidayahnet] Gangguan Seksual

2007-07-25 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Bayangkan dalam satu situasi. Seorang perempuan berpakaian cukup seksi.
Dengan dada yang terdedah, dengan kain yang singkat lagi ketat hingga
membonjolkan apa yang sepatutnya tersimpan. Kemudian si perempuan ini
bejalan di hadapan seorang lelaki. Dek kerana daya tarikan yang cukup
hebat, lelaki itu menatap dada putih, gebu yang terdedah itu dengan
pandangan yang cukup ‘menakutkan’ si perempuan.

Mungkin ada perempuan yang suka ditenung sebegitu. Tetapi, pada umumnya,
reaksi yang batal diterima adalah kerlingan marah daripada sang perempuan.
“Gatal!”, sekurang-kurangnya itu yang akan tersembul dari bibir perempuan
itu. Lebih malang lagi, jika ni berlaku dalam sebuah syarikat, kemungkinan
lelaki itu boleh didakwa sebagai melakukan ganguan seksual terhadap wanita
tersebut.

Peraturan gangguan seksual di tempat kerja rasanya sudah lama digesa oleh
pihak kerajaan untuk dilaksanakan. Sebagai muslim, sesungguhnya saya amat
bersetuju dengan peraturan ini. Bukankah Islam diutuskan salah satunya
sebagai penyelamat kaum wanita? Dengan adanya peraturan yang sebegini,
diharapkan sekurang-kurangnya dapatlah membentung nafsu jahat ketua-ketua
lelaki yang suka mengambil kesempatan.

Tetapi adakalanya saya berasakan peraturan ini sebagai berat sebelah.
Rasanya peraturan ini terlalu membela wanita dan benar-benar menekan
lelaki. Contohnya, seorang perempuan yang sengaja mahu menggoda seorang
lelaki, dengan sengaja membuka butang bajunya ketika di bilik lelaki
tersebut. Tetapi sekiranya ada pihak yang menyerbu, dengan sedikit air mata
daripada perempuan itu, tentu sahaja si lelaki akan dituduh sebagai cubaan
mencabul.

Tetapi bukan ketidak adilan sebegitu yang ingin saya bicarakan di sini.
Cuma saya selalu terfikir. Adalah salah bagi seorang lelaki untuk merenung
seorang perempuan dengan renungan yang bernafsu. Begitu juga, salah bagi
seorang lelaki untuk memegang atau menyentuh, secara sengaja, mana-mana
bahagian pada tubuh wanita yang dirasakan sensitif atau boleh memalukan
wanita tersebut.

Betul, perbuatan-perbuatan yang saya sebutkan di atas memang boleh
dikatakan melampau. Tetapi, pernah si penggubal peraturan ini terfikir
tentang perasaan kaum lelaki pula? Sememangnya Allah menciptakan lelaki itu
akan teransang dengan perempuan. Sedangkan melihat perempuan berbaju kurung
dari kain lembut yang ditiup angin pun adakalanya boleh merangsang lelaki,
apatah lagi yang terang dan nyata terdedahnya.

Berapa ramaikah lelaki di dunia ini mampu menahan matanya melihat paha atau
dada yang putih, gebu dan montok tertayang di hadapan mata? Saya boleh
menjangkakan, ada yang akan berkata “takkanlah lemah sangat iman hingga
tidak dapat menghindar dari memandang yang sebegitu”. Benar. Tetapi, berapa
tebalkah tembok iman yang diperlukan. Saya percaya Tembok Besar China juga
akan roboh jika acap kali diasak.

Maka sebenarnya, lelaki juga sepatutnya dibenarkan untuk membuat dakwaan
gangguan seksual oleh wanita. Percaya atau tidak, perempuan yang berpakaian
seksi sebenarnya sedang melakukan gangguan seksual kepada lelaki. Dan
gangguan-gangguan perempuan ini sebenarnya sama sahaja jahatnya dengan
lelaki yang melakukan gangguan seksual menggunakan anggota fizikal mereka.

Terus terang, saya sendiri cukup terganggu dengan perempuan-perempuan yang
sebegini. Seperti contohnya baru-baru ini. Saya mengadakan perbincangan
dengan jurutera dan ketua-ketua saya. Si jurutera perempuan ini duduk
bertentangan dengan saya. Ketika itu kesemua kelihatan baik sahaja kerana
pakaian jurutera itu, walaupun tidak menutup aurah, masih kelihatan tidak
mencolok mata.

Namun seketika kemudian dia berpaling membelakangkan saya seraya
membongkok, merapatkan dadanya ke meja. Ketika itu tersinsinglah jaket dan
bajunya menampakkan kulit bahagian belakang tubuhnya. Saya jadi serba
salah. Terpaksalah saya menunduk untuk mengelakkan fitnah. Kata orang,
pandangan pertama rezeki. Pandangan yang berikutnya pula adalah bencana.
Sudah tentu saya tidak mahukan bencana itu.

Tetapi terlalu lama pula dia berkeadaan begitu, Akhirnya saya menyorong
kerusi dan duduk di hadapannya. Suasana tenang buat seketika. Tidak berapa
lama kemudian si jurutera tadi berdiri pula. AllahuAkbar… Rupanya seluar
yang dipakainya sangar ketat. Ditambah pula keadaan fizikalnya yang montok,
sememangnya menyakitkan iman. Saya dapat lihat beberapa teman
tersenyum-senyum melihat keadaan ini dengan anak mata saya.

Ketika itu saya terfikir. Kalaulah semua perempuan yang seksi didenda
alangkah baiknya. Sekurang-kurangnya dapat juga menjaga orang-orang yang

Help Palestine [hidayahnet] DEBAT AGUNG: ULAMA ISLAM vs. KETUA PADERI BESAR KRISTIAN

2007-07-25 Terurut Topik MOHD BADRUN
DEBAT AGUNG: ULAMA ISLAM vs. KETUA PADERI BESAR KRISTIAN



Assalammualaikum wrt. Wbt.



Saudara/ri yang dimuliakan,



Saya ingin mencadangkan supaya Saudara/ri turut sama mengetahui pembongkaran
penyelewengan kitab Bible Kristian melalui perdebatan agung di antara Ulama
Islam dan  Ketua Paderi Besar Sweden yang diadakan di bandar suci kristian,
Stockholm. Perdebatan tersebut bertajuk : IS THE BIBLE TRUE WORD OF GOD?



Ulama Ahmad Deedat telah berjaya mengIslamkan bukan sahaja penganut Kristian
malahan juga ramai paderi kristian seluruh dunia dengan kepintarannya
membuktikan pemalsuan teks kitab Bible.



Beliau terlah berdebat dengan ramai ketua paderi besar dunia, di antaranya
ketua paderi USA, Kanada, Australia dan Sweden dan sehingga ke hari ini
telah ramai orang kristian yang meragui kesahihan isi kandungan Bible
setelah mendengar hujahnya yang jelas, jitu dan realistik.



Sehingga ke hari ini penjelasan beliau tidak mampu disanggah dengan hujah
yang tepat oleh golongan muktabar Kristian.



Ahmad Deedat dianugerahkan Allah dengan kepintaran yang tinggi  dan luar
biasa dalam ilmu comparative religion dan beliau seorang hafiz al-quran dan
turut menghafaz lebih dari 8  versi bible. Beliau juga mampu bertutur dengan
fasih lebih dari 17 jenis bahasa dunia.



Saya merasakan amat beruntung sekiranya Saudara/ri dapat menonton perdebatan
agung ini kerana kandungan ilmunya boleh diperturunkan kepada cucu cicit
sehingga hari kiamat. Juga ianya amat sesuai dikongsi bersama saudara mara
dengan harapan tiada lagi yang menjadi murtad.



Melalui debat ini juga kita jelas dapat melihat kekuatan al-Quran sebagai
mukjizat yang terpelihara sehingga hari kiamat, dengan kekuatan bahasanya
tanpa sebarang kesilapan grammar dan kekuatan isinya disebalik bahasanya,
jelas sekali tidak seperti Bible yang telah diselewengkan.



Saya sedia mengirimkan perdebatan tersebut dlm bentuk VCD (mengandungi 3cd)
kepada Saudara/ri dengan harga RM13.00 setiap set (1 set= 3cd= RM13).
Saudara/ri hanya perlu memberikan kepada saya NAMA Saudara/ri, ALAMAT POS
LENGKAP untuk penghantaran pos serta NOMBOR HANDPHONE. Bayaran boleh dibuat
melalui kiriman wang/ cek atau Banking Online setelah penghantaran selamat
diterima


PERDEBATAN DALAM BAHASA INGGERIS YANG CUKUP JELAS DAN AMAT MUDAH DIFAHAMI.
KUALITI GAMBAR PULA AMAT BAGUS. SARIKATA TIDAK DISERTAKAN.

 

Wassalam.

MOHD BADRUN BIN MOHD ARSHAD
Email ke: [EMAIL PROTECTED]
No. HP: 019-4050395
skype Name: mohdbadrun 
Selayang, Selangor, Malaysia.

 

Jika berminat, sila emailkan nama, alamat dan h/p no ke:
Email ke: [EMAIL PROTECTED]
Atau sms ke: 019-4050395

 

* Sila sebarkan email ini kepada rakan-rakan anda agar perkara yang baik
dapat kita kongsi bersama.

 

 

***
MAKLUMBALAS 1
***

From: anis tan <  [EMAIL PROTECTED]>
Subject: RE: nak beli VCD debat
Date: Thu, 8 Sep 2005 23:46:28 -0700 (PDT)

 Assalammualaikum

Terima kasih, saya dah terima dan melihat debat tersebut. Memang superb. Ia
mampu menguatkan lagi keimanan dan kepercayaan kita. alhamdullillah
Kalau ada debat ke-2 sptmana yang disebut diakhir VCD tersebut, jgn lupa
bagi tahu ye. Wasalam.



***
MAKLUMBALAS 2
***

 From: "Shaffi Anuar" <  [EMAIL PROTECTED]>
Subject: RE: Order CD debat Ahmad Deedat.
Date: Thu, 29 Sep 2005 10:23:00 +0800

Alhamdulillah, saya dah terima cd tersebut. Dan sememangnya saya berasa
sungguh teruja dan kepetahan dan sikap beliau yg amat bersahaja...Semoga
harapan beliau utk melahirkan seberapa byk lagi "Deedats" tercapai
insyaallah...



***
MAKLUMBALAS 3
***

 From: Zakir"   [EMAIL PROTECTED]

 Assalamualaikum wbk,

Selamat ramadhan utk saudara,

 Alhamdulillah saya sudah menonton vcd tersebut dan amat menarik sekali.
Moga usaha murni ini akan terus menyinari seluruh umat islam dan dapat
menangkis segala tomahan dan hinaan dari mereka yang engkar perintah Allah
swt.



 ***
MAKLUMBALAS 4
***

 From: "ikhwan irwadi" <[EMAIL PROTECTED]>

En,

Terima kasih dengan penghantaran CD tersebut. Ianya amat berguna untuk umat
Islam bagi menangkis dakyah kristian. ..




***
MAKLUMBALAS 5
***

 From: "Azli Mohd Syriz"   [EMAIL PROTECTED]

 Assalamualaikum...

Saya telah memiliki buku Debat Islam & Kristian.. Antara Ahmad Deedat & 4
Paderi.. & telah habis dibaca.. tapi belum lihat secara livenya lagi...

 Dah lama sangat saya mencari VCD ni tapi tak jumpa.. last saya tengok thn
1988 / 89.. Video tape... bapa saya pinjam dari rakannya... 

Apa pun  terima kasih...



 ***
MAKLUMBALAS 6
***

 From: AZMAN AHMAD <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 

Assalamualaikum saudara,

Saya telah menerima CD berkenaan pada hari Jumaat (14/10/

Help Palestine [hidayahnet] Bimbingan Wanita Mengandung - SIRI II Perubahan Fizikal Dan Emosi

2007-07-25 Terurut Topik kmj
Kehamilan bukan hanya berlaku pada tubuh seorang wanita tetapi ia juga
berlaku kepada seluruh diri wanita itu. Seseorang wanita yang hamil
akan mendapati, terdapat perubahan dalam perasaannya atau emosinya
termasuk kegembiraan dan kegelisahan. Dengan perubahan seperti ini,
ramai wanita hamil akan mendapati waktu mengandung bukanlah masa yang
mudah bagi mereka. Setiap wanita akan bertindakbalas kepada kehamilan
dengan caranya yang tersendiri terutama jika kehamilan tersebut untuk
yang pertama kali. Wanita hamil mudah merasa kecewa, sensitif, mudah
menangis, tenang dan gembira. Semua perubahan yang dialaminya itu
adalah sesuatu yang normal.

1.  Perubahan Fizikal.
Semasa mengandung, rahim menjadi lebih besar. Beratnya juga bertambah
dengan bertambah besarnya janin.

a.  Kemaluan.
Kemaluan wanita mengeluarkan cecair putih dan melekit
b.  Buah dada.
Saiz buah dada akan bertambah dan terasa lebih berat
c.  Jantung.
Jumlah darah yang dipam oleh jantung bertambah. Denyutan jantung
setiap minit bertambah. Pertambahan denyutan ini biasanya dapat
dirasakan oleh ibu yang sedang mengandung
d.  Tekanan darah.
Tekanan darah akan berkurangan semasa hamil tetapi tidaklah terlalu
ketara dan tidak merbahaya. Bagaimanapun ia boleh menyebabkan seorang
wanita mengandung terasa seperti hendak pitam apabila berdiri terlalu
lama, atau apabila bangun setelah lama duduk
e.  Paru-paru.
Kadar pernafasan bertambah. Ketika bulan-bulan terakhir kehamilan,
rahim yang membesar dan menekan paru-paru menyebabkan udara sukar
memasuki paru-paru. Dalam keadaan ini otot-otot tubuh lebih memainkan
peranan membantu pernafasan. Pinggang yang sentiasa ditegakkan dan
merehatkan bahu akan memudahkan pernafasan.
f.  Metabolisme.
Kadar metabolisme mengalami perubahan. Selera makan bertambah dan
tisu-tisu lemak di dalam tubuh juga bertambah. Perut semakin membesar
dari bulan ke bulan. Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita yang
mengandung akan dapat merasakan gerakan bayi di dalam kandungan.

Wanita yang mengandung juga akan merasakan sakit pinggang, sakit
kepala, dan sukar tidur di waktu malam. Keadaan ini sebenarnya tidak
memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya. Perubahan-perubahan
fizikal yang berlaku ini memerlukan persediaan wanita itu sendiri
untuk menghadapinya. Di samping berusaha memperolehi nasihat doktor,
maka suami pun sangat diperlukan untuk membantu isteri yang sedang
mengandung ini.

2.  Perubahan Emosi.
Keadaaan seorang wanita menghadapi kehamilan bergantung kepada faktor
sama ada dia menghendaki atau tidak kehamilannya itu. Jika wanita
tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu pertama kehamilannya
itu mungkin akan mengalami tekanan perasaan. Sebaliknya, jika wanita
itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak
sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran. Begitu juga perubahan
lingkungan persekitarannnya akan menyebabkan ia merasakan kelainan
pada emosinya.

Perubahan ragam dan sikap adalah perkara biasa yang dialami oleh
wanita mengandung, itu disebabkan oleh perubahan hormon di dalam
tubuh. Pada suatu ketika, seorang wanita hamil mungkin gembira, tenang
dan bahagia. Pada saat yang sama dia mungkin akan bersedih dan
tertekan perasaan tanpa diketahui sebabnya.

Ramai wanita hamil mungkin akan terkejut dengan perubahan dalam diri
mereka. Biasanya mereka akan menjadi lebih sensitif kepada perubahan
seks dengan suaminya. Ada wanita yang mempunyai keinginan yang lebih
pada perhubungan seks, sementara ada yang tidak mahu langsung
melakukan hubungan seks.

Keadaan semacam ini mungkin akan mengelirukan suaminya. Perubahan
perasaan seperti ini bukanlah bermakna ada sesuatu yang tidak kena
dengan wanita mengandung. Oleh sebab itu ia perlu memberitahukan
kepada suaminya apa yang berlaku, untuk mengelakkan salah faham dan
perselisihan. Maka seorang isteri perlu memberikan pengertian aga
suami memahami perasaannya.

Menjadi kebiasaan bagi seorang wanita yang mengandung, terutama ketika
hampir bersalin bermimpi perkara-perkara yang buruk. Mimpi seperti ini
tidak memberi sebarang kesan pada bayi dalam kandungan. Seorang ibu
yang mengandung suka membayangkan masa depannya, terutama berkaitan
dengan bayi yang dikandungnya. Kadangkala ia membayangkan wajah dan
rupa anak yang dilahirkannnya.

Setiap kehamilan memerlukan pasangan suami isteri melakukan beberapa
penyesuaian di dalam kehidupan, serta hubungan mereka. Terutama jika
anak yang dilahirkan itu adalah anak pertama. Kerana kelahiran bayi
akan mengubah corak hidup mereka. Jadi perubahan fizikal dan emozi
wanita yang sedang mengandung bukan sahaja dihadapi oleh wanita itu
sendiri, tetapi suamipun memainkan peranan penting dalam menjaga dan
menghadapinya. Dengan cara yang demikian maka rumahtangga akan tetap
harmoni.

Nantikan Bimbingan Wanita Mengandung – SIRI III Mengidam Ketika
Mengandung dalam artikel akan datang…

Set Asas Bersalin – Makanan tambahan semulajadi bukan jamu di
sepanjang tempoh berpantang
http://www.kedai-e.net/

Help Palestine [hidayahnet] Kem Motivasi Pelajar/Anak Soleh

2007-07-25 Terurut Topik H Ismail MD
Assalamualaikum,

PUSAT MOTIVASI INSANIAH

akan menganjurkan

KEM MOTIVASI PELAJAR/ANAK SOLEH

Pada : 17 - 19 Ogos 2007 (cuti sekolah)
Tempat : SUKIDA Resort, Sg Tekala, Ulu Langat

Terbuka untuk : pelajar 10 - 12 tahun

Antara program menarik :
- Motivasi
- Perincian & Praktikal Solat
- Latihan Dalam Kumpulan
- Persembahan Berkumpulan
- Senamrobik
etc

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Pejabat PMI : 03-67331606
Pn Rozita : 012-3747591
Pn Aisyah : 017-3382246

Dikepilkan bersama tentatif program tersebut.



   
-
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out. 

kem-motivasi.pdf
Description: 2915365312-kem-motivasi.pdf