Help Palestine [hidayahnet] Maklumat Terkini Qiam Ramadhan bimbingan Dr Abdullah Yassin

2007-10-04 Terurut Topik marcelo fidoyoko yokohama
Atas sebab-sebab tertentu, program Qiam Ramadhan yang di Masjid Al-Bukhari, 
jalan Hang Tuah terpaksa berpindah ke Surau Kampung Malaysia Baru, Sg Besi 
(bersebelahan Kampung Malaysia Tambahan). 
   
  Untuk hari ini iaitu Jumaat 5-10-07, program Qiam Ramadhan bersama Dr 
Abdullah Yassin insya-allah akan diadakan di Surau Al-Muhajirin, Taman Sri 
Ukay. Majlis bermula dengan solat isya' dan diikuti dengan Qiam  Ramadhan (8 + 
3) dan kuliah ilmu. Kemudian, program akan diteruskan di Surau Kampung Malaysia 
Baru, Sg Besi sehingga sahur dan insya-allah kuliah ilmu akan menyusul selepas 
solat subuh sebelum bersurai. 
   
  Bermula hari Sabtu sehingga akhir Ramadhan, program Qiam Ramadhan insya-allah 
akan berjalan seperti biasa di Surau Kampung Malaysia Baru, Sg Besi. Program 
bermula dengan iftar, solat maghrib, makan malam, solat isya', qiam ramadhan, 
kuliah, tidur, qiam/baca quran/zikir, kuliah, sahur, solat subuh dan kuliah. 
   
  Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Dr Abdullah Yassin di 012-3224050. 
   


   
-
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.

Help Palestine [hidayahnet] 2 JENIS KARAKTER DI BULAN RAMADHAN

2007-10-04 Terurut Topik syamiligers syamiligers
Alhamdulillah, hari ini (4 Okt 2007), sempat berbuka puasa dengan rasa syukur 
kepada Allah s.w.t. (Ar Razzaq) di sebuah masjid. Jam menunjukkan 650 ptg dan 
rasanya, masih lagi sempat untuk berbuka di masjid. Maka, dengan derasnya, saya 
menuju ke masjid untuk melaksanakan sunnah; berbuka pada awal waktu. 
Alhamdulillah sekali lagi kerana sempat untuk berbuka. Masih belum lagi azan.
Hari ini, sangat istimewa sekali kerana saya telah melihat 2 jenis karakter 
orang yang  berpuasa. 


read more
http://st-gallery.com/index.php?option=com_content&task=view&id=245&Itemid=36



Mohd Syamil Bin Mohd Yusuff

Total Success Resources
Success Has Its Secrets & Recipe
'connecting resources'
www.total-success.net
[EMAIL PROTECTED]

   
-
Don't let your dream ride pass you by.Make it a reality with Yahoo! Autos. 

Help Palestine [hidayahnet] BERKEMAHIRAN DALAM AUTOCAD

2007-10-04 Terurut Topik shaari mahzani
 
  Sesiapa yang ada kemahiran dalam Autocad, ada kekosongan jawatan di pejabat 
saya.
   
  Sila hubungi 019-2130540
   

   
-
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Help Palestine [hidayahnet] Surat-Surat dari Lokap Muraqabat

2007-10-04 Terurut Topik Mohamed Fudzail
(sila ke http://muraqabat.wordpress.com/)
   
  Kolum ‘Dubai Online 2.0’  oleh Fudzail di klpos.com
  No.19
   
   
  Surat-Surat dari Lokap Muraqabat
   
  Ramadan kini sudah hampir ke penghujung dan malam sepuluh terakhir memang 
meriah bagi ramai warga Dubai. Masjid-masjid yang mengadakan qiyamulail mulai 
menjadi tumpuan dimana masjid-masjid tertentu yang mempunyai imam-iman terkenal 
melimpah dengan manusia sampai ke jalanraya dalam mencari lailatulqadar.
   
  Fenomena ini memang sesuatu yang menjadi sebahagian dari sambutan bulan 
ramadan yang terus mengisi aktiviti di Dubai. Ada masjid yang berkurang jemaah 
kerana mereka lari ke masjid-masjid tumpuan.
   
  Kebanyakan masjid membuat solat tarawih 8 rakaat dan menyambung sewaktu 
qiamulail. Begitupun, masjid-masjid yang pendek masa tarawihnya tetap popular 
dengan limpahan jemaah. Sesuatu yang kontra tetapi bukan luar biasa kerana 
setiap manusia mempunyai pilihan sendiri, tidak perlu paksaan dalam ibadah 
sunat.
   
  Ada juga masjid-masjid yang sepi, yakni masjid-masjid penganut syiah yang 
ramai juga di sini, malah ramai tokoh-tokoh korporat dari keluarga bisnes yang 
besar dan mega di sini adalah golongan syiah.
   
  Manakala kempen Dubai Cares pula telah melebihi angka RM700 juta dan dijangka 
mencecah 1 bilion bila-bila masa sahaja.
   
  Begitupun, ramadan kali ini, dengan seorang sahabat yang teraniaya dan masih 
dalam lokap, biarpun janji-janji dari (bekas) majikannya terus sahaja menjadi 
janji-janji manis di bibir sahaja, kami saban hari membaca surat-surat beliau 
sebagai sesuatu yang sentiasa ditunggu-tunggu.
   
  Surat adalah satu alat perhubungan penting selain telefon dan lawatan (hanya 
untuk hari tertentu). Pengalaman beliau di dalam lokap balai polis Muraqabat 
mungkin kami siarkan melalui blog http://muraqabat.wordpress.com/
   
  Antara yang menarik ialah mengenai pelbagai kisah mengenai ‘rakan-rakan’ yang 
sama berkongsi kehidupan ‘sementara’ dalam tahanan sebelum ke penjara setelah 
menerima hukuman dari mahkamah, atau sebelum dilepaskan sekiranya kes di tarik 
balik.
   
  Tentunya pengalaman sebegini mempunyai nilai pendidikan dan pengetahuan am. 
Manusia memang mempunyai pelbagai karenah dan gelagat. Tidak semua yang ditahan 
adalah penjenayah, dan tidak semua penjenayah boleh ditangkap. (Malah kalau di 
Malaysia, ada penjenayah yang terus berkuasa dan menjadi VVIP)
   
  Solat berjemaah (termasuk tarawih) dan sesi membaca quran turut menyemarakkan 
ramadan dalam lokap. (Di Penjara Dubai memang banduan digalakkan menghafal 
quran di mana jangkamasa tahanan akan dikurangkan mengikut jumlah ayat yang 
dihafal, malah ramai banduan yang keluar sebagai hafiz!)
   
  Kisah pergaduhan mungkin perkara biasa dalam lokap. Dengan jenis-jenis 
manusia yang pelbagai bangsa seperti Dubai sendiri yang kosmopolitan, berebut 
tilam dan memilih teman selokap pun boleh menimbulkan pergaduhan.
   
  Kelebihan bagi mereka yang bercakap Arab ialah kebanyakan Polis hanya 
berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Arab, jadi mereka yang tidak berbahasa 
Arab tentunya dalam keadaan yang sentiasa tewas.
   
  Setelah 26 hari ditahan, sahabat kami tersebut dikatakan telah bertaraf 
‘senior’. Ramai yang telah ‘graduate’ tetapi sentiasa ada kemasukan baru. 
Dikatakan, ada seketika tidak cukup tilam dan menimbulkan sedikit kekecohan 
apabila orang yang menempah tilam tidak dapat tilam, tetapi orang baru pula 
mendapat tilam kerana ada ‘network’.
   
  Lebih memeranjatkan buat kami, salah seorang yang menjadi tahanan ketika ini 
ialah ‘Datuk Ir’ (sila ikut tulisan awal saya dalam kolum ini di klpos - 
http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=389&Itemid=49) 
yang ditahan sewaktu di kaunter imigresen lapangan terbang Dubai Ogos lalu.
   
  Rupa-rupanya, (bekas) majikan sahabat kami yang pernah mengambil ‘Datuk Ir’  
telah menfailkan kes pecah amanah kepada ‘Datuk Ir’ ini dan akan dihadapkan ke 
mahkamah selepas raya (sehari sebelum kes sahabat kami disebut). Nama beliau 
tersenarai dalam sistem imigresen dan sebaik dikesan (walau berpaspot baru), 
orang yang disyaki akan terus ditahan dan dibawa ke lokap.
   
  Kami tidak pasti perkembangan lain seperti keluarga ‘Datuk Ir’ ini mengetahui 
apa yang terjadi. Dalam keadaan begini menjelang Aidilfirti, walau apapun, 
memang menyedihkan untuk keluarga sekiranya mengetahui situasi begini. ‘Datuk 
Ir’ enggan untuk diketahui kisahnya dan kami juga hanya tahu sekadar secara 
kebetulan.
   
  Dalam surat terbaru dari muraqabat, sahabat kami telah melupakan sahaja 
janji-janji (bekas) majikan yang nampaknya masih dalam kemelut. Sepanjang dalam 
tahanan juga, CEO syarikat milik UMNO tersebut tidak pernah menelefon isteri 
beliau untuk bertanya kabar, malah semua gaji (juga dua bulan gaji pekerja 
lain) dan grautiti masih belum dibayar!
   
  Begitulah nilai seorang pekerja dan diharapkan dalam bulan ramadan yang masih 
tersisa ini, masih ada ruang untuk sahabat kami berhari raya bersama keluarg

Help Palestine [hidayahnet] Catatan Warga Malaysia yang Teraniaya di Dubai - http://muraqabat.wordpress.com/

2007-10-04 Terurut Topik Mohamed Fudzail
salam
   
  Sila ke http://muraqabat.wordpress.com/
   
  dan beri sokongan kepada seorang yang teraniaya!

   
-
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out. 

Help Palestine [hidayahnet] Either This Book Is a Lie or It Is the Truth

2007-10-04 Terurut Topik Amirul Letfee
 
  Either This Book Is a Lie or It Is the Truth 
  By  Abu Abdur- Rahman 
  
  
   
  
   
  
   
  It is ironic that Allah (S.W.T.) has guided me to Islam (the Truth) in United 
States, where Kufr ideology dominates the society. Especially more so, when I 
have spent 5 years of my childhood in Muslim dominated societies (countries). 
   
  My parents are from Korea, they were raised atheist but in their youth they 
found Christianity to be the Truth. They hold positions/titles in their church 
(they were Deacons, but now they have been raised to higher ranking). They had 
me baptized when I was born, and raised my brothers and I as Christians. 
   
  My father was in charge of the construction division of Hyundai Corporation. 
He lived in many countries overseeing the building and construction projects 
for Hyundai Corporation. When my father was stationed in Indonesia, our family 
moved there for Two and a half years. Being an infant at the time, I do not 
remember much of Indonesia. However, I remember my two and a half year stay in 
Saudi Arabia very clearly. My father had stayed in Riyadh, Saudi Arabia for 
nine years building and constructing for the Saudi Royal family, we (our 
family) joined him on his last two and a half years in the Kingdom. My 
experience in Saudi had been a memorable one, I got to experience and see many 
things. We had a very luxurious life in Saudi, however our experience with the 
people there in general had been a bad one. 
   
  My father, to this day, hates Arabs (Saudis, but to my father they are all 
the same) for his ill treatment by the Saudis during his stay. I remember him 
complaining how arrogant the Saudis were, and how they looked down upon him 
with bad manners, how backward they were, how risky it was doing business with 
them, etc…As for me, I had my own problems. I remember getting into fights with 
the Saudi kids every other day, my brothers and I could not play in the 
playground because the kids will start throwing rocks at us if we got close to 
the playground. With these memorable experiences, we (our family) moved to the 
United States.
   
  I was 10 years old when we came to the Unites States, my brothers and I 
pretty much grew up in the States. I was Americanized as can be, and even 
though I befriended many ethnic groups, I did not get along with the Asians, 
Koreans especially. Needless to say, I did not care much for the Arab kids; I 
tried to pick on them every chance I got.
   
  I had a very close friend in High School (we will call him A.C. for 
anonymity), we played football together, and we tried to pull as many pranks as 
possible when the opportunities presented themselves. A pair of knuckleheads 
who could not avoid trouble to save their own lives. But through this 
friendship, Allah (S.W.T) guided a lost soul to Islam (the Truth).
   
  After High School, I moved out of town and went to college. My parents had 
gone back to Korea when I was in High School, so I was used to being 
independent (except financially) . I reached my peak in terms of misguidance 
(being lost) while I was in college. The environment I was in was such that it 
only led me deeper and deeper into misguidance and self-destruction. But I was 
oblivious to this fact, and even if I did know I probably would not have cared. 
I was in this state when I received a phone call from A.C., my close friend 
from High School. He had called to tell me that he had become a Muslim. I did 
not take it seriously at first, because I knew that he was going through some 
personal problems at the time. I thought that he was going trough a phase, and 
he would snap out of it once he cleared his problems. But as time passed, it 
became obvious that my friend had become a fanatic (so I thought at the time). 
I started to avoid talking to him, all he would talk about
 was Islam and we would end up having a religious argument, him for Islam and I 
for Christianity. It came to a point that whenever he called, I would find an 
excuse not to talk to him.
   
  Because my parents were in Korea, I did not have a place to stay when I came 
back to my hometown. I used to stay with A.C. whenever I was in town; his 
family treated me like a second son (May Allah guide them, Ameen). But after 
A.C. had become a Muslim, I started to avoid staying with him. It happened so 
that I came back in town for a break from college. I stayed with another friend 
of mine from high school instead of A.C. One night, my friends and I went out 
to a party hosted by another friend from high school, but somehow A.C. found 
out. A.C. called the place where the party was going on and had asked to speak 
with me. When I picked up the phone, A.C. told me to stand and wait for him 
outside. I felt a little guilty because I had been trying to avoid him all 
break, so I decided to wait for him outside. Some of the people at the party 
asked me where I was going, so I told 

Help Palestine [hidayahnet] Minta Tolong - Tukar suka sama suka U41 (Hospital Melaka)

2007-10-04 Terurut Topik sumijElly
Subject: Minta Tolong - Tukar suka sama suka U41 (Hospital Melaka)

Minta Laluan pada TOK MOD...saya harap dapat laluan untuk emel ini.

Assalamualaikum dan selamat Pagi,
Saya nak minta tolong ngan sesiapa yg ader kengkawan ker, saudara ker, atau 
jiran tetangga yang bekerja sebagai Pegawai Optometri - U41 untuk bertukar atau 
berpindah ke Melaka di Hospital Melaka.. 
Sepupu saya nie Perempuan,dan bekerja di Hospital Melaka dan dah berkahwin tapi 
suami dan anak berada di KL. Faham sajala kalu duduk berjauhan dr 
Familysusah. lagipun sepupu saya sedang mengadungkan anak kedua dia yg 
bakal lahir pada bulan March 2008.
So saya nak minta jasa baik kawan2 kalu ada yg nak berpindah/bertukar ke Melaka 
boleh la buat pertukaran suka sama suka dgn sepupu saya nie. Tukar antara 
Hospital Melaka -> Hospital Serdang/Kajang/Putrajaya/Ampang.
Sesiapa yag berminat untuk mengetahui keterangan lanjut dan maklumat lain, 
silala emel secara peribadi kepada saya di [EMAIL PROTECTED]
Kerjasama kawan2 amatla di hargai.
Sekian, terima kasih.
 
[P/s: kalu sesiapa yg dapat sebarkan emel ni pada group lain, saya amatlah 
berterima kasih]
 
Bagi pihak sepupu saya, 
~ sumijelly99~ 
Smile always...


  

Tonight's top picks. What will you watch tonight? Preview the hottest shows on 
Yahoo! TV.
http://tv.yahoo.com/ 


Help Palestine [hidayahnet] Media cemar reputasi Abim, siar gambar anggotanya dalam berita kes bunuh Nurin

2007-10-04 Terurut Topik Kadet Pencen
  Media cemar reputasi Abim, siar gambar anggotanya dalam berita kes bunuh 
Nurin   Wan Nordin Wan Yaacob   
   
 Wed | Oct 03, 07 |  2:28:42 pm MYT  SEREMBAN, 
3 Okt (Hrkh) - Peristiwa yang menimpa Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin 
baru-baru ini memang menyentuh perasaan seluruh rakyat Malaysia .   

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
-->
 Justeru itu menjadi harapan kepada semua pihak agar pihak yang terbabit dengan 
pembunuhan kes tersebut dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin. 
 Bagaimanapun keghairahan pihak media mendapatkan berita terhadap kes ini perlu 
beretika agar tidak menjejaskan perasaan keluarga Allahyarham Nurin serta 
mereka yang tidak bersalah, kata Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia 
(Abim) Khairul Ariffin Muhammad Munir. 
 Abim amat kesal dengan beberapa akhbar dan media tempatan yang telah melakukan 
kesilapan dengan menerbitkan foto Setiausaha Eksekutif Abim Pusat, 
Azwiralbukhari Abdul Aziz, dengan berita berhubung kes kematian Nurin, dua hari 
lalu. 
 Beliau yang ketika di tempat kejadian sedang menziarahi dan membantu keluarga 
salah seorang pemuda yang dibebaskan oleh polis, kata Khairul Ariffin dalam 
satu kenyataannya hari ini. 
 Memandangkan kes ini adalah kes berprofil tinggi dan mendapat perhatian 
seluruh rakyat Malaysia maka penyiaran gambar tersebut sebagai salah seorang 
suspek telah menjatuhkan reputasi beliau sebagai aktivis belia dan masyarakat 
lebih-lebih beliau berkhidmat di bawah organisasi seperti Abim, katanya. 
 Sehubungan itu Abim meminta pihak media yang terlibat membuat pengumuman ralat 
di dalam penerbitan akhbar dengan serta merta berikutan kesilapan tersebut, 
katanya. 
 Seterusnya pihak media diminta agar tidak akan mengulangi kesilapan 
membabitkan beliau atau mana-mana orang awam yang tidak bersalah samada di 
dalam bentuk akhbar atau dalam bentuk yang lain pada masa-masa akan datang, 
katanya. 
 "Tidak dapat dinafikan peranan media amat penting khususnya dalam kes ini 
kerana masyarakat inginkan perkara yang sebenarnya berlaku. Namun media perlu 
bertanggungjawab dan teliti dalam mendapatkan kesahihan sumber maklumat 
tersebut,"katanya. 

Lihat ucapan Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari 
seluruh dunia. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, menderma dan bantulah mereka 
yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun (Maybank) 
564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.


   
-
Don't let your dream ride pass you by.Make it a reality with Yahoo! Autos. 

Help Palestine [hidayahnet] KENYATAAN MEDIA ABIM (KES ALLAHYARHAM NURIN)

2007-10-04 Terurut Topik Jalur Tengah
  
  KENYATAAN MEDIA
  2 Oktober 2007
   
  PENAFIAN GAMBAR SETIAUSAHA EKSEKUTIF ABIM SEBAGAI SALAH SEORANG SUSPEK KES 
ALLAHYARHAM NURIN 
   
   
  Peristiwa yang menimpa adik Allahyarham Nurin baru-baru ini memang menyentuh 
perasaan seluruh rakyat Malaysia. Justeru itu menjadi harapan kepada semua 
pihak agar pihak yang terbabit dengan pembunuhan kes tersebut dibawa ke muka 
pengadilan secepat mungkin. Walaubagaimanapun keghairahan pihak media 
mendapatkan berita terhadap kes ini perlu beretika agar tidak menjejaskan 
perasaan keluarga Allahyarham Nurin serta mereka yang tidak bersalah.
   
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat kesal dengan beberapa akhbar dan 
media tempatan yang telah melakukan kesilapan dengan menerbitkan foto 
Setiausaha Eksekutif ABIM Pusat iaitu Sdr. Azwiralbukhari Ab Aziz, dengan 
berita  berhubung kes kematian Nurin, semalam.
   
  Beliau yang ketika di tempat kejadian sedang menziarahi dan membantu keluarga 
salah seorang pemuda yang dibebaskan oleh polis. Memandangkan kes ini adalah 
kes berprofil tinggi dan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia maka 
penyiaran gambar tersebut sebagai salah seorang suspek telah menjatuhkan 
reputasi beliau sebagai aktivis belia dan masyarakat lebih-lebih beliau 
berkhidmat di bawah organisasi seperti ABIM.
   
  Oleh yang demikian pihak ABIM  meminta pihak media yang terlibat  membuat 
pengumuman ralat di dalam penerbitan akhbar dengan serta merta pada tarikh 3 
haribulan Oktober 2007 berkenaan dengan kesilapan tersebut di atas. Seterusnya 
pihak media diminta agar tidak akan mengulangi kesilapan membabitkan beliau 
atau mana-mana orang awam yang tidak bersalah samada di dalam bentuk akhbar 
atau dalam bentuk yang lain pada masa-masa akan datang.
   
  Kami juga meminta pihak media agar mengambilkira dengan serius teguran Ketua 
Polis Negara agar media berhati-hati dalam membuat liputan dan semua maklumat 
berhubung kes ini perlu mendapat pengesahan daripada pihak polis.
   
  Tidak dapat dinafikan peranan media ini amat penting khususnya dalam kes ini 
kerana masyarakat inginkan perkara yang sebenarnya berlaku. Namun media perlu 
bertanggungjawab dan teliti  dalam mendapatkan kesahihan sumber maklumat 
tersebut. 
   
  
   
   
   
   
  KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR
  Setiausaha Agung 
  www.abim.org.my 
   
   
  -
   
   
  www.malaysiakini.com
   
   
  Press bungles pix of suspects in Nurin caseOct 3, 07 
2:45pm  Adjust font size:On Monday, Muslim Youth Movement of 
Malaysia (Abim) secretary Azwiralbukhairi Abdul Aziz was at the Petaling Jaya 
district police station to help a friend being held in remand in the Nurin 
Jazlin Jazimin kidnap-murder case. 

Yesterday, his photograph appeared in two major newspapers as one of the 
unnamed suspects released on Monday after being cleared of involvement. 

Utusan Malaysia carried clear mugshots of four men - including Azwiralbukhairi 
- on an inside page, while Berita Harian placed pixelised photos on the front 
page.
  
  
  (The Utusan Malaysia photograph reproduced here has been pixelised except for 
Azwiralbukhairi's photo, to explain his predicament.)

The paper, which published an apology on Page 4 today, also quoted 
Azwiralbukhairi, 27, as saying he was shocked and embarrassed. 

“Since 8am (yesterday), I have received almost 100 telephone calls from people 
asking about it. Most of the calls were from family members and friends,” he 
said. 

“I am embarrassed... Not just for myself, but for my family and my in-laws who 
have been embarrassed following the publishing of my picture. My wife, who 
works in a government ministry, has also suffered embarrassment.” 

He appealed to all media organisations to tread more carefully and not think 
solely of the commercial value of reports. 

“Let the court decided who is guilty or otherwise. The media should not take 
over the role of the court,” he said. 

Abim ‘disappointed’ 

In a statement issued today, Abim secretary-general Khairul Arifin Mohd Munir 
chided the media for having ruined Azwiralbukhairi’s reputation as a social 
activist. 

Expressing disappointment that Azwiralbukhairi had been wrongly implicated, he 
said the media - in its eagerness to put out news - should not go to the extent 
of causing further grief to either Nurin’s family or others who are innocent. 

“It cannot be denied that the media plays an important role, in this case 
particularly, because the public wants (to know) that (appropriate) action has 
been taken,” Khairul Arifin said. 

“(However), the media should be responsible and meticulous and verify its 
sources of information.” 

Police reports lodged 

In another development, Selangor CID chief Mazlan Mansor said the police have 
lodged reports against several newspapers for allegedly jeopardising 
investigations into the Nurin case. 

According to Mazlan, the investigating officer who lodged the report also 
claimed 

Help Palestine [hidayahnet] Hati2_jawapan dari mydin (kes terjumpa menu ... HAM kat pasaraya)

2007-10-04 Terurut Topik AmY


Salam Cik Dora,

Kami majukan e-mel di bawah untuk makluman Cik Dora sebagai respons 
kepada e-mel yang telah dihantar oleh Cik Dora kepada kami berhubung 
dengan perkara yang sama.


Sekian, terimakasih.


Asslammualiakum ..semua saudara2 seislam,

Di mula kan dengan rasa shukor kehadrat ALLAH SWT kerana apa yang 
saya corekan mendapat
response yang baik dari pehak MYDIN diwakili oleh Cik Sabariah 
,terima kaseh kerana jawapan itu
tapi apa yang perlu pekerja dan jurujual misti di beri tunjuk ajar 
agar boleh menjelas apa jua isu bila di
kemukan oleh mana2 pelanggan ,jangan kerana mengejar keuntungan 
barakah kita ketepikan ,


Terima kaseh

Mustafa .



zuelina

- Mesej Dikirim Lanjut 
Daripada: sabariah <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; 
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; 
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]

Dihantar: Selasa, 25 September, 2007 3:00:30
Subjek: FW: Hati2
Assalamualaikum Cik Rashidah,

Pertama sekali saya bagi pihak MYDIN ingin mengucapkan berbanyak 
terimakasih di atas sikap keprihatinan rakan sekerja Cik serta 
inisiatif dari pihak Cik Rashidah untuk menulis kepada kami bagi 
mendapatkan penjelasan berhubung dengan isu " Chicken Ham Claypot" ini.


Sebagai sebuah syarikat milik Bumiputera dan diterajui oleh orang 
Islam,  kami amat sensitif dan mementingkan isu yang berkaitan 
dengan barangan makanan halal dan haram.  Tidak seperti hypermarket 
milik asing lain yang pasti menjual barangan makanan yang tidak 
halal, MYDIN sentiasa memastikan bahawa barangan makanan dan minuman 
yang dijual di emporium dan hypermarket kami adalah halal dan tanpa was was.


"Chicken Ham" yang tertera pada banner seperti dilampiran adalah 
sebenarnya dimaksudkan sebagai "chicken slices" iaitu hirisan 
hirisan daging ayam yang telah dipadatkan.  Misalnya, "turkey ham" 
di mana ianya bermaksud daging ayam belanda yang telah dihiris. 
Begitulah juga maksud yang tertera pada banner menu di Foodcourt 
MYDIN Mall USJ sepertimana yang dilihat oleh rakan sekerja Cik Rashidah..


Kami juga telah berjumpa dengan kakitangan yang bertugas di bahagian 
makanan tersebut dan kami dimaklumkan bahawa pada tarikh yang sama, 
terdapat seorang pelanggan lelaki yang bertanyakan samada makanan 
tersebut halal ataupun tidak kepada kakitangan Foodcourt, dan 
kakitanga tersebut telahpun memaklumkan bahawa makanan di Foodcourt 
MYDIN adalah semuanya halal.


Kami sama sekali tidak akan menjual daging haram, minuman haram dan 
melakukan perkara yang keji sedemikian, apatah lagi MYDIN adalah 
merupakan syarikat milik anak tempatan dan berpegang kepada agama Islam.


Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan lagi di masa akan datang, kami 
akan memperbetulkan keterangan menu makanan tersebut.


Kami berharap agar penjelasandi atas akan menghilangkan segala 
kemusykilan di hati Cik Rashidah dan juga rakan sekerja Cik Rashidah 
dan kami berharap agar penerangan kami ini akan dimajukan juga 
kepada rakan-rakan Cik Rashidah yang lain agar tiada lagi salah sangka.


Sekian, kami mengucapkan Selamat Berpuasa dan Menghayati Kemuliaan 
Bulan Ramadhan, semoga ibadah kita semua akan diterima dan mendapat 
keberkatan dari Yang Maha Esa.


Wassalam.



--

From: Rashidah Bte Rahman [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: 24/09/2007 11:08 AM
To: sabariah
Cc: Siraj Pyar Ali
Subject: FW: Hati2

Assalamualaikum..
Puan/ Tuan,
Saya berharap sangat pihak tuan mengambil tindakan yg sewajarnya 
sekiranya apa yg dikirimkan oleh rakan sekerja saya ini adalah benar.
Pada hari sabtu yg lalu, saya juga turut berbelanja di MYDIN. Saya 
merupakan salah seorang pelanggan MYDIN dan selama ini saya terlalu 
poercayakan premis pihak/tuan ini. Saya tidak mahu dengan 
tersebarnya artikel ini, premis tuan akan di "bandkan" oleh semua 
umat islam di Malaysia ini.
Saya berharap sangat pihak tuan menjalankan penyiasatan terperinci 
tentang menu di medan selera pihak tuan berniaga dan mengambil 
tindakan sewajarnya secepat mungkin .


Saya berharap pihak tuan dapat menjelaskan kenapa perkara seperti 
ini boleh berlaku di premis pihak tuan berniaga.



Yang inginkan penjelasan lanjut:
Rashidah Rahman




--

From: Mustafa b. Abdul Razak
Sent: Monday, September 24, 2007 10:51 AM
To: azman kassim; [EMAIL PROTECTED]; 
[EMAIL PROTECTED]; Norazmi Johari; Norazlina bt. 
Hassan; Nor Hazlina Binti. Abu Bakar ; jaidi jamil; 
[EMAIL PROTECTED]; Zulkefli bin. Mustapha; 
[EMAIL PROTECTED]; ladybird8473; [EMAIL PROTECTED]; 
Rashidah Bte Rahman ; Siti Roshanniza Binti Ramli; Saifullizan 
Jaapar; [EMAIL PROTECTED]

Subject: Hati2

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuhu ,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya ALLAH ampun kan dosa ku seandai apa yang apa aku tulis ini tidak betul

dan seandai nya betul ia nya berlaku denagn izin mu jua

Kejadian ini berlaku di FOOD COURT mydin subang jaya ,

Pada 22 /09/07 saya sekeluarga lebeh kurang jam 10 30 pagi ke mydin 
ni untuk berbelanja , bi

Help Palestine [hidayahnet] Lagi kisah keluarga fakir miskin, daif di NS

2007-10-04 Terurut Topik Suara N9
Sebenarnya ramai lagi golongan susah, fakir miskin,
keluarga daif bukan sahaja di Negeri Sembilan malah di
seluruh Malaysia. Bantulah mereka, carilah mereka.
JANGAN Kata tak jumpa, jangan kata tak ada, jangan
kata tak ada duit, jangan, jangan, jangan ………
Entah-entah mereka saudara kita, entah-entah mereka
jiran kita. Setidak-tidaknya mereka saudara seagama,
saudara anak cucu Nabi Adam as. Pendedahan yang dibuat
oleh akhbar hanya peratusan yang amat kecil sahaja.

*
Zikra Ramadan: RM200 sebulan sara 7 anak. Ibu tunggal
ambil upah toreh getah selepas kematian suami hidup
daif 

Berita Harian 1 Oktober 2007. GEMAS: Ketika umat Islam
mengharungi Ramadan dengan pelbagai juadah berbuka dan
bersahur yang lazat serta tidak sabar-sabar menunggu
Aidilfitri, sebuah keluarga di Pasir Besar dekat sini,
hanya berbuka dengan hidangan ala kadar dan menganggap
Hari Raya Puasa tiada bezanya dengan hari lain. 

Nasib keluarga itu ibarat sudah jatuh ditimpa tangga
kerana bukan saja hidup dalam kedaifan, tetapi tempat
mereka bergantung hidup juga kembali menghadap Ilahi,
kira-kira tujuh bulan lalu. 

Kini, mereka hanya mengharapkan ibu, Wan Sakyah Mohd
Isa, 44, tetapi pendapatannya mengambil upah menoreh
getah hanya sekitar RM200 sebulan, sedangkan ada
sembilan mulut yang perlu disuap, termasuk dirinya. 

“Saya berkahwin dengan suami, Ibrahim Yasin, kira-kira
22 tahun lalu dan kami mendapat lapan anak... tujuh
perempuan dan seorang lelaki. Suami bagaimanapun
meninggal dunia 14 Februari lalu selepas terbabit
kemalangan jalan raya dekat pekan Rompin, Bahau," kata
Wan Sakyah. 

Sejak kehilangan suami, hidupnya di rumah usang yang
hanya mempunyai sebuah bilik di Kampung Kurnia Diraja
itu ditemani tujuh anak kerana anak sulung, Zaimah,
20, tinggal berasingan selepas berkahwin. 

Ada kala, Wan Sakyah bersama anaknya, Siti Zubaidah,
17; Shah Rizan, 13; Zalina, 11; Nor Sharira, 8;
Noraini, 5; Intan Safia, 3 dan Intan Shahida, setahun
tujuh bulan, terpaksa berlindung di rumah jiran
apabila hujan lebat kerana ada kebocoran pada kediaman
mereka yang beratap zink dan berdinding papan lapis. 

“Pendapatan tidak seberapa dan tanggungan yang ramai
menyebabkan saya terpaksa memberhentikan persekolahan
Siti Zubaidah dan Shah Rizan. Lagi pun, kami perlu
bayar untuk pengangkutan mereka ke sekolah yang jauh,"
katanya. 

Kedaifan keluarga ibu tunggal itu mendapat perhatian
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tampin yang
meluluskan bantuan RM400 sebulan dan Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) dengan bantuan
RM100 sebulan. 

“Kami sungguh bernasib baik kerana ada jiran yang
prihatin... kadang-kadang, mereka bagi makanan. Apa
membimbangkan saya ialah keadaan rumah yang uzur...
pernah juga memohon rumah PPRT (Program Perumahan
Rakyat Termiskin (PPRT) beberapa tahun lalu, tapi
tiada jawapan," katanya. 

Nasib keluarga berkenaan dibawa ke pengetahuan Ahli
Parlimen Tampin, Datuk Shaziman Abu Mansor yang
melawat Wan Sakyah dan terkejut melihat kedaifan hidup
keluarga itu serta keadaan kediaman mereka yang tidak
mempunyai perabot, kecuali lantai beralaskan tikar
getah. 

Shaziman yang juga Timbalan Menteri Tenaga, Air dan
Komunikasi, berkata beliau sedih kerana masih ada
kanak-kanak terpaksa berhenti sekolah disebabkan
kemiskinan yang boleh menjejaskan hasrat kerajaan
melahirkan modal insan berkualiti. 

"Saya harap pengurusan sekolah tidak lagi
menyembunyikan keadaan murid miskin yang terpaksa
berhenti sekolah, sebaliknya laporkan kepada pihak
bertanggungjawab supaya dapat dibantu. Pemimpin
masyarakat yang ada maklumat juga perlu segera
laporkan kepada wakil rakyat," katanya. 

Beliau meminta pegawai pelajaran daerah Tampin
menyiasat kes dua beradik itu yang terpaksa berhenti
sekolah dan mengambil tindakan supaya mereka dapat
meneruskan pelajaran. 

Shaziman yang juga Ketua Umno bahagian Tampin turut
menyerahkan bantuan segera kepada Wan Sakyah selain
barang keperluan, termasuk makanan dan pakaian bagi
meringankan beban keluarga itu pada Ramadan ini serta
sambutan Aidilfitri nanti. 

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20070930233140/Article/index_html



Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com  Laman Web Pemuda PAS NS 
www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net 
  Blog AMKNS http://amkns.blogspot.com  & Blog Cikgu Badrul 
http://chegubard.blogspot.com 





   

Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search 
that gives answers, not web links. 
http://mobile.yahoo.com/mobileweb/onesearch?refer=1ONXIC


Re: Help Palestine [hidayahnet] Multifaith Doa Selamat ...????

2007-10-04 Terurut Topik Saadiah Awek
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
  Saudara2ku yang dirahmati Allah SWT
  Allahu Akbar! Kita hanya perlu minta pertolongan dari Allah SWT dan tidak 
perlu melakukan syirik seperti Marina Mahathir.
  Marina terlibat dengan Sister in Islam yang menyalahi hukum Islam itu 
sendiri, contoh: Amina Wadud mengimamkan solat Jumaat untuk lelaki dan 
perempuan??? tak perlu bertudung dan banyak lagi perkara yang mungkar yang 
mereka sokong wallahu'alam bissawab.
  La haula wala quwata illah billah hil aliyil aziim.
  Astaghfirullah hal aziim wa atubu ilaik.
  Maaf zahir batin...
  Salam Ramadan Al-Mubarak
  akak
  

"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:
  Kalau seseorang tu percaya hanya Allah saja tuhan yg berhak disembah 
dan
yang lain lain adalah tuhan palsu yg tidak layak disembah, dia tidak
akan buat kerja kerja syirik macam doa selamat pelbagai kepercayaan ni.
Ini adalah clear cut HARAM dan termasuk dalam dosa syirik yg tidak
diampunkan. Cara nak kembali ke status quo ialah, mengucap 2 kalimah
syahadat dan kemudian bertaubat. Lain cara saya tak tahu.
Sesiapa ada pendapat lain yg boleh kita kongsi bersama?


>>> hairul 09/24 9:48 am >>>
..Harus kah ??? Haram kah ??? Makruh kah ??? Sunat kah  ... baca
keseluruhan cerita di sini
http://musingwithmarinamahathir.blogspot.com/2007/09/people-coming-toget

her-as-one.html

Harap para ahli agama, ustaz dpt bagi pandangan berdasarkan Al-Quran &
As-Sunnah ... agar masyarakat tidak keliru ...

<> 
>
> Surat Jemputan dari Datuk Marina Mahathir,
>
> Dear friends,
>
> You are cordially invited to a multifaith doa selamat
>
> on Sunday Sept 9 2007
>
> at 7pm
>
> at Blog House, 66, Lorong Setiabistari 2, Bukit Damansara, KL
>
> Programme:
>
> 7pm Arrival of guests
>
> 7.15pm Maghrib prayers led by Imam Feisal Abdul Rauf
>
> 7.30pm Prayers by each faith to be led by:
>
> Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia
> Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
> Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
> Buddhist community (TBC)
> Sikh community (TBC)
> Baha'i community (TBC)
>
> Imam Feisal will end with a doa.
>
> 8.00pm Dinner
>
> (Times are approximate)
>
> Please do join us if you can. The gathering is to do a thanksgiving
to
> God
> Almighty for my father's successful operation and continued
recovery.
It
> is
> also an opportunity for us to thank all well-wishers for the kind
> prayers
> and support that they have extended to me and my family.
>
> Thank you.
>
> Marina and family

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.


 

   
-
Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.

Help Palestine [hidayahnet] Program Membantu Fakir Miskin di Kota , NS

2007-10-04 Terurut Topik Suara N9
Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Fakir Miskin serta
Warga Emas di Kota, Negeri Sembilan pada hari Ahad 7
Oktober 2007 jam 5 petang. Sumbangan wang ringgit,
bahan bubur lambuk, beras, minyak masak, susu, gula,
biskut, teh, kopi dan lain-lain adalah amat-amat
dialu-alukan. Untuk maklumat lanjut dan saluran
bantuan sila hubungi Pn Maznah 013-2718054 atau Sdr
Zamri 012-3513434. Anjuran HALWA DUN Kota.



Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com  Laman Web Pemuda PAS NS 
www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net 
  Blog AMKNS http://amkns.blogspot.com  & Blog Cikgu Badrul 
http://chegubard.blogspot.com 





   

Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search 
that gives answers, not web links. 
http://mobile.yahoo.com/mobileweb/onesearch?refer=1ONXIC


Re: Help Palestine [hidayahnet] Tun Dr M- Doa selamat (ape nak jadi dg org Islam

2007-10-04 Terurut Topik SHAIK TAMBY ADAM

  58:8 "Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan 
pembicaraan rahasia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan 
mereka mengadakan pembicaraan rahasia untuk berbuat dosa, permusuhan dan 
durhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan 
salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah 
untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: ""Mengapa Allah tiada 
menyiksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?"" Cukuplah bagi mereka 
neraka Jahanam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk 
tempat kembali."  2:132 "Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada 
anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): ""Hai anak-anakku! 
Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati 
kecuali dalam memeluk agama Islam""." 
  3:84 "Katakanlah: ""Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan 
kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub, dan 
anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, 'Isa dan para nabi dari Tuhan 
mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan hanya 
kepada-Nya-lah kami menyerahkan diri."""  4:125 Dan siapakah yang lebih 
baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, 
sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? 
Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.  6:74 "Dan (ingatlah) 
di waktu Ibrahim berkata kepada bapaknya Aazar: ""Pantaskah kamu menjadikan 
berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu 
dalam kesesatan yang nyata""."
  6:161 "Katakanlah: ""Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada 
jalan yang lurus, (yaitu) agama yang benar; agama Ibrahim yang lurus; dan 
Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik""." 
   
  6:161 Say: "Verily, my Lord hath guided me to a way that is straight,- a 
religion of right,- the path (trod) by ABRAHAM the true in Faith, and he 
(certainly) joined not gods with Allah."  9:70 "Belumkah datang kepada 
mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (yaitu) kaum 
Nuh, 'Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan, dan (penduduk) negeri-negeri 
yang telah musnah? Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa 
keterangan yang nyata; maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan 
tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri."
  5:67 Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan 
jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak 
menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. 
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. 
   
  2:208 Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara 
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya 
setan itu musuh yang nyata bagimu. 
   
  4:17 "Sesungguhnya tobat di sisi Allah hanyalah tobat bagi orang-orang yang 
mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertobat dengan 
segera, maka mereka itulah yang diterima Allah tobatnya; dan Allah Maha 
Mengetahui lagi Maha Bijaksana." 
   
  .<<
  
"abu adam"@yahoo.com wrote:Assalamualaikum,

Berapa ramai orang kita yang bila sudah putus asa ketika ditimpa
musibah akan berjumpa pawang dan bomoh dengan alasan 'berubat kampung'
yang penuh amalan khurafat, syirik dan mencemar akidah.

Kita cepat menuding ke orang lain, dan mudah melatah bila benda tu
benda baru. Sedangkan kalau benda tu sudah sebati dengan masyarakat
dan memang amalan turun menurun, kita pun kadang-kadang buat.

Lebih baik kita muhasabah diri sendiri. 

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, siti hana wrote:
>
> imam yg dijemput tuh tak ckp apa ke ? aduhai sedihnya takde org
nak tegur dia ... kesian pun ade ... 
> 
> anyway bila tgk tun nih ... rasanya ALLAH dah beri tanda yg ajal
semakin dekat ... sbb biasa org kata .. kalo org tua .. sakit lepas
tuh baik .. lepas sakit balik .. insyaallah masanya bakal tiba ... ini
dah terjadi pada arwah mak saya ... cuma bila jadi pada diri sendiri
kita tak perasan ... arwah mak meninggal pada usia 61 thn ... so kalo
tun yg dah 80 lebih tuh patut sedar .. mati itu pasti .. so ready for
it ... 
> 
> 
> 
> 
> 
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
> >Kesiannya anak Tun M sanggup buat doa selamat utknya
menggunakan
> >berbagai kepercayaan, sedangkan terdpt larangan Allah swt dalam
> >Al Quran surah Kulya Ayuhal Kafirun iaitu "Bagi engkau agama engkau dan
> >akuagamaku dan aku tak akan sembah apa yg engkau sembah
> >dan engkau tak akan sembah apa yg aku sembah". Sedihnya multi religion
> >practices sedang berleluasa dipratikkan di Indonesia & Singapura dan
> >nampaknya telah sampai pun di Malaysia kini dan semalampun Majlis fatwa
> >pundah boleh terima masok org y

Help Palestine [hidayahnet] Jom Sahur di Gereja !

2007-10-04 Terurut Topik Suara N9
Apakah tidak ada cara lain untuk umat Islam dan
penganut agama Kristian untuk mengadakan satu program
yang boleh mengeratkan kerjasama antara agama ? Apakah
tidak boleh diadakan bersahur di masjid ? Apa komen
JAKIM, JAIS ? Sedangkan program tazkirah Ramadhan di
sekat-sekat.

 
UM students plan inter-faith event with Indonesia

The Star 1 Oct 2007. PETALING JAYA: Taking a leaf out
of an inter-faith sahur event in Jakarta, Universiti
Malaya is organising a get-together here on Wednesday,
where non-Muslims will join in the pre-dawn meal for
Muslims intending to fast. 

The event will be linked to the Indonesian one, held
at Jakarta’s Grand Cathedral, via tele-conferencing.  

The Malaysian side will hold the event at the Ungku
Abdul Aziz Residential College in the UM here.  

The local organisers of the sahur serumpun (indicating
people with similar regional roots) expect about 1,000
people, mostly from the campus community and invited
guests, to attend the function, held from 2am to 6am. 

  
Discussing details: Mohammed Nasser (third right)
discussing details for the event with student leaders
and university officials. They are (from left) Mohd
Imran Nol Hakim, Mohd Efendi Omar, Mohammad Iqbal
Yusof, Mohd Firdaus Abdul Halim and Fizal Husin.  
In Indonesia, where holding a sahur in a cathedral
during Ramadan had been done before, the event is
being organised by a group known as the Positive
Movement. 

Movement member Inayah Wulandari, 23, the youngest
daughter of former president Abdurrahman Wahid, had
invited Malaysian youths two weeks ago to hold the
event on the same day and to link the two sessions via
tele-conferencing. 

She had contacted student leader Mohammed Nasser
Yusof, a final year law student and general manager of
the UM Students Business Centre here, who agreed it
was a good idea. 

Inayah’s story was carried on Sept 18 in mStar, the
Malay news portal of The Star, and has since been
discussed at public platforms, with dissenting Muslims
voicing their concern about the religious significance
of the sahur being eroded. 

Inayah said holding the sahur in a church was nothing
new in Indonesia, stating that her Positive Movement
had done it for two years. 

She said the Christians would prepare the food for
sahur and the Muslims would join in the meal together
with them at the cathedral. 

“Inayah is my friend. We met as youth leaders in
August, while attending a summer camp,” said Mohammed
Nasser. 

“I agree with Inayah’s intention to promote harmony,
mutual understanding and youth relations between the
two countries. 

“However, she has her way of doing things, while we
(Muslims in Malaysia) have ours. 

“We do not promote the liberalism and pluralism as
subscribed by Inayah. Ours is the Islamic way,” he
said.  

While acknowledging the criticisms, he said he would
not be cowed into disengaging himself from Inayah. 

“This can even be an annual event,” said Mohammed
Nasser.  

http://www.thestar.com.my/news/story.asp 




Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com  Laman Web Pemuda PAS NS 
www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net 
  Blog AMKNS http://amkns.blogspot.com  & Blog Cikgu Badrul 
http://chegubard.blogspot.com 





   

Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows. 
Yahoo! Answers - Check it out. 
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396545433


Help Palestine [hidayahnet] mutiara ayat

2007-10-04 Terurut Topik elni02
BismillahirahmaniRahim.



Assalamualaikum wr. Brkth



"SYUKUR PADA ALLAH" Allhamdullillah



  "SYUKUR PADA ALLAH" Allhamdullillah



  "SYUKUR PADA ALLAH" Allhamdullillah



Doakan semua kita agar Allah kehendaki/izinkan  kita hidup dan mati
dengan kalimah "Lahhillahahillallah Muhammadurasullah"



Al – Quran dan Hadith – Ilmu akhirat dan dunia tersedia untuk
dipelajari dan diamalkan



Salawat keatas Nabi Muhammad, keluarga baginda,



Doakan para sahabat,…….

Kemaafan dipohon dan diberi kepada Ibubapa, diriku dan
keluargaku,…..,

Muslimin dan muslimat seluruh dunia.

Umat umat yang dalam proses mengenal Islam. Doaku kalian semua akan
mendapat hidayah jika Allah kehendaki.

Tidakkah engkau telah nampak dan mengetahui bahawa Allah telah
menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan
berhikmat? Jika ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab
kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk makhluk yang baharu.
Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah melakukannya.

Surah Ibrahim (19 -20)

Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai
anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada
bagiNya penolong disebabkan kelemahanNya; dan hendaklah engkau
membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh sungguh."

Surah Israa' (111)

Demikian, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang
telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain, supaya engkau membacakan
kepada mereka Al-Quran yang kami wahyukan kepadamu, sedang mereka kufur
kepada (Allah) Ar-Rahman Katakanlah : " Dialah Tuhanku, tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri,
dan kepadaNyalah tempat kembaliku. (dan kamu semuanya)"

Surah Ar - Ra'd (30)

  muhammad lela



Help Palestine [hidayahnet] Tol naik lagi 10%, biarkan-biarkan!

2007-10-04 Terurut Topik Kadet Pencen
Roslan SMS Corner
Tol naik lagi 10%, biarkan-biarkan!

Dalam kekalutan orang-ramai memperkatakan darihal perkembangan kes pembunuhan 
adik Nurin Jazlin, pendedahan video VK Lingam, suasana politik di Myanmar, 
serta umat Islam yang menjalani ibadat puasa Ramadhan yang masuk hari ke 19 
hari ini, tidak ramai rupanya yang perasan satu perkembangan besar yang 
dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini.

Akhbar The Star melaporkan:

Malaysians can expect a 10% increase in toll rates, with eight concessionaires 
raising their charges from Jan 1 next year, said Works Minister Datuk Seri S. 
Samy Vellu.


Bermakna mulai 1 Januari ini iaitu kira-kira 3 bulan dari sekarang, sebanyak 8 
pemegang konsesi lebuhraya akan menaikkan kadar tol masing-masing sebanyak 10%.

Tarikh 1 Januari itulah tarikh masing-masing ibu-bapa sibuk menguruskan sesi 
persekolahan anak-anak mereka. Kini dalam keadaan harga barangan dan 
perkhidmatan yang mencacak naik, nanti naik pula lagi kadar tol! Sudah pastilah 
kenaikannya nanti akan mengundang kesan rantaian ke atas barangan dan 
perkhidmatan yang melibatkan pengangkutan melalui lebuhraya berkenaan.

Pihak FOMCA atau Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia telah mendesak agar 
kerajaan menyemak semula perjanjian dengan syarikat-syarikat pemegang konsesi 
ini kerana jika diizinkan kenaikkan tol 1 Januari nanti sudah pasti yang paling 
besar menanggungnya adalah rakyat jelata.

Tetapi rakyat hari ini seakan telah berputus asa. Seolah kalau mahu bersuara 
sekalipun suara mereka itu nanti tidak akan pergi jauh kemana. Lalu akhirnya 
mereka berserah dan terima apa sahaja yang dijolok ke dalam tembolok mereka. 
Oleh itu sama-sama lah kita tunggu tanggal 1 Januari nanti dengan penuh debaran 
dan kocek semakin bocor.

   
-
Don't let your dream ride pass you by.Make it a reality with Yahoo! Autos. 
   
-
Yahoo! oneSearch: Finally,  mobile search that gives answers, not web links. 

Re: Help Palestine [hidayahnet] RE: Minta Pendapat

2007-10-04 Terurut Topik jeff deen
memang la...polis ni suma barua sbb tu dia patuh je membabi buta..yang jadi 
mat rempit,samseng skolah anak2 polis gaktk jadi bebal camna ari2 mak bapak 
dok suap rezeki harampasal tu la diorang ni pakai kete besar2..tk padan 
ngan gaji...


- Original Message 
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Thursday, September 27, 2007 6:50:17 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] RE: Minta Pendapat

Tak patut sama sekali. Kalo kes ibu bapa mendera anak
anak tu ye ler. Nape ler bodoh sangat mende ni nak di
jadi kan isu besar. Kesian mak bapak yg dh cukup
menderita. Cuba kena batang hidung mereka sendiri,
macamana? Tu ha hari2 dengar anak2 mati lemas depan
mak bapak sendiri. Kemalangan jalanraya. Nak salahkan
mak bapak gak?
--- Security.Admin@ yahoo.com,
UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote:

> Ya..lah ada ke patut dalam suasana ibubapa yang
> dalam kesedihan amat ketika ini pihak polis wajar
> mengeluarkan kenyataan seperti itu... apa yang
> penting ibuabapa nurin patut diberi semangat tinggi
> bagi meneruskan kehidupan dan diberi keyakinan diri
> tentang "qada' serta qadar ALLAH kerana itu adalah
> rukun iman dan ujian ALLAH kepada hambanya.
> "ALLAH S.W.T tidak akan memberikan ujian sedemikian
> beratnya pada ibubapa nurin jika mereka tak mampu
> memikul ujian itu...maka selain dari itu ALLAH mahu
> memberikan pahala yang amat besar pada ibubapa nurin
> jika dia dapat menerima qada' dan qadar itu dalam
> dengan penuh reda'.. Pedih dan sengsara memanglah
> dirasakan sebenak jiwa raga namun kepedihan itulah
> yang mengurniakan darjat yang baik untuk ibubapa
> nurin serta rohnya,Insyaallah.
> PSS: Kemungkinan pihak polis sengaja meletakan
> sedikit tekanan kepada ibubapa nurin supaya mereka
> akan menceritakan kemungkinan ada cerita yang
> tersorok sebelum ini mungkin berkaitan hubungan
> tertentu yang tidak didedahkan.
> 
> Teori pembunuhan mungkin faktor ini:
> 
> Penjenayah seksual: Tak mungkin kerana pesalah
> pesalah seksual biasanya akan meninggalkan kanak2
> tersebut selepas apa yang dia inginkan tercapai
> seperti kepuasan seks/tapi dalam kes ini nurin hanya
> ditemui setelah hampir sebulan.
> 
> Penjenayah Mental: Sekiranya penjenayah ada
> berkaitan dengan sakit mental tidak mungkin dia akan
> memasukan mayat dalm beg dan menyimpan nurin dalam
> masa yg lama.
> 
> Pembalas dendam: 90% kemungkinan ini berlaku kerana
> nurin disimpan terlalu lama sebelum dibunuh ataupun
> terbunuh,Teori ini wajar kerana penjenayah mahu
> membalas dendam yang mungkin amat kesumat terhadap
> bapa atau ibu nurin.
> Kewajaran lebih kepada dendam terhadap ayah nurin
> kerana seksaan seksual yang dilakukan terhadap nurin
> kerana kes seksaan terhadap nurin amat tragis
> apabila kemaluannya disumbat dengan terung dan timun
> sehingga pecah usus perut.
> Ada kemungkinan penjenayah juga telah mengalami satu
> situasi yang teramat sadis pada dirinya dan
> melakukannya pula untuk membalas dendam.
> 
> Kecelaruan akal&persekitaran: Kemungkinan ini tidak
> dapat dinafikan dengan begitu rosaknya pemikiran
> sesetengah dari remaja dan dewasa akibat bahan
> ponorgrafi & kecenderungan media menyiarkan foto
> mahupun filem berunsurkan seks yang tidak terkawal
> lantaran ledakan teknologi maklumat.
> 
> Namun ini semua hanyalah teori zambino dan aku
> meletakan teori pembalasan dendam dalam kes ini.
> 
> Wasalam.
> 
> 
>  _ _ __
> From: alma.qa
> Sent: Monday, September 24, 2007 12:29 PM
> Subject: Minta Pendapat
> 
> 
> Assalamualaikum. ..semua.. .
> 
> Apa pendapat kawan-kawan semua bila polis kata jika
> kecuaian daripada ibu
> bapa arwah adik
> Nurin Jazrin, maka ibubapa arwah akan dikenakan
> tindakan dan denda. Adakah
> anda semua bersetuju?
> 
> Pada saya, saya tidak bersetuju sama sekali kerana
> paling penting cari
> penjenayah itu lebih utama.
> Ibubapa arwah sudah cukup tertekan dengan keadaan
> itu jadi mengapa harus
> ditambah tekanan lagi.
> Mungkin benar ia kecuaian mereka tetapi jauh disudut
> hati mereka tidak
> pernah mahu atau terlintas
> perkara itu terjadi. Ibubapa yang waras pemikirannya
> tidak akan tergamak
> untuk menganiaya anak
> sendiri.
> 
> Apa yang berlaku sudah semestinya amat dikesali oleh
> kedua ibubapa arwah
> dan semestinya mereka
> tertekan bukan setakat kematian anak yang begitu
> tragis sahaja...Sepatutnya
> mereka dibantu dan diberi
> semangat dan kekuatan agar mereka boleh meneruskan
> hidup dengan penuh
> ketabahan. Mereka masih punya
> anak-anak yang lain untuk dibesarkan. Sesungguhnya,
> apa saja yang berlaku
> hidup mesti diteruskan.
> 
> ALLAH itu maha berkuasa, kita perlu belajar dari
> pengalaman dan juga
> kesilapan orang lain. Maksud saya,
> apa yang berlaku kita nampak ia satu peristiwa sedih
> yang berlaku pada
> keluarga En.Jazimin. Itu yang tersurat
> tetapi yang tersiratnya ialah satu pengajaran buat
> kita semua supaya
> berhati-hati. Jangan biarkan anak keluar
> bersendirian, panta

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Mencari Lailatul Qadar

2007-10-04 Terurut Topik Abu Heakal



Daripada Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu beri'tikaf dalam sepuluh 
hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau s.a.w. bersabda: "Carilah 
lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan." 

(Muttafaq 'alaih) 

Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Carilah lailatul-qadri itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari 
bulan Ramadhan"

(Riwayat Bukhari) 

Daripada Ibnu Umar r.a., bahawasanya beberapa orang lelaki dari para sahabat 
Nabi s.a.w. diberitahu dalam impian mengenai tibanya lailatul-qadri iaitu dalam 
tujuh yang terakhir (yang dimaksudkan ialah antara malam ke 22 sampai malam ke 
28). Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Saya melihat impian-impianmu semua itu 
sesuai iaitu pada tujuh yang terakhir. Maka barangsiapa hendak mencari 
lailatul-qadri itu, hendaklah mencari-nya pada tujuh yang terakhir itu juga." 

(Muttafaq 'alaih) 


Help Palestine [hidayahnet] Apakah semua agama itu sama?

2007-10-04 Terurut Topik Zachary Zainal
Assalamualaikum semua,

Pluralism dalam agama bahagian 2. Benarkah semua agama itu sama? Kali ini 
artikel yang digarap dalam blog ini menunjukkan perbezaan dalam layanan Islam 
terhadap wanita berbanding agama lain. Topik yang dipilih ialah POLIGAMI. Dalam 
artikel kali ini, dijelaskan bagaimana Islam itu tinggi
 berbanding yang lain sebagaimana yang difirmankan Allah s.w.t. dalam surah At 
Taubah ayat 33 :

Dia
lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan
ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya
atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak
menyukainya.
Poligami diamalkan dalam semua agama kecuali Sikh. Dalam agama Sikh pula, 
perceraian juga diharamkan. Artikel ini menunjukkan perbezaan syarat-syarat 
poligami dalam Islam dan agama-agama lain serta kesannya terhadap demografi 
penduduk dunia.

www.satuhala.blogspot.com





























































  Yahoo! oneSearch: Finally,  mobile search 
that gives answers, not web links. 







  

Shape Yahoo! in your own image.  Join our Network Research Panel today!   
http://surveylink.yahoo.com/gmrs/yahoo_panel_invite.asp?a=7 



Help Palestine [hidayahnet] Wartawan bantu keluarga mangsa kezaliman ISA di NS

2007-10-04 Terurut Topik Suara N9
Negeri Sembilan, ISA dan lambaian pembangkang
menggamit mata (Bahagian 1)  

Sehari bersama rakan-rakan Harakahdaily ke Felda
Serting 1 di Bandar Pusat Jempol, Negeri Sembilan
membuahkan banyak pengalaman tentang dan pengamatan
maju mundurnya negeri yang penuh dengan adat pepatih
itu. 

Sejak jam 9.30 pagi, penulis menunggu rakan-rakan dari
Kajang iaitu Jurugambar Wan Zahari Wan Salleh serta
Wartawan, Salmiyah Harun untuk ke lokasi yang
dijanjikan bagi menyerahkan bantuan kepada isteri
tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di
Serting. 

Setibanya rakan-rakan di Terminal One Seremban,
penulis bergegas memakir kereta di kawasan letak
ketera Terminal One untuk turut serta dengan
rakan-rakan lain ke Serting. 

Dalam perjalanan penulis sempat memerhatikan proses
pembangunan yang sedang berjalan di Negeri Sembilan,
sebuah negeri yang tidak asing kepada penulis kerana
sudah 29 tahun mendiami negeri ini. 

Begitu pun tidak banyak lokasi yang telah dikunjungi
penulis meskipun telah lama bermastautin di negeri
ini. 

Sampai sahaja di Bukit Putus iaitu kawasan yang
memisahkan Kuala Pilah dengan Seremban, tersergam
projek lebuh raya yang akan meluruskan bukit yang
sekian lama dengan keadaan jalan bengkang bengkok. 

Bukit Putus memang terkenal dengan 'jalan maut' satu
ketika lalu dengan keadaan jalan yang cukup
menyeramkan. Beberapa kes lori dan kereta terbalik di
sana menggamit minda saya berfikir sejenak mengapa
tidak dari dahulu lagi jalan tersebut diluruskan. 

Dengar-dengar sumber rakan menyatakan sebenarnya
projek meluruskan jalan di Bukit Putus sepatutnya
dimulakan sejak Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri
Besar Negeri Sembilan tetapi berikutan beberapa
masalah sampingan menyebabkan projek terpaksa
ditangguhkan. 

Kini Dato' Seri Utama Mohammad Hassan yang mengambil
alih kerajaan negeri dan projek telah dimulakan
meskipun ada kedengaran dakwaan kroni-kroni menumpang
nasib merasai pembahagian projek tersebut. Biasalah
Umno begitulah caranya, membuat pembangunan untuk
dilihat rakyat dan keuntungan disapu oleh sanak
saudara. 

Menuju ke Pekan Tanjong Ipoh, sebuah pekan yang agak
lama di negeri tersebut terletak di tengah-tengah
jalan antara Kuala Pilah ke Seremban. 

Pekan ini cukup sibuk meskipun terlalu kecil kerana
ianya terletak di tengah jalan tersebut. Tidak maju
hanya kerana pekan ini tidak dihuni penghuni yang
ramai, hanya sekadar beberapa ratus orang kampung yang
mendiami kawasan sekitar Tanjung Ipoh dan Terachi. 

Meneruskan perjalanan di sepanjang jalan Kuala
Pilah-Seremban, penulis terserempak dengan sebuah
rumah yang dipenuhi hiasan bendera PAS dan KeADILan. 

Cukup kagum dan berani. Penulis dapat membayangkan
bagaimana 'kuatnya' semangat pemilik rumah tersebut
yang cukup berani memacakkan bendera PAS dan KeADILan
di rumahnya. Meskipun beliau dikelilingi kubu kuat
Umno di Kampung Talang. 

Terfikir sejenak, semangat yang ditunjukkan oleh
pemilik rumah tersebut mungkinkah sekali akan
membuahkan satu lembaran baru dalam politik di Kuala
Pilah?. 

Kisah setempat pernah menunjukkan bahawa Kuala Pilah
adalah antara kawasan yang dahulunya ada Ulama dan
para alim yang mendiami. Masih teringat penulis,
seorang rakan yang berasal dari Negeri Sembilan yang
bersekolah bersama penulis menceritakan kisah seorang
alim di Kuala Pilah. 

Kata rakan penulis itu warga kampung tersebut cukup
mengkagumi kewarakan individu tersebut yang walaupun
buta, tetapi cukup kuat beribadat. 

Hingga kata rakan saya itu kesan-kesan tertentu yang
boleh dilihat oleh mata halus orang tertentu yang
merasakan bahawa orang buta itu punyai keistimewaan
tersendiri. 

Mungkin penulis tidak dapat mendeskripsi seluruh kisah
orang buta itu, tetapi menarik untuk dikisahkan jika
ada para penulis sejarah mahu menulis soal orang buta
itu melalui satu kajian lapangan bertemu masyarakat di
sana. 

Syiar agama yang dibawanya satu ketika dahulu
memakmurkan kawasan tersebut hingga kata rakan surau
dilimpahi rahmat dengan kehadiran tetamu Allah dari
pelbagai tempat. 

Terfikir dek penulis, tak mustahil jika satu hari
nanti kawasan itu akan kembali menjadi kawasan yang
dilimpahi rahmat andainya ada yang ingin
memakmurkannya. 

Dan tidak mustahil jika satu hari nanti bila rakyat
Malaysia amnya Negeri Sembilan khasnya mula
menerbitkan rasa cinta yang kuat kepada Islam, kawasan
pertama yang boleh dimenangi PAS dalam Pilihan Raya
Umum ialah Kuala Pilah. 

Apa yang perlu usaha dari pihak PAS Negeri Sembilan
untuk meneruskan misi dakwah di seluruh negeri bagi
meyakinkan rakyat bahawa Islam pembela seluruh rakyat.


Sesuai dengan slogan yang dicanang oleh PAS Negeri
Sembilan melalui Kelab Penyokong PAS "PAS For All". 

Ikuti kisah selanjutnya dalam bahagian ke-2 : Balu ISA
merintih empat tahun dipisahkan oleh kerajaan Abdullah
Ahmad Badawi di tirai besi.. 

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/negeri-sembilan-isa-dan-lambaian-pembangkang-menggamit-mata-bahagian-1.html




Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com  Laman Web Pemuda PAS NS 
ww

Help Palestine [hidayahnet] Pelbagai pihak mahu SB dibubarkan!

2007-10-04 Terurut Topik Kadet Pencen
  Pelbagai pihak mahu SB dibubarkan!
 Azamin Amin  
 Mon | Oct 01, 07 |  1:32:43 pm MYTKUALA 
LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Peranan Polis Cawangan Khas (SB) semakin dicurigai malah 
dilihat hanya dijadikan 'alat' oleh parti pemerintah khususnya Umno untuk 
merisik dan mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat terutamanya 
yang menyokong pihak pembangkang. 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


--> 
"Sepanjang pemerintahan Umno, SB tidak ubah seperti polis politik yang 
digerakkan oleh ahli politik kerajaan," kata bekas tahanan Akta Keselamatan 
Dalam Negeri (ISA), Saari Sungib.

 
"Mereka mengancam rakyat tetapi mereka juga menghasut rakyat. Dari sesi soal 
siasat saya semasa saya di Kem Tahanan Kamunting, saya difahamkan mereka 
menerima arahan daripada sayap Umno tertentu," katanya yang ditahan pada April 
2001 selepas dituduh oleh Kerajaan Umno menggunakan cara militan untuk 
menjatuhkan kerajaan.

 
 Ramai pihak menggesa supaya peranan SB dikaji semula dan ada antaranya mahu 
dibubarkan.

 
"Saya menyeru supaya Cawangan Khas dibubarkan. Keganasan mereka semakin tidak 
terkawal," kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, S. Manickavasagam yang 
dipetik daripada Suara KeADILan.

 
"Kerajaan kata peranan SB ialah risikan keselamatan, kenapa pula kacau di 
ceramah? Mereka menjadi duri dalam daging di setiap perhimpunan aman, 
persoalannya ialah apa sebenarnya tugas mereka?" soalnya lagi merujuk insiden 
yang berlaku di Batu Buruk Kuala Terengganu.

 
Peranan SB sering dipersoalkan selepas tamatnya konfrantasi komunis di negara 
ini pada 12 Julai 1960, lalu semenjak itu, campur tangan sayap perisikan polis 
itu dalam perkembangan politik negara sering menjadi sasaran kritikan dan 
kecaman aktivitis politik tanahair.

 
Meletusnya Reformasi 1998, kecaman terhadap SB semakin lantang berikutan kempen 
provokasi, serangan saraf dan manipulasi unit risikan terhadap gerakan 
reformasi tersebut.

 
"SB mempunyai tidak kurang daripada 26,000 anggota dan suatu angka yang terlalu 
ramai. Sekarang ini Musa Hassan (Ketua POlis Negara) tidak mempunyai anggota 
membasmi kadar jenayah di seluruh negara yang meningkat," kata Manickavasagam.

 
Menyentuh hal sama,Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan yang juga seorang 
peguam, Latheefa Koya turut bersetuju peranan SB dikaji semula memandangkan SB 
tidak serius melakukan tugas risikan.

 
"SB jadi alat politik kerajaan. Terlalu banyak tuduhan dan rekod mendedahkan SB 
menjadi perisik dan pemberi maklumat kepada BN." katanya.

 
Dalam pada itu badan pemantau hak asasi manusia Amnesty International (AI) 
dalam satu kenyataan media menjelaskan sebarang siasatan ke atas rusuhan 8 
September lalu di Batu BUruk, mestilah juga membongkar peranan yang dimainkan 
SB dalam tragedi ini.

 
"Persoalannya ialah, adakah SB sebahagian dari skuad kawalan Batu Buruk? Jika 
benar mengapa mereka beruniform serta diberi kelengkapan sewajarnya menangani 
situasi berbangkit? Mengapa mereka membawa senjata berbahaya?"soal K. Shan 
penyelaras kempen badan tersebut. - mks.

 
 (Berita selanjutnya boleh diperolehi daripada Suara KeADILan terbitan  25 
September - 9 Oktober 2007)  

Lihat ucapan Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari 
seluruh dunia. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, menderma dan bantulah mereka 
yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun (Maybank) 
564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.

   
-
Tonight's top picks. What will you watch tonight? Preview the hottest shows on 
Yahoo! TV.
   
-
Yahoo! oneSearch: Finally,  mobile search that gives answers, not web links. 

Re: Help Palestine [hidayahnet] UPSR... Bangga Dan Seronok

2007-10-04 Terurut Topik Kholid Ali
   Pada mulanya saya rasa tidak perlu untuk terus beri sebarang pandangan lagi 
kerana nampaknya isu Melayu ini tiada penghujungnya. Bagaimana pun bila saya 
renungi hujah  kedua-dua saudara jelaslah ianya sekadar suatu hujah "escapism". 
Ia seolah-olah menyalahkan Allah swt yang mencipta kaum bangsa Melayu jadi tak 
perlu malu dengan bangsa sendiri. Yang memalukan ialah kerana Melayu ni 
rata-ratanya Islam dan sepatutnya kita bukan saja malu dengan bangsa sendiri 
tetapi malu yang teramat sangat kepada Allah swt yang memberi hidayah Islam 
kepada kita tapi dipersia-siakan!! Ini lah pokok persoalan nya!! Wallahua'lam.
   
  ibnuAli
  kota jembal

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  memang benar kata tuan itu, apabila anak adam itu dilahirkan, nasib 
dan jalan hidupnya telah ditentukan. Ibu bapa mereka yang melahirkan mereka 
kedunia ini pun tidak berbincang dengan ALLAH bagaimanakah gerangan anak yang 
akan dilahirkan itu. Apatah lagi hendak jadikan dia orang putih ke, melayu ke, 
atau cina! sebagai satu kaum, eloklah bersepakat dan bantu membantu. Kita 
belajar dari kekuatan kaum lain dan menghindarkan kelemahan mereka. Itu baru 
namanya membina kekuatan ummah. Jika kita asyik benci sahaja, sampai bila pun 
kita tidak boleh maju. 

"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:   Orang putih baik akhlaknya diluar 
saja atau perkara perkara yang kita
senang nampak. Akhlak didalam Allah saja yang tahu.
Oleh itu jangan benci dengan bangsa sendiri. Jangan malu dengan bangsa
sendiri. Bukankah Allah yang menentukan yg kita ini berbangsa Melayu,
Cina ,India ,etc?
Kenapa mahu benci/malu dengan pemberian Allah?

>>> Kholid Ali 09/18 11:13 am >>>
Aswt,

Agak dukacita bila saya dikatakan seolah langsung tidak
meletakkan harapan kepada bangsa sendiri pada hal apa yang saya
perkatakan ialah realiti nasib Melayu yang terlepas dari mulut buaya
tapi dingap pula pula oleh mulut harimau (harimau yang mejelma dari
seekor kucing). Satu kebetulan pula bila pagi ini saya membelek-belek
akhbar SIASAH Bil 0064 (16-22 September 2007) pada muka 23 ruangan
Wanitakini sebuah artikel yang ditulis oleh Abdul Shukur Harun amat
menarik tajuknya ia itu "Akhlak Barat tidak ada pada Melayu".
Macam-macam dimuat dalam artikel itu berdasarkan cerita sepasang suami
isteri Melayu yang melawat Eropah tentang akhlak mulia masyarakat Barat
sana tapi sudah tandus dalam masayarakat di Timur kita. Pasangan
tersebut melahirkan ungkapn berikut berdasarkan beberapa pengalaman
semasa berada di sana:

"Kami merasa sangat dihormati dan berfikir alangkah baiknya sikap
seperti ini tertanam dalam jiwa warga Malaysia. Sesungguhnya kebanyakan
masyarakat Eropah telah mengamalkan ajaran Islam dari segi
kemasyarakatan, sementara kebanyakan masyarakat Islam sendiri
mengamalkan sebaliknya, walau pun dari segi akidah mereka berpegang
teguh kepada Islam. Bukan salah ajaran Islam. Ajaran Nabi saw sentiasa
menekankan kemurnian akhlak, kasih sayang, keadilan, rasa hormat dan
timbang rasa kepada orang lain dan sebagainya. Namun apa yang
disaksikan, kebanyakan orang Eropah telah melaksanakan ajaran Islam dari
segi sivik ini. Dimanakah silap kita?"

Kisah diatas berdasarkan pengalaman suami isteri berkenaan yang
berbaris untuk menaiki kereta kabel pada gunung Titlis di Switzerland
dan sepasang suami isteri muda menarik tangan mereka untuk dibawa
kedepan sementara pasangan muda itu sendiri berbaris di belakang dan
banyak lagi diceritakan tentang kemuliaan akhlak orang bukan Islam di
sana. Jadi jika orang Melayu /Islam mahu kembali dihormati maka tiada
pilihan melainkan kita wajib kembali kepada ajaran Islam. Takut-takut
Allah akan melaknat kita dan laknat melaknat itu adalah urusan Allah
swt. bukan urusan kita. Wallahu'alam.

ibnuAli
kota jembal


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Bila saya membaca tulisan tulisan saudara, saya pun
kekadang kasihan juga melihatkan apa yang terjadi dengan bangsa melayu
ni. keresahan demi keresahan, diluahkan seperti tidak ada yang hendak
mendengarnya. Hari hari buka dan baca e mel dalam laman ini saja,
terlihat keluhan. Terpancar seperti bangsa yang telah tiada harapan.
Terasa seperti nak jadi apa, jadilah. Seperti orang yang tiada harapan
kepada bangsa sendiri, pemimpin sendiri. Terasa seperti bangsa melayu
ini bangsa paling bangsat dalam strata kaum kaum didunia. Harapkan
memegang amanah, dia mungkir. Harapkan dia membantu, dia meminta. Teruk
sangat ke bangsa ini, sehinggakan para menterinya tidak boleh
dipercayai. Kalau sudah tidak boleh dipercayai, baik kita hapuskan saja
bangsa laknat ini daripada berada di muka bumi ALLAH. Kerana ini yang
dikatakan malaikat kepada ALLAH TAALA pada masa lalu, kebimbangan mereka
bahawa manusia akan berbunuh bunuhan dan melakukan kehuru haraan dimuka
bumi ini, sambil
berbuat mungkar dan zalim sesema sendiri. Adakah manusia itu bangsa
Melayu?

Leon.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Aswt,
Inilah cara Melayu menjadi mainan bangsa sendiri. Segalanya mesti
diberi imej baik. B

Help Palestine [hidayahnet] Manusia, Malaikat @ Syaitan....

2007-10-04 Terurut Topik Abd Halim Jaafar
Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh , tak payahla... dah lapar ini !! mmm.. sedapny? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat !
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa .. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha 
Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu ,sesungguhnya Allah Maha 
Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya 
sekalirugila. .. ( kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai 
Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia 
dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia ( sahaja) dan 
kebahagiaan diakhirat ( jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini )
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2

W assalam. ...


  

Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect.  Join Yahoo!'s user panel 
and lay it on us. http://surveylink.yahoo.com/gmrs/yahoo_panel_invite.asp?a=7 


Help Palestine [hidayahnet] JAIS gagal tangkap Us Nasrudin Tantawi

2007-10-04 Terurut Topik Suara N9
PERISTIWA AR – RAAFIQ  Oleh : Us. Nasrudin Tantawi 

3 hari sebelum saya dijadualkan untuk membentang
Muqaddimah kitab Feqhud Daulah Karangan Dr. Yusuf al
Qaradhawi pada Majlis Tafaqquh Fid Deen di Surau ar
Raafiq di Seksyen 7 Kota Damansara , saya telah
menerima tidak kurang 10 maklumat melalui sumber yang
berauthoriti dan juga sms bahawa pihak JAIS akan
menangkap saya di surau tersebut.

Sehari sebelum jadual itu berlangsung (iaitu pada 29
Sept 2007 / sabtu), pihak penganjur telah menghubungi
saya bagi mengesahkan laporan bahawa saya akan
ditangkap oleh JAIS jika menghadhiri program Tafaqquh
Fid Deen keesokkan harinya jam 9.00 am adalah laporan
yang benar dan tepat. 

Pihak cuba mendapatkan keputusan dari saya , apakah
saya akan hadhir atau tidak ? 

Saya menegaskan bahawa program Tafaqquh Fid Deen mesti
diteruskan dan saya pasti akan hadhir . Pihak JAIS
tidak sepatutnya mengambil langkah sedemikian kerana
terlalu banyak kerja yang boleh mereka lakukan
terutama pada Ramadhan ini , seperti menangkap
golongan yang tidak berpuasa dan makan pula di
khalayak ramai . 

Jika tindakan JAIS itu adalah bertujuan untuk
menakutkan saya agar tidak menyampaikan ilmu agama ini
kepada masyarakat , ternyata tindakan JAIS itu sia -
sia malah tidak sedikit pun menjejaskan reputasi saya
sebagai seorang pejuang insyaallah . 

Kalau langkah JAIS adalah untuk mengawal perkembangan
agama dan penceramah memerlukan tauliah untuk
menyampaikan ceramahnya , maka saya merasakan tindakan
menangkap penceramah bukan cara atau langkah yang
bijak dan bertamaddun. 

Berkali penganjur mengingatkan saya bahawa maklumat
rancangan JAIS untuk menangkap saya adalah suatu yang
serius kerana ia datang dari sumber yang dipercayai . 

Berkali juga saya memberi penegasan kepada penganjur
bahawa saya akan tetap hadhir kerana ia adalah
kewajipan saya dan saya tidak nampak tindakan saya itu
adalah salah . Kerana sebelum daripada ini , saya
telah menyampaikan ceramah hampir seluruh surau di
negeri Selangor dan saya mendapat feed back yang
positif tanpa sebarang masaalah apalagi membawa
perpecahan dikalangan masyarakat ummat Islam . 

30 September 2007 

Saya tiba di Surau ar Rafiiq sekitar jam 9.30 am tanpa
sebarang senjata melainkan sebuah kitab Feqhud Daulah
untuk saya bentang. 

Para hadhirin telah lebih awal memenuhi ruang surau
tersebut dan majlis telah bermula di bawah pimpinan
Ustaz Nasir Zakaria , seorang guru agama dan pendakwah
yang bertauliah di negeri Selangor. 

Saya dimaklumkan bahawa SB dan beberapa orang yang
tidak dikenali serta sangat mencurigakan telah berada
di dalam surau . Saya terus melangkah penuh yakin dan
tenang membuat perkiraan terhadap kemungkinan apa yang
akan berlaku di saat itu. 

Apabila saya telah berada di dalam surau , saya
mendapat maklumat dari penganjur bahawa anggota JAIS
sekitar 30 orang telah masuk ke kawasan surau. Lagak
mereka langsung tidak menampakkan mereka adalah
penguasa agama , sebaliknya laksana gengster menuju
medan pergaduhan . 

Pihak Penganjur meneruskan program seperti biasa
dengan Ustaz Nasir selaku penceramah dan pendakwah
yang bertauliah terus memberi ceramahnya sekitar tajuk
Feqhud Daulah . 

Format yang Menarik 

Setengah jam kemudian , Ustaz Nasir menamatkan kuliah
beliau dan membuka majlis kepada soal jawab mengenai
Feqhud Daulah . Format ini dilakukan kerana saya tidak
dibenarkan untuk menyampaikan kuliah dan ianya
berkuatkuasa serta merta kerana akur kepada JAIS yang
tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah. 

Para audien mengambil kesempatan untuk terus
mengajukan soalan mengenai Feqhud Daulah kepada Ustaz
Nasir yang memimpin majlis Tafaqquh Fid Deen pada hari
itu. 

Ustaz Nasir , sejurus menerima pelbagai soalan tidak
berlengah untuk terus menjawab segala soalan dengan
tenang. Sementara keadaan di luar agar hingar dengan
perbincangan dan perancangan untuk terus menangkap
saya , sedang saya masih berada saf hadapan dalam
majlis tersebut. 

Tiba - tiba Ustaz Nasir membuka kepada audien jika ada
sebarang penambahan terhadap jawapan yang telah beliau
berikan. Mungkin kerana menyedari kehadhiran agak
ramai ulama' muda seperti Ustaz One G , Ustaz Riduan
Ismail malah Ustaz Zaharudin turut kelihatan dalam
majlis tersebut. 

Ustaz One G yang berada betul - betul dibelakang saya
mengisyaratkan agar saya ambil bahagian untuk menambah
point jawapan yang telah diberikan oleh Ustaz Nasir.
Ustaz Izwan selaku pengerusi majlis , spontan
menyerahkan microfon kepada saya . 

30 minit ulasan 

Saya terus mencapai mic lalu menambah point - point
penting mengenai Feqhud Daulah sebagai jawapan
tambahan kepada soalan yang dikemukakan. Setelah 30
minit saya menjawab , saya mengembalikan mic kepada
pengerusi. Majlis kian rancak dengan pelbagai soalan
diutarakan oleh audien . 

Ustaz One G turut ambil bahagian menjawab , demikian
juga Ustaz Riduan Ismail untuk memeriahkan lagi majlis
Tafaqquh Fid Deen. Malah saya sendiri tidak terkecuali
untuk terus memberi komitmen menghidupkan majlis ilmu
yang cukup unik pada h

Balasan: RE: Help Palestine [hidayahnet] Kes 6 kapal peronda TLDM RM6.75 bilion: Najib perlu jawab !

2007-10-04 Terurut Topik Lynn Zarina
As a tax payer, we need to know where our money goes to. Dahlah kena bayar tax, 
semua yang lain pun kena bayar jugak, tapi yang kat atas tu, senang2 jer 
belanja duit kita. 
   
  kat overseas, tax payer tak yah bayar public transport, tol dan yang lain2. 
   
  lagi satu tak puas hati tu. orang hisap dadah pun kita  yang tanggong..
   
   
  bagi yang kerja kat private company lagi teruk, charge hospital tinggi. yang 
murah ornag keja kerajaan. dah gaji dia kita yang bayar, hospital bill kelas 
satu dan murah lagi!
   
  memang tak adil..

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  tidak perlu maki hamun anda. Allah maha mengetahui siapa yang hendak 
dilaknatinya dan siapa yang hendak di muliakannya. Bergembira atas kemalangan 
orang lain adalah perbuatan setan yang suka melihat kemusnahan dikalangan umat 
manusia. Rasullullah saw mengajar perbuatan baik dibalas baik, yang jahat juga 
dibalas baik. Itu pengajaran.

[EMAIL PROTECTED] wrote:   Sapa2 nu yang terlibat secara langsung atau 
tak langsung dalam skandal “Belanja Besaq” baik secara kecik atau secara besaq,
  harus bertanggung jawab di Hari Kemudian kelak. Make sure you have all the 
detailed document to support your claims otherwise
  you will get a good kick in the but as a reminder! Final warning will be a 
BIG KICK IN THE HEAD! Bloody SOBs, you people oughtta be
  SHOT alive live infront of the PEOPLE! Tak larat nak MAKI depa dah…perangai 
dok macam tu jugak.
  
NOTE: This email is confidential and is meant for intended recipient(s) 
only.  If you are not an intended recipient or someone authorized to receive 
email on behalf of an intended recipient, please reply to the sender that the 
email was misdirected, and delete the email.

  
  
-
  
  From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of 
[EMAIL PROTECTED]
Sent: Friday, September 21, 2007 1:04 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kes 6 kapal peronda TLDM RM6.75 bilion: 
Najib perlu jawab !

  
http://www.harakahd aily.net/ bm/index. php?option= 
com_content&task=view&id=9781&Itemid=85 

  


  Kes 6 kapal peronda TLDM RM6.75 bilion: Najib perlu jawab! 




  Ahmad Lutfi Othman 
Mon | Sep 17, 07 | 1:52:41 pm MYT 


  


Pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang 
perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa 
peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (KBN) menjadi bualan umum baru-baru 
ini dan mendapat perhatian media. Namun ada isu lebih besar, membabitkan lebih 
banyak wang rakyat, dan salah lakunya lebih menjolok mata. 

Ramai terpegun bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 
sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital (Kodak, DC4800, 3.1 
Megapixel) melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik 
(3 saiz 8 inci, 6 inci dan 4 inci) RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 
seater (jenis PVC) RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 
(harga pasaran RM50). 

Selain itu, sebuah kren menara berharga RM2.73 juta dibeli untuk IKBN 
Chembong dan sebuah lagi berharga RM2.990 juta untuk IKBN Bachok, sedangkan 
harga pasaran masing-masing hanya RM1.45 juta dan RM1.53 juta. Sebanyak 152 
pakej komputer desktop yang dilengkapi perisian Computer Assisted Design and 
Drafting untuk jurusan Pelukis Pelan Seni Bina pada empat IKBN Bachok, 
Chembong, Kinarut dan Kuala Perlis telah dibeli dengan harga R4.47 juta atau 
RM29,385 setiap pakej sedangkan harga pasaran hanya RM9,250 bagi satu pakej, 
yakni kos keseluruhan RM1.41 juta. 

Sebanyak 430 set papan bancuh simen untuk jurusan Jurubina Bangunan dan 
jurusan Jurulepa dan Penjubinan pada empat IKBN yang sama telah dibeli dengan 
harga RM441,610 atau RM1,027 setiap satu. Sedangkan harga pasaran hanya RM150 
sahaja (harga untuk 430 set hanya RM64,500) dan menurut tenaga pengajar IKBN, 
kosnya boleh dikurangkan lagi sekiranya pihak IKBN membeli papan sendiri dan 
pelajar diberi tugas untuk membuat papan bancuh simen sendiri. 

Tiga unit kabin telah dibeli dengan harga RM425,700 atau RM141,900 setiap 
satu untuk dijadikan bilik kuliah jurusan Operator Kren Menara di IKBN Bachok 
dan IKBN Chembong. Pihak Jabatan Audit Negara mendapatkan sebut harga sebuah 
kabin yang sama termasuk upah pengangkutan, kos memasang 2 penghawa dingin dan 
sewa kren, iaitu RM20,000 sahaja (RM60,000 untuk tiga unit). 

Sebanyak 17 set buku teknikal dengan 10 tajuk telah dibeli untuk jurusan 
Pelukis Pelan di KBN Bachok, Chembong dan Kuala Perlis, dengan harga RM181,900 
atau RM10,700 setiap set. Semua 10 tajuk buku tersebut boleh dibeli daripada 
Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka dengan harga RM417 sahaja dan ini bermakna 
harga yang dibayar Kementerian Belia dan Sukan adalah RM174,811 lebih tinggi 
daripada harga pasaran. 

Begitu juga dengan harga satu set pen teknikal yang 

Help Palestine [hidayahnet] better than a thousand months

2007-10-04 Terurut Topik ***hajikhan***

  
   The grand night is better than a 
thousand months.
   
 


Help Palestine [hidayahnet] "Stomach of Ibn-e-Adam will only be filled with Dust" + "Spend (O man), and I shall on you" + "Rememberance of Allah (I'tikaf)" - from AlQuranic

2007-10-04 Terurut Topik Mohamed \(Imtiaz\) Bhikoo
[The Ultimate Guide ALQURAN]

[24. Surah Sura An-Nur : Ayah 56]

And keep up prayer and pay the poor-rate and obey the Apostle, so that mercy 
may be shown to you.
-
Stomach of Ibn-e-Adam will only be filled with Dust

[Sahih Muslim : Book 5, Book Name Kitab Al-Zakat, Number 2277]
Abu Huraira (Radi Allah Anhu) reported from the Messenger of Allah 
(sal-allahu-alleihi-wasallam) as having said this:
"The heart of an old person feels young for the love of two things: love for 
long life and wealth."

[Sahih Muslim : Book 5, Book Name Kitab Al-Zakat, Number 2279]
Anas (Radi Allah Anhu) reported Allah's Messenger (sal-allahu-alleihi-wasallam) 
as saying:
"The son of Adam grows old, but two (desires) in him remain young: desire for 
wealth and desire for life."

[Sahih Muslim : Book 5, Book Name Kitab Al-Zakat, Number 2282]
Anas (Radi Allah Anhu) reported Allah's Messenger (sal-allahu-alleihi-wasallam) 
as saying:
"If the son of Adam were to possess two valleys of riches. he would long for 
the third one. And the stomach of the son of Adam is not filled but with dust. 
And Allah returns to him who repents."

[Sahih Muslim : Book 5, Book Name Kitab Al-Zakat, Number 2285]
Ibn Abbas (Radi Allah Anhu) reported Allah's Messenger 
(sal-allahu-alleihi-wasallam) as saying:
"If there were for the son of Adam a valley full of riches, he would long to 
possess another one like it. and Ibn-e-Adam does not feel satiated but with 
dust. And Allah returns to him who returns (to Him)."


[2. Surah Al-Baqarah : Ayah 43]

And keep up prayer and pay the poor-rate and bow down with those who bow down.
-
Spend (O man), and I shall on you

[Sahih Bukhari : Volume 6, Book 60, Book Name 'Tafseer of the Prophet 
(sa-allahu-alleihi-wasallam)' Number 206]
Narrated Abu Huraira (Radi Allah Anhu): Allah's Apostle 
(sal-allahu-alleihi-wasallam) said:
"Allah said, 'Spend (O man), and I shall spend on you."
He (sal-allahu-alleihi-wasallam) also said:
"Allah's Hand is full, and (its fullness) is not affected by the continuous 
spending night and day."
He (sal-allahu-alleihi-wasallam) also said:
"Do you see what He has spent since He created the Heavens and the Earth? 
Nevertheless, what is in His Hand is not decreased, and His Throne was over the 
water; and in His Hand there is the balance (of justice) whereby He raises and 
lowers (people)."


[65. Surah At-Talaq : Ayah 2-3]

And whosoever keepeth his duty to Allah, Allah will appoint a way out for him. 
And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if any one 
puts his trust in Allah, Allah will be sufficient for him.
-
Rememberance of Allah (I'tikaf)

[Sahih Muslim :  Book 6, Book Name 'Kitab Al-Sawm' Number 2625]
Abu Sa'id al-Khudri (Radi Allah Anhu) reported that Allah's Messenger  
(sal-allahu-alleihi-wasallam) spent in devotion (in i'tikaf) the middle ten 
nights of the month of Ramadan, and when twenty nights were over and it was the 
twenty-first night, he went back to his residence and those who were along with 
him also returned (to their respective residences).
He spent one month in devotion. Then he addressed the people on the night he 
came back (to his residence) and commanded them as Allah desired (him to 
command) and then said:
"I used to devote myself (observe i'tikaf) during these ten (nights). Then I 
started devoting myself in the last ten (nights). And he who desires to observe 
i'tikaf along with me should spend the night) at his place of i'tikaf. And I 
saw this night (Lailat-ul-Qadr) but I forgot it (the exact night) ; so seek 
it;In the last ten nights on odd numbers."

[Sahih Muslim :  Book 6, Book Name 'Kitab Al-Sawm' Number 2627]
Abu Sa'id al-Khudri (Radi Allah Anhu) reported that the Messenger of Allah 
(sal-allahu-alleihi-wasallam) observed i'tikaf (confined himself for devotion 
and prayer) in the first ten (days) of Ramadan; he then observed i'tikaf in the 
middle ten (days) in a Turkish tent with a mat hanging at its door. He (the 
Holy Prophet) took hold of that mat and placed it in the nook of the tent. He 
then put his head out an