Help Palestine [hidayahnet] File - Reminder from Moderator

2010-03-07 Terurut Topik hidayahnet

Reminder:

Assalamualaikum 

1- The moderators will hide email of the senders to hidayahnet. As such, if you 
wish to include your email (maybe for others to reply to you), please include 
your email address in the body part of your email.

2- If you wish to promote your business, please only send no more than one mail 
per week and please combine all promotional emails in one email (rather than 
sending 3 or 4 emails promoting different products.

3- For those interested to reply to particular business advertisement, please 
email direct to the sender, and not to the egroup.

4- Be careful before promoting any external islamic links as it could be 
developed by non-muslim aiming to spread false teaching. If any doubt, please 
ask the moderator to help.

---

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to change your 
membership settings as below:

Please note of the 3 ways in receiving email/messages:
- individual email
- daily digest (all messages combined in one single email per day)
- no email (receive no messages but still allow you to read the messages on the 
web)

The above settings can be changed by yourself or alternatively, you can email 
the moderator of your request. 

---

As a reminder for those sending our forwarding emails. To avoid those msg 
becoming junk and go unread, and becoming big in size unnecessarily, I would 
appreciate if sender put some effort in making it nicer and more attractive to 
reader. Some suggestions include:
 
- cut and paste the main message/content, (leaving behind the long thread/list 
of previous senders). However, pls include the source of message, usually the 
original sender (the first sender!) name (and if possible email and other 
details which deem important).
 
- pls also make sure that the subject of the email is not long winded, such 
as: [other group]fwd[other group]Prayer at the time of war ...etc. Please only 
put the topic of the msg, and delete the rest (eg, subject = Prayer at the time 
of war)
 
- also, usually we forget to remove the unnessary advert by yahoo and content 
from previous egroup (such as footnote) at the bottom of the email. Kindly 
remove them as they are irrelevant.
 
Hopefully the above, can make your email looks tidy and reduces the size 
significantly, and most importantly, I will have no objection in APPROVING them.
 
Above is only suggestion, and I welcome any other comments/suggestions.

Wassalam

Hidayahnet Moderator

p/s: We welcome any comments and suggestions to improve the egroup. Kindly send 
it direct to the moderators.


Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/



Help Palestine [hidayahnet] Tazkirah: Strategi syaitan profesional

2010-03-07 Terurut Topik BawangGoreng�
PETiKAN : http://laman-seri.blogspot.com

*Tazkirah: Strategi syaitan
profesional*http://laman-seri.blogspot.com/2008/06/tazkirah-strategi-syaitan-profesional.html


http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S5BovwpAxfI/DlM/IaGln_Do0vs/s1600-h/silent-light1.jpgSyaitan
suka keluar waktu senja (maghrib)

Assalamualaikum warahmatullah,

SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat
kawan, sebaliknya kena dibuat lawan. Jika hendak bermusuh dengan syaitan,
kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang
begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan
menyesatkan manusia.

Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara
supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar
daripada godaan mereka.

Antara strategi syaitan ialah:

1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan
ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan
mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.

Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan.
Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan
matlamat supaya berakhir dengan keburukan. Antaranya, melakukan sesuatu
bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh
kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah SAW bersabda,
maksudnya: Tinggalkan
yang meragukan, ambillah yang menyakinkan.

Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada
keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang
syaitan untuk menggoda manusia. Sebab itu prinsip Islam bermula dengan
keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa
pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah
segala-galanya.

2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan
beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum
untuk menewaskan syaitan.

Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup
dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang
memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.

Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi
SAW dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca, Bacalah (wahai
Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data
dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran. Dengan membaca bererti semakin
banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan
untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.

3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas. Sebab itulah ibadat mesti
dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah
berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan
berasa bersama dengan Allah.

4. Syaitan sangat suka orang sombong diri. Sebaliknya syaitan akan
menjauhkan diri daripada orang merendah diri.

Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan
sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh'
(Tuhan).

5. Syaitan ‘auta’nya sangat hebat. Bagi yang solat jemaah di masjid, syaitan
tidak berkata, “tak payah solat.” Dia bisik, “masbukpun tak apa, dapat juga
jemaah.” Kalau dah masbuk nanti, “boleh tepuk bahu orang lain, dapat juga
jemaah.” Nanti dah tak dapat tepuk bahu orang, “dapat juga solat di masjid,
lagi baik dari rumah. Orang lain solat di rumah.” Nanti “kalau solat seorang
di masjid baik buat di rumah saja, maghrib dan isyak barulah masjid.”
atau “waktu
kerja ni, maghrib dan isyak di rumah pun boleh, nanti dah pencen barulah
full di masjid” …. dan seumpamanya. Kalau kita solat di masjid jemaah
(lelaki) dengan solat nafilahnya banyaklah buffer dan benteng pertahanan.
Tembus satu benteng ada benteng lain, cepat sedar dan perbaiki diri. Syaitan
tembak dari jauh!

6. Lihat sejarah silam permulaan manusia, pada asalnya menyembah patung. Anak
Nabi Adam, pada zaman mereka, masih belum sembah patung. Mereka percaya
sangat Allah beri rezeki. Iblis tak hasut anak Nabi Adam sembah patung.
Malangnya, generasi selepas mereka, syaitan mula menghasut dengan usul
membuat patung, untuk memperingati nenek moyang yang soleh atau dijadikan
sebagai teladan. Di zaman Nabi Nuh a.s., patung telah disembah sebagai
Tuhan. Lihatlah bagaimana iblis/syaitan memainkan fikirkan manusia. Iblis
dan tenteranya sabar, berstrategi demi sumpah mereka, iaitu menyesatkan
manusia. Iblis sanggup merayu, Ya Tuhanku agar diberi umur panjang demi
melihat anak-anak Adam tersungkur.

Dalam surah Yaasn ayat 60, yang bermaksud, “…Bukankah Aku telah
memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan?
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu……” Dalam ayat
ini, memang jelas Allah memperingatkan kita, jangan tunduk 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Akauntabiliti seorang pemimpin

2010-03-07 Terurut Topik BawangGoreng�
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
*Akauntabiliti seorang
pemimpin*http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/akauntabiliti-seorang-pemimpin.html



http://3.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S3y6PC1cQBI/DYA/UGS52QToqfA/s1600-h/gambar-tuan-guru-sedang-berdoa.jpg
Menjadi pemimpin bukan suatu kerja mudah. Peranan pemimpin untuk membawa
perubahan organisasi atau pengikut ke arah kebaikan menjadi akauntabiliti
kepada pemimpin itu dan harapan besar semua pengikutnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap orang daripada kamu adalah
menjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab (akauntabiliti) terhadap apa
yang dijaganya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ensiklopedia Britannica menyifatkan Nabi Muhammad yang juga digelar al-Amin
sebagai personaliti pemimpin agama paling berjaya di dunia. Bekas penulis
terkenal British, George Bernard Show menyatakan, *“jika Nabi Muhammad masih
hidup, beliau akan berjaya menyelesaikan masalah yang mengancam tamadun
dunia hari ini.”
*
Pada prinsipnya, al-Amin bermaksud pengamal akauntabiliti yang dipercayai
dan memberi perkhidmatan memuaskan kepada masyarakat. Corak kepimpinan
Rasulullah SAW diteruskan para sahabat, yang juga menunjukkan kepimpinan
cemerlang. Contohnya Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar membuat ucapan
hampir sama ketika dipilih sebagai khalifah.

Antara ucapan mereka, “Jika saya benar, maka ikutilah saya dan jika saya
menyeleweng, maka perbetulkan saya bagi mementukan urus tadbir Negara tidak
tersesat dan bersedia meletakkan jawatan jika gagal memenuhi akauntabiliti.”

Renung-renungkan!

Capaian entry berkaitan :

   1. Tazkirah: Ciri-ciri manusia
unggulhttp://laman-seri.blogspot.com/2008/06/tazkirah-ciri-ciri-manusia-unggul.htmlhttp://laman-seri.blogspot.com/2008/06/salamunalaik-sifat-yang-wajib-ada-pada.html
   2. PEMiMPiN ADiL DAN
SAKSAMAhttp://laman-seri.blogspot.com/2008/06/salamunalaik-sifat-yang-wajib-ada-pada.htmlhttp://laman-seri.blogspot.com/2008/07/kisah-imam-yang-empat.html
   3. Kisah Imam Yang
Empathttp://laman-seri.blogspot.com/2008/07/kisah-imam-yang-empat.html
   4. Perihal 
Amanahhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/02/perihal-amanah.htmlhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/03/kepemimpinan-suatu-amanah-berat-sarat.html
   5. Kepemimpinan suatu amanah berat, sarat
tanggungjawabhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/03/kepemimpinan-suatu-amanah-berat-sarat.html
   6. Ketaqwaan Sayidina Umar Ibnu
Azizhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/03/ketaqwaan-sayidina-umar-ibnu-aziz.htmlhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/03/politik-wang-wariskan-pemimpin-tidak.html
   7. Politik wang wariskan pemimpin tidak
berkualitihttp://laman-seri.blogspot.com/2009/03/politik-wang-wariskan-pemimpin-tidak.html
   8. Ulul Albab: Pemimpin beragama pelindung
rakyathttp://laman-seri.blogspot.com/2009/03/ulul-albab-pemimpin-beragama-pelindung.htmlhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/06/shalahuddin-al-ayyubi.html
   9. Shalahuddin
Al-Ayyubihttp://laman-seri.blogspot.com/2009/06/shalahuddin-al-ayyubi.html

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadis riwayat
Muslim)



Help Palestine [hidayahnet] Kem Motivasi 16 ke 18 Mac Masjid KLIA

2010-03-07 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
KEM MOTIVASI STUDENT POWER
Tarikh : 16 ke 18 Mac 2010 M 
Tempat : Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.

Yuran :
RM 150 (bagi peserta pertama kali)
RM 120 (bagi ALUMNI Infitah Training  Consultancy)
   
Aktiviti : 
Kemahiran Belajar / Kecemerlangan Jatidiri  Kerohanian 
Permainan Berkonsep / Outdoor games
 Motivasi / Pelajar Cemerlang.

* TERBUKA kepada pelajar yang berumur 11 - 17 tahun.
* DAFTAR SEBELUM 10 MAC 2010 M.

Segala pertanyaan  : 
016-373 3607 (En. Mohd Arif Asa'ad bin Johari)
013-200 6840 (En. Mohd Noor bin Mohd Tahir)
Email : infitahtrain...@yahoo.com , infitahtrain...@gmail.com 

ANJURAN : Infitah Training  Consultancy 
DENGAN KERJASAMA : Masjid Sultan Abdul Samad KLIA.

Kemudahan :
* Penceramah / Jurulatih yang berpengalaman
* Fsilitator (Guru @ Pelajar IPT)
* Dewan Kuliah  tempat tidur berhawa dingin
* Aktiviti / Modul / Fail  Bahan
* Makan  Minum (6 kali sehari)
* Sijil Penyertaan
** Pengangkutan disediakan daripada SEREMBAN

Cara Penyertaan :
1) SMS / Email nama penuh peserta, umur  sekolah ke 016-373 3607 @ 013-200 
6840.
2) Masukkan yuran penyertaan ke dalam akaun :
* CIMB BANK - Infitah Training  Consultancy  : 0507  3581 04.
(Sila simpan slip pembayaran  serahkan semasa hari pendaftaran bersama borang 
pendaftaran)




  


Help Palestine [hidayahnet] Pembukaan Darussyifa di Seremban

2010-03-07 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Adalah dimaklumkan cawangan Darussyifa di Negeri Sembilan adalah dalam proses 
pembukaan yang berpusat di Taman Margosa, Seremban.

Kos pembukaan Pusat Rawatan Darussyifa di Taman Margosa ini adalah sekitar RM 
50,000.00.

Kepada mana-mana pihak atau individu yang ingin beramal jariah dengan 
menghulurkan bantuan kewangan dalam merealisasikan pembukaan Darussyifa ini 
bolehlah menghubungi Al Fadil Ustaz Abdul Ghani 012-6761187

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Mudarabah Bank Islam, Haron bin 
Zainal Abidin, No Akaun 14069020036460

Pesanan dari Al Fadil Ustaz Abdul Ghani agar kita dapat sebar-sebarkan maklumat 
ini.



  


Help Palestine [hidayahnet] Seminar Keibubapaan

2010-03-07 Terurut Topik Achik Solihah Ahmad
Tarikh:
11hb April 2010 (Hari Ahad)

Masa:
8.00 pagi - 1.00 petang

Tempat:
Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Rawang
(Sila hubungi Pn Salamiah 03-6021 7115 untuk maklumat lanjut)

Anjuran:
Muslimat Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Rawang  Pejabat Agama Islam Daerah 
Hulu Selangor)

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA...



 Lawati blog saya di :
www.umistore.blogspot.com


  

Help Palestine [hidayahnet] Pengorbanan Guru, Kerajaan tak sedar ke ?

2010-03-07 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Berapa banyak sudah pengorbanan guru kita. Guru mengajar di pedalaman dah lama 
ada. Tengok pada blog berikut seorang guru wanita dari Muar , Johor yang 
mengajar di pedalaman Sabah pada pautan berikut 
http://footlooseinasia.blogspot.com/2009/10/sekolah-kebangsaan-tetabuan-beluran.html
 

Cikgu wanita Melayu dari Muar ini setiap hari pergi sekolah lebih sejam, naik 
bot, jalan kaki. Orang Johor tu, Menteri Pelajaran pun orang Johor.

Bandingkan Sekolah Berprestasi Tinggi dengan Sekolah Kebangsaan Tetabuan 
Beluran di Sabah.

Rasanya banyak Sekolah Daif di Sabah, Sarawak dan di Semenanjung.

Ahli politik dari BN dan PKR, turunlah padang. Tengok nasib rakyat, nasib guru.

Kisah guru baiki kelas guna duit sendiri di 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html 

Kisah guru makan biskut kering semasa kursus di 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-makan-biskut-kering-kerajaan-tak.html 




  


Help Palestine [hidayahnet] Ceramah DSAI, Mustafa Ali 9 Mac 2010 Seremban

2010-03-07 Terurut Topik Suara N9
CERAMAH PERDANA
Tarikh : 9 Mac 2010/Selasa 
Masa : 8.30 malam. 
Tempat : Oakland Commerce Square, Seremban 2 (belakang Hospital Columbia) 

Penceramah utama: 
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 
YB Lim Kit Siang 
Y Bhg. Datuk Mustafa Ali 

Hotline: 
019-261 2519 (Sabaruddin Mohd Yassim) 
012-666 4557 (YB Cha)
http://pkrn9.blogspot.com 



  


Help Palestine [hidayahnet] Geo Discoveries

2010-03-07 Terurut Topik Sleeping Beauty
*10.Ultra-Rare Megamouth Shark Found, Eaten*

[image: megamouth shark eaten Top 10 Nat Geo Discoveries of 2009]
In March, the 41st megamouth shark ever found went from swimming in
Philippine waters
 to simmering in coconut milk.

*9. Ancient Gem-Studded Teeth Show Skill of
Early Dentists*

[image: jeweled teeth picture big Top 10 Nat Geo Discoveries of 2009]
The glittering “grills” of some hip-hop stars aren’t exactly unprecedented.
Sophisticated dentistry allowed Native Americans to add bling to their teeth
as far back as 2,500 years ago, a May study said.

*8. Alien Giant Snakes Threaten to Invade Up to
1/3 of U.S.*

[image: giant snakes invasion us Top 10 Nat Geo Discoveries of 2009]
Nine giant snakes could be on the verge of causing ecological catastrophe if
they establish themselves in the U.S. wild—at least two have already set up
shop in Florida—according to an October report.

*7. Biggest Snake Discovered; Was Longer Than a Bus*

[image: giant snake pictures big Top 10 Nat Geo Discoveries of 2009]
The 60-million-year-old reptile was also heavier than a car, scientists said
in February, adding that the fossil could shed light on climate change.

*6. Gold Rush-Era “Ghost Ship” Wreck Found*

[image: gold rush shipwreck big Top 10 Nat Geo Discoveries of 2009]
With boots thrown hastily on deck and cooking utensils scattered, the last
moments of the crew aboard the gold rush-era paddleboat A.J. Goddard are
preserved in the ship’s recently found wreck, archaeologists announced in
November.

*5. Oldest Skeleton of Human Ancestor Found*

[image: oldest human skeleton ardi missing link chimps ardipithecus ramidus
big Top 10 Nat Geo Discoveries of 2009]
There was never a chimp-like missing link between humans and today’s apes,
according to an October fossil-skeleton study that could rewrite human
evolutionary history. Said one scientist, “It changes everything.”

*4. “Extinct” Bird Seen, Eaten*

[image: extinct bird photo big Top 10 Nat Geo Discoveries of 2009]
Long believed to be extinct, a rare quail from the Philippines was
photographed for the first time ever—then sold at a poultry market, experts
said in February.

*3. New Cloud Type Discovered?*

[image: new type cloud sunset big Top 10 Nat Geo Discoveries of 2009]
Nicknamed “Jacques Cousteau” clouds, these “turbulent” seas in the sky could
be examples of the first official new cloud type since 1951, experts said in
June.

*2. Fish With Transparent Head Seen Alive for First Time*

[image: fish transparent head barreleye pictures big Top 10 Nat Geo
Discoveries of 2009]
Perhaps the most bizarre nature discovery of the year—though Stephen Colbert
put it a bit less delicately—a Pacific barreleye fish shows off its
transparent head and barrel-like eyes in pictures released on February of
the first specimen ever found alive.

*1. “Missing Link” Found: Fossil Connects Humans, Lemurs?*
[image: missing link found big Top 10 Nat Geo Discoveries of 2009]
The 47-million-year-old, exceptionally preserved primate fossil “Ida,”
unveiled on May 20, was hailed by some as a major discovery in human
evolution.
The publicity frenzy made National Geographic News’s brief coverage our most
viewed page of the year—and inspired a backlash as some experts, including
one here at Nat Geo HQ, suggested Ida was more media event than milestone

-- 
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Kebahagiaan Hidup Yang Tertinggi Adalah
Keyakinan Yang Diri Kita Dicintai. Cinta
Ibarat Seperti Petir, Anda Tidak Dapat
Meneka Di mana Akan Terjadi, Tahu-tahu
Sudah Terserang~~~

~~~fairlady.sha...@gmail.com~~~
~~~fairlady.sha...@yahoo.com~~~
*fairlady.sha...@gmail.com*


Re: Help Palestine [hidayahnet] Tanggungjawab Kawin: Mintak Pandangan dari sudut agama

2010-03-07 Terurut Topik Kholid Ali
Saya pernah kenal seorang pensyarah yang agak hebat ilmu agamanya dan kata dia 
baginya berkahwin dua, tiga dan empat merupakan satu perintah. Bagaimana pun 
lelaki dibenarkan kahwin satu jika dia khutiri tidak dapat berlaku adil. Memang 
terdapat sepotong ayat dalama Quran mengenai perintah tersebut. Yang menjadi 
masalah konsep adil itu yang ? disalah tafsir oleh kebanyakan para isteri di 
zaman ini. Fenomena ramai wanita tidak bersuami ? kerana bilangan mereka 
melebihi lelaki dan ramai pula lelaki tidak mampu beristeri kerana tiada kerja 
untuk menyara hidup maka pastinya bilangan wanita yang gagal bersuami mungkin 
akan bertambah dari sehari kesehari. Oleh kerana ? 99.9% wanita menentang 
poligami maka fenomena ini akan terus menerus berlaku dan ianya mungkin antara 
penyumbang kepada masalah penzinaan. Apa pun hujah, keharaman melakukan zina 
adalah jelas. Menteri Hal Wanita yang bertelagah dengan ? Cuepacs kenalah jumpa 
ulamak bincang tentang terlalu ramai
 wanita pegang jawatan dalam kerajaan yang mungkin antara faktor ramai lelaki 
tak dapat bekerja dan tak dapat berkahwin selain faktor prestasi kakitangan 
wanita yang dipertikai. Satu caranya mungkin mewajibkan suami (yang 
berkemampuan) yang ada isteri tapi tidak berkerja kahwini isteri kedua yang 
bekerja. Isteri bekerja mestilah ? bayar elaun kepada isteri tua di samping 
insentif dari pihak kerajaan sendiri. Ulama terutama yang berada dalam kerajaan 
kenalah main peranan bukan sekadar segala kepincangan tentang gejala sosial itu 
sekadar dengar telinga kiri terbit telinga kanan !!

Isteri-isteri yang menentang poligami ini (termasuklah isteri saya) mungkin 
merasakan kehidupan kita ini ? segalanya sekadar di dunia maka mereka tamak 
dalam serba serbi termasuk kasih sayang. Mungkin sebahagian isteri ada hujah 
untuk tidak membenarkan suami berpoligami tapi ada yang suami mampu tapi masih 
tidak membenarkan suami berbuat demikian. Sebut saja nak kahwin dua atau tiga 
apa yang mereka minta ialah cerai. Baru-baru ini saya katakan kepada isteri 
saya yang saya cukup sayang kepada dia lalu dia jawab katanya kalau macam tu 
amanlah rumahtangga ini asyik nak tambah bini saja !! Saya bimbang jawapan 
tersebut lalu menegornya agar jangan berkata demikian sebab apa yang diamalkan 
Nabi SAW semuanya mempunyai hikmah termasuk berpoligami (sekadar yang 
dihadkan). Ianya adalah Sunnah dan menolak sunnah adalah sesat. Nabi SAW tidak 
lakukan jika ianya punca rumahtangga tidak aman. Mengapa rumahtangga tidak aman 
saya rasa kerana tahap kefahaman dan iman
 isteri amat rendah. Tidak dinafikan ramai juga para suami mungkin tidak dapat 
berlaku adil namun harus diberi peluang bagi yang mampu dari segi aspek-aspek 
lain. Wallahua'lam.





From: m...@yahoo.com m...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Wed, February 24, 2010 5:07:25 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Tanggungjawab Kawin: Mintak Pandangan 
dari sudut agama

  
Bagi isu ini, pertamanya bersyukurlah dulu kerana saudara ada rasa kesal/rasa 
bersalah setelah melakukan kesalahan terhadap seorang gadis. Tapi yang paling 
bersyukur, kerana Allah telah mula memberikan perunjuk untuk saudara kembali ke 
jalan yang betul.
 
Janganlah terus melakukan dosa/kesalahan, mengahwini seorang gadis dengan niat 
menceraikannya. Kesianlah dia, kesianlah diri saudara untuk terus melakukan 
dosa.
 
Ingat, apa yang kita lakukan, malah apa yang diniatkan yang jahat pun, akan ada 
sahamnya yang akan di hitung di akhirat kelak.
 
Fikirlah, kita semakim tua, akan semakin menghampiri mati. bUATLAH PERSEDIAAN. 
BUKANNYA BERSUKA-SUKA, BERFOYA-FOYA, ambillah kesempatan semasa masih bernafas 
untuk membuat pahala dan kebaikan, dan bukanya untuk membuat Dosa. 
 
Maafkan saya andai apa yang dikatakan ada yang terkasar bahawa. Sesungguhnya, 
yang baik datang dari Allah, dan yang Buruk itu datangnya dari saya sendiri.
 
TQ.

--- On Tue, 16/2/10, a...@yahoo.com a...@yahoo.com wrote:


From: a...@yahoo.com a...@yahoo.com
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Tanggungjawab Kawin: Mintak Pandangan 
dari sudut agama
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Date: Tuesday, 16 February, 2010, 3:27 AM


  
Salam Moderator, pls hide my name.

Salam semua,

saya berumur 35thn, beristeri dan 2 org anak.
2 thn lepas saya berkenalan dgn gadis (skrg 30 thn), dinamakan msZ. setelah
beberapa kali mencuba, msZ mula menyukai saya, walaupun dia tahu dah
berkeluarga. msZ pada mulanya bertanya samada saya serius dgn dia (berniat
utk kawin) dan saya menjawab ya, walaupun di dlm hati sebenarnya tidak.
saya sangka msZ hanya bergurau dan dia sebnarnya hanya suka2 berkawan rapat
dgn msZ. hubungan kami semakin intim, sehingga telah menghampiri zina
(nauzubillah) .

mengenai ms.Z:
- anak sulung, harapan keluarga
- sgt bijak, pandai, hati baik, cantik walaupun luaran nampak agak sosial
- dakwa dirinya rosak sbb saya
- dia mahu saya kawini dia utk sucikan diri dia. dia rasa dirinya dah

Re: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9

2010-03-07 Terurut Topik Azmil Abrar
sheikh, itu tangguh kes penyerahan bukti liwat..bukan kes liwat itu
sendiri..cuba baca artikel tu betul2..

bila ada orang susah kita bantu jelah kalau ada kemampuan..tak payahlah
salahkan sesiapa..semua orang kena main peranan..semua negeri ada orang
miskin..tak kira negeri sembilan ke kelantan ke..

kalau kita ikhlas, sama-samalah bantu..kan dia cakap dia tak tahu mcm mana
nak mohon..kalau ada yang tahu, tolonglah..bawa dia ke pejabat JKM ke..nak
cari salah memang senang, tapi nak buat benda betul tu ramai yang tak
boleh..

kalau ada orang yang dah janji tapi sengaja langgar janji..itu dosa dia dan
Allah..

Pasal tuduhan-tuduhan tu sheikh..ana cadang rujuk surah hujurat ayat 6 untuk
panduan kita semua..

Allahualam..(berkata allahualam bukan penghalal fitnah)

Salaam..


Help Palestine [hidayahnet] Derita keluarga merempat di Terengganu

2010-03-07 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Ini kisah yang dilaporkan. Berapa banyak kisah lain lagi yang tidak dilaporkan 
di seluruh Malaysia baik di negeri Barisan Nasional mahu pun di negeri Pakatan 
Rakyat.

Jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri dulu. Jangan kata ini berlaku di 
tempat orang, di tempat kita pun ada. 

 
Kosmo 5 Mac 2010 
Derita lima beranak merempat tanpa rumah

ZAILANI memeluk anaknya, Mohd. Bakri sementara Zalina duduk di lantai bersama 
Mohd. Fikri (tengah) dan Mohd. Sabri di pondok rekreasi berhadapan Istana 
Maziah di Kuala Terengganu semalam. 



KUALA TERENGGANU - Ekoran kesempitan hidup, satu keluarga lima beranak terpaksa 
'menghuni' sebuah pondok rekreasi berhadapan Istana Maziah sebagai tempat 
berteduh sejak sebulan lalu.

Lebih menyedihkan lagi, keluarga Zailani Awang, 48, terpaksa tidur beralaskan 
lantai simen dan berbantalkan kotak tanpa kemudahan asas. 

Sebelum ini, keluarga malang tersebut merempat di kaki-kaki lima dan pekarangan 
masjid di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu sebagai tempat berteduh.

Inilah rumah kami dan di sinilah kami berteduh daripada panas dan hujan, kata 
Zailani yang berasal dari Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan sebelum berhijrah ke 
Kuala Terengganu awal tahun ini untuk mencari pekerjaan.

Kesengsaraan Zailani bersama isteri, Zalina Ali, 42, dan tiga anak lelakinya, 
Mohd. Fikri, 8, Mohd. Sabri, 6, dan Mohd. Bakri, 3, bermula sejak mereka diarah 
keluar dari sebuah rumah dalam pembinaan di Tok Jembal, dekat sini lebih 
sebulan lalu.

Sejak itu, Zailani yang berkerja mengambil upah sebagai pembantu kedai di 
sebuah restoran berdepan dengan kesukaran untuk mendapat rumah sewa.

Saya memang tidak mampu bayar sewa rumah sekitar Kuala Terengganu yang 
berharga RM400 kerana gaji saya hanya cukup-cukup untuk makan.

Saya ada jumpa rumah sewa berharga RM200, tetapi tuan rumah pula tidak mahu 
menyewakan kepada kami kerana tidak percaya saya mampu membayar sewa. Memang 
sedih sangat apabila orang memandang hina keluarga saya, ujarnya.

Zailani menambah, sepanjang sebulan merempat tanpa rumah, dia dan keluarga 
sering dipandang sinis oleh orang ramai selain menumpang tandas masjid dan 
tandas awam untuk mandi.

Biarpun hidup dalam keadaan susah seperti ini, saya tidak pernah meminta-minta 
daripada orang ramai. Saya masih mampu memberikan makan keluarga.

Apa yang saya sedih ialah nasib anak yang tidak pernah bersekolah dan mereka 
terpaksa tinggal di jalanan, tambahnya.

Sementara itu, Zalina berkata, meskipun hidup dalam keadaan terhimpit mereka 
juga dianiayai apabila kecurian beg pakaian, dompet dan kad pengenalan 
baru-baru ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010dt=0305pub=Kosmosec=Negarapg=ne_05.htm
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Kempen Cegah Judi di kalangan umat Islam

2010-03-07 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Mereka yang ingin bersama terlibat dalam Kempen Mencegah Judi di kalangan umat 
Islam terutamanya orang Melayu yang beragama Islam , bolehlah menggantung kain 
rentang BOIKOT AKHBAR IKLAN JUDI seperti yang digantung di sebuah surau di 
Senawang ini . Sila lihat di sini 
http://waghih.blogspot.com/2010/03/kempen-cegah-judi-di-kalangan-umat.html 

Mereka yang ingin menempah kain rentang ini bersaiz 3 kaki X 4 kaki pada harga 
RM 25 sekeping bolehlah menghubungi saya 012-2267406 atau e-mel 
roz...@yahoo.com 

Bolehlah gantung di masjid, surau dan lain-lain tempat yang perlu.

Perkhidmatan penghantaran tidak disediakan.

Yakinlah, sekiranya akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro dan Kosmo 
tidak lagi menyiarkan iklan judi, insyaALLAH akan berkurangan pengaruh judi di 
kalangan umat Islam di Malaysia ini yang tidak segan silu pergi kedai judi 
berlesen (haram) terutama di pekan Senawang, pekan Rembau, pekan Gemencheh dan 
lain-lain tempat seluruh Malaysia.

Susah sangat ke nak buang iklan judi dari akhbar Bahasa Melayu ni ? 



  


Help Palestine [hidayahnet] Selawat

2010-03-07 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Dari Abu Mas'ud al-Badri r.a, katanya: Rasulullah s.a.w datang kepada
kita dan kita semua sedang dalam majlis Sa'ad bin Ubadah, lalu Basyir
bin Sa'ad berkata kepada beliau s.a.w: Allah menyuruh kita supaya kita
membaca selawat kepada Tuan, Ya Rasulullah, maka bagaimanakah cara kita
membaca selawat kepada Tuan itu? Rasulullah s.a.w. lalu diam, sehingga
kita semua mengharapkan, alangkah baiknya kalau tadi Basyir tidak
bertanyakan kepada beliau tentang hal itu. Kemudian Rasulullah s.a.w
bersabda: Ucapkanlah: Allahumma shalli'ala Muhammad wa'ala ali
Muhamnmad. Kama shallaita'ala Ibrahim. Wa bari'ala Muhammad wa'ala ali
Muhammad. Kama barakta'ala ali Ibrahim. Innaka hamidum majid. Artinya:
Ya Allah, berikanlah tambahan kerahmatan pada Muhammad dan pada
keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan tambahan
kerahmatan pada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berikanlah tambahan
keberkahan pada Muhammad dan pada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau
telah menambahkan keberkahan pada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau
adalah Maha Terpuji lagi Termulia. (Muttafaq 'alaih).

Allah menyuruh kita untuk selawat sebagai tanda hormat dan mengenang
jasa pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda.

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang
terbanyak bacaan selawat padaku, yakni lebih diutamakan oleh beliau
s.a.w untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang
terdekat dengannya. (Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan
bahwa ini adalah hadis hasan.)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah
mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu.
(Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawuyd dengan isnad sahih.)

Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah
mendengar seseorang yang berdoa, tetapi ia tidak mengucapkan puji-
pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca salawat pada Nabi
s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini,
kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang
itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua
hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian
kepada Allaha yang Maha Suci serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya
membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah ia berdoa dengan
apa yang dikehendakinya. (Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud dan
Termidzi mengatakan bahwa ia adalah hadis sahih.)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Perbanyakkanlah membaca selawat pada
ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku
satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan
memberinya rahmat 10 kali) . (Riwayat Al Baihaqi)

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya
di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka
perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab
sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat
berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat
ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi
s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan
tubuh sekalian Nabi. (Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad
sahih.)

Allah Ta'ala berfirman: Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya
berselawat kepada nabi,(yakni Nabi Muhammad s.a.w.). Wahai orang-orang
yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya
salam kepada Nabi itu. (Al-Ahzab:56)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 3/05/2010 12:24:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Seminar terbuka Masjid Jamek near Assunta PJ

2010-03-07 Terurut Topik Umm Sulayman Davis
Salaams,

HTM bersame Khilafah centre menganjurkan SEMINAR TERBUKA

Tajuk: Menyingkap SEJARAH Khilafah antara pejuang dan petualang 
sempena mengenangkan terjatuhnya Khilafah Islam pada tanggal 3 March 1924

Tarikh 7 March 2010 Ahad
Pukul 8.30 pagi -1ptg
Venue Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Petaling Jaya (berhampiran hospital 
Assunta)

Muslimin dan Muslimat di jemput hadir
Masuk percuma