Re: Help Palestine [hidayahnet] TUN DAIM ZAINUDDIN - MANUSIA PALING KAYA DI MALAYSIA?

2010-03-29 Thread Luis Garcia
 International Commercial Bank Group .. bukan International Bank of Commerce
..

2010/3/20 <>

>
>
>
>
> -l
>
>
> Daim Yang 
> Diam SIAPA
> tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
>
> Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali
> sebagai 'Daim Yang Diam'
>
> Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai
> orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu
> apa 'formula' yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan
> 'ranking' seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun
> seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun
> dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia . Apatah lagi di kalangan
> mereka yang terkaya di dunia.
>
> Hinggalah suatu hari aku dihantar melakuka n tugasan Tanzania . Ketika itu
> aku hendak menukar 'travellers cheque' di sebuah bank berhampiran
> Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.
>
> Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk
> pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah
> masuk ke perkarangan bank tersebut.
>
> Mahu taknya, potret Daim 'sebesar-besar alam' tergantung di dalamnya. Dalam
> hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia
> lain kat Tanzania ni muka macam Daim?
>
> Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang
> 'albino' jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)
>
> Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai
> bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar
> yang besar itu.
>
> "For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim
> Zainuddin. We've got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself
> plus nine branches in Eastern Europe," katanya dalam 'accent' Afrikanya yang
> pekat itu.
>
> Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi 'ranking' orang-orang terkaya
> di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.
>
> Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang
> sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus 'low profile'...seperti
> mana 'Daim Yang Diam'.
>
> Siapa kata Melayu tak hebat?
>
> (Dua tahun lepas ICB menerima anugerah 'Bank Terbaik 2006' daripada The
> Banker di London.)
>
>
> NORAZLIN
>
> --
> www.pemudabijan. blogspot. com 
>
> www.kelabperantauje li.wordpress. 
> com
>
> Blogger's Team: Adnan/Badri/ Azni/Shamsul/ Zee/Cham
>
>
>  
>


Help Palestine [hidayahnet] Mandi wiladah dulu lebih afdal

2010-03-29 Thread mohd naim mohd zain
PERLUKAH mandi wiladah sedangkan perempuan itu dalam keadaan hadas besar? Saya 
pernah membaca kedua-dua mandi itu disekalikan kerana ia hadas besar.

REEN Kuala Lumpur.
 
PERKARA yang mewajibkan mandi adalah bersetubuh, keluar mani, mati, perempuan 
haid, nifas dan wiladah. Islam mewajibkan mandi wiladah kerana melahirkan anak 
yang antara lain bertujuan untuk menyucikan dan mengembalikan kesegaran badan.

Walaupun dibenarkan untuk menyekalikan mandi wajib kerana terus ada nifas, 
adalah lebih utama mandi wiladah dulu kerana darah nifas akan berterusan 
sehingga 40 hari.
 
Dr Salam


  

Stay in loop with all your friends on Yahoo! Messenger. Simply add them from 
your email or social networks today!
http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Help Palestine [hidayahnet] Isteri jatuh cinta teruna 20-an

2010-03-29 Thread mohd naim
APAKAH hukumnya jika seorang isteri jatuh cinta terhadap seorang teruna berusia 
20-an? Hubungan saya dengan suami sudah tidak sehaluan membuatkan rumah tangga 
kami goyah.

Suami saya jarang memberikan nafkah. Dia mempertikaikan tanggungjawabnya 
sedangkan saya bekerja, mendapatkan wang bagi menanggung anak. Ini membuatkan 
saya bosan.
 
Bagaimanapun, teruna berkenaan selalu memberikan semangat serta mengambil berat 
mengenai saya sehingga sanggup menerima saya dan anak jika tiada lagi jodoh 
bersama suami. Teruna berkenaan mempunyai kekasih hati dan menyatakan 
kekasihnya itu tidak sesuai dengannya. Malah, teruna itu mendakwa mempunyai 
keserasian dalam perhubungan. Sehingga saat ini kami masih menjaga batas 
hubungan cuma perasaan saja yang sering mengganggu saya.
 
MIEZA, Kuala Lumpur
 
SEBAGAI seorang wanita yang bergelar isteri, anda hendaklah mengelak daripada 
jatuh cinta kepada orang lain. Hukumnya haram bercinta dengan orang lain selain 
suami.

Bagaimanapun, latar belakang keluarga sendiri yang sudah goyah menyebabkan 
perkara begini berlaku. Untuk mengelak anda terjerumus dalam keadaan dosa 
kepada Allah dan suami, Islam memberi peluang kepada suami isteri untuk 
berdamai terlebih dulu. Dengan itu rumah tangga terus dapat dikekalkan.

Islam membenarkan seorang isteri menuntut cerai jika mendapati dia dilayan 
secara buruk oleh suami seperti tidak diberi nafkah atau ada alasan kukuh 
menurut syarak untuk berbuat demikian.

Ini termasuk suami jahat sehingga isteri tidak mampu hidup bersama. Rasulullah 
s.a.w mengingatkan wanita Islam dalam hal ini: "Apabila saja seorang isteri 
meminta talak kepada suaminya tanpa alasan yang jelas, haram baginya bau 
syurga." (Hadis riwayat Abu Dawud).

Perceraian penyelesaian terakhir dalam menyelesaikan kemelut keluarga. Dengan 
itu kedua-dua bekas suami isteri dapat hidup bahagia dengan pasangan 
masing-masing dalam perkahwinan seterusnya. Islam juga tidak menggalakkan hidup 
membujang.


  

Firefox 3 Faster, More Secure, Customisable and FREE.
http://my.downloads.yahoo.com/firefox/

Help Palestine [hidayahnet] Masalah Syed, Syarifah

2010-03-29 Thread mohd naim mohd zain
SAYA mengenali seorang wanita berketurunan Syed/Syarifah. Saya berniat 
mendirikan rumah tangga dengannya, tetapi mendapat tentangan keluarganya kerana 
berpendapat keturunan mereka tidak boleh berkahwin dengan orang biasa. Mereka 
mengatakan keturunan mereka mendapat keistimewaan di akhirat nanti dan akan 
diasingkan daripada orang biasa.
 
Mereka tidak mahu memutuskan nama Syed itu kerana percaya anak cucu mereka 
tidak akan dapat bersama mereka di akhirat nanti. Bagaimana mahu membetulkan 
kembali kepercayaan mereka yang mengamalkan perkara ini?
 
JOE
Selangor

SUDAH menjadi lumrah, keluarga sangat memilih dalam soal jodoh. Ini bertepatan 
dengan hadis Rasul s.a.w yang bermaksud, "Wanita dinikahi kerana empat perkara 
iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan agamanya, maka pilihlah yang 
beragama, mudah-mudahan kamu akan terpelihara (daripada kefakiran atau 
kesusahan)" (Bukhari dan Muslim).

Anjuran Rasulullah s.a.w dalam memilih jodoh bagi wanita termasuk lelaki yang 
beragama. Ini penting dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga di dunia dan 
juga di akhirat, iaitu satu keluarga sakinah mawaddah warahmah (al-Quran, 
al-Rum (30): 21). Mereka yang memilih bukan berasaskan agama tidak mendapat 
restu daripada Rasulullah s.a.w. Ini kerana berdasarkan kata baginda, taribat 
yadaa-ka yang secara literal bermaksud, terkena tanah kedua-dua tangan engkau. 
Ia adalah suatu bentuk doa berbentuk celaan terhadap mereka yang memilih bukan 
yang beragama mendapat kefakiran (Sabiq, 2000: II: 14, n. 30). Secara umumnya, 
keturunan Syed atau Syarifah adalah keturunan mulia daripada keturunan 
Rasulullah s.a.w dan mementingkan agama. Dengan itu tidak salah mereka 
menetapkan pasangan bagi anak gadis mereka daripada keturunan Syed juga. Ini 
termasuk dalam calon yang sekufu, iaitu setaraf daripada sudut keturunan. 
Bagaimanapun, apabila keluarga perempuan bersetuju
 dengan pilihan anak gadis mereka adalah tidak salah untuk menjodohkannya 
dengan bukan keturunan Syed. Lebih-lebih apabila calonnya adalah orang yang 
beragama.

Kepercayaan mereka berkenaan hendaklah berdasarkan ketentuan Allah. Allah 
menetapkan bahawa orang bertaqwa mendapat tempat yang mulia di sisi Allah tanpa 
melihat kepada jantina, keturunan dan bangsa. Ini jelas apabila Allah 
berfirman, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki 
dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya 
kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah 
orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi 
Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. (al-Quran, al-Hujurat (49) : 13)


  
"_
Try the new Yahoo! Messenger 10 Beta. Now with real-time updates, enhanced 
video-calls and more! Check it out at http://malaysia.messenger.yahoo.com/";

Help Palestine [hidayahnet] Sajian Lazat, Halal dan Menjimatkan - hantar ke rumah / pejabat

2010-03-29 Thread Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
Makan



 Tengahari & Makan Malam atau sajian dalam pantang dihantar ke rumah
 / pejabat

SAJIAN BULAN APRIL - MENU
ISTIMEWA MASAKAN DARI RUMAH - Halalan Toyibban dan tanpa MSG
Kini
boleh dilanggan diseluruh Lembah Klang , Putrajaya, Bangi, Seri
Kembangan, Balakong, Cheras, Ampang, Pandan, Johor Bahru, Skudai, Port
Dickson, Melaka, Kuantan, Kemaman, Pulau Pinang,
Kulim, Kedah, Klang,
KLIA, KLCC, Shah Alam, Nilai, Pasir Gudang, Ipoh, Rawang , Selayang,
Sungai Buloh, Selangor.
TEMPAH



 LANGGANAN ANDA SEKARANG. HUBUNGI 1700 800 363 atau layari
www.mangkuktingkat.com
MENU BULAN APRIL 2010

Langgan Sajian Untuk Bulan April 2010 dan
Rebutlah Promosi Double Tingkat dengan menerima DUA HADIAH berganda.
1. Baucer bernilai RM10 dari
AllReload2.
Diskaun 10% untuk pembelian di Kids.net.my

PERCUMA untuk
pelanggan-pelanggan MangkukTingkat.com  


Langganan untuk makan pada bulan April 2010
kini dibuka dan akan ditutup pada 29 Mac 2010 jam 2.00 petang.
Layari www.mangkuktingkat.com
 atau hubungi 1700 800 363 SEKARANG !!



MangkukTingkat.com
adalah merupakan satu inisiatif
dari sekumpulan suri rumah yang bernaung di bawah Yayasan Pembangunan
Nur Hikmah.
Mereka secara usahasama
menyediakan sajian hidangan tengahari dan makan malam untuk dinikmati
oleh anda yang sibuk serta tiada masa untuk memasak untuk
keluarga.Hidangan tersebut kemudiannya boleh anda tempah untuk dihantar
terus ke tempat kerja atau ke rumah anda.

Diuruskan
sepenuhnya



 oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di bawah Program
MangkukTingkat.com. Bertujuan menyediakan makanan yang berkualiti
dengan harga yang sangat berpatutan untuk semua orang.

LAYARI www.MangkukTingkat.com


Para surirumah yang
mempunyai pengalaman memasak untuk lebih dari 5 orang adalah dipelawa
untuk menyertai program mangkuktingkat.com sebagai PEMBEKAL bagi
pelanggan-pelanggan dikawasan berhampiran anda.

Program
ini bertujuan memberi peluang kepada suri rumah sepenuh masa untuk
mendapatkan pendapatan tambahan melalui penyediaan sajian makan
tengahari dan makan malam untuk pelanggan-pelanggan MangkukTingkat.com
diseluruh negara.


Untuk mendaftar sila klik BORANG PENDAFTARAN
atau layari
 www.mangkuktingkat.com atau klik pada link ini  
http://www.mangkuktingkat.com/06/index.php/Pendaftaran-Pembekal/

Anda



 akan dihubungi untuk sesi temuduga.


  
_
Adding more friends is quick and easy. Invite your friends from Hotmail, Gmail 
to Yahoo! Messenger today! http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Help Palestine [hidayahnet] Agar Diri Dan Liqa Kita Berkah

2010-03-29 Thread Hasan Abdurrahim
http://www.dakwatuna.com

Agar Diri Dan Liqa Kita Berkah

Oleh: Musyaffa Ahmad Rohim, Lc 
--

*dakwatuna.com -* Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja
aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) shalat dan
(menunaikan) zakat selama aku hidup (Maryam: 31)

Dalam banyak momentum, kita sering mendengar ungkapan: laisat al-’ibrah bi
al-katsrah, innamâ bi al-barakah (yang penting bukan banyak, tapi berkah).
Ada lagi ungkapan: al-harakah fîhâ al-barakah (keberkahan ada pada
pergerakan).

Saya tidak dalam konteks mengemukakan dalil atas dua ungkapan di atas. Akan
tetapi, saya hanya ingin menekankan pada kosa kata barakah yang berarti
keberkahan.

Menurut dalil-dalil Al-Qur’ân dan Al-Hadîts, banyak sekali hal-hal yang
dinyatakan memiliki keberkahan, misalnya Al-Masjid Al-Aqshâ, Allâh
–subhânahu wa ta’âlâ- menyatakan bahwa sekelilingnya adalah tempat yang
diberkahi oleh-Nya (Al-Isrâ’: 1).

Misalnya lagi adalah Al-Qur’ân, Kitâb Allâh, ia adalah kitab yang Mubârak
(diberkahi oleh Allâh –subhânahu wa ta’âlâ). (Al-An’âm: 92, 155),
(Al-Anbiyâ’: 50), (Shâd: 29), bahkan bukan hanya Al-Qur’ân yang diberkahi,
akan tetapi, malam waktu turunnya yang pertama kali juga merupakan lailatun
mubârakatun (malam yang diberkahi oleh Allâh –subhânahu wa ta’âlâ-)
(Al-Qadar: Al-Dukhân: 3), malaikat yang membawanya turun juga malaikat yang
mubârak, nabi yang menerimanya juga merupakan nabi yang mubârak, umat yang
menerimanya adalah ummatun mubârakatun (umat yang diberkahi), tempat
turunnya juga merupakan tempat yang mubârak dan semua yang berkaitan
dengannya adalah mubârak, sebab memang turun dari Dzât yang tabârak (yang
keberkahannya terus bertambah dan bertambah) (Al-Furqân: 1).

Lalu, adakah ayat yang secara eksplisit menjelaskan bahwa di dunia ini
adalah manusia yang mubârak? Dan adakah keberkahan manusia itu dapat
diupayakan, dalam arti, mungkinkan manusia “biasa” menghiasi diri dengan
suatu sifat dan akhlaq tertentu, atau ia melakukan sesuatu, lalu karenanya
ia menjadi manusia yang mubârak? Dan jika pertanyaan seperti ini kita bawa
kepada liqâ-ât (pertemuan-pertemuan) dan ijtimâ’ât (rapat-rapat) yang
manusia “modern” tidak dapat terlepas darinya, adakah di dunia ini liqâ-ât
atau ijtimâ’ât yang mubârakah?

Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan seperti ini, marilah kita ikuti
potongan dari sebuah surat yang ditulis oleh Ibn Al-Qayyîm kepada Alâ’
al-Dîn, seorang “saudaranya”.

Ibn Al-Qayyîm menulis demikian:

Dengan menyebut nama Allâh, Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

Allâhlah Dzat tempat kita meminta Yang Diharap Keterkabulannya. Semoga Dia
berbuat ihsân kepada al-akh ‘Ala’ al-Dîn di dunia dan akhirat, menjadikannya
orang yang bermanfaat dan membawa keberkahan di mana pun ia berada. Sebab,
keberkahan seseorang ada pada:

   - Pengajarannya terhadap segala macam kebajikan di mana pun ia berada,
   dan
   - Nasehat yang ia berikan kepada semua orang yang ijtimâ’ (berkumpul,
   rapat) dengannya.

Saat menceritakan tentang nabi ‘Îsâ –’alaihi al-salâm- Allâh –subhânahu wa
ta’âlâ- berfirman:

“Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada”.
(Maryam: 31)

Nabi ‘Îsâ – ‘alaihi al-salâm- menjadi manusia yang membawa berkah adalah
karena ia:

   1. Menjadi guru kebajikan
   2. Juru dakwah yang menyeru manusia kepada Allâh –subhânahu wa ta’âlâ-
   3. Mengingatkan manusia tentang Allâh –subhânahu wa ta’âlâ-
   4. Mendorong dan memotivasi manusia untuk taat kepada Allâh –subhânahu wa
   ta’âlâ-

Inilah bagian dari keberkahan seseorang, siapa saja yang tidak memiliki hal
ini, maka, ia telah kosong dari keberkahan, keberkahan eksistensi dan
ijtimâ’ (berkumpul, rapat) dengannya telah dihapus, bahkan, keberkahan
orang-orang yang liqâ’ (bertemu) dan ijtimâ’ (berkumpul, rapat) dengannya
juga dihapuskan, sebab, ia hanyalah:

   1. Membuang-buang waktu dalam kehidupan, dan
   2. Merusak hati.

Dan semua âfat (bencana, problem, musykilah) yang datang kepada seorang
manusia, penyebabnya adalah waktu yang tersia-sia dan hati yang rusak, dan
keduanya merupakan akibat dari:

   1. Tersia-sianya “posisi” dia di sisi Allâh –subhânahu wa ta’âlâ-, dan
   2. Turunnya tingkatan dan kedudukan dia di sisi Allâh –subhânahu wa
   ta’âlâ-

Oleh karena inilah, sebagian masyâyikh berpesan:

“Waspadalah, jangan mukhâlathah (berkumpul, bergaul) dengan seseorang yang
menyebabkan waktu terbuang sia-sia dan menyebabkan hari rusak, sebab, jika
waktu telah terbuang sia-sia, dan hati rusak, maka segala urusan manusia
menjadi berantakan, dan ia termasuk dalam cakupan firman Allâh –subhânahu wa
ta’âlâ-:

“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari
mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu
melewati batas”. (Al-Kahfi: 28).

Dan siapa saja yang mencermati keadaan manusia di bumi ini, ia akan
mendapati bahwa mereka – kecuali sangat-s

Help Palestine [hidayahnet] wali tidak fasik

2010-03-29 Thread mohd naim mohd zain
SEKIRANYA seorang bapa pernah menodai anak perempuannya kemudian dia menjadi 
wali pernikahannya, adakah sah perkahwinan itu? Ini kerana antara syarat 
menjadi wali ialah seseorang itu mesti adil.

ANA, Johor
 
JAWAPAN ANTARA syarat wali ialah ia tidak fasik. Perbuatan menodai anak sendiri 
adalah perbuatan fasik (derhaka kepada Allah). Dengan sebab itu dia perlu 
bertaubat. Apabila dia sudah bertaubat, sah perkahwinan itu kerana wali telah 
memenuhi syarat.

Sebaliknya, apabila wali didapati fasik, gila atau mati, perwalian nikah 
berpindah kepada wali ab'aad. Contohnya daripada bapa kandung kepada datuk 
lelaki sebelah bapa ke atas, saudara lelaki seibu sebapa dan seterusnya. 
Sekiranya tiada lagi perwalian khassah, perwalian berpindah kepada perwalian 
'ammah (wali raja).

heading: Hukum pamer gambar manusia di rumah SAYA kurang jelas hukum meletak 
atau menggantung gambar atau patung manusia, binatang atau objek lain di dalam 
rumah.

Apakah jenis gambar, patung atau objek yang dibenarkan Islam untuk diletakkan 
di dalam rumah? Adakah gambar keluarga dan sahabat juga tidak dibenarkan? WAN, 
Kuala Lumpur JAWAPAN ISLAM melarang meletakkan patung manusia, binatang atau 
objek lain di rumah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya 
tuan punya gambar ini akan disiksa pada hari kiamat lalu akan dikatakan 
kepadanya: "Hidupkan barang yang dijadikan dan sesungguhnya malaikat tidak akan 
masuk rumah seseorang selagi di dalamnya ada gambar (patung)." (Hadis riwayat 
Bukhari).

Hanya dalam keadaan tertentu patung dibenarkan seperti yang diriwayatkan dalam 
hadis bahawa Jibril a.s. pernah meminta izin daripada Nabi s.a.w untuk masuk 
rumahnya, kemudian kata Nabi kepada Jibril: "Masuklah! Tetapi Jibril menjawab: 
Bagaimana saya hendak masuk sedang di dalam rumahmu ada cadar dinding yang 
penuh gambar! Tetapi kalau kamu mahu terus menggunakannya, maka putuskanlah 
kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantal atau buatlah tikar (tikar 
lantai)." (Hadis riwayat Nasa'i dan Ibnu Hibban) Ia hendaklah tidak sempurna 
sehingga tidak nampak dibesarkan dan dimuliakan. Begitu juga dengan patung 
mainan bagi kanak-kanak, ia dibenarkan kerana bukan dibesar-besarkan.

Manakala lukisan benda hidup seperti manusia dan binatang tidak dibenarkan 
menurut hadis di atas. Bagaimanapun, lukisan pemandangan alam masih dibenarkan.

Fotografi menerusi kamera dan sebagainya, ia diharuskan apabila mematuhi ajaran 
agama dalam berpakaian dan menutup aurat. Ia juga dilihat berlainan dengan 
lukisan yang melakar ciptaan sendiri. Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit 
menyatakan fotografi adalah tangkapan imej kepada benda yang benar menerusi 
kamera. Cara itu sedikitpun tidak ada larangannya (Qardawi, 1995: 117). 
Menggantung gambar atau potret di dalam rumah diharuskan apabila memenuhi 
beberapa syarat. Antaranya, pertama, ia tidak dibesar-besarkan; kedua, bukan 
gambar orang yang zalim, ateis, berakhlak buruk dan sebagainya; ketiga, tidak 
mengganggu tumpuan atau khusyuk beribadat; dan keempat, bukan gambar yang 
bertentangan dengan ajaran agama dan tata susila. heading: Kaedah terbaik bayar 
zakar APAKAH cara terbaik menunaikan zakat? Adakah kita wajib mengeluarkannya 
di pusat pungutan zakat atau memberikan terus kepada orang yang layak atau cara 
ini hanya dianggap sedekah? JOHAN, Pahang. Jawapan
 ZAKAT boleh dibayar di pusat pungutan zakat atau melalui amilnya (pengutip) 
atau memberi terus kepada golongan yang layak menerima zakat. Walau 
bagaimanapun, wang yang dibayar melalui pusat pungutan zakat mempunyai banyak 
kelebihan. Ini kerana wang yang terkumpul itu akan diagihkan secara sistematik 
kepada pelbagai golongan yang layak. Berkenaan pemberian sendiri kepada asnaf 
(golongan yang layak) ia dianggap sedekah adalah tidak tepat. Pengeluar zakat 
tentu berniat zakat dan bukan sedekah pada awal-awal lagi, sesuai sabda 
Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan ditentukan dengan niat." 
HEADING: Sedih tak tahu baca al-Quran SAYA tidak tahu membaca ayat suci 
al-Quran tetapi saya tahu menunaikan solat fardu. Saya belajar solat sejak 
kecil ketika di sekolah rendah malangnya sehingga kini saya masih tidak tahu 
mengaji al-Quran. Saya malu dengan diri sendiri. Jauh di sudut hati saya memang 
ingin membaca al-Quran seperti orang lain. Saya takut
 menghadapi hari mendatang dan hampir setiap malam sebelum tidur saya menangis 
mengenangkan kekurangan saya. WAWA, Johor JAWAPAN ANDA belum terlambat untuk 
mempelajari al-Quran. Ini kerana banyak tempat seperti masjid dan surau yang 
menyediakan kelas mempelajari al-Quran. Anda boleh mendapatkan guru al-Quran 
secara persendirian jika mampu. Kaedah baru membaca al-Quran seperti kaedah 
iqra' atau qiraati dapat mempercepatkan penguasaan al-Quran. Apa yang penting 
semangat terus belajar. Di samping itu buanglah rasa malu dan rendah diri dalam 
mempelajari ilmu terutamanya al-Quran.


  
___

Help Palestine [hidayahnet] Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam

2010-03-29 Thread mohd naim mohd zain
Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama 
Islam.

Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan 
hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun 
oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar 
pemerintah.

Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya 
oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan 
kehendak pemerintah.

Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir 
terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak 
pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara 
kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu 
hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan 
menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana 
didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk 
menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. 
Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum 
pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan 
hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan 
minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah 
kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang 
wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Menjana Sambil Beramal Jariah



  

Stay in loop with all your friends on Yahoo! Messenger. Simply add them from 
your email or social networks today!
http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Help Palestine [hidayahnet] Tak tahan suami kaki judi

2010-03-29 Thread mohd naim mohd zain
SAYA berkahwin kira-kira enam tahun. Akhir-akhir ini, saya mengesyaki suami 
menipu mengatakan dia bekerja tetapi sebenarnya ke Genting Highlands, mungkin 
untuk berjudi. 
Saya mengetahui pergerakan suami dengan memasang alat 'friend and family 
finder' apabila kita boleh mengetahui lokasi seseorang melalui frekuensi 
telefon bimbitnya. 

Suami juga panas baran dan jarang bersolat kecuali bila dia rasa senang, tapi 
hanya sembahyang Jumaat. 

Saya sudah lama bersabar dan menasihatinya berkali-kali. Saya tidak mahu makan 
duit haramnya, tapi dia marahkan saya.

Saya sayangkan dia, tapi ada masanya hendak berpisah apatah lagi rasa ini tidak 
dirahmati Allah apabila hidup dan tinggal dengan kaki judi.

Apa hukum makan duit daripada perjudian dan bolehkah saya berpisah dengan suami 
kerana perbuatannya itu?

AZIMMIZA

Kuala Lumpur

JUDI adalah penyakit masyarakat yang banyak membawa kesan buruk kepada 
individu, keluarga dan negara. Sebab itu Islam mengharamkan perjudian.

Ini jelas apabila Allah berfirman: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) 
mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada 
pula manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada 
manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan 
(dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan 
(kamu)". Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-Nya (keterangan 
hukum-Nya) supaya kamu berfikir. (al-Quran al-Baqarah ayat 219).

Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan 
mengundi nasib dengan batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada 
perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. 
Sesungguhnya syaitan itu hanya bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan 
kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi serta mahu memalingkan kamu 
daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, 
mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau 
kamu masih berdegil)? (al-Quran, al-Maidah ayat 90-91).

Amalan berjudi bertentangan dengan Islam yang menuntut umatnya berusaha keras 
secara bekerja. Berjudi adalah cara mudah bagi mendapatkan wang tanpa bekerja. 
Harta yang ada pula dihabiskan secara tidak sah dan dilarang apabila terbabit 
dengan judi. Islam melarang perpindahan harta secara tidak sah tanpa jual beli 
dan sebagainya. Judi juga boleh membawa permusuhan dalam keluarga dan 
masyarakat. Mereka yang terbabit dalam aktiviti perjudian akan mengabaikan 
tanggungjawab dan kewajipan agama, keluarga dan masyarakat. Dengan sebab itu, 
mana-mana individu dan masyarakat yang mengamalkan budaya judi akhirnya akan 
hancur. 

Apabila suami menjadi kaki judi dan banyak nasihat sudah diberikan, anda boleh 
memilih untuk berpisah dengannya. Lebih-lebih lagi apabila suami tidak 
menjalankan tanggungjawab keluarga seperti memberi nafkah dan sebagainya. 
Mudah-mudah ia membawa keinsafan kepada suami dan kebaikan kepada anda.


  
___
Connect instantly with friends on your blog and personal website. Create your 
latest Pingbox today! http://my.messenger.yahoo.com/pingbox

Help Palestine [hidayahnet] Baiki Alat Elektrik Rumah ke Rumah

2010-03-29 Thread Rozmal bin Malakan
Perkhidmatan membaiki peralatan elektrik dari rumah ke rumah di sekitar Rembau 
seperti :
- mesin basuh
- kipas siling
- pemanas air
- penghawa dingin dan sebagainya 

Sila hubungi  Awang 012-3051162



  


Help Palestine [hidayahnet] Melayu telah dijajah oleh Orde Baru Dunia

2010-03-29 Thread Suara N9
Sila baca betul-betul artikel di bawah. Sedang Melayu bergaduhan di Parlimen, 
masing-masing tuduh menuduh menjadi agen asing.

Hakikatnya Melayu telah dijajah oleh Orde Baru Dunia

*** 
COCA-COLA, THE CIA, and the COURTS
Part One of a Series
by Sherman H. Skolnick 
http://www.skolnicksreport.com/cocaccc.html 

Early on in their history, The Coca-Cola Company assisted the U.S. in 
espionage. When the company set up bottling plants and distribution facilities 
in a new country, sent in were spy operatives. 

The Coca-Cola Company and other old-time imperial firms having an entrenched 
interest to have Cuba as a puppet colony, participated with CIA. 

With the U.S. Senate subcommittee hearings on Iran-Contra late in the 1980,s, 
the CIA-Coca-Cola link was dealt with. 

Feeding on lush revenue of Coke ads, the press whores are not about to run news 
items or documentaries pointing out the reportedly close link between The 
Coca-Cola Company, covert operations of the American CIA, and the criminal 
cartel. 

Coke reportedly uses worldwide, mafia-type strong-arms to assure distribution 
and wreck competitors. 

Such as making soda pop competitors' refrigerator units in stores to 
over-night, disappear. In some places it is the traditional Sicilian and 
Italian mafia. In other places, former Soviet Secret Police agents the KGB, 
like in the U.S. and current Russia, called the mafiya. Elsewhere used 
reportedly are the numerous Japanese underworld, the Yakuza. 

Further, France and other European countries are accusing Coke of using some of 
their methods and satellite operations to assist and as a cover for Echelon, 
the super "Big Brother" gobbling up most everyone's private details and 
tracking, through key words, what most everyone communicates with anyone else 
in the world. 

>From the beginning, Coca-Cola always had a trace of cocaine. 

Over the years, doctors treating stomach ailments quietly used a mixture 
containing Coca-Cola syrup base. 

The acids in Coke cleared the plumbing almost as good as the high-priced 
hardware store stuff. 

They are the largest importer in the western world of coca leaves, used for 
Coke's base. A by-product, as admitted by the Stepan boss, is cocaine sold by 
them to the pharmaceutical industry. 

The cocaine trace made it addictive. So did the sugar content, according to 
some nutritionist. 

Detail link http://www.skolnicksreport.com/cocaccc.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] Bukan Islam mahu belajar al-Quran

2010-03-29 Thread mohd naim mohd zain
Soalan
SAYA mempunyai seorang kawan yang bukan beragama Islam, tetapi dia mempunyai 
keinginan untuk belajar membaca al-Quran. Apakah hukum orang yang bukan 
beragama Islam memegang al-Quran?

AKMAL
Kelantan


Jawapan

KEINGINAN kawan bukan Islam untuk membaca dan mempelajari al-Quran sangat baik.
Al-Quran adalah kitab mukjizat yang banyak memberi hidayah kepada manusia.

Dengan itu hasrat beliau perlu disambut baik. Islam pula membenarkan bukan 
Islam membaca dan mempelajari al-Quran supaya dapat membuka hati kepada ajaran 
Islam yang sebenarnya.

Dalam pada itu anda boleh menerangkan kepada beliau kedudukan kitab suci 
al-Quran yang perlu dihormati dan dijaga.

Ini jelas apabila Allah berfirman: “Bahawa sesungguhnya itulah Al-Quran yang 
mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan). Yang tersimpan dalam kitab 
yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang 
diakui bersih suci [al-mutahharun].” (al-Quran, al-Waqi‘ah (56): 77-79)
Berkenaan hukum bukan Islam memegang al-Quran terdapat perselisihan pendapat.

Ada pendapat yang tidak membenarkan bagi menjaga kesucian al-Quran.

Ini termasuk kepada wanita dalam haid, mereka yang berhadas besar, tidak 
berwuduk dan juga bukan Islam. (al-Quran, al-Tawbah (9):28).

Ada pendapat yang membenarkannya. Ini termasuk kepada kanak-kanak yang belum 
baligh kerana masih tidak mukallaf. (Ibn Rushd, 2000: I: 72-73; 83-84).

Sebab perselisihan adalah berpunca daripada kefahaman ayat surah al-Waqi‘ah di 
atas. Antaranya berkenaan maksud istilah al-Mutahharun, ia sama ada bermaksud 
umat manusia (Bani Adam) atau malaikat.

Seterusnya perselisihan timbul sama ada ia suatu bentuk khabar (pernyataan) 
yang membawa kepada larangan atau semata-mata penyataan tanpa ada larangan.
Dengan itu memegang al-Quran (mushaf) dalam keadaan biasa adalah diharuskan 
apabila dapat dijaga kesuciannya.
 
Fikrah Dr Salam


  
___
Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist.Download it now!
http://malaysia.toolbar.yahoo.com/

RE: Spam Help Palestine [hidayahnet] KOMEN : JANGAN rampas zaman kanak-kanak!

2010-03-29 Thread Abu Samah
Ini semua adalah akibat dari ketaksuban kepada ketua, salah benar dah
tak tau nak membezakan .
Pandangan dah dikaburi oleh imej alim atau percakapan yang mempengaruhi
akal fikiran……akibatnya
dah tak dapat membezakan mana satu dosa atau pahala……

Pernah sorang hamba Allah ( arwah ) di sini terpengaruh, sehingga
bendera UMNO tak bole di pegang.
Jika dipegang kena samak katanya……Masyallah……
Siapa yang nak disalahkan dalam hal niii……beliau mungkin……tapi siapa
yang mempengaruhinya ?.

Jadi jgnlah terlalu taksub, yang kononnya perjuangan utk ugama tapi
tersembunyi nafsu serakah yang
tak kunjung padam…..

Wassallam


-Original Message-
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of BawangGoreng(r)
Sent: Saturday, March 20, 2010 1:02 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Spam Help Palestine [hidayahnet] KOMEN : JANGAN rampas zaman
kanak-kanak!




 JANGAN rampas zaman kanak-kanak!




 Tragedi Siti Nur Zubaidah

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya sedikit ketinggalan untuk memberi komen tentang hal ini kerana
kesuntukan masa dan sibuk pula membaca artikel tentang ini dari pelbagai
sumber untuk mendapatkan info yang tepat tentang ‘tragedi’ ini.
Mengapa saya sebut ‘tragedi’, ya? Masakan tidak, saya sebut tragedi
kerana kanak-kanak berusia 11 tahun ini diculik dan dilarikan oleh
‘suami’ selama 20 hari dan ditinggalkan pula seorang diri di sebuah
surau yang jauh beratus kilometer dari kampung halamannya, dalam keadaan
lapar dan ketakutan. Bagaimanakah perasaan anda sebagai seorang ibu...
CORRECTION : Bagaimanakah perasaan anda sebagai seorang ayah tegar
‘melepaskan’ anak gadis suntinya mengikut ‘suami’ yang 30 tahun
lebih tua [sebaya anda, lah!] dan sudah beristeri pula?

Sehingga entry ini dimasukkan, saya terbaca di Hmetro 19/03/2010, Siti
Nur Zubaidah masih trauma, kelihatan sugul dan enggan bercakap dengan
ahli keluarganya, terutama ayahnya. Saya dapat bayangkan, kepercayaan
dan perasaan bergantung harap anak ini terhadap ibu dan ayahnya telah
HILANG sama sekali! Sanggupkah kita menenggut kepercayaan anak-anak
terhadap diri kita sendiri? Bagaimanakah masa depan kanak-kanak ini jika
dia tidak lagi mempercayai ibu dan ayahnya sendiri?

Saya masih ingat ketika berusia 10~11 tahun, saya masih tidak tahu
memasak, segala keperluan saya seperti pakaian, makanan dan minuman
semuanya disediakan mak. [NB: Saya start belajar memasak ketika usia 19
tahun... hik.. hik... Itupun sebab merantau ke negara orang dan terpaksa
berdikari]. Apa yang saya buat cuma belajar, bermain teng-teng,
zero-point, konda-konde, batu seremban, menonggang basikal dan belajar,
serta sekali sekala menonton TV cerita kegemaran saya. Pada usia itu
juga, saya sibuk berlatih meniup ‘recorder’ kerana berjaya menempatkan
diri dalam pasukan pancaragam sekolah. Leka bermain hingga ke lewat
petang, kadang-kadang mak yang jerit, “Pergi mandi, dah nak maghrib
ni!” Itulah saya, pada usia 10~11 tahun. Saya percaya, kanak-kanak
zaman sekarang juga masih berperangai seperti saya, cuma corak permainan
sahaja yang berbeza.

Beberapa kes perkahwinan baru-baru ini seolah-olah mengeksploitasi dunia
seorang kanak-kanak. Kita seperti kembali ke zaman 60-an dan 70-an dulu
apabila isu kahwin budak timbul kembali. Mungkin benar, dulu budak
seusia 10 tahun sudah pandai membasuh, mengemas, menjaga adik dan juga
memasak. Ini adalah prasyarat utama bagaimana dulu rata-rata pada usia
ini mereka sudah dikahwinkan. Perlu berbalik pada realiti zaman ini,
pada usia 10 tahun, kanak-kanak ini masih aktif bermain, belajar dan
kurang arif menguruskan diri masing-masing apatah lagi diminta untuk
mengemudi sebuah perkahwinan.

SADiS sungguh rasanya melihat dua kes perkahwinan yang berlaku di
Kelantan membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan
lelaki berusia 41 tahun di Jelawang, dan satu lagi kanak-kanak perempuan
berusia 10 tahun yang berkahwin lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas.
Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana perasaannya jika anak saya sendiri
dan mungkin ahli keluarga terdekat kita mengalaminya. Perit dirasai
apabila zaman remaja kanak-kanak itu dirampas dan tidak akan merasai
alam remaja dan terus masuk ke alam dewasa disebabkan tanggungjawab
sebagai isteri.

Seorang lelaki fitrahnya, mesti menginginkan si isteri berfungsi dengan
baik untuk menguruskan rumah tangga. Saya cuba menggambarkan apakah
kesudahannya jika si isteri yang masih lagi kecil ingin terus
bermain-main, tidak menguruskan rumahtangga dan gagal untuk mendidik
zuriat yang dilahirkan. Suami mungkin boleh bersabar lagi dalam tempoh
dua atau tiga tahun pertama tetapi bagaimana tahun berikutnya?

Kanak-kanak berusia 10 tahun secara LOGiKnya, masih belum matang untuk
mengetahui hakikat sebuah perkahwinan. Mereka masih perlu did

Help Palestine [hidayahnet] Usah 'hampiri' sebelum suci

2010-03-29 Thread mohd naim mohd zain
HAID isteri saya berhenti dan kering tetapi dia belum mandi wajib. Dalam 
keadaan itu, adakah suami boleh menyetubuhi isteri?
 
SIRAH, Pulau Pinang
 
ISTERI yang berhenti haid tetapi belum mandi wajib tidak harus disetubuhi. 
Menurut pandangan Imam Maliki, Shafie dan majoriti ulama, isteri hendaklah 
mandi wajib terlebih dulu sebelum dibenarkan menjalin hubungan seks dengan 
suami (Ibn Rushd, I: 94). Berkaitan dengan hubungan suami isteri ketika isteri 
datang haid dan waktu haid, Allah swt menjelaskannya dalam firman-Nya: "Dan 
mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai haid. Katakanlah: Darah haid 
itu suatu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada 
perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) ketika haid dan janganlah kamu 
hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Apabila mereka sudah 
bersuci maka datangilah mereka seperti yang diperintahkan Allah kepada kamu.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang 
yang sentiasa mensucikan diri." (al-Qur'an, al-Baqarah (2): 222).

Bagaimanapun, Imam Abu Hanifah dan kalangan pengikutnya mengharuskan hubungan 
seksual apabila sudah suci (kering) daripada haid, sebanyak bilangan maksimum 
waktu haid, iaitu 10 hari waktu haid menurut pandangan mereka. Imam al-Auza'i 
dan Ibn Hazm mengharuskan hubungan itu apabila isteri terlebih dulu membasuh 
kemaluannya (Ibid). Saya menyokong pandangan majoriti ulama kerana lebih cermat 
dan baik. Bagaimanapun, jika dalam keadaan terpaksa sangat (darurat), pandangan 
minoriti bolehlah dipakai. Ayat di atas juga Allah s.w.t menjelaskan kedatangan 
haid adalah sebahagian fitrah kejadian wanita. Haid menyebabkan wanita berada 
dalam keadaan tidak suci. Justeru, Islam melarang perhubungan suami isteri 
ketika haid. Bagaimanapun, Islam masih lagi membenarkan perhubungan biasa suami 
isteri. Islam tidak seperti agama Yahudi yang mengasing terus isteri ketika 
isteri dalam keadaan haid.


  
_
Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for 
Yahoo! to put your mind at peace. It's free. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Help Palestine [hidayahnet] JANGAN MENGELUH

2010-03-29 Thread Hafiz Muhamad Nor
*JANGAN MENGELUH ……….* 

Kita selalu Bertanya……..dan Al-Quran sudah menjawabnya…..

*
KITA BERTANYA :** KENAPA AKU DIUJI?* *
QURAN MENJAWAB*
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami
telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta.” *
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3*
*
KITA BERTANYA : **KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?* *
QURAN MENJAWAB*
“Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” *
– Surah Al-Baqarah ayat 216*
*
KITA BERTANYA : **KENAPA UJIAN SEBERAT INI?* *
QURAN MENJAWAB*
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.” *
– Surah Al-Baqarah ayat 286*
*
KITA BERTANYA : **KENAPA RASA FRUST?* *
QURAN MENJAWAB*
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” *
– Surah Al-Imran ayat 139*
*
KITA BERTANYA : **BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?* *
QURAN MENJAWAB*
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
*
KITA BERTANYA : **BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?* *
QURAN MENJAWAB*
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk” *
– Surah Al-Baqarah ayat 45*
*
KITA BERTANYA : **APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?* *
QURAN MENJAWAB*
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka… ? *
– Surah At-Taubah ayat 111*
*
KITA BERTANYA : **KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?* *
QURAN MENJAWAB*
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal.” *
– Surah At-Taubah ayat 129*
*
KITA BERKATA : **AKU TAK DAPAT TAHAN!!!* *
QURAN MENJAWAB*
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” *
– Surah Yusuf ayat 12*
Kalu engko nak mengeluh lagi jom gi ngaji
*
Nota:* *
Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin. Sila sebarkan
peringatan ini untuk ingat mengingati kepada
kebenaran
*
Jangan lupa lawati laman ini: http://suriabatek.blogspot.com/

-- 
Hafiz Bin Muhamad Nor
http://suriabatek.blogspot.com/ - New Sutera Batik Online
http://hafiznor.wordpress.com/
http://www.masarrah.com/ - BATIK SUTERA, KERONGSANG


Help Palestine [hidayahnet] Mengenali Ciri-ciri ‘Ulama

2010-03-29 Thread Brother Nawawi
Mengenali Ciri-ciri ‘Ulama

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Pernah terjadi sebuah kisah di era para sahabat yang diredhai, di mana ‘Umar 
al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu membawa (mengangkat) Ibnu ‘Abbas radhiyallahu 
‘anhu yang masih tersangat muda ke dalam sebuah majlis perbincangan di antara 
para sahabat yang lebih senior (utama) dari kalangan ahli Badar (peserta perang 
Badar). Ini dilakukan oleh ‘Umar adalah di antaranya berdasarkan kepada 
keilmuan Ibnu ‘Abbas yang tinggi dan matang. Ia berlaku tanpa mengira usia dan 
kedudukan. Apatah lagi apabila beliau (Ibnu ‘Abbas) telah didoakan oleh 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan doa, “Ya Allah faqihkanlah dia 
di dalam urusan agama, dan ajarkanlah padanya ilmu ta’wil (ilmu tafsir).”

Begitu juga dengan halnya Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu yang diangkat oleh 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai seorang panglima Perang sejak 
usianya semuda 17 tahun lagi. Dan beliau juga terus diberikan tanggungjawab 
tersebut di era Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu.

Setelah itu, kita juga pasti pernah mendengar tentang imam asy-Syafi’i 
rahimahullah yang dibenarkan memberi fatwa (mengeluarkan pendapat) kepada 
masyarakat seawal usia belasan tahun oleh gurunya.

Dari beberapa situasai yang disebutkan ini, jelas bahawa umur bukanlah ukuran 
yang muktamad untuk menentukan keilmuan seseorang.

Pernahkah kita membaca atau mendengar bagaimana imam Malik bin Anas, imam Ahmad 
bin Hanbal, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, dan beberapa ulama lainnya yang 
berfatwa dari dalam penjara? Jika kita perhatikan dari kisah ini, bukankah ia 
juga dapat menterjemahkan kepada kita bahawa kriteria seseorang ulama itu 
bukanlah semestinya mereka berada di dalam barisan Majlis Fatwa Negara, Dewan 
Ulama, atau pun yang menyandang jawatan-jawatan khas hal ehwal agama tertentu 
di dalam Negaranya. Bahkan pernah terjadi di zaman mereka ini orang-orang yang 
menyandang jawatan keagamaan adalah dari kalangan Jahmiyah dan Muktazilah yang 
menyelewengkan begitu banyak perkara-perkara agama.

Di dalam beberapa kisah yang lain pula, pernah berlaku di mana 'Ali 
Radhiyallahu ‘anhu mengerahkan tentera memerangi sekumpulan manusia yang tekun 
beribadah seperti rajin solat malam, selalu berpuasa, dan membaca al-Qur’an, 
yang mana akhirnya kumpulan manusia tersebut habis ditewaskan. Ini berlaku 
adalah kerana mereka menyelisihi manhaj para sahabat dalam memahami agama dan 
berpisah dari ketaatan terhadap pemerintah (menjadi pemberontak).

Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis Rasulullah Shallallahu 
‘alaihi wa Sallam dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu yang menjelaskan 
bahawa tekun beribadah semata-mata bukanlah sebuah jaminan bahawa seseorang itu 
berada di atas landasan yang benar, apatah lagi untuk meletakkan mereka di 
dalam barisan alim ulama.

“Akan datang kepada kalian suatu kaum yang kalian akan merasa rendah apabila 
solat kalian dibandingkan dengan solat mereka, puasa kalian dibandingkan dengan 
puasa mereka, amal-amal kalian dibandingkan dengan amal-amal mereka. Mereka 
membaca al-Qur’an (tetapi) tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka meleset 
(keluar) dari (batas-batas) agama seperti terlepasnya anak panah dari (sasaran) 
buruannya.” (Muttafaqun ‘alaihi, dari Abu Sa’id al-Khudri)

Maka, dari itu apakah kriteria-kriteria yang tepat untuk meletakkan seseorang 
itu sebagai manusia yang layak dipanggil atau digelar sebagai ulama? Sekaligus 
tidaklah setiap orang itu bermudah-mudah dalam mengkategorikan sesiapa sahaja 
sebagai ulama yang wajar dijadikan sebagai contoh atau ikutan (diambil 
pendapatnya) dan berhak mengeluarkan fatwa (menyelesaikan masalah masyarakat 
dan umat Islam).

Seorang tabi’in besar, Muhammad bin Sirin rahimahullah berkata:

“Sesungguhnya ilmu ini adalah dien (petunjuk yang memangkin kehidupan), oleh 
itu telitilah dengan baik dari siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Diriwayatkan 
oleh Muslim sebagaimana di dalam Muqaddimah kitab Shahihnya)

Berikut kita perhatikan satu persatu beberapa kriteria utama yang wajar ada 
kepada para alim atau ulama. Seterusnya, kita dapat menjadikan mereka sebagai 
manusia rujukan yang boleh kita ambil pendapat-pendapatnya di dalam pelbagai 
persoalan agama dan permasalahan-permasalahan yang mendatang.

1 – Mereka adalah orang yang paling takut dan paling taat kepada Allah, 
disebabkan mereka sangat mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala berdasarkan ilmu 
yang benar.

“Sesungguhnya dari kalangan hamba Allah yang paling takut (tunduk) kepada-Nya 
adalah para ulama (orang yang berilmu).” (Surah Fathir, 35: 28)

“Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang 
tidak mengetahui?”.” (Surah az-Zumar, 39: 9)

2 – Mewarisi dan menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi Shallallahu 
‘alaihi wa Sallam berupa al-Qur’an, hadis-hadis dan sunnahnya bersertakan 
kefahaman yang benar (faqih).

Daripada Abu Darda’, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya pa

Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Penyakit berbahaya akibat jarang dibelai isteri

2010-03-29 Thread BawangGoreng�
 Penyakit berbahaya akibat jarang dibelai
isteri




Assalamualaikum warahmatullah,

Benarkah lelaki curang sebab isteri malas membelai? Lelaki selalunya akan
memberikan alasan isteri tidak lagi memberikan perhatian atau isteri tidak
lagi mengancam atau isteri itu ini begitu begini, untuk menghalalkan
tindakan mengapa mereka curang. Zalim sungguh kaum Adam, ya. Biar seribu
alasan yang boleh mereka beri, saya ingin mengajak kaum Hawa dan kaum Adam
meluangkan sedikit masa membaca entry kali ini.

Isteri diciptakan untuk menenteramkan hati suami. Seberapa berat pun tugas
dan peranannya dalam rumahtangga, isteri yang baik akan sentiasa bersedia
menyediakan hatinya untuk suami merasakan keselesaan. Mengapa hati? Ya,
kerana hati anda adalah punca kesempurnaan keperibadian anda di sisi suami.

Bayangkanlah jika hati anda sakit, mesti porak peranda isi rumah, anak-anak
disakiti perasaannya, suami pula umpama penjenayah yang dimusuhi. Tiada
sedikit pun kebaikan suami yang diingat, semua terkubur hanya kerana anda
tidak puas hati dengan kesalahan remeh yang dilakukannya.

Jika hati isteri sakit, dia hanya mahu suami memujuk dan membelai, mengalah
dan kalau boleh mencium kaki meminta maaf. Tetapi, dia tidak sedar bahawa
suami pun memiliki hati yang akan terluka jika terus menerus ditekan dan
dipersalahkan atas semua konflik yang berlaku.

Suami juga manusia yang perlukan belaian, kasih sayang dan teman untuk
berkongsi rasa. Dia bukanlah sebuah robot yang hanya tahu menjalankan
tanggungjawap, menyelesaikan tugasan dan menyediakan diri untuk semata-mata
berkhidmat. Suami dan isteri hakikatnya sama-sama memiliki perasaan dan akal
fikiran.

Satu kelemahan yang amat ketara dalam diri suami dan isteri adalah kurangnya
kemahiran membelai pasangan. Bukan hanya isteri yang mempunyai masalah
sebegini, suami pula kadang-kadang memandang remeh masalah ‘sentuhan’ ke
jiwa isteri.

Beban kerja di pejabat yang sudah terlalu berat, ditambah pula usaha mencari
pendapatan sampingan di luar waktu pejabat yang memenatkan fikiran dan tubuh
badan, di rumah suami mesti bertarung pula untuk mempastikan perasaan isteri
tidak tercedera. Masa amat mencemburui mereka berdua, kadang-kadang sentuhan
dan belaian yang diberi seolah-olah sekadar basa-basi sahaja. Lebih teruk
lagi, mereka telah kepenatan dengan komitmen lain sehingga sama-sama rela
tidak dibelai dan membelai.

Apabila mereka lebih banyak menghabiskan waktu dengan teman sekerja dalam
menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain, maka tiada maknanya
perkahwinan itu berdiri. Masing-masing tidak mampu menjalankan fungsi dan
tanggungjawapnya kepada pasangan.

Akibatnya terjadi banyak perceraian dalam kehidupan metropolitan yang
mencabar iman kerana suami dan isteri tidak memiliki masa yang cukup untuk
bersama. Sebenarnya benang yang kusut itu dapat dileraikan jika mereka mahu
berusaha dan bekerja keras mendapatkan kembali belaian dari pasangan
masing-masing. Jadi bagaimana teknik membelai pasangan untuk mereka yang
sibuk?

Berjanjilah untuk menjayakan pertemuan dengan gembira

Sudahlah jarang bersama, masing-masing kepenatan jadi apabila bertemu, ambil
peluang pula untuk bercakaran. Simpan dulu rasa tidak puas hati terhadap
pasangan, tinggalkan dulu pakaian dari dunia luar sana yang penuh tekanan
dan kesedihan, gantilah dengan baju baru, suasana baru dan pembawaan imej
diri yang segar, ceria dan gembira.

Bukan anda seorang saja yang mesti melakukannya, tapi buatlah ‘aku janji’
dengan pasangan anda jika bertemu, kedua-duanya mesti melupakan kesedihan
dan stress dari luar rumah. Pertemuan yang indah tidak akan berjaya jika
suami melampiaskan kemarahannya kepada isteri akibat tekanan dari luar,
begitu pula isteri yang suka merungut di depan suami semua serba tak cukup,
susah dan mengadu perkara-perkara yang tak sedap didengar telinga suami.
Cubalah berjanji dengan pasangan, setiap kali bertemu, anda berdua mesti
melupakan kesedihan dan tekanan sebaliknya meraikan pasangan dengan gembira.

Singkirkan gangguan yang menjejaskan misi romantik

Suami perlu bersedia apabila berjumpa isteri, begitu juga dengan isteri,
sekurang-kurangnya menyikat rambut dan memakai pakaian yang wangi dan
cantik. Mereka mesti pandai membangkitkan syahwat pasangannya dengan
pelbagai gaya romantik, tidak semestinya berakhir dengan hubungan seks,
sekurang-kurangnya sentuhan dan belaian ikhlas itu boleh menenteramkan hati.

Singkirkan rasa malu, takut bertepuk sebelah tangan dan keraguan untuk
membelai pasangan. Kalau anda tidak mulakan, Mungkin tiada peluang lagi
untuk memperbaiki hubungan. Kalau suami mengeluh kepenatan, anda boleh
melakukan urutan untuk melegakannya. Suami mesti adil jika isteri
mennyentuh, sekurang-kurangnya berikanlah respons positif.


Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Jangan Kedekut Memberi Ilmu

2010-03-29 Thread BawangGoreng�
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
 Jangan Kedekut Memberi
Ilmu

  


Assalamualaikum warahmatullah,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu
lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di
mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis
riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian :

1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu
dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah SWT telah
berfirman yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan
kepadamu, “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah, nescaya
Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, “Berdirilah
kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang
beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa
darjat.” Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah
al-Mujaadalah [058], ayat 11)

2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan
umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja
berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan

3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk
masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta
memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak
kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan
pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

Renung-renungkan!

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤


Help Palestine [hidayahnet] Brunei lebih takut laknat Allah

2010-03-29 Thread mohd naim mohd zain
BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin 
menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak 
diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, 
Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang 
melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka 
boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami 
perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP


  

Firefox 3 Faster, More Secure, Customisable and FREE.
http://my.downloads.yahoo.com/firefox/

Help Palestine [hidayahnet] Bunuh ‘malaikat maut’

2010-03-29 Thread mohd naim mohd zain
Oleh Idris Musa dan Muhd Izawan Baharin
a...@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Elemen kepercayaan terhadap alam ghaib termasuk membabitkan 
malaikat yang menjadi perisian terkini permainan konsol PS3 dan Xbox 360 
dikesan semakin diminati generasi muda kerana memberikan keseronokan ekstrem 
kepada pemainnya.

PERSENDA AGAMA...dua permainan konsol yang memerlukan pemain berinteraksi 
dengan perkara ghaib. Melalui permainan itu, sesiapa saja boleh menikmati 
pengalaman baru dengan menatap wajah ‘malaikat maut’ sambil meneroka syurga, 
malah mengalami situasi mencemaskan apabila menjelajah sembilan lapisan neraka.

Namun, ia mempunyai unsur mempersendakan agama apabila permainan dibangunkan 
syarikat antarabangsa seperti Darksiders itu menggambarkan malaikat seperti 
manusia yang bersenjata, bersayap dan berbaju perisai, malah boleh dibunuh 
sesuka hati, sekali gus bertentangan prinsip kepercayaan Islam.

Dante’s Inferno pula berkaitan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan 
pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia 
dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga.

Permainan konsol yang menceritakan era Perang Salib itu juga dikesan berunsur 
lucah kerana turut memaparkan karakter musuh wanita separuh bogel melakukan 
gerakan tarian lucah sebelum menyerang watak pemain.

Tinjauan Harian Metro mendapati cakera video digital (DVD) permainan konsol 
terbabit dijual secara bebas di kedai permainan video, malah tanpa sekatan 
untuk dibeli remaja dan kanak-kanak.
Walaupun tertera amaran permainan itu untuk golongan matang pada kulit DVD 
terbabit, tiada jaminan golongan bawah umur tidak membeli dan berseronok 
dengannya kerana tiada pemantauan terhadap penjualannya.

Malah, pada harga kira-kira RM10 hingga RM12 bagi DVD cetak rompak konsol Xbox 
360 membolehkan sesiapa membelinya, berbanding DVD tulen yang mencecah ratusan 
ringgit. Difahamkan, kedua-dua tajuk itu bersama beberapa lagi permainan konsol 
yang dibangunkan syarikat ternama dunia diharamkan dijual di Timur Tengah 
kerana penggunaan elemen agama secara melampau.

Elemen agama sebelum ini kerap digunakan syarikat pembangun permainan video 
untuk pelbagai platform permainan video yang memerlukan pemain berinteraktif 
dengan perkara ghaib umpamanya syurga, neraka, malaikat, syaitan dan iblis, 
yang digambarkan berdasarkan imaginasi.

Bagi ibu bapa, ia membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi 
kesan di bawah sedar terhadap anak mereka seperti wajah malaikat, keupayaan 
membunuh malaikat maut yang mahu mengambil nyawa selain keadaan di dalam syurga 
dan neraka.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) 
dan pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu 
Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr 
Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata permainan seumpama itu hukumnya haram.

“Ia haram dibeli dan haram dimainkan orang Islam. Jadi, umat Islam terutama 
generasi muda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan terbabit 
terutama membabitkan persoalan akidah.

“Permainan seperti itu jelas boleh merosakkan akidah kerana mempermain-mainkan 
malaikat. Ini cara musuh Islam untuk merendahkan Islam,” katanya.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kawalan Media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 
(Jakim), Mazlan Abdullah, berkata pihaknya belum menerima sampel permainan 
terbabit dan belum meneliti kandungannya.

“Saya minta pihak pengeluar dan pengedar menghantar sampel terbabit kepada kami 
untuk diteliti kandungannya sebelum diputuskan sama ada dibenarkan atau tidak 
untuk dijual di pasaran terbuka,” katanya.

Beliau berkata, penjualan terbuka permainan seumpama itu tidak wajar kerana 
dikhuatiri menggugat akidah orang Islam.
“Sesetengah orang Islam tahap keimanan mereka berbeza. Kami tidak mahu benda 
itu nanti apabila dijual secara terbuka merosakkan akidah, sebab yang di dalam 
syurga kita tidak tahu kerana ia alam ghaib.

“Kami minta, rujuk dengan kami sebelum mengambil keputusan menjual bahan 
terbabit dan kami akan nilai sama ada bercanggah dari segi teks dan huraian,” 
katanya.


  
___
New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

[hidup-muslim] Rahsia Pendapatan FOREX 4 angka mingguan....

2010-03-29 Thread Forex EA
Assalamulaikum Rakan-Rakan Forex,
 
Nak dapat pendapatan hebat melalui FOREX 
Dapatkan ROBOT FOREX (EA) UNTUK TRADING CARA MUDAH?
 
KLIK SINI http://robotforex.webs.com
   
MEMPERKENALKAN PAKEJ ROBOT FOREX 
Secret EA Ultimate v2.0 & Secret EA Real v2.10 
FapTurbo50 (Latest Version 2010.March) 
  
  
VERSI TERBARU DALAM PASARAN (March 2010)  
  
    
TAWARAN ISTIMEWA POTONGAN 30% - 60%  


TERBARU DAN TERMURAH !!!
 





KHAS UNTUK NEWBIE DAN SIAPA-SIAPA SAHAJA YANG
 
BERMINAT UNTUK MENJADI JUTAWAN MELALUI FOREX



 
PENDAPATAN RM3,000 - RM10,000 SEHARI HANYA DENGAN DUDUK
 
 DIRUMAH SAMBIL MENONTON TV
  
http://robotforex.webs.com



 
 
 
EA ROBOT FOREX
http://rashbizfx.webs.com
http://robotforex.webs.com
  
THIS IS NOT SPAM EMAIL.To Unsubscribe/ Removal Instructions
If you do not wish to receive further mailings on activities organised by us, 
please reply to rash...@yahoo.com by adding REMOVE