Assalamualaikum wth,
pertamanya apa perasaan saudara saudari bila hal ini terjadi?
keduanya hukum hakam berkaitan dengan itu?
Tapi jauh disudut hati saya dengan rasa keimanan...kita patut bersyukur
sebab orang selain islam dah guna alquran sabagai rujukan...
betul atau tak sebutan dan bacaanya..adablah orang baru belajar..
kita dulu pun masa mula-mula belajar...sebut camtu juga...
kita patut berdoa...agar allah terus membuka hidayah pada mereka
dan jangan jadi katak bawah tempurung...
saya sendiri pun nak ajak nak pergi berdakwah..pada kaum nie...rasa tercabar
sebab kurang ilmu...jangan reti kutuk ja...
sekarang kita patut sedar...bahawa islam sampai kepada mereka..
semoga Allah buka hati dan minda kita..wasallam.
--- On Thu, 16/4/09, abu sa...@yahoo.com wrote:
From: abu sa...@yahoo.com
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran
To: "Ikhwanul Muslimun"
Date: Thursday, 16 April, 2009, 1:35 PM
Assallamualaikum. ..
Ya benar sekali hujah saudara amrisiapakah dia yang
diberikan hak untuk menbaca dan mentafsir ayat suci
Al Quran?.
Begitulah buruknya politik sekarang...campur tangan kaum
kafir ini dlm hal ugama kita DIBENARKAN oleh pihak pembangkang
malahan mendapat tepukan gemuruh dari orang Islam sendiri.
Bagaimana PEMBESAR PAS ?. Anda kalut ataupun anda telah sadar ?.
Manjakan kaum ini...ya pasti lama laun anda dan ugama anda
akan DITELANJANGKAN tanpa anda sedar dan yang bersorak adalah
orang Islam yang berbangsa Melayu .
Wassallam
- Original Message -
From: amri el wahab
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Monday, April 13, 2009 2:30 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran
Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat
Ana terpanggil untuk menyuarakan bantahan Ana.
Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam
tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati.
Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong ayat Al
Quran ketika itu?
Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak... .
Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata mata untuk
tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari itu.
Maka di sini kita lihat dia telah mempergunakan ayat Quran sebagai alat mainan
politik nya untuk tujuan meraih undi.
Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu bahawa ianya
bermotif politik.
Begitu murahkan maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam boleh beli
dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam sendiri???
Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan rakan
parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam selepas
ini.
Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat orang Cina
boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya lintang pukang.
Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di pergunakan oleh orang bukan Islam ikut
sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik?
Walhal orang Islam sendiri di larang mempergunakan atau memperalatkan Al Quran
untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk meraih undi dalam berpolitik,
apatah lagi bagi orang bukan Islam.
Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati
Mengapa?
Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al
Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di hadapan
orang yang mahir Al Quran atau guru.
Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah.
Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran
Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid dan hukum
hukum yang berkenaan dengan nya.
Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang bunyi nya pun
lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya malam itu?
Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan hendak
belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan seorang yang
mahir.
Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan orang
orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik kan?)
Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang terjadi pada
hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan bertepuk
tangan.Malang. ...dan memalukan... . ..!!!
Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran sesuka hati
lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik.
Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam sudah
tentu nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik.
Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
SMS: 0122441105
Sila ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com