kami di melaka. Boleh berikan alamat ibu tunggal ini. terima kasih --- On Sat, 6/5/10, su...@yahoo.com <su...@yahoo.com> wrote:
From: su...@yahoo.com <su...@yahoo.com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ibu tunggal lima anak merayu bantuan To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Saturday, June 5, 2010, 3:49 PM Dia terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada lima anaknya yang masih bersekolah dengan bekerja sebagai penjaga kantin di sebuah institut kemahiran dengan gaji RM400 sebulan. Lebih malang buat Jamaliah apabila kaki kanannya patah manakala anak keduanya cedera teruk setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang ****************************** Ibu tunggal lima anak merayu bantuan Utusan Malaysia 5 Jun 2010 JAMALIAH Mohd. Fadzil (kiri) bersama lima anaknya di rumah sewa di Kampung Kelubi, Jasin, semalam. ---------------------------------------------------------- JASIN 4 Jun - "Jika diingat masa lalu, memang sedih. Kami sekeluarga pernah berkongsi sepinggan nasi beramai-ramai kerana tidak cukup wang untuk membeli lauk." Begitulah luahan Jamaliah Mohd. Fadzil, 37, ibu tunggal yang kini menyara lima orang anaknya setelah kematian suami sejak tujuh tahun lalu. Dia yang berasal dari Kampung Kelubi, Jasin dekat sini mengakui, mereka putus tempat bergantung apabila suaminya, Ahmad Halim, 28, meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ahmad Halim terkorban setelah motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta di Felda Bukit Senja, Nyalas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Sejak itu katanya, dia terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada lima anaknya yang masih bersekolah dengan bekerja sebagai penjaga kantin di sebuah institut kemahiran dengan gaji RM400 sebulan. Lebih malang buat Jamaliah apabila kaki kanannya patah manakala anak keduanya cedera teruk setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Jalan Kampung Kelubi, dua bulan lalu. Akibat daripada kemalangan itu, dia tidak dapat bekerja untuk menyara lima anaknya yang masih bersekolah kerana kakinya yang patah masih belum pulih sepenuhnya. ''Kami terpaksa berpindah-randah akibat kemiskinan dan bertambah buruk apabila saya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan anak kedua saya cedera teruk di bahagian matanya. ''Saya juga patah kaki dan berehat di rumah menyebabkan saya terpaksa berhenti kerja sekali gus hilang mata pencarian sehingga sekarang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini semalam. Sejak kemalangan, ibu tunggal itu hanya bergantung kepada duit bantuan kematian suaminya daripada Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) berjumlah RM150, bantuan makanan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebanyak RM150 dan wang daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso). Menurut Jamaliah, wang diterima masih tidak mencukupi dan MAIM tidak memberikan bantuan kewangan tanpa sebarang sebab," jelasnya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm