Bismillah [hidayahnet] Kemiskinan punca pelacuran

2006-03-11 Terurut Topik komando 67

  AMBIL RISIKO: Pelacur menunggu pelanggan di sebuah pusatpelacuran di luar negara.  ‘Anak ayam’ walaupun sudah boleh dipanggil mak cik huni lorong maksiat mencari rezeki dengan menjual tubuh bagi membesarkan anakPELACURAN membabitkan wanita Melayu bukan perkara baru. Laporan akhbar sepanjang tahun lalu menunjukkan pelbagai tangkapan pelacuran dilakukan di seluruh negara dan apa yang menyedihkan, kebanyakannya membabitkan wanita Melayu.Di kawasan hitam sekitar Kuala Lumpur yang sering dikaitkan sebagai lembah maksiat, terutama Chow Kit atau Lorong Changkat di Bukit Bintang pada waktu malam, kelihatan wanita pelbagai bangsa dan peringkat umur dengan ramah menyapa
 pengunjung yang melalui kawasan berkenaan. Jika sapaan dilayan, bermulalah sesi tawar-menawar.Cukup menyedihkan apabila melihat ada wanita yang lebih senang membahasakan diri mereka ‘anak ayam’ sudah mencapai peringkat umur yang selayaknya dipanggil mak cik, tetapi kerana desakan hidup, mereka masih menghuni lorong kotor itu.Jangan sekali-kali memanggil mereka pelacur kerana bagi mereka istilah berkenaan hanya sesuai untuk mereka yang menjual tubuh kerana nafsu. Sebaliknya, kebanyakan mereka terpaksa memperdagangkan diri kerana ingin mencari sesuap nasi bagi beberapa mulut kecil yang setia menanti di rumah.Ini diakui sendiri Maria Riji, sukarelawan yang sudah lama mengabdikan diri bagi membantu wanita malang yang saban malam menghuni lorong hitam di Kuala Lumpur. “Tiada siapa yang ingin membantu mereka sedangkan perut anak di rumah perlu diisi. Sewa rumah perlu dilunaskan dan wang sekolah anak perlu disediakan. Tanpa pendidikan tinggi, siapalah yang
 hendak mengambil mereka bekerja? “Kerja sebagai pencuci atau tukang sapu pun sekarang memerlukan kelayakan akademik, sekurang-kurangnya lulus Tingkatan Tiga. Kalau bekerja di gerai makan, upah yang diperoleh tidak banyak, mungkin setakat RM200. Itulah sebabnya ramai wanita ini yang terdesak dan mengambil jalan mudah dengan melacurkan diri,” katanya ketika ditemui pada seminar ‘Isu Pelacuran dan Perdagangan Wanita Mengikut Perspektif Islam’, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Seminar sehari anjuran Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) itu diadakan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Pergerakan Puteri Islam. Sejak terbabit sebagai sukarelawan bagi membantu wanita yang memperdagangkan tubuh itu kira-kira sedekad lalu, Maria mengakui antara cabaran utama yang perlu ditangani ialah memujuk pekerja seks itu kembali ke pangkal jalan. Bagaimanapun, tanpa kemahiran dan pendidikan, kebanyakan mereka tidak berupaya untuk meneruskan
 kehidupan normal. Lebih-lebih lagi, stigma masyarakat yang memandang hina pelacur meskipun mereka ingin atau sudah bertaubat. “Kebanyakan wanita ini sememangnya ingin meninggalkan kerjaya mereka. Tetapi, dengan tahap pendidikan yang rendah dan latar belakang sebagai pelacur, tiada siapa yang hendak mengambil mereka bekerja. Malah, ada yang tidak tahu membaca. Ke mana mereka hendak pergi, nak balik ke pangkuan keluarga tidak terima.“Jika keluarga tidak tahu sekali pun apa yang dilakukan sebelum ini, mereka juga tidak dapat membantu kerana sudah sedia kala hidup susah. Orang kata, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Masyarakat hanya tahu memandang hina pekerja seks ini, tetapi tidak ramai yang hendak mengambil tahu masalah mereka,” katanya yang jelas kecewa dengan pendirian itu.Malahan, beliau berkata, ada masyarakat yang meminggirkan wanita seumpama itu dan berterusan memandang hina kepada mereka tanpa cuba untuk meringankan beban wanita
 terbabit.Beliau berkata, secara tidak langsung ‘hukuman’ masyarakat itu menyebabkan kebanyakan pekerja seks terbabit kembali menghuni lorong kotor di beberapa kawasan hitam yang cukup terkenal di Kuala Lumpur, sedangkan ramai yang berniat kembali ke pangkal jalan.Itu cerita wanita yang memperdagangkan tubuh kerana desakan hidup. Tetapi ada juga wanita yang dipaksa melacurkan diri oleh suami sendiri. Mungkin ada yang menganggap kisah berkenaan yang pernah dipaparkan dalam filem ‘Perempuan, Isteri dan... lakonan Sofea Jane dulu sekadar cerita rekaan.Pensyarah di Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Madya Raihanah Abdullah, berkata pelacuran juga boleh dikaitkan dari segi jenayah, terutama penculikan, dadah, memperdagangkan wanita, samseng, peras ugut dan penipuan. “Namun, kebanyakannya terjebak dalam kegiatan ini selepas ditipu dan terperangkap.“Mereka yang ditipu ini akan menjalankan kegiatan
 pelacurannya tanpa kemahuan. Mereka dipaksa untuk melayan nafsu lelaki dan jika enggan mereka akan menerima hukuman seperti dipukul atau diugut. Lazimnya, mereka akan dijaga sekumpulan orang bagi memastikan mereka tidak melarikan diri,” katanya.Hakikatnya, pada alaf baru ini itulah senario yang berlaku di sekitar kita. Ramai gadis yang dipaksa menjadi pelacur selepas diculik atau diperdaya. Itulah nasib wanita. Hidup dan maruah mereka dipermainkan bagaikan hamba, 

Bismillah [hidayahnet] Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim Perlu jadi Contoh Berbasikal Ke pejabat.

2006-03-05 Terurut Topik komando 67

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim Perlu jadi Contoh Berbasikal Kepejabat Jangan Hanya Pandai Bercakap..Laporan Khas  Kakitangan kerajaan dicadang guna basikal  KANGAR 3 Mac - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menyarankan semua pegawai dan kakitangan kerajaan di negeri ini supaya menggunakan basikal sebagai pengangkutan untuk ke pejabat berikutan kenaikan harga minyak.  Menurut beliau, ia boleh dipraktikkan sebagai menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat berjimat-cermat dan mengurangkan perbelanjaan supaya tidak merasai beban akibat kenaikan bahan mentah itu.  Jelasnya, pada peringkat awal, masyarakat mungkin akan melihat langkah tersebut sebagai sesuatu yang agak janggal terutama bagi mereka yang memegang jawatan tinggi
 seperti pengarah atau ketua jabatan.  ``Tetapi kalau ia dibudayakan dan diamalkan pada setiap hari ia akan menjadi perkara biasa.   ``Kita perlu ingat bahawa dalam keadaan yang tidak menentu ini, perbelanjaan harian perlulah diberikan perhatian serius dan jangan membazir,'' katanya ketika berucap di majlis Ekspo Jualan Buku dan Kempen Membaca 2006 peringkat Perlis di Perbadanan Perpustakaan Awam negeri di sini.  Kerajaan baru-baru ini mengumumkan kenaikan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 30 sen sekilogram (kg).http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006dt=0304pub=Utusan_Malaysiasec=Laporan_Khaspg=lk_06.htm  
		Relax. Yahoo! Mail 
virus scanning helps detect nasty viruses!

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 

SPONSORED LINKS
  
Divine inspiration
  
Islam
  
  YAHOO! GROUPS LINKS

  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Bismillah [hidayahnet] Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim

2006-03-04 Terurut Topik komando 67

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis KebangsaanBagi Hal Ehwal Agama Islam  Kategori : Akidah Tajuk : Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh NazimAl-haqqani   Keputusan a) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahamanakidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dariajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segerabertaubat.b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakanbahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawahpimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak bolehdiamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah denganajaran Islam yang sebenar.Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan BagiHal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 Tarikh Keputusan : 3 April 2000 Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April
 2000 
		Yahoo! Mail
Bring photos to life! New PhotoMail  makes sharing a breeze. 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 

SPONSORED LINKS
  
Divine inspiration
  
Islam
  
  YAHOO! GROUPS LINKS

  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Bismillah [hidayahnet] RATU CANTIK MUSLIMAH

2006-01-23 Terurut Topik komando 67

  Tatarstan nobat Ratu MuslimMOSCOW: Apabila disebut ratu cantik, pasti ramai terbayangkan liuk lentuk gadis berbaju mandi yang seksi, tetapi itu bukanlah ciri utama kemenangan ‘Miss Muslim’ atau Ratu Muslim di Tatarstan - sebuah negara di sebelah timur Eropah.Sebaliknya, pertandingan ratu cantik itu menekankan kecerdikan, peri laku sopan, bertudung, pengetahuan agama Islam, kebolehan mengaji al-Quran, memasak dan menjahit di kalangan 56 peserta semuda 15 tahun yang menyaksikan Dilar Sadiqova (gambar), 17, muncul pemenang.“Saya memutuskan menyertai pertandingan ini bagi menyampaikan pesanan wanita Islam juga mampu berdiri, biarpun di landasan pertandingan ratu
 cantik asalkan ia bermoral dan dihormati.“Sehubungan itu, mereka yang bukan Islam boleh mendapat gambaran sebenar agama suci Islam ini,” kata pelajar sekolah menengah yang berhasrat menjadi guru, kepada media, selepas kemenangannya, kelmarin.Lebih menarik, majlis itu diadakan di dewan khas Masjid Besar di Kazan, ibu negara Tatarstan dengan kesemua penontonnya adalah wanita.Cendekiawan Muslim sebelum ini ada menggesa negara Islam menganjurkan pertandingan ‘Miss Morality’ bagi mematahkan minat umat Islam terhadap pertandingan ratu cantik ala BaratPenganjur berkata, pertandingan itu tidak menetapkan pemakaian baju mandi seperti lazimnya, sebaliknya berpakaian sopan dan bertudung.Malah, kecerdikan dan pengetahuan mendalam agama Islam adalah syarat utama pertandingan Ratu Cantik Muslim di Tatarstan yang mana 60 peratus daripada empat juta penduduknya, beragama Islam.Ini termasuk ujian hafalan dan mengaji ayat suci al-Quran selain menjawab
 soalan mengenai kebudayaan.Peserta turut menduduki ujian memasak dan menjahit bagi mendapatkan markah tambahan.Hanya lapan gadis berusia 15 hingga 19 tahun berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan sukar itu.Ketua juri, Saida Abukofa berkata, pertandingan itu bertujuan menggalakkan lebih ramai gadis Muslim mengikuti ajaran sebenar Islam, termasuk mengenakan tudung. – Agensi
		 Yahoo! Autos. Looking for a sweet ride? Get pricing, reviews, & more on new and used cars.

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 

  YAHOO! GROUPS LINKS

  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Bismillah [hidayahnet] Beribadah dikatakan gila

2006-01-21 Terurut Topik komando 67

RAKAN sepejabat saya tiba-tiba menjerit-jerit ``gila! gila!...'' Saya terkejut lalu terfikir mengapa pegawai yang begitu baik, rajin bekerja, taat kepada ketua dan rajin membaca tiba-tiba berkelakuan begitu aneh.  ``Betul juga katanya itu'', aku berfikir. ``Zaman sekarang ni banyak orang berkelakuan aneh. Ada yang mengaku dirinya kerabat diraja dan kaya-raya. Mahu mencurah bakti konon. Asal usulnya entah dari lubuk keladak mana, disangkanya orang tak tahu. Ada pula yang gila ke hulu ke hilir memfitnah, memburuk-burukkan orang dan mendabik-dabik dada, dialah
 yang terpandai, terbaik, yang betul, bijak dan boleh menyelesaikan apa sahaja masalah. Mahu membetulkan segala kesalahan yang berlaku di atas muka bumi ini.  ``Ada yang tidak peduli pada orang lain. Gasak aja. Jolok sana jolok sini, ampu sana ampu sini, hentam sana hentam sini - asalkan tercapai niat di hati! Bos pula makan ampu. Ha, apa lagi, jadilah! Syoknya!  ``Tak kurang pula ada yang gila bercakap itu dan ini bagaikan fatwa mencurah-curah dari langit. Hasil kerjanya pun tak ada yang ketara. Gila jugalah tu namanya. Eh, tapi kena jaga diri. Ikut sajalah kata bos. Jangan beri pandangan. Jangan sekali-kali membantah oiii...tabik datuk! Isu-isu berat apa
 peduli, banyak pesuruh yang boleh diherdik ke sana ke mari. Jeling mata aja pun semua dah kecut perut. Apa terjadi pun hidup macam biasa juga, dunia belum kiamat. Pangkat naik juga!  ``Wah, banyak lagi macam gila. Ada gila duit, gila perempuan, gila judi, gila nama, gila kuasa, gila shopping... ada juga gila isim! Satu lagi, gila babi. Eh, tapi gila babi tak masuk bab ini. Itu sejenis penyakit. Tapi penyakit gilalah juga namanya walaupun tak sama dengan penyakit selesema burung. Yang peliknya, kesemuanya macam serupa aja-mudah menjangkit!  ``Ini semua siapa punya salah? Gurulah! Bukan. Sistem persekolahan! Yakah? Entahlah. Mana boleh salahkan sistem. Berapa punya susah pak menteri-pak menteri kita berhempas pulas mewujudkan dasar-dasar, sistem
 dan program-program besar! Pegawai-pegawai kanan pun tak boleh salah. Mereka kerja kuat. Habis salah siapa, ibu bapa? Heh, mana boleh. Mana emak dan bapak yang tak sayangkan anak!  ``Oh, jadi ada satu petualang besar yang lain - alam sekeliling! Ha betullah tu. Sebab, kita tak boleh kawal alam sekeliling. Terlalu banyak faktor luaran yang mendatang macam ombak tsunami! Macam-macam media ada: media elektronik, media cetak; ada majalah, TV, radio, CD, DVD, HIV, VD eh tersilap. Ada yang halal, ada yang haram; ada yang bersih, ada yang lucah. Macam-macam... Ha, siapa yang berani lawan! Jadi teruslah kita semua jadi gila. Dalam pada tu banyak pula orang gila yang lain ambil kesempatan. Langsunglah ramai yang bertambah-tambah menggila. Habis semuanya gila!  ``Habis, takkan tak ada yang baik
 langsung? Ada. Contohnya: gila sangat-sangat nak tolong orang. Beri sedekah kepada wanita-wanita yang pelik-pelik rupa bentuknya yang tiba-tiba muncul dengan ramai anak kecil dan bayi di depan-depan masjid dan di kaki-kaki lima. Di restoran-restoran pun tak kurang orang cacat penglihatan dengan dipimpin orang celik meminta-minta. Beri ajalah, kan kita ni semua menggila baik hati.  ``Gila beribadah pun ada! Tak ke gila namanya kalau seseorang tu berguru secara berahsia-rahsia. Kemudian beramal yang pelik-pelik. Ada yang buang perabot, buang peti TV dan serahkan wang gaji kepada guru itu. Isteri dan anak-anak diabaikan.  ``Dalam waktu kerja pun ada yang
 selalu hilang dari meja, ``berwirid'' panjang! Itu selain waktu rehat dan waktu yang dibenarkan untuk tujuan agama. Gila cari pahalalah tu!  ``Jadi, ada gila jahat dan ada gila baiklah? Eh, engkau ni gilakah? Gila, mana ada yang baik! Bukan tak boleh baik. Masalahnya macam mana cara nak jadi baik? Hah...gila aku dibuatnya memikirkan semua gila ini.''  Aku pun menjerit-jerit ``gila! gila! gila...!'' Lalu aku tersentak. Rupa-rupanya aku terlena di kerusi semasa waktu rehat pejabat. Aku mengigau di siang hari!
		Yahoo! Photos 
Ring in the New Year with Photo Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 

SPONSORED LINKS
  
Divine inspiration
  
Islam
  
  YAHOO! GROUPS LINKS

  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Bismillah [hidayahnet] 1,500 rakyat terengganu jadi pencuri

2006-01-11 Terurut Topik komando 67

  Haram ambil hak orangKUALA TERENGGANU- Sesiapa yang mengambil bungkusan udang atau barang-barang lain dari kontena yang tersadai di pantai negeri ini semalam: Sila pulangkan balik. Haram mencuri barang orang lain.  Jika sudah termakan: Perlu dibayar dalam bentuk wang berdasarkan anggaran harga udang itu.  ``Hukumnya sangat jelas iaitu barang tersebut masih ada tuan punya. Walaupun ia terdampar di tepi pantai orang ramai tidak boleh mengambilnya sesuka hati.  Perbuatan itu adalah dikira mencuri dan barang yang diambil itu juga haram, kerana ia nyata sekali bukan hak mereka.   Dalam Islam, kalau terjumpa sesuatu benda di tempat umum, kita mesti mengiklankan penemuan barang tersebut terlebih dahulu supaya pemilik sebenar boleh menuntutnya semula.  Perbuatan orang ramai mengambil pelbagai barangan dari lima buah kontena yang terdampar di beberapa kawasan
 pantai Terengganu boleh dikategorikan sebagai mencuri dan menyalahi hukum agama.  Perkara ini belaku mengenai ribuan penduduk yang mengambil pelbagai jenis makanan, pakaian dan rokok dari lima buah kontena yang terdampar di beberapa kawasan pantai.   Dua buah kontena ditemui di Kampung Bharu, Seberang Takir yang menyebabkan lebih 1,500 penduduk berduyun-duyun mengambil udang harimau setelah ia berjaya dipecahkan.  Selain itu, tiga lagi kontena termasuk yang berisi rokok dan pakaian turut dilaporkan ditemui, masing-masing di pantai Batu Rakit dan Penarik, Setiu.  Difahamkan semua kontena itu terjatuh ke laut selepas kapal yang membawanya dipukul ombak besar dan ia kemudiannya dihanyutkan ke pantai-pantai tersebut.Orang ramai boleh memulangkan barangan yang diambil kepada pihak polis atau Baitulmal supaya ia boleh dipulangkan kepada pemilik asalnya dan bagi yang sudah memakan udang harimau, perlu
 membayar dalam bentuk wang berdasarkan anggaran harga udang tersebut dan kalau tuan punya bersetuju untuk menghalalkan bahan makanan itu mereka tidak perlu melakukan apa-apa, sebaliknya jika pemilik menuntut ganti rugi mereka perlu membayarnya.   Saya berharap orang ramai tidak terlalu ghairah merebut barangan seperti itu kerana Islam melarang sama sekali umatnya mengambil barangan yang bukan milik mereka.
	
		Yahoo! Photos 
Got holiday prints? See all the ways to get quality prints in your hands ASAP.

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 

  YAHOO! GROUPS LINKS

  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Bismillah [hidayahnet] mesir menangkap 300 penyokong ikhwan muslimoon sebelunm pengundian

2005-11-24 Terurut Topik komando 67

  Mesir menangkap 300 penyokong Ikhwan sebelum pengundianPosted on Sunday, November 20 @ 22:43:20 MYT  CAIRO, 20 November 2005 - Lebih kurang 300 penyokong dan aktivis Ikhwanal Muslimoon telah ditangkap beberapa hari sebelum pusing kedua pilihanraya parlimen Mesir yang akan diadakan Ahad ini.   "Sehingga ini lebih kurang 300 penyokong Ikhwanal Muslimoon
 telah ditangkap di enam dari sembilan governorat," kata pemimpin Ikhwanal Muslimoon, Issam El-Aryan.  "Kami mendesak agar pengundian ini diteruskan dan penangkapan ini membuktikan campurtangan parti pemerintah dalam pilihanraya ini."  Lebih kurang seramai 100 penyokong Ikhwanal Muslimoon yang telah memeranjatkan parti pemerintah, National Democratic Party (NDP) dalam pusingan kedua telah ditangkap awal hari Ahad di governorat, lebih kurang 100 kilometer ke selatan Kaherah, sumber keselamatan memberitahu Agence France-Presse (AFP).  Pada hari Sabtu, 19 November, seramai 80 penyokong calon Ikhwanal Muslimoon yang sedang berkempen di Bandar resort Luxor, Selatan Nile juga telah dikepung.   Pada hari
 Jumaat, empat penyokong mereka telah juga ditangkap semasa mereka sedang menyebarkan risalah di Alexandria, satu kawasan yang dikatakan kubu kuat Ikhwanal Muslimoon.   Para pemerhati dan anggota Ikhwan telah memberi amaran bahawa pihak kerajaan akan bertindak berikutan kejayaan besar Ikhwan dalam pengundian pusingan pertama dulu, dimana mereka berjaya memenangi 34 kerusi, iaitu dua kali ganda berbanding pilihanraya tahun 2000 yang lalu.   Pusingan kedua dari tiga pusingan akan bermula jam 8:00 pagi (0600 GMT) di sembilan governorat.  Parti NDP telah berjaya
 memenangi 112 kerusi dari 164 yang dipertandingkan dalam pusingan pertama yang lalu, Ikhwanal Muslimoon telah memenangi 34 kerusi.   Pusingan pertama, yang berpusat di Kaherah telah berakhir pada hari Rabu yang lalu, 16 November, walaupun banyak tuduhan penyelewengan dilaporkan.   Pusingan kedua akan menyaksikan seramai 1,800 calon bertanding bagi merebut 144 kerusi.   Dijangkakan dalam dua pusingan seterusnya, Ikhwan akan memenangi 100 kerusi parlimen.Parti yang sah
 memerlukan lima persen daripada jumlah kerusi parlimen -- atau 25 kerusi -- untuk membolehkan mereka bertanding dalam pilihanraya presiden.   Tetapi menurut perlembagaan yang baru digubal yang dikatakan oleh Ikhwan ianya digubal untuk menghalang mereka daripada bertanding jawatan presiden, bahawa mereka yang bertanding di atas tiket bebas memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 65 anggota.   Mustafa Kamel al-Sayed, seorang professor sains politik di Universiti Amerika di Kaherah, mengandaikan bahawa regim Mesir tidak akan dapat menerima kemenangan besar Ikhwan di parlimen.   Dalam satu demonstrasi untuk menunjuk kekuatan, Ikhwan telah menganjurkan satu demonstrasi di mana lebih daripada 20,000 wanita di jalanraya di Alexandria malam Jumaat lalu.  
   
		 Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 

SPONSORED LINKS
  
Divine inspiration
  
Islam
  
  YAHOO! GROUPS LINKS

  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Ramadan Mubarak - Bismillah [hidayahnet] PMRAM DIPAKSA BERDAFTAR DENGAN KEDUTAAN

2005-10-10 Terurut Topik komando 67

PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) DIPAKSA BERDAFTAR DENGAN KEDUTAAN SATU RAMADHAM MERUPAKAN NOTIS TERAKHIR. 

KAHERAH 3 OKT.SATU RAMADHAN; NOTIS AKHIR, PMRAM DIPAKSA BERDAFTAR DENGAN KEDUTAAN ATAU MENGHADAPI TINDAKAN SELANJUTNYA

“Patutlah PMRAM buat alasan seribu alasan,tak mahu daftar dengan ketutaan, yang jelas dah terang dan nyata, merupakan penentang kerajaan, hentikan sendiwara bodoh tu”
2 oktober 2005

“sapa yang anjurkan kursus student baru kat ismailiyah tu akan terima padah”
2 oktober 2005

“Dua tahun saya cuba pujuk PMRAM, sia2 saja,hari ini JPM buat program di ARMA,dia buat di Ismailiyah, jauhnya tempat, tak maklum pun, inilah degil  sombongnya PMRAM”
2 oktober 2005

“Wahai pemimpin PMRAM, cukuplah bersendiwara, esok jam 11 pagi bukan lagi masa jual temberang, kalau anda jujur dan ikhlas,sayang agama bangsa dan negara,esok daftar,pesana last dari saya”
3 oktober 2005

Inilah pesanan berbentuk sms kepada pimpinan PMRAM khusus dari Encik Mohamed Arifin,Ia merupakan Atase Kebajikan Penutut Malaysia Kaherah (JPMK)

Sejarah telah mencatatkan bahawa, kehadiran PMRAM ke bumi bertuah ini amat dipentingkan oleh pelajar Malaysia di bumi anbiya, hadirnya kedutaan Malayisia adalah dengan permintaan PMRAN selepas kemerdekaan Malaysia 1957.

PMRAM adalah organisasi yang ditubuhkan semenjak 1930 lagi. Namun, organisasi ini bermula dengan nama Persekutuan Putera-putera Semenanjung (PPS) seterusnya bertukar namanya kepada Persekutuan Melayu Mesir (PMM) pada 1952 seterusnya bertukar kepada nama Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu (PMRAB) dan akhirnya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada 1971.
Desas-desus dari Mesir ada mengatakan bahawa PMRAM telah dituduh terlibat dengan parti pembangkang dan pihak PMRAM telah menafikan sekeras-kerasnya di hadapan Dato’ Hamid Othman, Dato’ Zainal Abidin Abdul Kadir serta Dato’ Shafie Mohd Salleh pada 3 September 2004 yang lalu.
Menurut sumber yang boleh dipercayai mendakwa, kalau ingin benar mengaitkan PMRAM dengan pembangkang hanya kerana individu-individu tertentu yang pernah bergiat aktif dengan PMRAM kemudian terjun ke politik pembangkang, maka sejarah PMRAM menegaskan bahawa salah seorang Presiden PMRAM, Datuk Wan Mokhtar Ahmad yang menjadi presiden dari tahun 1959 hingga 1961 (ketika itu jawatan presiden masih lagi menggunakan istilah Yang DiPertua Persekutuan Melayu Mesir) telah terlibat aktif dengan UMNO malahan menjadi Menteri Besar Terengganu dalam tempoh yang panjang. Malah, Dato Hamid Othman yang sangat setia dengan perjuangan UMNO hari ini adalah antara Badan Pengurus PMRAM satu ketika dulu. 
Kalaulah PMRAM benar-benar terlibat dengan sebarang pergerakan politik, pasti PMRAM sudah lama ditarik pendaftarannya oleh Kementerian Kemasyarakatan Mesir kerana melanggari undang-undang tubuh PMRAM yang menyatakan bahawa PMRAM tidak boleh sama sekali terlibat dengan mana-mana pergerakan politik baik politik dalam Mesir atau luar Mesir. Umum telah mengetahui bahawa kerajaan Mesir begitu keras dengan pergerakan Ikhwan Muslimin. Mereka pun boleh benarkan PMRAM bernaung di bawah salah satu kementerian Mesir. Ini tidak akan berlaku seandainya PMRAM adalah salah satu sayap pembangkang!
Persatuan-persatuan kampus di Malaysia turut melahirkan tokoh-tokoh politik kerajaan mahupun pembangkang. Hal ini tidak mampu dinafikan lagi.PMRAM juga sama seperti persatuan-persatuan tersebut. 
Krisis PMRAM dengan Kedutaan Malaysia di Mesir bermula apabila PMRAM menentang penubuhan Kelab UMNO di Mesir pada tahun 1982. PMRAM begitu menentang penubuhan Kelab UMNO tersebut kerana ia merupakan pertubuhan yang melibatkan politik. Apa tidaknya, sesiapa yang ingin menyertai Kelab Umno maka seseorang itu terpaksa mengisi borang keahlian UMNO terlebih dahulu !
Malah PMRAM dikatakan seolah-olah organisasi ala-PAS apabila kebanyakan ahlinya memakai jubah dan berniqab(berpurdah). Malah, wujud tohmahan songsang yang mendakwa PMRAM memaksa pemakaian sedemikian dan menolak pemakaian baju kurung. 
Faktor-faktor sedemikianlah maka PMRAM dilabelkan sebagai organisasi yang cenderung ke arah parti pembangkang (PAS).
Baiklah, kini lihat pula apakah organisasi-organisasi yang telah diiktirafkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir. Organisasi itu adalah Nadi UMNO Republik Arab Mesir (NUMRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) Mesir, Persatuan Pelajar Malaysia Mesir (PPMM) dan ALAMI.
Nampaknya organisasi yang pro-UMNO sahaja yang diiktiraf oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan tidak yang lainnya.
Kini jelaslah sudah, kerangka untuk mengUMNOkan semua pelajar yang terdapat di Malaysia serta pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara secara paksa sedang hebat berlangsung. Seandainya pelajar tidak menurutinya maka padahlah jawabnya.
Sampai bilakah mahasiswa Malaysia di serata pusat pengajian di seluruh dunia akan terus di’paksa’ dengan sedemikian rupa?.

komando67.
		Yahoo! for Good 
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 

Bismillah [hidayahnet] PMRAM DIPAKSA BERDAFTAR DENGAN KEDUTAAN SATU RAMADHAM MERUPAKAN NOTIS TERAKHIR.

2005-10-06 Terurut Topik komando 67

PMRAM DIPAKSA BERDAFTAR DENGAN KEDUTAAN SATU RAMADHAM MERUPAKAN NOTIS TERAKHIR. 

1 RAMADHAN; NOTIS AKHIR, PMRAM DIPAKSA BERDAFTAR DENGAN KEDUTAAN ATAU MENGHADAPI TINDAKAN SELANJUTNYA

“Patutlah PMRAM buat alasan seribu alasan,tak mahu daftar dengan ketutaan, yang jelas dah terang dan nyata, merupakan penentang kerajaan, hentikan sendiwara bodoh tu”
2 oktober 2005

“sapa yang anjurkan kursus student baru kat ismailiyah tu akan terima padah”
2 oktober 2005

“Dua tahun saya cuba pujuk PMRAM, sia2 saja,hari ini JPM buat program di ARMA,dia buat di Ismailiyah, jauhnya tempat, tak maklum pun, inilah degil  sombongnya PMRAM”
2 oktober 2005

“Wahai pemimpin PMRAM, cukuplah bersendiwara, esok jam 11 pagi bukan lagi masa jual temberang, kalau anda jujur dan ikhlas,sayang agama bangsa dan negara,esok daftar,pesana last dari saya”
3 oktober 2005

Inilah pesanan berbentuk sms kepada pimpinan PMRAM khusus dari Encik Arifin,Encik Arifin merupakan timbalan pengarah Jabatan Penutut Malaysia Kaherah (JPMK)

Sejarah telah mencatatkan bahawa, kehadiran PMRAM ke bumi bertuah ini amat dipentingkan oleh pelajar Malaysia di bumi anbiya, hadirnya kedutaan Malayisia adalah dengan permintaan PMRAN selepas kemerdekaan Malaysia 1957.

PMRAM adalah organisasi yang ditubuhkan semenjak 1930 lagi. Namun, organisasi ini bermula dengan nama Persekutuan Putera-putera Semenanjung (PPS) seterusnya bertukar namanya kepada Persekutuan Melayu Mesir (PMM) pada 1952 seterusnya bertukar kepada nama Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu (PMRAB) dan akhirnya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada 1971.
Desas-desus dari Mesir ada mengatakan bahawa PMRAM telah dituduh terlibat dengan parti pembangkang dan pihak PMRAM telah menafikan sekeras-kerasnya di hadapan Dato’ Hamid Othman, Dato’ Zainal Abidin Abdul Kadir serta Dato’ Shafie Mohd Salleh pada 3 September 2004 yang lalu.
Menurut sumber yang boleh dipercayai mendakwa, kalau ingin benar mengaitkan PMRAM dengan pembangkang hanya kerana individu-individu tertentu yang pernah bergiat aktif dengan PMRAM kemudian terjun ke politik pembangkang, maka sejarah PMRAM menegaskan bahawa salah seorang Presiden PMRAM, Datuk Wan Mokhtar Ahmad yang menjadi presiden dari tahun 1959 hingga 1961 (ketika itu jawatan presiden masih lagi menggunakan istilah Yang DiPertua Persekutuan Melayu Mesir) telah terlibat aktif dengan UMNO malahan menjadi Menteri Besar Terengganu dalam tempoh yang panjang. Malah, Dato Hamid Othman yang sangat setia dengan perjuangan UMNO hari ini adalah antara Badan Pengurus PMRAM satu ketika dulu. 
Kalaulah PMRAM benar-benar terlibat dengan sebarang pergerakan politik, pasti PMRAM sudah lama ditarik pendaftarannya oleh Kementerian Kemasyarakatan Mesir kerana melanggari undang-undang tubuh PMRAM yang menyatakan bahawa PMRAM tidak boleh sama sekali terlibat dengan mana-mana pergerakan politik baik politik dalam Mesir atau luar Mesir. Umum telah mengetahui bahawa kerajaan Mesir begitu keras dengan pergerakan Ikhwan Muslimin. Mereka pun boleh benarkan PMRAM bernaung di bawah salah satu kementerian Mesir. Ini tidak akan berlaku seandainya PMRAM adalah salah satu sayap pembangkang!
Persatuan-persatuan kampus di Malaysia turut melahirkan tokoh-tokoh politik kerajaan mahupun pembangkang. Hal ini tidak mampu dinafikan lagi.PMRAM juga sama seperti persatuan-persatuan tersebut. 
Krisis PMRAM dengan Kedutaan Malaysia di Mesir bermula apabila PMRAM menentang penubuhan Kelab UMNO di Mesir pada tahun 1982. PMRAM begitu menentang penubuhan Kelab UMNO tersebut kerana ia merupakan pertubuhan yang melibatkan politik. Apa tidaknya, sesiapa yang ingin menyertai Kelab Umno maka seseorang itu terpaksa mengisi borang keahlian UMNO terlebih dahulu !
Malah PMRAM dikatakan seolah-olah organisasi ala-PAS apabila kebanyakan ahlinya memakai jubah dan berniqab(berpurdah). Malah, wujud tohmahan songsang yang mendakwa PMRAM memaksa pemakaian sedemikian dan menolak pemakaian baju kurung. 
Faktor-faktor sedemikianlah maka PMRAM dilabelkan sebagai organisasi yang cenderung ke arah parti pembangkang (PAS).
Baiklah, kini lihat pula apakah organisasi-organisasi yang telah diiktirafkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir. Organisasi itu adalah Nadi UMNO Republik Arab Mesir (NUMRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) Mesir, Persatuan Pelajar Malaysia Mesir (PPMM) dan ALAMI.
Nampaknya organisasi yang pro-UMNO sahaja yang diiktiraf oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan tidak yang lainnya.
Kini jelaslah sudah, kerangka untuk mengUMNOkan semua pelajar yang terdapat di Malaysia serta pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara secara paksa sedang hebat berlangsung. Seandainya pelajar tidak menurutinya maka padahlah jawabnya.
Sampai bilakah mahasiswa Malaysia di serata pusat pengajian di seluruh dunia akan terus di’paksa’ dengan sedemikian rupa?.

komando67.
		Yahoo! for Good 
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 

--

All 

Bismillah [hidayahnet] Dendam Bekas Pensyarah Al-Azhar di INSANIAH Pelajar Baru Wajib Ditemuduga

2005-09-11 Terurut Topik komando 67

Dendam Bekas Pensyarah Azhar di Insaniah: Pelajar Mu'adalah (yang layak untuk masuk tahun empat terus di Universiti Al-Azhar) diwajib temuduga sebelum diterima masuk belajar di Universiti Al-Azhar.Saya baru menghubungi seorang sahabat di Malaysia bertanyakan masalah Pelajar Mu'adalah wajib lulus temuduga di Al-Azhar Mesir sebelum dibenarkan melanjutkan pelajaran di universiti tertua tersebut.Saya berpendapat keputusan itu adalah suatu kezaliman. Ini kerana keputusan dibuat tergesa-gesa. Sepatutnya perkara ini perlu diberitahu kepada pihak pusat pengajian yang membuat program pengajian berkembar dengan Univrsiti Azhar sekurang-kurangnya setahun lebih awal. Ia suatu penganiayaan kerana jika pelajar-pelajar tersebut tidak lulus temuduga mereka tidak dibenarkan belajar di Universiti Al-Azhar. Wang telah dihabiskan beribu ringgit datang ke Mesir hanya untuk menghadiri temuduga.Sahabat saya itu memberitahu bahawa semua pusat pengajian tersebut telah menerima fax daripada Censelor Universiti Al-Azhar, Dr Ahmad Tayyib menyatakan semua pelajar pusat pengajian itu yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar wajib menghadiri temuduga di Mesir. Sekiranya
 gagal dalam temuduga tersebut mereka layak belajar di sanawi Al-Azhar bagi yang tidak memiliki sijil STAM, manakala yang memiliki STAM mereka layak belajar di tahun satu Universiti Al-Azhar. Temuduga tersebut akan diadakan bermula 24 September 2005 ini.Menurut sahabat saya itu juga, keputusan ini dibuat disebabkan hasutan kepada Dr Ahmad Tayyib oleh bekas pensyarah-pensyarah Universiti Al-Azhar yang telah dipecat dari Insaniah kerana beberapa masalah antaranya malas mengajar, nak makan gaji buta.Semua pihak pengurusan pusat pengajian tersebut telah megadakan pertemuan di Kuala Lumpur. Hasil pertemuan tersebut menyatakan bahawa keputusan tersebut hanya dikenakan ke atas enam pusat pengajian yang mengadakan MoU dengan Universiti Al-Azhar seperti Insaniah, KIDU dan 4 yang lain. Bagi pusat pengajian yang lain tidak termasuk dalam syarat itu. Walau bagaimanapun, mereka masih tunggu dan lihat. Jika semua pusat pengajian tersebut tertakluk dalam syarat itu mereka akan memboikot untuk tidak menghantar pelajar ke Mesir. Syarat wajib temuduga tersebut adalah keputusan daripada Dr Ahmad Tayyib, bukan keputusan pihak pentadbiran Al-Azhar.p/s: Inilah akibatnya apabila manusia yang banyak ilmu tidak beramal dengan ilmunya.Komando67…..
		 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 

  YAHOO! GROUPS LINKS

  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Bismillah [hidayahnet] Inilah sifat zalim pegawai asrama negeri selangor,Kaherah

2005-07-21 Terurut Topik komando 67

9 Pelajar Selangor di Mesir di halau dari asramaDuit zakat ditarik, pelajar tidak ada duit bayar asrama 
 
(Gambar: Tiga pelajar terpaksa tidur di luar asrama selepas dihalau) 
http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=14648mode=threadorder=0
Isu ini sila baca peringatan yang di sabdakan oleh Nabi s.a.w. Hadis riwayat At-Tirmizi dari Ali r.a. yang bermaksud, "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:
1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja. 2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan (khianat terhadap amanah). 3. Zakat dijadikan hutang (tidak mengeluarkan zakat). 4. Suami taat pada isteri. 5. Anak mendurhakai ibu bapa. 6. (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya. 7. (dan) menjauhkan diri dari bapanya. 8. Suara-suara ditinggikan di dalam misjid. 9. Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu. 10. Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya. 11. Arak diminum di mana sahaja. 12. Kaum lelaki ramai yang memakai sutra. 13. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja. 14. Banyak jenis muzik dimainkan. 15. Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu (para sahabat). Maka sabda Baginda s.a.w. lagi :"Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah atau gempa bumi atau mereka akan ditukarkan menjadi makhluk lain."
 Kami warga Teras Pengupayaan Melayu sangat kesal terhadap mereka yang diamanahkan itu telah mengkhianati amanah rakyat lebih-lebih lagi amanah Allah s.w.t. Nasihat kami agar pelajar-pelajar yang terlibat memperbanyakkan solat hajat serta sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. mudah-mudahan doa orang yang dizalimi itu dimakbul oleh Allah s.w.t.
ÑóÈøóäóÇ ÃóÝúÑöÛú ÚóáóíúäóÇ ÕóÈúÑÇð æóËóÈøöÊú ÃóÞúÏóÇãóäóÇ æóÇäÕõÑúäóÇ Úóáóì ÇáÞóæúãö ÇáßóÇÝöÑöíäó "Ya Tuhan kami, tuangkanlah sifat kesabaran atas diri kami, kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir".
		Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - You care about security. So do we.