Help Palestine [hidayahnet] Bunuh ‘malaikat maut’

2010-03-29 Terurut Topik mohd naim mohd zain
Oleh Idris Musa dan Muhd Izawan Baharin
a...@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Elemen kepercayaan terhadap alam ghaib termasuk membabitkan 
malaikat yang menjadi perisian terkini permainan konsol PS3 dan Xbox 360 
dikesan semakin diminati generasi muda kerana memberikan keseronokan ekstrem 
kepada pemainnya.

PERSENDA AGAMA...dua permainan konsol yang memerlukan pemain berinteraksi 
dengan perkara ghaib. Melalui permainan itu, sesiapa saja boleh menikmati 
pengalaman baru dengan menatap wajah ‘malaikat maut’ sambil meneroka syurga, 
malah mengalami situasi mencemaskan apabila menjelajah sembilan lapisan neraka.

Namun, ia mempunyai unsur mempersendakan agama apabila permainan dibangunkan 
syarikat antarabangsa seperti Darksiders itu menggambarkan malaikat seperti 
manusia yang bersenjata, bersayap dan berbaju perisai, malah boleh dibunuh 
sesuka hati, sekali gus bertentangan prinsip kepercayaan Islam.

Dante’s Inferno pula berkaitan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan 
pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia 
dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga.

Permainan konsol yang menceritakan era Perang Salib itu juga dikesan berunsur 
lucah kerana turut memaparkan karakter musuh wanita separuh bogel melakukan 
gerakan tarian lucah sebelum menyerang watak pemain.

Tinjauan Harian Metro mendapati cakera video digital (DVD) permainan konsol 
terbabit dijual secara bebas di kedai permainan video, malah tanpa sekatan 
untuk dibeli remaja dan kanak-kanak.
Walaupun tertera amaran permainan itu untuk golongan matang pada kulit DVD 
terbabit, tiada jaminan golongan bawah umur tidak membeli dan berseronok 
dengannya kerana tiada pemantauan terhadap penjualannya.

Malah, pada harga kira-kira RM10 hingga RM12 bagi DVD cetak rompak konsol Xbox 
360 membolehkan sesiapa membelinya, berbanding DVD tulen yang mencecah ratusan 
ringgit. Difahamkan, kedua-dua tajuk itu bersama beberapa lagi permainan konsol 
yang dibangunkan syarikat ternama dunia diharamkan dijual di Timur Tengah 
kerana penggunaan elemen agama secara melampau.

Elemen agama sebelum ini kerap digunakan syarikat pembangun permainan video 
untuk pelbagai platform permainan video yang memerlukan pemain berinteraktif 
dengan perkara ghaib umpamanya syurga, neraka, malaikat, syaitan dan iblis, 
yang digambarkan berdasarkan imaginasi.

Bagi ibu bapa, ia membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi 
kesan di bawah sedar terhadap anak mereka seperti wajah malaikat, keupayaan 
membunuh malaikat maut yang mahu mengambil nyawa selain keadaan di dalam syurga 
dan neraka.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) 
dan pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu 
Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr 
Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata permainan seumpama itu hukumnya haram.

“Ia haram dibeli dan haram dimainkan orang Islam. Jadi, umat Islam terutama 
generasi muda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan terbabit 
terutama membabitkan persoalan akidah.

“Permainan seperti itu jelas boleh merosakkan akidah kerana mempermain-mainkan 
malaikat. Ini cara musuh Islam untuk merendahkan Islam,” katanya.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kawalan Media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 
(Jakim), Mazlan Abdullah, berkata pihaknya belum menerima sampel permainan 
terbabit dan belum meneliti kandungannya.

“Saya minta pihak pengeluar dan pengedar menghantar sampel terbabit kepada kami 
untuk diteliti kandungannya sebelum diputuskan sama ada dibenarkan atau tidak 
untuk dijual di pasaran terbuka,” katanya.

Beliau berkata, penjualan terbuka permainan seumpama itu tidak wajar kerana 
dikhuatiri menggugat akidah orang Islam.
“Sesetengah orang Islam tahap keimanan mereka berbeza. Kami tidak mahu benda 
itu nanti apabila dijual secara terbuka merosakkan akidah, sebab yang di dalam 
syurga kita tidak tahu kerana ia alam ghaib.

“Kami minta, rujuk dengan kami sebelum mengambil keputusan menjual bahan 
terbabit dan kami akan nilai sama ada bercanggah dari segi teks dan huraian,” 
katanya.


  
___
New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Help Palestine [hidayahnet] Brunei lebih takut laknat Allah

2010-03-29 Terurut Topik mohd naim mohd zain
BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin 
menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak 
diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, 
Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang 
melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka 
boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami 
perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP


  

Firefox 3 Faster, More Secure, Customisable and FREE.
http://my.downloads.yahoo.com/firefox/

Help Palestine [hidayahnet] Usah 'hampiri' sebelum suci

2010-03-29 Terurut Topik mohd naim mohd zain
HAID isteri saya berhenti dan kering tetapi dia belum mandi wajib. Dalam 
keadaan itu, adakah suami boleh menyetubuhi isteri?
 
SIRAH, Pulau Pinang
 
ISTERI yang berhenti haid tetapi belum mandi wajib tidak harus disetubuhi. 
Menurut pandangan Imam Maliki, Shafie dan majoriti ulama, isteri hendaklah 
mandi wajib terlebih dulu sebelum dibenarkan menjalin hubungan seks dengan 
suami (Ibn Rushd, I: 94). Berkaitan dengan hubungan suami isteri ketika isteri 
datang haid dan waktu haid, Allah swt menjelaskannya dalam firman-Nya: "Dan 
mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai haid. Katakanlah: Darah haid 
itu suatu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada 
perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) ketika haid dan janganlah kamu 
hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Apabila mereka sudah 
bersuci maka datangilah mereka seperti yang diperintahkan Allah kepada kamu.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang 
yang sentiasa mensucikan diri." (al-Qur'an, al-Baqarah (2): 222).

Bagaimanapun, Imam Abu Hanifah dan kalangan pengikutnya mengharuskan hubungan 
seksual apabila sudah suci (kering) daripada haid, sebanyak bilangan maksimum 
waktu haid, iaitu 10 hari waktu haid menurut pandangan mereka. Imam al-Auza'i 
dan Ibn Hazm mengharuskan hubungan itu apabila isteri terlebih dulu membasuh 
kemaluannya (Ibid). Saya menyokong pandangan majoriti ulama kerana lebih cermat 
dan baik. Bagaimanapun, jika dalam keadaan terpaksa sangat (darurat), pandangan 
minoriti bolehlah dipakai. Ayat di atas juga Allah s.w.t menjelaskan kedatangan 
haid adalah sebahagian fitrah kejadian wanita. Haid menyebabkan wanita berada 
dalam keadaan tidak suci. Justeru, Islam melarang perhubungan suami isteri 
ketika haid. Bagaimanapun, Islam masih lagi membenarkan perhubungan biasa suami 
isteri. Islam tidak seperti agama Yahudi yang mengasing terus isteri ketika 
isteri dalam keadaan haid.


  
_
Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for 
Yahoo! to put your mind at peace. It's free. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Help Palestine [hidayahnet] Bukan Islam mahu belajar al-Quran

2010-03-29 Terurut Topik mohd naim mohd zain
Soalan
SAYA mempunyai seorang kawan yang bukan beragama Islam, tetapi dia mempunyai 
keinginan untuk belajar membaca al-Quran. Apakah hukum orang yang bukan 
beragama Islam memegang al-Quran?

AKMAL
Kelantan


Jawapan

KEINGINAN kawan bukan Islam untuk membaca dan mempelajari al-Quran sangat baik.
Al-Quran adalah kitab mukjizat yang banyak memberi hidayah kepada manusia.

Dengan itu hasrat beliau perlu disambut baik. Islam pula membenarkan bukan 
Islam membaca dan mempelajari al-Quran supaya dapat membuka hati kepada ajaran 
Islam yang sebenarnya.

Dalam pada itu anda boleh menerangkan kepada beliau kedudukan kitab suci 
al-Quran yang perlu dihormati dan dijaga.

Ini jelas apabila Allah berfirman: “Bahawa sesungguhnya itulah Al-Quran yang 
mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan). Yang tersimpan dalam kitab 
yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang 
diakui bersih suci [al-mutahharun].” (al-Quran, al-Waqi‘ah (56): 77-79)
Berkenaan hukum bukan Islam memegang al-Quran terdapat perselisihan pendapat.

Ada pendapat yang tidak membenarkan bagi menjaga kesucian al-Quran.

Ini termasuk kepada wanita dalam haid, mereka yang berhadas besar, tidak 
berwuduk dan juga bukan Islam. (al-Quran, al-Tawbah (9):28).

Ada pendapat yang membenarkannya. Ini termasuk kepada kanak-kanak yang belum 
baligh kerana masih tidak mukallaf. (Ibn Rushd, 2000: I: 72-73; 83-84).

Sebab perselisihan adalah berpunca daripada kefahaman ayat surah al-Waqi‘ah di 
atas. Antaranya berkenaan maksud istilah al-Mutahharun, ia sama ada bermaksud 
umat manusia (Bani Adam) atau malaikat.

Seterusnya perselisihan timbul sama ada ia suatu bentuk khabar (pernyataan) 
yang membawa kepada larangan atau semata-mata penyataan tanpa ada larangan.
Dengan itu memegang al-Quran (mushaf) dalam keadaan biasa adalah diharuskan 
apabila dapat dijaga kesuciannya.
 
Fikrah Dr Salam


  
___
Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist.Download it now!
http://malaysia.toolbar.yahoo.com/

Help Palestine [hidayahnet] Tak tahan suami kaki judi

2010-03-29 Terurut Topik mohd naim mohd zain
SAYA berkahwin kira-kira enam tahun. Akhir-akhir ini, saya mengesyaki suami 
menipu mengatakan dia bekerja tetapi sebenarnya ke Genting Highlands, mungkin 
untuk berjudi. 
Saya mengetahui pergerakan suami dengan memasang alat 'friend and family 
finder' apabila kita boleh mengetahui lokasi seseorang melalui frekuensi 
telefon bimbitnya. 

Suami juga panas baran dan jarang bersolat kecuali bila dia rasa senang, tapi 
hanya sembahyang Jumaat. 

Saya sudah lama bersabar dan menasihatinya berkali-kali. Saya tidak mahu makan 
duit haramnya, tapi dia marahkan saya.

Saya sayangkan dia, tapi ada masanya hendak berpisah apatah lagi rasa ini tidak 
dirahmati Allah apabila hidup dan tinggal dengan kaki judi.

Apa hukum makan duit daripada perjudian dan bolehkah saya berpisah dengan suami 
kerana perbuatannya itu?

AZIMMIZA

Kuala Lumpur

JUDI adalah penyakit masyarakat yang banyak membawa kesan buruk kepada 
individu, keluarga dan negara. Sebab itu Islam mengharamkan perjudian.

Ini jelas apabila Allah berfirman: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) 
mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada 
pula manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada 
manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan 
(dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan 
(kamu)". Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-Nya (keterangan 
hukum-Nya) supaya kamu berfikir. (al-Quran al-Baqarah ayat 219).

Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan 
mengundi nasib dengan batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada 
perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. 
Sesungguhnya syaitan itu hanya bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan 
kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi serta mahu memalingkan kamu 
daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, 
mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau 
kamu masih berdegil)? (al-Quran, al-Maidah ayat 90-91).

Amalan berjudi bertentangan dengan Islam yang menuntut umatnya berusaha keras 
secara bekerja. Berjudi adalah cara mudah bagi mendapatkan wang tanpa bekerja. 
Harta yang ada pula dihabiskan secara tidak sah dan dilarang apabila terbabit 
dengan judi. Islam melarang perpindahan harta secara tidak sah tanpa jual beli 
dan sebagainya. Judi juga boleh membawa permusuhan dalam keluarga dan 
masyarakat. Mereka yang terbabit dalam aktiviti perjudian akan mengabaikan 
tanggungjawab dan kewajipan agama, keluarga dan masyarakat. Dengan sebab itu, 
mana-mana individu dan masyarakat yang mengamalkan budaya judi akhirnya akan 
hancur. 

Apabila suami menjadi kaki judi dan banyak nasihat sudah diberikan, anda boleh 
memilih untuk berpisah dengannya. Lebih-lebih lagi apabila suami tidak 
menjalankan tanggungjawab keluarga seperti memberi nafkah dan sebagainya. 
Mudah-mudah ia membawa keinsafan kepada suami dan kebaikan kepada anda.


  
___
Connect instantly with friends on your blog and personal website. Create your 
latest Pingbox today! http://my.messenger.yahoo.com/pingbox

Help Palestine [hidayahnet] Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam

2010-03-29 Terurut Topik mohd naim mohd zain
Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama 
Islam.

Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan 
hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun 
oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar 
pemerintah.

Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya 
oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan 
kehendak pemerintah.

Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir 
terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak 
pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara 
kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu 
hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan 
menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana 
didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk 
menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. 
Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum 
pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan 
hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan 
minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah 
kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang 
wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Menjana Sambil Beramal Jariah



  

Stay in loop with all your friends on Yahoo! Messenger. Simply add them from 
your email or social networks today!
http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Help Palestine [hidayahnet] wali tidak fasik

2010-03-29 Terurut Topik mohd naim mohd zain
SEKIRANYA seorang bapa pernah menodai anak perempuannya kemudian dia menjadi 
wali pernikahannya, adakah sah perkahwinan itu? Ini kerana antara syarat 
menjadi wali ialah seseorang itu mesti adil.

ANA, Johor
 
JAWAPAN ANTARA syarat wali ialah ia tidak fasik. Perbuatan menodai anak sendiri 
adalah perbuatan fasik (derhaka kepada Allah). Dengan sebab itu dia perlu 
bertaubat. Apabila dia sudah bertaubat, sah perkahwinan itu kerana wali telah 
memenuhi syarat.

Sebaliknya, apabila wali didapati fasik, gila atau mati, perwalian nikah 
berpindah kepada wali ab'aad. Contohnya daripada bapa kandung kepada datuk 
lelaki sebelah bapa ke atas, saudara lelaki seibu sebapa dan seterusnya. 
Sekiranya tiada lagi perwalian khassah, perwalian berpindah kepada perwalian 
'ammah (wali raja).

heading: Hukum pamer gambar manusia di rumah SAYA kurang jelas hukum meletak 
atau menggantung gambar atau patung manusia, binatang atau objek lain di dalam 
rumah.

Apakah jenis gambar, patung atau objek yang dibenarkan Islam untuk diletakkan 
di dalam rumah? Adakah gambar keluarga dan sahabat juga tidak dibenarkan? WAN, 
Kuala Lumpur JAWAPAN ISLAM melarang meletakkan patung manusia, binatang atau 
objek lain di rumah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya 
tuan punya gambar ini akan disiksa pada hari kiamat lalu akan dikatakan 
kepadanya: "Hidupkan barang yang dijadikan dan sesungguhnya malaikat tidak akan 
masuk rumah seseorang selagi di dalamnya ada gambar (patung)." (Hadis riwayat 
Bukhari).

Hanya dalam keadaan tertentu patung dibenarkan seperti yang diriwayatkan dalam 
hadis bahawa Jibril a.s. pernah meminta izin daripada Nabi s.a.w untuk masuk 
rumahnya, kemudian kata Nabi kepada Jibril: "Masuklah! Tetapi Jibril menjawab: 
Bagaimana saya hendak masuk sedang di dalam rumahmu ada cadar dinding yang 
penuh gambar! Tetapi kalau kamu mahu terus menggunakannya, maka putuskanlah 
kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantal atau buatlah tikar (tikar 
lantai)." (Hadis riwayat Nasa'i dan Ibnu Hibban) Ia hendaklah tidak sempurna 
sehingga tidak nampak dibesarkan dan dimuliakan. Begitu juga dengan patung 
mainan bagi kanak-kanak, ia dibenarkan kerana bukan dibesar-besarkan.

Manakala lukisan benda hidup seperti manusia dan binatang tidak dibenarkan 
menurut hadis di atas. Bagaimanapun, lukisan pemandangan alam masih dibenarkan.

Fotografi menerusi kamera dan sebagainya, ia diharuskan apabila mematuhi ajaran 
agama dalam berpakaian dan menutup aurat. Ia juga dilihat berlainan dengan 
lukisan yang melakar ciptaan sendiri. Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit 
menyatakan fotografi adalah tangkapan imej kepada benda yang benar menerusi 
kamera. Cara itu sedikitpun tidak ada larangannya (Qardawi, 1995: 117). 
Menggantung gambar atau potret di dalam rumah diharuskan apabila memenuhi 
beberapa syarat. Antaranya, pertama, ia tidak dibesar-besarkan; kedua, bukan 
gambar orang yang zalim, ateis, berakhlak buruk dan sebagainya; ketiga, tidak 
mengganggu tumpuan atau khusyuk beribadat; dan keempat, bukan gambar yang 
bertentangan dengan ajaran agama dan tata susila. heading: Kaedah terbaik bayar 
zakar APAKAH cara terbaik menunaikan zakat? Adakah kita wajib mengeluarkannya 
di pusat pungutan zakat atau memberikan terus kepada orang yang layak atau cara 
ini hanya dianggap sedekah? JOHAN, Pahang. Jawapan
 ZAKAT boleh dibayar di pusat pungutan zakat atau melalui amilnya (pengutip) 
atau memberi terus kepada golongan yang layak menerima zakat. Walau 
bagaimanapun, wang yang dibayar melalui pusat pungutan zakat mempunyai banyak 
kelebihan. Ini kerana wang yang terkumpul itu akan diagihkan secara sistematik 
kepada pelbagai golongan yang layak. Berkenaan pemberian sendiri kepada asnaf 
(golongan yang layak) ia dianggap sedekah adalah tidak tepat. Pengeluar zakat 
tentu berniat zakat dan bukan sedekah pada awal-awal lagi, sesuai sabda 
Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan ditentukan dengan niat." 
HEADING: Sedih tak tahu baca al-Quran SAYA tidak tahu membaca ayat suci 
al-Quran tetapi saya tahu menunaikan solat fardu. Saya belajar solat sejak 
kecil ketika di sekolah rendah malangnya sehingga kini saya masih tidak tahu 
mengaji al-Quran. Saya malu dengan diri sendiri. Jauh di sudut hati saya memang 
ingin membaca al-Quran seperti orang lain. Saya takut
 menghadapi hari mendatang dan hampir setiap malam sebelum tidur saya menangis 
mengenangkan kekurangan saya. WAWA, Johor JAWAPAN ANDA belum terlambat untuk 
mempelajari al-Quran. Ini kerana banyak tempat seperti masjid dan surau yang 
menyediakan kelas mempelajari al-Quran. Anda boleh mendapatkan guru al-Quran 
secara persendirian jika mampu. Kaedah baru membaca al-Quran seperti kaedah 
iqra' atau qiraati dapat mempercepatkan penguasaan al-Quran. Apa yang penting 
semangat terus belajar. Di samping itu buanglah rasa malu dan rendah diri dalam 
mempelajari ilmu terutamanya al-Quran.


  
___

Help Palestine [hidayahnet] Isteri jatuh cinta teruna 20-an

2010-03-29 Terurut Topik mohd naim
APAKAH hukumnya jika seorang isteri jatuh cinta terhadap seorang teruna berusia 
20-an? Hubungan saya dengan suami sudah tidak sehaluan membuatkan rumah tangga 
kami goyah.

Suami saya jarang memberikan nafkah. Dia mempertikaikan tanggungjawabnya 
sedangkan saya bekerja, mendapatkan wang bagi menanggung anak. Ini membuatkan 
saya bosan.
 
Bagaimanapun, teruna berkenaan selalu memberikan semangat serta mengambil berat 
mengenai saya sehingga sanggup menerima saya dan anak jika tiada lagi jodoh 
bersama suami. Teruna berkenaan mempunyai kekasih hati dan menyatakan 
kekasihnya itu tidak sesuai dengannya. Malah, teruna itu mendakwa mempunyai 
keserasian dalam perhubungan. Sehingga saat ini kami masih menjaga batas 
hubungan cuma perasaan saja yang sering mengganggu saya.
 
MIEZA, Kuala Lumpur
 
SEBAGAI seorang wanita yang bergelar isteri, anda hendaklah mengelak daripada 
jatuh cinta kepada orang lain. Hukumnya haram bercinta dengan orang lain selain 
suami.

Bagaimanapun, latar belakang keluarga sendiri yang sudah goyah menyebabkan 
perkara begini berlaku. Untuk mengelak anda terjerumus dalam keadaan dosa 
kepada Allah dan suami, Islam memberi peluang kepada suami isteri untuk 
berdamai terlebih dulu. Dengan itu rumah tangga terus dapat dikekalkan.

Islam membenarkan seorang isteri menuntut cerai jika mendapati dia dilayan 
secara buruk oleh suami seperti tidak diberi nafkah atau ada alasan kukuh 
menurut syarak untuk berbuat demikian.

Ini termasuk suami jahat sehingga isteri tidak mampu hidup bersama. Rasulullah 
s.a.w mengingatkan wanita Islam dalam hal ini: "Apabila saja seorang isteri 
meminta talak kepada suaminya tanpa alasan yang jelas, haram baginya bau 
syurga." (Hadis riwayat Abu Dawud).

Perceraian penyelesaian terakhir dalam menyelesaikan kemelut keluarga. Dengan 
itu kedua-dua bekas suami isteri dapat hidup bahagia dengan pasangan 
masing-masing dalam perkahwinan seterusnya. Islam juga tidak menggalakkan hidup 
membujang.


  

Firefox 3 Faster, More Secure, Customisable and FREE.
http://my.downloads.yahoo.com/firefox/

Help Palestine [hidayahnet] Masalah Syed, Syarifah

2010-03-29 Terurut Topik mohd naim mohd zain
SAYA mengenali seorang wanita berketurunan Syed/Syarifah. Saya berniat 
mendirikan rumah tangga dengannya, tetapi mendapat tentangan keluarganya kerana 
berpendapat keturunan mereka tidak boleh berkahwin dengan orang biasa. Mereka 
mengatakan keturunan mereka mendapat keistimewaan di akhirat nanti dan akan 
diasingkan daripada orang biasa.
 
Mereka tidak mahu memutuskan nama Syed itu kerana percaya anak cucu mereka 
tidak akan dapat bersama mereka di akhirat nanti. Bagaimana mahu membetulkan 
kembali kepercayaan mereka yang mengamalkan perkara ini?
 
JOE
Selangor

SUDAH menjadi lumrah, keluarga sangat memilih dalam soal jodoh. Ini bertepatan 
dengan hadis Rasul s.a.w yang bermaksud, "Wanita dinikahi kerana empat perkara 
iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan agamanya, maka pilihlah yang 
beragama, mudah-mudahan kamu akan terpelihara (daripada kefakiran atau 
kesusahan)" (Bukhari dan Muslim).

Anjuran Rasulullah s.a.w dalam memilih jodoh bagi wanita termasuk lelaki yang 
beragama. Ini penting dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga di dunia dan 
juga di akhirat, iaitu satu keluarga sakinah mawaddah warahmah (al-Quran, 
al-Rum (30): 21). Mereka yang memilih bukan berasaskan agama tidak mendapat 
restu daripada Rasulullah s.a.w. Ini kerana berdasarkan kata baginda, taribat 
yadaa-ka yang secara literal bermaksud, terkena tanah kedua-dua tangan engkau. 
Ia adalah suatu bentuk doa berbentuk celaan terhadap mereka yang memilih bukan 
yang beragama mendapat kefakiran (Sabiq, 2000: II: 14, n. 30). Secara umumnya, 
keturunan Syed atau Syarifah adalah keturunan mulia daripada keturunan 
Rasulullah s.a.w dan mementingkan agama. Dengan itu tidak salah mereka 
menetapkan pasangan bagi anak gadis mereka daripada keturunan Syed juga. Ini 
termasuk dalam calon yang sekufu, iaitu setaraf daripada sudut keturunan. 
Bagaimanapun, apabila keluarga perempuan bersetuju
 dengan pilihan anak gadis mereka adalah tidak salah untuk menjodohkannya 
dengan bukan keturunan Syed. Lebih-lebih apabila calonnya adalah orang yang 
beragama.

Kepercayaan mereka berkenaan hendaklah berdasarkan ketentuan Allah. Allah 
menetapkan bahawa orang bertaqwa mendapat tempat yang mulia di sisi Allah tanpa 
melihat kepada jantina, keturunan dan bangsa. Ini jelas apabila Allah 
berfirman, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki 
dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya 
kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah 
orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi 
Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. (al-Quran, al-Hujurat (49) : 13)


  
"_
Try the new Yahoo! Messenger 10 Beta. Now with real-time updates, enhanced 
video-calls and more! Check it out at http://malaysia.messenger.yahoo.com/";

Help Palestine [hidayahnet] Mandi wiladah dulu lebih afdal

2010-03-29 Terurut Topik mohd naim mohd zain
PERLUKAH mandi wiladah sedangkan perempuan itu dalam keadaan hadas besar? Saya 
pernah membaca kedua-dua mandi itu disekalikan kerana ia hadas besar.

REEN Kuala Lumpur.
 
PERKARA yang mewajibkan mandi adalah bersetubuh, keluar mani, mati, perempuan 
haid, nifas dan wiladah. Islam mewajibkan mandi wiladah kerana melahirkan anak 
yang antara lain bertujuan untuk menyucikan dan mengembalikan kesegaran badan.

Walaupun dibenarkan untuk menyekalikan mandi wajib kerana terus ada nifas, 
adalah lebih utama mandi wiladah dulu kerana darah nifas akan berterusan 
sehingga 40 hari.
 
Dr Salam


  

Stay in loop with all your friends on Yahoo! Messenger. Simply add them from 
your email or social networks today!
http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Help Palestine [hidayahnet] Gambar - Tanda musim Haji dah tiba

2009-11-09 Terurut Topik mohd naim mohd zain

Kain kaabah akan di lipat keatas menampakkan kain putih sahaja..


Hanya Musim Haji sahaja pihak masjidil Haram melipatkan kain Kaabah




Rehat di tangga sebelum memulakan tugas mencuci masjidil Haram


  Pancuran Emas




Pintu Kaabah


Jemaah Haji Malaysia bertanyakan sesuatu kepada petugas Haji indon



Jemaah Haji Indon


Jemaah Pakistan


  

Enjoy more chat on blogs and websites. Experience it with the Online Pingbox 
Creation Wizard. http://my.messenger.yahoo.com/pingbox